You are on page 1of 12

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

Sistem Perbankan
Perbankan Konvensional
1. Sistem perbankan konvensional merupakan sistem perbankan yang mengamalkan
sistem faedah atau bunga.
2. Operasi perbankan adalah berlandaskan hubungan antara penghutang dengan
pemiutang.
3. Ciri-ciri perbankan konvensional:
a. Memberikan faedah ke atas simpanan
b. Mengenakan faedah ke atas pinjaman
c. Melakukan pelaburan untuk mencari keuntungan yang maksimum
d. Mengutamakan keuntungan dan menjalankan tanggungjawab sosial
Perbankan Islam
1. Sistem perbankan Islam beroperasi berdasarkan prinsip syariah dan hukum syarak.
2. Sistem perbankan Islam mementingkan keadilan sosial dan kebajikan masyarakat.
3. Pemberian faedah adalah dilarang kerana mengandungi unsur riba.
4. Operasi perbankan adalah berlandaskan pembahagian risiko dan keuntungan antara
pembiaya (bank) dengan pinjaman mengikut nisbah yang dipersetujui.
5. Fungsi asas sistem perbankan Islam ialah mengambil bahagian dalam perniagaan
dan berkongsi untung dan rugi.
Perbezaan antara Perbankan Konvensional dengan Perbankan Islam
Aspek Perbezaan Sistem Perbankan Konvensional Sistem Perbankan Islam
Dasar perniagaan Mengamalkan pemberian dan
Mengamalkan konsep
penerimaan faedah.
perkongsian untung rugi.
Peraturan dan
undang-undang

Menjalankan urusan menurut


Akta Bank dan Institusi
Kewangan 1989 (BAFIA1989)
dan undang-undang sivil.

Menjalankan urus niaga


berlandaskan Akta Perbankan
Islam 1983 yang mengikut
hukum syarak.

Pelaburan

Bebas melakukan pelaburan


untuk memaksimumkan
keuntungan.

Pelaburan dalam bidang yang


patuh syariah dan tidak
terlibat dalam perjudian dan
spekulasi.

Penasihat

Terdiri daripada pakar


perbankan.

Terdiri daripada ahli


akademik, ulama, dan pakar
perbankan Islam.

Jenis Bank
1

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

Bank Pusat (Bank Negara Malaysia)


Bank Perdagangan dan Bank Islam
Bank Saudagar
Bank Badan Berkanun
Bank Koperasi
Bank Pusat
Juga dikenali sebagai Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada
tahun 1959 di bawah Ordinan Bank Negara Tanah Melayu 1958. Bank Negara
Malaysia diketuai oleh seorang gabenor dan mempunyai beberapa cawangan dalam
Negara mengikut zon kawasan.
Fungsi:
a. Mengeluarkan dan mengawal mata wang Negara
i. Wang kertas dan syiling
ii. Kawal kiriman wang ke luar Negara
b. Menjadi jurubank kepada kerajaan
i. Sediakan khidmat kewangan kepada kerajaan
ii. Sebagai penasihat pelaburan kerajaan
iii. Jual bil perbendaharaan / surat jaminan kerajaan
c. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan
i. Awasi tahap kredit
ii. Tetapkan nisbah rizab berkanun / aset mudah tunai
d. Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
i. Sumber pinjaman terakhir
Bank Perdagangan
Institusi kewangan yang dimiliki oleh pihak swasta.
Objektif penubuhan ialah untuk mendapat keuntungan.
Fungsi:
Terima simpanan - akaun simpanan / tetap/ semasa
Beri kemudahan pembiayaan pinjaman / overdraf
Beri kemudahan pembayaran pindahan kredit / arahan tetap
Beri perkhidmatan lain kad kredit / peti simpanan selamat
Bank Saudagar
Merupakan sebuah bank yang memberikan perkhidmatan perbankan dan kewangan
kepada syarikat berhad dan badan korporat.
Contohnya, Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad dan Commerce International
Merchant Bankers Berhad. Affin Merchant Bank Berhad, Alliance Merchant Bank
Berhad, AmMerchant bank Berhad, Aseambankers Malaysia Berhad, Malaysia
International Merchant Bankers Berhad.
Fungsi:
2

Basic Education Group


a.
b.
c.
d.
e.

