You are on page 1of 16

Pentaksiran Akhir Tahun

Kertas 1 Masa: 2 jam

Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. Jawab soalan Bahagian A dan satu
soalan daripada Bahagian B.

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan tekanan perasaan.


Huraikan pendapat anda tentang tekanan perasaan dalam kalangan masyarakat.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

(Sumber: Internet)

Seseorang dikatakan mengalami gangguan Masyarakat perlulah disedarkan bahawa semua


mental apabila gagal menangani situasi yang pihak bertanggungjawab untuk membantu
dihadapi secara sihat seperti bertindak melulu individu yang berada dalam krisis gangguan
dan bermasalah dalam perhubungan. Kegagalan kesihatan mental. Pesakit tidak seharusnya
menangani kesihatan mental atau sering dibiarkan sebaliknya ahli keluarga dan rakan
mengalami gangguan mental mendedahkan perlu membawa mereka bertemu dengan pakar
individu kepada penyakit mental lebih serius psikiatri secepat mungkin.
seperti kemurungan, kerisauan melampau,
bipolar dan skizofrenia.
(Dipetik dan diubah suai daripada (Dipetik dan diubah suai daripada
“Tekanan Punca Gangguan Mental” “Derita dalam Senyap”
oleh Halina Mohd Noor, oleh Siti Zarinah Sahib,
Berita Harian Online, 12 Oktober 2019) Harian Metro, 5 April 2018)

PAT1 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 1 10/6/21 8:55 PM


© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT2

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 2 10/6/21 8:55 PM


Bahagian B
[70 markah]
[Masa dicadangkan: 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan-soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 hingga
500 patah perkataan.

Soalan 1

Malaysia sudah terkenal sebagai destinasi ekopelancongan utama dunia kerana menawarkan tempat
menarik untuk pelancong menikmati keunikan dan keindahan alam semula jadi dengan hutan hujan
tropika yang masih hijau, kepelbagaian biologi, sungai serta air terjun yang menarik, pantai yang bersih dan
kehidupan lautan yang indah. Terdapat banyak tempat menarik seperti tempat perlindungan hidupan liar
untuk penyu, burung pantai, burung pemangsa, gajah dan burung enggang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, Bil. 12/2018)

Maklumat di atas menunjukkan tarikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi.
Bincangkan kepentingan-kepentingan memajukan sektor pelancongan tersebut kepada rakyat dan negara.

Soalan 2

Rakyat Malaysia secara amnya masih belum mengamalkan budaya sukan secara menyeluruh. Menurut
kajian Kementerian Belia dan Sukan, hanya 40 peratus daripada jumlah penduduk di negara ini yang
mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam kehidupan mereka. Peratusan ini masih
rendah jika dibandingkan dengan 50 hingga 60 peratus pelibatan rakyat di negara maju dalam aktiviti itu.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Siswa, Bil. 4/2017)

Petikan di atas menerangkan budaya bersukan dalam kalangan masyarakat masih rendah.
Jelaskan peranan-peranan ibu bapa dalam menggalakkan ahli keluarga bersukan.

Soalan 3

Isu keselamatan jalan raya bukanlah perkara baharu di Malaysia. Kemalangan terus berlaku tahun demi
tahun walaupun pelbagai kempen dilaksanakan. Malangnya, jalan raya terus menjadi kubur tak bernisan
buat rakyat Malaysia. Jelas sekali tiada kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk berubah
secara serius. Mereka hanya sedar kesalahan yang dilakukan namun terus berulang kali melakukannya.
Apabila ditegur oleh orang lain, mereka tidak mahu mengaku kesalahan diri.
(Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Masyarakat, Bil. 6/2019)

Petikan di atas menyatakan bahawa kemalangan jalan raya terus berlaku sungguhpun pelbagai kempen
telah dijalankan. Dengan penerapan pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah, kanak-kanak akan dapat
mengamalkan nilai-nilai murni ketika menjadi pemandu suatu hari nanti.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk memupuk kesedaran keselamatan
jalan raya dalam kalangan murid.

