You are on page 1of 4

Ruj. Kami : MPIK 144/1/6 JLD35.

(52)
Tarikh : 14 MAC 2022

Pengerusi,
Anjung Kasih (Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Bangi),
22, Jalan BM 7/19, Bandar Bukit Mahkota,
43000 Kajang,
Selangor.

Tuan,

PROGRAM PERLAKSANAAN AKTIVITI INTERVENSI DI ANJUNG KASIH

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP) Semester 6
daripada institut ini ingin memohon kebenaran untuk mengadakan aktiviti intervensi di Anjung Kasih
bagi melengkapkan kursus PKUK3103 (Intervensi Awal dan Khidmat Sokongan untuk Kanak-Kanak
Berkeperluan Khas).

3. Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang beberaapa perkara berikut:

I. Merancang aktiviti intervensi awal dan khidmat sokongan yang bersesuaian bagi murid
berkeperluan khas
II. Melaksanakan program intervensi awal dan khidmat sokongan serta mengumpul data
aktiviti.
III. Menghuraikan dengan terperinci berdasarkan idea baharu untuk pembelajaran autonomi
berkaitan konsep dan amalan program intervensi awal di Anjung Kasih berdasarkan
pelbagai sumber.

4. Berikut adalah maklumat program tersebut.

Tarikh : 7 April 2022


Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Peserta : 7 orang (1 Pensyarah Pembimbing, 6 Siswa Guru)

5. Semoga program ini mendapat perhatian dan pertimbangan tuan. Sekiranya terdapat sebarang
masalah, boleh berhubung dengan En. Arman Bin Ab Sani, di talian 03-91318160- sambungan 47
atau telefon bimbit: 014-9556624.
Segala kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………………
(AZLINA BINTI AHMAD)
Timbalan Pengarah
lPG Kampus llmu Khas
Kuala Lumpur
LAMPIRAN 1:

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TEMPAT CATATAN

8.00 AM ● Berkumpul di IPGKIK


kampus
● Taklimat ringkas

8.30 - 9.00 AM ● Bertolak ke Anjung


Kasih mengikut
kumpulan masing-
masing.

9.00 - 10.00 AM ● Suai kenal bersama Anjung Kasih


murid dan staf

10.00 - 1.00 PM ● Perancangan aktiviti Anjung Kasih


intervensi oleh siswa
guru

1.00 - 2.00 PM RESOMA Anjung Kasih


(Rehat, Solat dan Makan)

2.00 - 4.00 PM Pelaksanaan Aktiviti Anjung Kasih


Intervensi (berkumpulan)

4.00 - 4.30 PM Bersurai


LAMPIRAN 2 :

Senarai nama ahli kumpulan

7 APRIL 2022 (Kumpulan 1 dan 2)

KUMPULAN NAMA AHLI

IRHAM SYAMIL BIN MOHAMAD IDRIS

1 NU`MAN HELMI BIN ZULKIPLI

SITI NUR HANAN BINTI CHE AHMAD

SITI NAZIHAH BINTI MAT NAYAM

2 NURUL AIDA BINTI ZAMRI

MUHAMAD HILMI BIN MOHD LAZIM

You might also like