Perdagangan

Tingkatan 5

Terima simpanan dari syarikat besar


Beri pinjaman
Beri khidmat nasihat korporat
Urus pelaburan syarikat berhad
Tanggung jamin terbitan syer

Bank Berkanun
Bank badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan
dalam sektor tertentu kepada Negara seperti pertanian, perikanan, dan
pembangunan.
Bank Simpanan Nasional
Terima simpanan akaun simpanan/tetap
Beri pinjaman untuk beli rumah/kereta
Tawar kad kredit kad Visa Klasik /Kad Visa Emas
Sedia perkhidmatan perbankan Islam- akaun simpanan Wadiah
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
Biaya aset tetap- tanah / bangunan
Biaya modal kerja beli bahan mentah/stok barang niaga
Sedia skim kilang bimbingan beri modal / khidmat nasihat
- Sedia tabung usahawan baru bagi sektor pembuatan/pelancongan
Sedia modal asas untuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Bank Pertanian Malaysia
Beri pinjaman beli tanah/ mesin
Terima simpanan akaun simpanan/tetap
Beri kemudahan sewa jentera
Anjur kursus / latihan kepada usahawan bumiputera
Bank Koperasi
Ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 dengan tujuan untuk melindungi
kepentingan dan menjaga kebajikan anggota.
Memperoleh modal dengan menjual syer kepada anggotanya.
Bank koperasi tidak dibenarkan mengendalikan akaun semasa, mendiskaunkan bil,
serta beroperasi di pasaran pertukaran wang asing.
Contoh bank koperasi ialah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad dan Bank
Persatuan ( Menawarkan Perkhidmatan perbankan Islam dan bergiat di dalam
bidang perumahan, perindustrian dan perniagaan).
Fungsi:
a. Terima simpanan
b. Beri pinjaman
3

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

c. Tawar perkhidmatan perbankan Islam


Prinsip:
a. Keanggotaan secara sukarela dan membela kebajikan anggota
b. Kawalan secara demokrasi oleh anggota
c. Kebebasan dan autonomi
Bank Islam
1. Bank Islam berdasarkan hukum Islam dan peraturan syariah.
2. Contoh Bank Islam iaitu Bank Islam Malaysia Berhad (BIBM) dan Bank
Muamalat Berhad.
3. Tertakluk kepada Akta Bank Islam 1983.
4. Ciri-ciri iaitu ;
Riba iaitu keuntungan atau faedah tidak dibenarkan
Mudharabah dan musyarakah (amalkan konsep perkongsian untung rugi)
Maisir iaitu perjudian tidak dibenarkan
5. Tiga konsep:
(1) Wadiah (Bank bertanggungjawab keselamatan harta dan wang)
(2) Mudharabah (Perjanjian antara Pemodal dan Pengusaha)
(3) Musyarakah (Perkongsian dan usaha sama antara dua atau lebih pihak)
Perkhidmatan Bank Perdagangan
Menerima simpanan
a. Akaun Simpanan
i. Amaun simpanan yang kecil
ii. Boleh keluar bila-bila masa
iii. Dapat faedah
iv. Dapat kemudahan Kad Mesin juruwang Automatik (ATM)
b. Akaun Semasa
i. Sesuai dibuka oleh peniaga
ii. Dapat guna cek
iii. Tidak dapat faedah
iv. Perkhidmatan dikenakan caj
v. Boleh dapat kemudahan lain seperti overdraf /pindahan kredit
c. Akaun Simpanan tetap
i. Simpanan mengikut tempoh 3 bulan/ 6bulan
ii. Simpanan minimum ditetapkan oleh bank
iii. Kadar faedah lebih tinggi dari Akaun Simpanan dan ikut tempoh
iv. Bank beri sijil simpanan tetap tidak boleh pindah milik tetapi
boleh dicagarkan

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

Kemudahan Pembayaran
a. Pindahan kredit
i. Bayaran terus ke akaun penerima
ii. Boleh bayar kepada beberapa penerima dengan guna sekeping cek
iii. Sesuai untuk bayar gaji / jelaskan hutang
iv. Selamat dari risiko kehilangan cek / cek tak laku
v. Hanya sesuai untuk penerima yang ada akaun di bank
b. Arahan tetap
i. Arahan bertulis oleh pemegang akaun kepada bank
ii. Untuk bayaran tetap /berkala seperti sewa / insurans
iii. Dapat Bayar secara konsisten / tepat masa
iv. Tidak perlu ingat tarikh bayaran
v. Elak dikenakan surat peringatan tidak membayar hutang
c. Pindahan elektronik
i. Cara membayar paling pantas
ii. Wang boleh dipindahkan dari akaun pelanggan kepada akaun
pemiutang di mana-mana bank secara online / guna kad
d. Pindahan telegraf
i. Cara bayaran pantas ke luar Negara
ii. Bank arah bayaran dibuat melalui teleks ke cawangannya di luar
Negara
iii. Pelanggan dikenakan komisen/caj
e. Pindahan mel
i. Sama seperti pindahan telegraf, cuma arahan dihantar melalui mel
f. Draf Bank
vi. Cek yang dikeluarkan oleh bank atas permintaan pelanggan
vii. Untuk Bayar hutang/bil tertentu
viii. Bayaran terjamin
ix. Draf bank boleh dipalang- tidak boleh ditunai tetapi mesti
didepositkan dalam akaun penerima
g. Cek Jurubank
x. Dikenali sebagai perintah juruwang
xi. Perintah yang dikeluarkan oleh bank atas arahan pelanggan untuk
bayaran tertentu kepada penerima dalam daerah yang sama
xii. Kena Bayar komisen
xiii. Cara selamat buat bayaran dalam amaun yang besar
xiv. Cara bayaran yang meyakinkan penerima
5