PAT3 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 3 10/6/21 8:55 PM


Soalan 4

Peluang melanjutkan pelajaran di universiti kini bukan lagi jaminan bagi siswazah untuk mengubah nasib
keluarga dan diri. Berbekalkan diploma dan ijazah yang dimiliki selepas dua hingga empat tahun pengajian,
peluang mereka untuk memperoleh pekerjaan bergaji setimpal dengan kelulusan kelihatan semakin sukar
melainkan jika berpeluang untuk menyertai perkhidmatan awam.
(Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian Online, 7 Julai 2019)

Petikan akhbar di atas menerangkan bahawa kelulusan yang tinggi bukanlah kayu ukur untuk siswazah
memperoleh pekerjaan. Hal ini disebabkan oleh pelbagai faktor yang mendorong kepada masalah pengangguran
dalam kalangan siswazah. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana yang bertajuk “Faktor-
faktor Pengangguran dalam Kalangan Siswazah”.
Tulis rencana anda selengkapnya.

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 4 10/6/21 8:55 PM


PAT5 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 5 10/6/21 8:55 PM


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT6

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 6 10/6/21 8:55 PM


Kertas 2 Masa: 2 jam 30 minit

Kertas peperiksaan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Jawab semua soalan.

Bahagian A: Sistem dan Aplikasi Bahasa


[35 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Soalan 1 – Morfologi
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata majmuk dan dua kata ganda. Kemudian, anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau nama khas.

Ketika sesi soal jawab dalam satu ceramah, seorang tokoh ditanyakan tentang cara untuk menjadi seorang
rakyat Malaysia yang patriotik. Patriotisme perlu ditanam semasa zaman kanak-kanak lagi. Sistem
pendidikan harus disesuaikan untuk memupuk rasa bangga dan kepunyaan bangsa. Hanya melalui perasaan
kepunyaan, generasi muda Malaysia boleh dibentuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan
matang serta pemimpin masa depan negara. Memupuk perpaduan harus bermula di sekolah dengan usaha
dapat dilakukan untuk memupuk nilai-nilai keharmonian, perpaduan dan kedamaian antara kaum. Guru
perlu menggalakkan murid memahami satu sama lain dengan lebih baik dan hormat-menghormati antara
satu sama lain.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Memupuk Semangat Perpaduan dan Patriotisme”
oleh Tan Sri Lee Lam Thye,
Berita Harian Online, 4 September 2018)

[8 markah]

PAT7 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 7 10/6/21 8:55 PM


Soalan 2 – Sintaksis
Baca petikan di bawah dengan teliti. Cerakinkan ayat majmuk yang bergaris kepada dua ayat tunggal tanpa mengubah
maksud asalnya.

Kebanyakan generasi muda, terutamanya dalam kalangan murid tidak menyedari kepentingan dan kesan
pendidikan kesusasteraan terhadap pembentukan identiti mereka. Pendedahan karya sastera secara
meluas dapat menyedarkan murid bahawa sastera sebahagian daripada diri mereka sendiri. Pendidikan
sastera memperkaya kehidupan rohaniah manusia. Selain itu, melalui pembelajaran sastera murid dapat
merangsang pemikiran kreatif di samping membentuk kematangan peribadi. Selain novel dan cerpen,
murid turut mempelajari puisi tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Khazanah bangsa ini
akan lenyap ditelan zaman jika dibiarkan begitu sahaja.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Pendidikan Sastera Membina Identiti Pelajar”
oleh Nabihah Yusof, Dewan Siswa, Bil. 9/2019)

[6 markah]

Soalan 3 – Penyuntingan
Petikan di bawah mengandungi sembilan kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda
tidak boleh menyenaraikan lebih daripada sembilan kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu
menyalin petikan tersebut.

Pasaran produk berdasarkan herba tidak perlu diragui kerana wujudnya trend dalam kalangan masyarakat
berpendidikan yang mengutamakan produk daripada alam semulajadi berbanding dengan produk yang
mengandungi bahan kimia. Tidak dapat dinafikan bahawa tumbuhan herba yang tumbuh sihat di hutan
khatulistiwa di Malaysia sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara
sekali gus sektor ini mampu memberikan pulangan berbilion ringgit setahun.
Peningkatan permintaan tersebut dikait rapat dengan faktor tumbuhan herba digunakan untuk
menghasilkan pelbagai produk perubatan tradisional dan bahan kimia tulin dalam ubat-ubatan. Tambahan
pula produk kecantikan yang berkualiti telah pengguna pilih kerana faktor risiko yang rendah di samping
faktor keberkesanannya yang lebih terjamin.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“Potensi Herba sebagai Komoditi Baharu?”
oleh Azahar Rahmad, Dewan Ekonomi, Bil. 9/2017)

[9 markah]

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT8

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 8 10/6/21 8:55 PM


Soalan 4 – Bahasa Melayu Standard
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu
Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah. Maka kata Patih Gajah
Mada, “Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada
aku, ‘Jangan tiada dikasihi anakku ini,’ kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung.”
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia)

[6 markah]

PAT9 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 9 10/6/21 8:55 PM


Soalan 5 – Peribahasa
Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain
yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.

