You are on page 1of 5

1

MINIT MESYUARAT PANITIA BIOLOGI BIL 4/2018


DAN POST MORTEM PERCUBAAN SPM 2018
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDEAL HEIGHTS

TARIKH : 1 November 2018


MASA : 11.00 – 12.00 tengahari (Khamis)
TEMPAT : Makmal 1, SMKIH
KEHADIRAN : Rujuk lampiran kehadiran
PENGERUSI : Pn. Nurul Aida bt. Ahmad Nazri ( KP Biologi)

URUSETIA MESYUARAT:

1. Pn. Nurul Aida bt. Ahmad Nazri ( KP Biologi)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli mesyuarat.
Makluman

1.2 Pengerusi mengingatkan semua guru supaya menghayati, memahami dan melaksanakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Kementerian Pendidikan dan juga sekolah. Visi tersebut adalah
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera. Misi pula adalah Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk membangunkan Potensi Individu Bagi memenuhi Aspirasi Negara.
Makluman

1.3 Pengerusi memaklumkan Kementerian Pendidikan ( KPM) memfokuskan 5 strategi perkasa modal insan
di bawah hala tuju 2018-2020 Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK11) yang dibentangkan oleh
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen dalam Laporan Kajian Separuh
Penggal RMK11 pada 18 Okt lepas. Lima strategi tersebut ialah usaha meningkatkan kualiti
pendidikan, mengutamakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET)
berkualiti berbanding kuantiti, memperbaiki pendidikan untuk semua, memastikan industri
berkemahiran yang berkaitan dan mempromosikan sumbangan industri. Kelima-lima
strategi ini akan diberi fokus memandangkan pendidikan merupakan sektor penting dalam
melahirkan masyarakat holisitik.
Makluman

1.4 Pengerusi memaklumkan kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee bin Malik.bahawa terdapat
lebih 50 inisiatif yang akan dilaksanakan di bawah lima strategi antaranya ialah
meningkatkan kompetensi guru dan pemimpin sekolah, menggalakkan perkongsian awam-
swasta dalam penyampaian pendidikan, serta mendidik dan mempersiapkan pelajar dengan
kekuatan etika dan moral, kebolehan menyelesaikan masalah semasa dan cabaran masa
depan. Selain itu, menambah baik ruang pembelajaran kepada Bilik Darjah Pintar
Pembelajaran Abad ke-21, mempertingkatkan kecekapan bahasa Inggeris mahasiswa
dengan pelaksanaan Malaysia English Assessment (MEA) dan meningkatkan tahap
penguasaan bahasa Inggeris di sekolah melalui inisiatif Program Dwi Bahasa.Inisiatif lain
ialah meningkatkan penyertaan masyarakat dalam Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat
2

dan memperluas Sistem Latihan Dual Nasional. Kesemua inisiatif yang telah digariskan
akan dilaksanakan dengan tersusun bagi mencapai matlamat yang dihasratkan kerajaan dan
harapan rakyat.
Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 3/2018 bertarikh 14 Ogos 2018 disahkan sebulat suara
tanpa pindaan.
Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Perkara 4.1.7

Setiap guru diharap dapat meningkatkan usaha membantu murid-murid menguasai tahap
minimum dalam setiap mata pelajaran bukan sahaja Bahasa Melayu dan Sejarah. Bagi
Panitia Biologi, program selepas SPMC yang dijalankan ialah

BIL PROGRAM PERLAKSANAAN


1. SECOND DOSE VACCINATION  Latihan dan perbincangan 3 set soalan
peperiksaan negeri-negeri lain ( Johor,
Terengganu dan Kelantan) dalam waktu
anjal.

2. MODIFIED SPM SURVIVAL  Pelajar dibekalkan dengan soalan dan skema


jawapan
 Latihan kendiri secara berkala setiap hari @
sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
( 10 soalan objektif/1 esei/3 struktur bagi
setiap sesi)
Soalan dan skema difotokopi menggunakan peruntukan PCG

Ketua Panitia/ guru subjek

3.2 Perkara 4.2.4

Mewujudkan persekitaran HIP dikalangan semua warga sekolah. HIP akan dilaksanakan
melalui 2 cara iaitu whole school approach dan konsep outreach. HIP boleh dilaksanakaan
dengan pelbagai kaedah dalam aktiviti kokurikulum seperti permainan yang melibatkan
semua warga sekolah. → rujuk perbincangan dalam minit mesyuarat bil 3.

GKMP dan Ketua Panitia

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Post Mortem Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2018


4.1.1 Analisa Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2018
3

Makluman
4.1.2 Perbandingan TOV, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Percubaan
SPM 2018.

Pengerusi membentangkan perbandingan antara TOV dan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan
Peperiksaan Percubaan SPM 2018.

Tahun Bil. Gred


/ Pep A+ A A- B+ B C+ C D E G Lulus TH Purata
TOV Bil
0 0 2 2 5 5 3 8 6 17 31
(Akhir
1 6.88
Tahun % 0.0 0.0 4.2 4.2 10.4 10.4 6.3 16.7 13 35 64.6
2017)

Pert Bil 0 0 7 1 2 7 12 4 10 7 43
Tahun 1 6.06
2018 % 0.0 0.0 14.0 2.0 4.0 14.0 24.0 8.0 20.0 14.0 86.0

Bil 0 1 7 6 5 8 8 5 3 5 43
Per
1 5.10
2018
% 0.0 2.1 14.6 12.5 14.0 16.7 16.7 14.0 6.3 14.0 89.6

Bil 0 2 7 5 7 8 6 8 5 3 48
TARGET
SPM 0 5.06
2018 % 0.0 3.9 13.7 9.8 13.7 15.7 11.8 15.7 10.0 6.0 94.1

4.1.3 Analisa Keputusan

Peratusan lulus adalah 89.6% manakala 5 orang gagal. Gred purata 5.10 adalah pencapaian terbaik
bagi kohort ini sejak daripada TOV 2017. Seorang pelajar yang memperoleh A dengan markah 80%
ialah Tan Wai Hong dari kela 5A1.