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

Kemudahan Pembiayaan
Bank perdagangan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pelanggan dalam
bentuk overdraf dan pinjaman.
Pinjaman
1. Wang yang dipinjam oleh bank kepada pelanggannya setelah memenuhi syarat
2. Dikenakan faedah atas pinjaman
3. Contoh: pinjaman untuk beli tanah/ bangunan
4. Jenis-jenis pinjaman terdiri daripada yang berikut:
a. Pinjaman bercagar
i. Sejenis pinjaman yang memerlukan sandaran seperti sijil saham, geran
tanah, dan bangunan.
ii. Contoh pinjaman bercagar: pinjaman perniagaan
b. Pinjaman tidak bercagar
i. Sejenis pinjaman yang tidak memerlukan snadaran tetapi mesti disokong
oleh beberapa orang penjamin.
ii. Contoh pinjaman tidak bercagar: pinjaman peribadi, pinjaman perumahan,
dan pinjaman pelajaran
Overdraf
1. Satu bentuk wang pendahuluan
2. Cara mudah/segera pinjam wang dari bank oleh pemegang akaun semasa
3. Boleh keluarkan wang lebih dari jumlah yang ada dalam akaunnya
4. Faedah dikenakan terhadap amaun overdraf yang digunakan mengikut kadar harian
Faktor yang dipertimbangkan untuk meluluskan pinjaman atau overdraf
1. Tujuan pinjaman / overdraf
2. Mesti sesuai dengan syarat bank/ pelaburan yang berpotensi
3. Kedudukan kewangan
4. Baik/boleh dipercayai
5. Nilai cagaran
6. Mesti lebih tinggi daripada jumlah pinjaman
7. Dasar bank pusat
8. Utamakan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Perkhidmatan Lain
1. Kad Kredit
sejenis kad yang bolehkan pemiliknya membeli-belah tanpa wang tunai
pemilik kad berhutang dengan pihak bank
dikenakan caj perkhidmatan
boleh juga digunakan untuk bayar sewa hotel / tempah tiket penerbangan

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

2. Peti simpanan selamat


Untuk simpan barang berharga seperti barang kemas/geran tanah
Dikenakan caj
3. Perbankan elektronik (e-banking)
Urus niaga melalui komputer peribadi/telefon bimbit
pantas/mudah/ jimatkan kos
4. Tukaran mata wang asing
Membeli dan menjual mata wang asing
5. Cek Kembara
dijual kepada pelanggan yang hendak ke luar negara
tidak perlu bawa wang dengan banyak/ elak risiko kecurian
dijual dalam mata wang Dolar Amerika / Yen Jepun
boleh ditunai serta-merta /di mana-mana cawangan bank di negara asing
6. Jaminan jurubank
Jaminan bank kepada pihak tertentu bahawa bank akan membayar segala
hutang pelanggannya jika pelanggannya tidak siapkan projek / jelaskan hutang
Perlu beri deposit kepada bank untuk dapatkan jaminan
Deposit ini akan digunakan oleh bank untuk membayar hutang jika pelanggan
tidak dapat siapkan projek
7. Perbankan Islam
Terima simpanan - Akaun Simpanan Wadiah/Akaun Semasa Wadiah/Akaun
Pelaburan Mudharabah
Beri kemudahan pembiayaan
Murabahah (Jualan dan tambah untung oleh Bank)
Bai Bithaman Ajil ( Bayaran tertangguh secara ansuran) Rumah,
Kenderaan, Pendidikan
Ijarah (Pajakan) Mesin dan Loji, Pelanggan sewa barang tetapi tidak
memilikinya.
Bai At Takjiri (Sewa Jual)
Qardhul Hassan ( Pinjaman Ihsan tanpa keuntungan) tanpa faedah
Bai As Salam ( Tempahan ) Sistem prabayar
Al-Rahnu ( Pajak gadai Islam ) pinjaman bercagaran
Kafalah ( Jaminan ) Bank menjadi penjamin