Pak Fakrul : Tak usahlah kamu mencampuri hal anak-beranak Syafiq tu, Timah. Lambat-laun mereka akan
berbaik-baik semula kerana carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.
Mak Timah : Saya ni bukan apa pun. Saya kasihan melihat emak mereka tu. Perbuatan anak-anak dia tu
sengaja menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri. Dalam tak sedar, anak-anak dia tu
telah mendedahkan keburukan ahli keluarga juga.
Pak Fakrul : Betul tu. Tapi, anak-anak mereka manalah mahu dengar cakap kita. Puas dah aku menasihati
mereka tetapi tak pernah didengarinya. Menasihati mereka tu bagai mencurah garam ke laut.
Mak Timah : Saya risau jika ada orang yang cuba menahan lukah di pergentingan dalam kesusahan mereka
sekeluarga tu.

[6 markah]

Bahagian B: Pemahaman
[35 markah]
[Masa dicadangkan: 60 minit]

Soalan 6 – Petikan Umum


Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Bahan 1

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan
pelbagai padi hibrid pertama MR 12H, yang antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga
20 peratus setiap hektar. Kelebihan padi berkenaan ialah tempoh matang lebih awal, iaitu sekitar 104 hingga
106 hari selepas ditabur dan tahan atau rintang terhadap penyakit karah.
Penanaman padi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani, terutamanya di kawasan sederhana
subur. Bagi projek perintis, tanaman padi itu ditanam di kawasan seluas 10 hektar, iaitu di Mulong dan
Teratak Pulai bagi urusan penyediaan benih. Kementerian sedaya upaya memastikan industri padi dalam
negara terus berkembang maju selain memastikan bekalan makanan ruji sentiasa mencukupi.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Padi Hibrid Pertama”
oleh Nor Fazlina Abdul Rahim,
Berita Harian Online, 6 Oktober 2019)

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT10

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 10 10/6/21 8:56 PM


Bahan 2

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) menggariskan lima inisiatif baharu bagi meningkatkan
sumber kekayaan baharu kepada 1225 orang pengusaha tanaman nanas di seluruh negara yang dijangka
mampu melonjakkan pengeluaran sebanyak 20 peratus tahun depan. LPNM mengunjurkan pengeluaran
nanas negara mencapai 437 930 tan metrik tahun depan dengan nilai pengeluaran RM636 juta.
Impak lima inisiatif baharu yang digabungkan dengan tiga inisiatif sedia ada akan mendorong
pertumbuhan pasaran nanas sebanyak 45 peratus dengan anggaran nilai eksport sebanyak RM200 juta pada
tahun hadapan. Dalam Bajet 2018, kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi inisiatif sumber kekayaan
baharu agro makanan dengan RM30 juta untuk membangunkan industri nanas berbanding dengan hanya
RM14 juta pada tahun 2017.
(Dipetik dan diubah suai daripada
“5 Inisiatif Rangsang Sektor Nanas Negara”
oleh Zuraidah Mohamed, Berita Harian Online, 14 Disember 2017)

(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud anggaran nilai. [2 markah]



(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan kepentingan-kepentingan usaha
memajukan tanaman padi dan nanas. [3 markah]



(iii) Industri pertanian di negara kita sesuai dimajukan kerana beberapa faktor.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor tersebut? KBAT Menilai [3 markah]



(iv) Kawasan kampung anda merupakan kawasan pertanian. Namun begitu, banyak tanah pertanian yang
terbiar hingga ditumbuhi semak-samun. Tambahan pula, golongan petani yang dahulunya mengusahakan
tanah tersebut sudah tua dan uzur. Para belia pula tidak berminat untuk mengusahakan tanah tersebut
sebaliknya memilih untuk bekerja di bandar.
Sebagai rakyat yang prihatin, cadangkan langkah-langkah untuk menggalakkan belia mengusahakan tanah
terbiar. KBAT Mengaplikasi [4 markah]




PAT11 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 11 10/6/21 8:56 PM


Soalan 7 – Petikan Sastera
Baca bahan-bahan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Bahan 1

