You are on page 1of 4

BANK NEGARA MALAYSIA

Bank Negara Malaysia atau BNM merupakan bank pusat di Malaysia. Ibu
pejabatnya terletak di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, dan ia ditubuhkan pada
Januari 26, 1959 (sebagai Central Bank of Malaya atau Bank Negara Tanah Melayu)
untuk mengeluarkan mata wang, sebagai jurubank dan penasihat untuk Kerajaan
dan mengawal kedudukan kredit negara.
Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada 26 Januari 1959 di bawah Ordinan Bank
Pusat Tanah Melayu, 1958. Dengan penubuhannya, ia perlu memenuhi 5 objektif
iaitu:
* Untuk mengeluarkan mata wang, Ringgit Malaysia dan menyimpan rizab
menjaga nilai mata wang;
* Untuk bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan;
* Untuk menggalakkan operasi pembayaran negara dan sistem penyelesaian
yang boleh dipercayai, cekap dan lancar dan untuk memastikan dasar
pembayaran negara dan sistem penyelesaian untuk kelebihan Malaysia;
* Untuk mempromosi kestabilan kewangan dan struktur kewangan;
* Untuk mempengaruhi keadaan kredit supaya menguntungkan negara;

Oleh itu, dengan objektif berikut, bank dicipta untuk mengawal selamat ekonomi
Malaysia. Matlamat lebih luas bank adalah mempromosikan pertumbuhan ekonomi
di Malaysia, tahap yang tinggi pekerjaan, memelihara kestabilan harga dan satu
keseimbangan munasabah dalam kedudukan pembayaran antarabangsa negara,
membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.

BANK PERDAGANGAN
1. Ciri utama bank perdagangan:
    a. Penggunaan cek melalui akaun semasa. 
  b. Bank perdagangan mencipta kredit melalui penggunaan akaun semasa.
 
 2 Objektif bank perdagangan:
.
    a. Sebagai bank perdagangan sudah tentu memaksimumkan keuntungan
menjadi objektif utama. 
  b. Menjaga kepentingan penyimpan.
 
 3 Lanjutan daripada itu bank akan menghadapi pilihan antara memaksimumkan
. keuntungan (dengan memberi pinjaman) dengan menjaga kepentingan dan
keselamatan wang penyimpan.
 
4. Perkhidmatan bank perdagangan kepada pelanggan:
    a. Menerima deposit dengan akaun simpanan, akaun tetap, akaun semasa.
  b. Memberi pinjaman seperti pinjaman dan overdraf dan pinjaman lain
seperti mendiskaun bil.
  c. Khidmat lain seperti membuat pembayaran bagi pihak pelanggan
contohnya perintah sedia ada, pindahan kredit dan lain-lain.
  d. Perkhidmatan lain.
SYARIKAT KEWANGAN

Institusi Kewangan adalah pilihan kedua kepada para peniaga untuk mendapatkan
sumber atau bantuan kewangan selain mendapatkan pinjaman daripada bank.
Apabila pinjaman yang ingin dibuat melalui bank tidak diluluskan atau tidak
mencukupi para peniaga boleh membuat pinjaman melalui institusi-institusi
kewangan yang disediakan oleh badan- badan swasta.Jadi, marilah sama-sama
mengenali beberapa institusi-institusi kewangan yang boleh membantu masalah
kewangan anda.

a). Syarikat Kewangan Berlesen terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

i. Milikan bank

ii.bukan milikan bank

(b). Perkhidmatan yang disediakan meliputi menerima simpanan,memberi


pinjaman,kemudahan sewa beli, pemajakan dan pengurusan pelaburan.

Agensi Kerajaan ini adalah salah sebuah institusi kewangan milik perbadanan
kerajaan.Contoh agensi Kerajaan yang boleh di rujuk oleh peniaga ialahMARA .
Mara adalah sebuah perbadanan yang dapat membantu peniaga-peniaga baru
dalam mengatasi masalah kewangan.Antara perkhidmatan yang
disediakan oleh Mara ialah:

Memberi pinjaman kepada bakal usahawanbumiputera.Pinjaman yang diberikan


oleh Mara ialah:

Pinjaman pengangkutan untuk memulakan perniagaan perkhidmatan pengangkutan.

Pinjaman kontrak untuk membiayai kontrak yang diperolehi oleh usahawan


bumiputera.

Pinjaman-pinjaman yang berkaitan dengan perniagaan lain.

SYARIKAT JAMINAN KREDIT MALAYSIA BERHAD


(CREDIT GUARANTEE CORPORATION (M) BHD)

Syarikat ini membantu anda ,iaitu para peniaga dalam mendapatkan


pinjaman.Kebiasaannya syarikat ini akan memberikan perhatian mereka kepada
peniaga-peniaga yang baru hendak memulakan perniagaan mereka secara kecil-
kecilan. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini ialah :

Membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman daripada bank


perdagangan pada kadar faedah yang wajar.
memberikan pinjaman mengikut kelayakan bagi skim jaminan syarikat iaitu
individu,koperasi,firma perkongsian dan syarikat modalnya berbayar kurang
daripada RM 200 Ribu.

Syarikat Koperasi berhad.

a. Syarikat ini beroperasi dibawah kawalan 'The Essential (Protection & Depositors)
Regulations' Julai 1986.Apabila sudah memberikan pinjaman syarikat ini akan
menerima deposit.

b. Tujuan utama syarikat Koperasi ialah memberikan pinjaman kepada peminjam


dan menerima deposit dari mereka.

c. Syarikat ini terdiri daripada:

Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd.

Koperasi Usaha Bersatu.

Koperasi Desa.

Syarikat pemfaktoran ,syarikat ini membeli invois daripada pnjual dan mengutip
bayaran daripada penghutangnya. syarikat ini membeli invois pada nilai yang kurang
daripada nilai invois yang sebenar.Perbezaan diantara nilai sebenar invois dan
bayaran kepada penjual merupakan pendapatan syarikat pemfaktoran bagi
perkhidmatannya dan risiko yang ditanggungnya.

Syarikat Pemajakan adalah salah sebuah badan swasta yang juga institusi
kewangan yang boleh membantu para peniaga dalam mendapatkan pinjaman
dengan cara:

Syarikat ini akan membeli mesin yang mahal dan memajakkannya kepada peniaga
yang kekurangan modal. Contohnya:

D & C Leasing Sdn. Bhd.


BANK SAUDAGAR

Bank Saudagar hanya memberi perkhimatan kewangan borong  kepada saudagar


dan syarikat perniagaan yang benar.Ia tidak memberikan perkhimatan kepada orang
ramai.

Fungsi utama Bank saudagar:

Sebagai penangung jaminan terbitan syer(underwriter), Iaitu Bank Saudagar akan


memberi syer yang tidak dapat dilanggan sepenuhnya oleh pelabur.
Memberi nasihat dan kepakaran dalam usaha sama, mengambil alih, penyusunan
semula syarikat, pelaburan dan pengurusan.
Memberikan simpanan tetap.

SYARIKAT DISKAUN

BANK LUAR PERSISIR

bank asing yg beroperasi di sesebuah negara dgn menikmati pengecualian cukai


drpd negara berkenaan.

BANK ASING

You might also like