NAMA PPT 2017 UJIAN 1 2018 PPT 2018 TRIALS 2018


CHUNG YU JIE 10 G 21 G 12 G 11 G
TAN XUE HUI 39 G 30 G 40 E 31 G
NOR NABEEHA ZULEIKA BROSDI TH TH 27 G 15 G 36 G
ADRYANA NUR BT MOHD AZAM 33 G 57 C+ 44 E 37 G
AZRIN IQMAL BIN AZARIL 40 E TH TH 25 G 28 G
KALAIARASI A/P PACHAIAPPAN 26 G 34 G 38 G TH TH
MUHD FAHMI AHMAD TAJUDIN 40 E BERPINDAH TETAPI MASIH CALON SPM SEKOLAH
NUR FARHANA 37 G BERPINDAH TETAPI MASIH CALON SPM SEKOLAH
4

4.1.4 Faktor Peningkatan / Penurunan

- Sesi kaunseling dan perbincangan telah dibuat dengan Chung Yu Jie, tetapi tidak
berkesan, pelajar kerap tidak hadir dan tidak menunjukkan minat kepada subjek
dalam kelas. Dua orang pelajar lagi Nabeeha dan Kalaiarasi mengalami masalah
kesihatan dan sering tidak dapat hadir ke sekolah. Tan Xue Hui dan Adryana lemah
dalam subjek tetapi dijangka akan lulus dalam SPM sebenar. Azrin adalah pelajar
baru yang berpindah pada awal tahun 2018 tetapi tidak mengambil subjek Biologi
ketika di tingkatan 4. Dia mengalami masalah kehadiran walaubagaimanapun
difahamkan mengambil kelas tambahan peribadi di rumah. Dua orang pelajar lagi
Fahmi dan Farhana telah berpindah ke sekolah lain kerana masalah keluarga. Ketika
masih di Ideal Heights mereka adalah antara calon yang gagal dalam subjek ini.

- Walaupun secara keseluruhannya keputusan sentiasa meningkat dari satu peperiksaan


ke satu peperiksaan, tetapi didapati tips dan ulangkaji yang dibuat kurang berkesan
kerana kertas Biologi dijalankan lewat ( dihujung musim peperiksaan). Pelajar lupa
dan menumpukan lebih perhatian kepada subjek lain.

- Sebelum peperiksaan, guru telah membuat ulangkaji 5 set soalan objektif = 250
soalan dengan membuat perbincangan terperinci bagi setiap pilihan jawapan A, B, C
dan D. Kami juga membincangkan soalan-soalan esei daripada bab-bab yan sering
ditanya dalam peperiksaan ( bab 8 dan 9)

4.1.5 Strategi Peningkatan Prestasi 2018

- Latihan kertas peperiksaan percubaan teus dijalankan dari semasa ke semasa. Pelajar
dibekalkan soalan-soalan latihan beserta skema jawapan sebagai bahan rujukan.
Pelajar diminta membuat latihan Biologi setiap hari @ sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu sehingga menjelang hari peperiksaan sebenar. Latihan yang dicadangkan
ialah 5-10 soalan objektif @ 1 esei 10 markah @ 2 soalan struktur bagi setiap sesi.
Strategi ini bagi memastikan minda pelajar sentiasa bersama dengan subjek Biologi

- 3 kali sesi jadual anjal dislotkan dalam pdpc selepas percubaan digunakan untuk
membincangkan teknik dan jawapan menggunkan soalan percubaan negeri lain.

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Perancangan Panitia Tahun 2019

5.2.1 Rancangan Pengajaran Tahunan 2019


5

RPT 2019 GURU BERTANGGUNGJAWAB


TINGKATAN 5 PN. MAHFUDZAH BT. SHAARI
TINGKATAN 4 PN. NURUL AIDA BT AHAMAD NAZRI

5.2.2 Jadual 4 dan Jadual 5 2018

Jadual 4 telah dilengkapkan dan difailkan. Salinan jadual 4 telah diserahkan kepada
setiausaha kurikulum untuk difailkan. Jadual 5 belum dapat dilengkapkan sepenuhnya
kerana menunggu analisa peperiksaan akhir tahun. Sebahagian jadual 5 yang telah
dilengkapkan (bahagian spmc) telah diserahkan kepada setiausaha kurikulum.

5.2.3 Anggaran Belanja Mengurus 2019

Telah dibincang, dilengkapkan dan akan difailkan. Salinan akan diserahkan kepada
setiausaha kurikulum.

5.2.4 Pelan Taktikal dan Pelan Operasi 2019

Telah dibincang, dilengkapkan dan akan difailkan. Salinan akan diserahkan kepada
setiausaha kurikulum.

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

6.1 Pengerusi mengakhiri mesyuarat dengan ucapan terima kasih dan berharap agar ada
peningkatan gred purata sekolah (GPS) dan peratus lulus pada Peperiksaan SPM 2018.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Urus Setia
Panitia Biologi
SMK Ideal Heights
1 November 2018

You might also like