Nan terpesona dengan dunia baharunya. Dia terasa dirinya sudah menjadi manusia yang lain. Ponteng
sekolah, merokok, vandalisme harta benda awam, dan banyak lagi kegiatan sia-sianya. Dia tahu, Jantan dan
tiga kawannya itu sesekali menyeluk saku. Malah, Jantan pernah berjanji dengannya, “Nanti aku ajar kau!”
Nan mula sambil lewa dalam pelajaran. Peperiksaan, asal ambil sahaja. Langkahnya lebih panjang
selepas itu. Kadangkala sehari semalam dia tidak pulang. Emak tidak tahu atau mungkin tidak sempat
ambil tahu. Aina tidak berani menegur walaupun pandangan mata adiknya itu amat tajam menikam setiap
kali dia balik ke rumah. Suatu hari, Nan tertangkap ketika melakukan vandalisme di taman awam. Dia
tidak sempat melarikan diri, sementara Jantan dan dua orang kawannya lebih cekap menyelamatkan tubuh
masing-masing. Nan sudah mendapat hukuman. Bukan sekadar hukuman tetapi juga pengajaran.
(Dipetik daripada cerpen “Manusia Suci” oleh Salina Ibrahim
dalam Dewan Siswa, Bil. 9/2018, Dewan Bahasa dan Pustaka)

Bahan 2

Adat Sezaman

Peradaban zaman semakin berlalu Masa itu telah jauh


meninggalkan kesan mendalam zaman sudah berubah
terlalu indah apabila dipandang santun sang dara
terlalu mulia apabila diselidik dan warak sang teruna telah lenyap
santun si dara jadi idaman si tua berduka lara
warak si teruna jadi ikatan memandang teruna dara
si tua tersenyum mesra berganding tanpa silu
memandang teruna dara tanpa hormat
sama cantik sama padan tanpa batasan
berganding bersama adat sezaman ditinggal jauh
di singgahsana. adat agama dipandang remeh
adat kuning menjadi ikutan.
Wan Nazihah Wan Abdullah
Antologi Harga Remaja
Kementerian Pendidikan Malaysia

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud mendapat hukuman. [2 markah]



(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perlakuan-perlakuan masalah sosial remaja kini. [4 markah]



© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT12

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 12 10/6/21 8:56 PM


(iii) Generasi muda kurang mengamalkan adat budaya lama sebaliknya mengamalkan budaya baharu yang
merosakkan akhlak.
Pada pandangan anda, apakah punca-punca generasi muda meninggalkan adat budaya warisan nenek
moyang? KBAT Menilai [3 markah]



(iv) Ketika anda melalui sebuah lorong di belakang bangunan usang untuk pulang ke rumah, anda melihat
beberapa orang rakan sekolah anda di situ. Mereka sedang merokok di atas motosikal sambil bergelak
ketawa. Anda mengenali salah seorang daripada mereka kerana tinggal berjiran. Dahulunya, dia tidak
merokok. Setelah berkawan dengan murid nakal itu, dia mula merokok secara sembunyi di luar rumah.
Sebagai rakan yang prihatin, apakah tindakan-tindakan anda untuk mengelakkannya daripada terus
bergelumang dengan masalah tersebut? KBAT Mengaplikasi [4 markah]




Soalan 8 – Novel
(i) Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

Memang. Memang sudah tiba masanya untuk aku faham. Aku selalu berharap agar datuk akan
berkisah, sepanjang malam ini aku akan mendengar dia bercerita. Datuk pun berkisah tetapi bukan
tentang jendela yang menghadap jalan.
“Akar-akar kayu memang lebih mujarab berbanding dengan ubat-ubatan moden,” ujar datuk
dengan penuh bersemangat sebelum menghirup kopi yang masih berasap. Aku terhidu bau kopi
yang pekat dan wangi. Datuk seorang penggemar kopi dan perokok. Ibu pernah memberitahu, jika
kita mencampurkan kafein dan rokok, maka penyakit seperti kemurungan, tekanan darah tinggi,
kekeliruan mental, osteoporosis, kanser, dan kardiovaskular akan memendekkan jangka hayat manusia.
Dianggarkan orang seperti ini mungkin akan hidup tidak lebih daripada 50 tahun atau lebih singkat.
Bagi datuk yang usianya sudah lebih 60 tahun dan kegemarannya ini dapat memudaratkan diri.
(Dipetik daripada novel Jendela Menghadap Jalan,
karya Ruhaini Matdarin, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Nyatakan penyakit-penyakit yang berisiko untuk dihidapi oleh orang yang mencampurkan kafein dan
rokok. [4 markah]




PAT13 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 13 10/6/21 8:56 PM


(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(a) Leftenan Adnan Wira Bangsa, karya Abdul Latip Talib
(b) Jendela Menghadap Jalan, karya Ruhaini Matdarin
(c) Di Sebalik Dinara, karya Dayang Nor
(d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua cara watak sampingan menyelesaikan konflik
yang dihadapi oleh watak utama. [6 markah]



Bahagian C: Rumusan
[30 markah]
[Masa dicadangkan: 45 minit]

Baca petikan dan teliti syair yang disertakan di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi
120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan
dan bahan.

