You are on page 1of 5

LATIHAN 5 UFP 1113

NAMA: NUR ALIA SYAFIQAH BINTI PROGRAM: 1 DBE


AYUB

SOALAN 1

“Pada awalnya, saya hanya pinjam sebanyak RM400 dan diberi tempoh seminggu untuk
menjelaskan pinjaman. Bagaimanapun, saya tidak mempu menjelaskan pinjaman itu dalam
tempoh yang diberi. Jadi, saya terpaksa meminjam dengan ah long yang lain pula bagi
‘menutup’ pinjaman pertama tadi.

“Pinjaman itu juga gagal dilunaskan dan mahu tidak mahu, terpaksa saya membuat pinjaman
dengan ah long ketiga dan seterusnya. Ia umpama gali lubang dan tutup lubang sehingga
akhirnya saya terjerat dengan lapan ah long,” kata bapa kepada tiga orang anak ini.

Sumber: Utusan Online, 18 Mac 2017

(a) Keratan akhbar di atas menunjukkan salah satu ‘tanda-tanda masalah


kewangan’ yang dihadapi oleh indiviu tersebut.

i. Nyatakan tanda masalah kewangan yang terdapat pada petikan akhbar di atas.

( 1 Markah )

ii Senaraikan tiga (3) tanda-tanda masalah kewangan.

( 3 Markah )

(b) Individu tersebut telah memohon untuk menyertai Program Pengurusan


Kredit (PPK) di bawah kelolaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK). Namun, pihak AKPK telah menolak permohonan beliau.
Senaraikan tiga (3) sebab kenapa AKPK berbuat demikian?

( 3 Markah )

(c) Individu di atas adalah penjawat awam dan merupakan ahli jawatankuasa Angkatan
Pelukis seMalaysia. Sekiranya beliau telah diistiharkan muflis oleh mahkamah, jelaskan
tiga (3) risiko yang bakal dihadapi oleh beliau.

( 3 Markah )

SOALAN 2

Izwan Hafis adalah seorang jurutera carigali di Syarikat Dig & Find berpusat di Malaysia
Timur dan akan dinaikkan pangkat menjadi Senior Engineer pada pertengahan tahun
ini. Pada bulan November ini, beliau akan mendirikan rumahtangga dengan pilihan hati
beliau. Beliau juga merupakan seorang ahli aktif kelab berkayak dan merancang untuk
berkayak di Norway dalam tempoh dua tahun lagi. Izwan Hafis tidak pernah mencarum
dalam mana-mana pelan perlindungan sebelum ini. Atas kesedaran sendiri, beliau
berminat untuk mencarum dalam mana-mana pelan perlindungan untuk kesenangan
masa dpan. Terdapat dua pelan yang telah mendapat perhatian beliau.
Sekiranya anda adalah Izwan Hafis, pelan perlindungan yang manakah menjadi pilihan
anda. Huraikan kenapa anda membuat pilihan tersebut.

( 10 Markah )
RUANGAN JAWAPAN

SOALAN 1

(a) i. Pinjaman

ii i) Kad kredit

ii) Simpanan

iii) Perbelanjaan

(b) i. Tidak mempunyai pendapatan bersih yang positif

ii. Tidak meminjam dari penyedia perkhidmatan kewangan yang mengambil


bahagian di dalam PPK sahaja

iii. seorang yang muflis

(c) i. Individu yang muflis tidak dibenarkan untuk keluar negara tanpa kebenaran bertulis
dari
KPI atau sebelum mendapatkan perintah mahkhamah yang membenarkannya keluar
dari
negara.

ii. Seorang bankrap hanya boleh membuat pinjaman dengan amaun tidak melebihi
RM1,000.00. Sekiranya bankrap berniat untuk membuat pinjaman melebihi RM1,000.00,
beliau hendaklah memaklumkan kepada pihak yang memberikan pinjaman tersebut
status kebankrapannya bagi membolehkan pihak yang berkenaan membuat keputusan
sama ada mahu meneruskan pemberian pinjaman tersebut. Sekiranya gagal, bankrap
dianggap melakukan kesalahan di bawah Akta Insolvensi 1967.

iii. Setelah diisytiharkan bankrap, akaun sedia ada akan ditutup dan segala transaksi
akan disekat. Walau bagaimanapun bankrap boleh membuka akaun yang baru atau
mengaktifkan akaun sedia ada bagi tujuan seperti kemasukan wang gaji atau syarat-
syarat munasabah lain dengan syarat mendapat kebenaran daripada KPI.
SOALAN 2

Saya memilih Pelan Insurans The Great eDreamy kerana memberi maanfaat
kematian atau kehilangan upaya akal atau kemalangan dan perlidungan itu sama
ada dalam negara atau luar negara. Oleh itu pelan itu sangat penting sesuai
untuk Izwan Hafis kerana beliau ingin pergi berkayak di Norway dalam tempoh
dua tahun lagi. Manakala Pelan Takaful Sejahtera Keluarga tidak memberikan
manfaat sekiranya berlaku kemalangan di luar negara. Selain itu, Pelan Insuran
The Great eDreamy juga memberi pelan perlindungan dan juga simpanan
dengan kadar faedah tetap iaitu 5%. Manakala Pelan Takaful Sejahtera Keluarga
hanya memberi dividen sebanyak 4% sahaja.

You might also like