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

Cek
Jenis Cek

Cek Terbuka

Cek Pembawa

Cek Berpalang

Cek Berpalang Am

Cek Perintah

Cek Berpalang Khas

Maksud Cek
1. Cek adalah perintah bertulis tanpa syarat kepada bank dengan mengarahkan pihak
bank membayar sejumlah wang kepada penerima apabila dituntut.
2. Cek dikeluarkan oleh pemegang akaun semasa sahaja.
3. Cek bukan wang sah iaitu tidak penerima cek berhak menolak cek sebagai alat
pembayaran.
4. Sekeping cek mempunyai dua bahagian:
a) keratan cek merujuk kepada bahagian yang digunakan untuk mengisi butir
bayaran sebagai rujukan.
b) bahagian cek sebenar iaitu bahagian yang perlu diceraikan dan diserahkan
kepada penerima setelah lengkap diisi.
5. Pihak-pihak Dalam Sekeping Cek
a) Pesuruh bayar bank yang mengeluarkan cek
b) Penyuruh bayar orang / pihak yang menandatangani cek
c) Penerima
orang / pihak yang menerima bayaran
Jenis Cek
Terdapat dua jenis iaitu;
a. Cek terbuka
b. Cek berpalang
Cek Terbuka
1. Ada dua jenis iaitu;
a. Cek Pembawa
b. Cek Perintah
2. Ada perkataan atau pembawa yang tidak dipotong
3. Cek ini boleh ditunaikan di kaunter bank oleh penerima atau sesiapa sahaja
4. Nama penerima boleh diganti dengan perkataan Tunai
5. Cek ini tidak selamat
8

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

6. Boleh ditunaikan oleh penerima di kaunter bank dengan menunjukkan kad


pengenalan
7. Boleh dimasukkan ke dalam akaun penerima
Cek Berpalang
1. Cek yang mempunyai dua garisan selari melintangi permukaannya sama ada di
tengah-tengah atau di penjuru atas sebelah kiri
2. Cek tidak boleh ditunaikan di kaunter bank
3. Mesti dimasukkan ke dalam akaun bank
4. Cek ini lebih selamat
5. Ada tiga jenis iaitu;
a. Cek Berpalang Am
b. Cek Berpalang Khas
Perbezaan Cek Terbuka dengan Cek Berpalang
CEK TERBUKA
1. Tiada garisan selari pada muka
cek.
2. Boleh ditunaikan di kaunter
bank.
3. Tidak selamat.

CEK BERPALANG
1. Ada dua garisan selari pada
muka cek
2. Mesti didepositkan dalam akaun.
3.

Selamat kerana cek


ditahan pembayaran.

boleh

Kelebihan: Cek sebagai alat pembayaran


1. Menjimatkan masa
2. Boleh dihantar melalui pos
3. Selamat kerana tidak perlu membawa wang tunai
4. Selamat digunakan kerana telah berpalang / elak risiko kecurian
5. Sebagai bukti pembayaran
6. Boleh tangguh pembayaran dengan penggunaan cek bertarikh hadapan
Kekurangan Cek sebagai alat pembayaran
1. Cek bukan wang sah
2. Lambatkan proses terima wang
3. penerima cek terima wang bila cek telah dijelaskan
4. Boleh berlakunya penipuan / pemalsuan
5. Caj dikenakan
6. Hutang tidak dapat dikutip / peniaga rugi
Lain-lain Jenis Cek
9