Bahan 1 – Petikan

Kencing manis atau nama saintifiknya diabetes ialah pembunuh dalam senyap. Penyakit ini merupakan
antara penyakit pembunuh utama di Malaysia selain kanser dan sakit jantung. Kencing manis berlaku
apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat
dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum. Menurut sumber rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia,
antara faktor risiko kencing manis atau diabetes ialah seseorang mempunyai berat badan yang berlebihan
atau kegemukan. Selain itu, amalan tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif turut mempunyai risiko
penyakit kencing manis. Di samping itu, faktor pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat turut
menyebabkan seseorang terdedah kepada risiko diabetes.
Tidak kurang juga, faktor keturunan yang mempunyai sejarah diabetes turut menjadikan risiko penyakit
kencing manis semakin tinggi. Hal ini disebabkan oleh genetik ahli keluarga yang ada sejarah penyakit
ini akan diwarisi oleh generasi seterusnya. Bagi seseorang yang mengalami peningkatan umur, mereka
lebih terdedah kepada risiko diabetes. Bagaimanakah seseorang boleh mengesan tanda-tanda kencing
manis? Tanda kencing manis yang paling biasa ialah seseorang selalu berasa haus dan dahaga. Lebihan
glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Hal ini
menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam. Apabila air banyak hilang,
seseorang akan menjadi lebih dahaga.
Seseorang perlu berhati-hati apabila berlakunya kehilangan berat badan secara drastik walaupun
kuantiti makanan yang diambil sama pada setiap hari. Kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai
tenaga akan menyebabkannya mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga. Antara tanda
kencing manis yang selalu diabaikan ialah jarak pelihatan menurun. Hal ini dikatakan demikian kerana
kandung gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang
seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur pelihatan. Seseorang itu mungkin akan buta jika
dibiarkan untuk tempoh yang panjang. Kesimpulannya, bukan sahaja makanan dan minuman yang bergula
perlu dikurangkan tetapi juga buah-buahan dan sayur-sayuran hendaklah diambil setiap kali hidangan.
Sayangi diri anda dan keluarga!
(Dipetik dan diubah suai daripada “Punca Berlaku Kencing Manis”
oleh Nor Azihan Md Ghazali, Sinar Harian, 15 Mei 2019)

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT14

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 14 10/6/21 8:56 PM


Bahan 2 – Syair

Syair Kencing Manis

Kencing manis bermaharajalela,


Berpunca daripada banyaknya gula,
Makan minum aneka segala,
Mendap di badan menempah bala.

Mula diserang kurang terasa,


Kita anggap perkara biasa,
Rasa anggota tidak selesa,
Lenguh bagai tusukan bisa.

Tekak terasa haus dahaga,


Meski diminum tak puas juga,
Tubuh longlai kurang tenaga,
Rasa mengantuk walaupun jaga.

Kian rabun pandangan mata,


Benda yang terang tidaklah nyata,
Kalau redup sama merata,
Khuatir kelak menjadi buta.

Sebab itu harus waspada,


Makan minum biar berpada,
Usah ikut rasa di dada,
Elok sederhana rezeki yang ada.

Beriadah semampu daya,


Keluar peluh ikut upaya,
Jaga kesihatan jadi budaya,
Biar sihat lagi bergaya.

Kepada doktor minta rawatan,


Benda manis biar berpatutan,
Ada jadual jadi ikutan,
Waspada itu amal kesihatan.

Ubat dimakan ikut aturan,


Mesti pantang dengan amaran,
Jadikan sabar sebagai pengajaran,
Moga selamat tempuh cabaran.

Abdul Halim “R”


Alor Setar
Pelita Bahasa, Disember 2009

PAT15 Modul A+ SPM Bahasa Melayu Tingkatan 4

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 15 10/6/21 8:56 PM


KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

© Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. (732516-M) 2022 PAT16

QR-Modul A+ BM SPM Tkt 4-PAT.indd 16 10/6/21 8:56 PM

You might also like