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

1. Cek Bertarikh Hadapan


a. Cek yang ditulis dengan tarikh akan datang
b. Contoh: cek dikeluarkan pada 7.1.2004 tetapi ditulis dengan tarikh
31.1.2004
c. Penerima akan hanya terima bayaran pada atau selepas tarikh matang
d. Dalam contoh di atas penerima akan hanya menerima bayaran pada atau
selepas 31.1.2004
2. Cek Mati
a. Cek yang tempoh pembayarannya telah tamat
b. Biasanya cek bank perdagangan laku dalam tempoh 6 bulan manakala cek
Bank Negara laku dalam tempoh 3 bulan dari tarikh cek dikeluarkan
c. Contoh: Cek Bank Negara yang dikeluarkan pada 1.1.2004 akan menjadi cek
mati mulai pada 1.4.2004
3. Cek Dalaman
a. Cek yang dikeluarkan kepada penerima yang juga mempunyai akaun di bank
yang sama dengan penyuruh bayar
b. Cek boleh ditunaikan serta merta di kaunter bank
4. Cek Bertanda
a. Penerima cek dijamin akan menerima bayaran sehingga tarikh tertentu
b. Perkataan Baik untuk pembayaran sehingga.. akan ditulis pada
muka cek
c. Contoh: Baik untuk pembayaran sehingga 3.3.2002 [penerima cek dijamin
akan mendapat bayaran sehingga tarikh 3.3.2002]
5. Cek Kosong
a. Cek yang telah diisi maklumat dengan lengkap dan ditandatangani KECUALI
amaun jumlah dalam perkataan dan angka
b. Cek ini digunakan apabila penyuruh bayar tidak tahu jumlah bayaran yang
sepatutnya dibayar kepada penerima.
c. Sebagai langkah keselamatan, perkataan tidak melebihi RM. akan
ditulis pada cek
6. Cek Tak laku
a. Cek yang tidak diterima oleh bank untuk pembayaran
b. Sebab cek menjadi cek tak laku:
i. Cek bertarikh hadapan
ii. Cek kotor/rosak/koyak
iii. Cek kosong
iv. Cek mati
10

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

v. Jumlah dalam angka dan perkataan tak sama


vi. Baki dalam akaun penyuruh bayar tidak cukup
vii. Penyuruh bayar mati / gila / muflis sebelum cek ditunaikan
Institusi Kewangan Lain
Jenis-jenis institusi kewangan lain:
1. Syarikat Kewangan
2. Syarikat Pajakan
3. Syarikat Pemfaktoran
4. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
Syarikat Kewangan
1. Tidak menyediakan akaun semasa
2. Perkhidmatan yang disediakan:
a. Menerima simpanan dalam bentuk akaun simpanan dan akaun simpanan
tetap.
b. Membiayai / memberi pinjaman peribadi, pinjaman perumahan dan
pinjaman sewa beli.
c. Menyewakan aset / menyediakan pajakan dalam bentuk bangunan /
ruangan pejabat.
d. Melabur dalam pasaran kewangan dan perniagaan
e. Pembiayaan pajakan, projek perumahan dan pelaburan individu
3. Contoh: Public Finance, Maybank Finance
Syarikat Pajakan
1. Perjanjian antara syarikat pajak dengan pemajak bagi menyewa satu aset tertentu
yang diperoleh daripada penjual
2. Pemajak perlu membayar sewa sepanjang tempoh pajakan.
3. Sepanjang tempoh pajakan / sewaan, aset (mesin) itu adalah kepunyaan syarikat
pajakan.
4. Contoh aset yang biasa dipajak seperti mesin, kenderaan dan premis.
5. Contoh syarikat pajakan: Sunsea Credit & Leasing Sdn. Bhd.
6. Kebaikan:
a. Dapat menggunakan aset tanpa mengeluarkan modal.
b. Boleh mendapatkan aset tanpa cagaran.
c. Merupakan satu sumber modal tambahan.
d. Mengurangkan pembayaran cukai.
Syarikat Pemfaktoran
1. Peniaga boleh menjual akaun belum terimanya / invois kepada syarikat
pemfaktoran / bank untuk mendapatkan wang tunai dengan segera

11

Basic Education Group

Perdagangan

Tingkatan 5

2. Jumlah wang tunai yang diterima oleh peniaga adalah jumlah nilai akaun belum
terima / invois setelah ditolak kadar faedah dan bayaran perkhidmatan antara 1
2 peratus atas nilai aset akaun belum terima / invois
3. Contoh syarikat pemfaktoran: Public Leasing and Factoring Sdn. Bhd.
4. Kebaikan:
a. Boleh mendapat wang tunai dengan segera
b. Dapat mengelakkan risiko hutang lapuk
c. Mengatasi masalah aliran tunai
d. Tidak perlu lagi mengawasi akaun belum terima.
Syarikat Jaminan Kredit Malaysia
1. Milik bersama Bank Negara Malaysia dengan semua bank perdagangan.
2. Ditubuhkan untuk bantu peniaga kecil mendapatkan pinjaman dari bank
perdagangan.
3. Syarikat ini tidak beri pinjaman tetapi bertindak memberi khidmat nasihat dan
jaminan kepada pinjaman yang telah diluluskan.
4. Peminjam boleh terdiri daripada individu, perkongsian, syarikat sendirian
berhad, koperasi dan pertubuhan
5. Kebaikan:
a. Bank perdagangan tidak perlu risau risiko hutang lapuk dari pinjaman
b. Peminjam (peniaga) boleh dapat pinjaman tanpa cagaran yang banyak.

12

You might also like