You are on page 1of 2

BAB 5 :

SISTEM KEWANGAN

Soalan Aras Pengetahuan (C1)


1. Bank Negara Malaysia ditubuhkan pada tahun 1959 dengan fungsi-fungsinya yang tertentu.
Nyatakan dua daripada fungsi tersebut.

2. Nyatakan tiga perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Perdagangan.

3. Nyatakan jenis sumber kewangan jangka pendek berdasarkan pernyataan yang diberikan;
Sumber Kewangan
Pernyataan
Jangka Pendek
Satu pernyata yang dikeluarkan beserta sejumlah wang
seperti yang tercatat di dalam penyata sebagai pinjaman
dengan pulangan tertentu kepada peminjam.
Kemudahan kredit yang diberikan oleh pihak bank kepada
pemegang akaun semasa yang membolehkan pemegang
akaun mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat
dalam akaun setakat had yang ditetapkan.

4. Nyatakan prinsip pengurusan kredit berikut :


Pernyataan Prinsip
Kemampuan pelanggan untuk membayar berdasarkan
rekod-rekod kewangan terdahulu.
Keadaan persekitaran, ekonomi dan aktiviti-aktiviti
pembangunan terkini.
Kedudukan kewangan pelanggan berpandukan analisis
penyata kewangan pelanggan.
Aset tetap yang disandarkan oleh pelanggan sebagai
jaminan.

5. Nyatakan sumber pembiayaan berkaitan dengan penyataan berikut:


Sumber
Pernyataan
Pembiayaan
Kemudahan kredit yang diberikan oleh bank perdagangan
bagi tempoh setahun di mana pemegang akaun semasa
dibenarkan mengeluarkan wang melebihi baki yang terdapat
dalam akaunnya.

Ciri-ciri yang terdapat pada sumber pembiayaan ini adalah


penyertaan, boleh tukar dan bersifat kumulatif. Mereka yang
terlibat tidak mempunyai hak untuk mengundi.

1
Kemudahan kredit yang disediakan oleh pembekal dalam
tempoh masa yang tertentu kepada perniaga atau membeli
secara hutang.

Soalan Aras Pemahaman (C2)


1. Jelaskan sumber pembiayaan jangka pendek berikut:
a) Overdraf
b) Kredit perdagangan

2. Jelaskan pengertian pengurusan kredit.

3. Anda ingin membeli bahan mentah untuk operasi kilang secara pukal. Pembekal anda telah
memberi syarat pembayaran seperti berikut: 4/7 bersih 30. Jelaskan maksud terma kredit
tersebut.

4. Jelaskan maksud istilah berikut


a) Kos Pengapungan
b) Kadar Faedah
c) Duti setem dalam konteks pembiayaan
d) Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

Soalan Aras Analisis (C3)


1. Nyatakan dua kelemahan pembiayaan saham keutamaan jika dilihat dari perspektif
syarikat.

2. Saham keutamaan merupakan satu daripada sumber pembiayaan jangka panjang.


Jelaskan dua kebaikan sumber pembiayaan ini kepada syarikat yang menerbitkannya.

3. Puan Rohana mempunyai sebuah butik pakaian yang terletak di bandar Taiping. Baru-baru
ini beliau bercadang untuk memperkembangkan perniagaannya ke seluruh negeri Perak.
Namun begitu, beliau mempunyai masalah bagi mendapatkan sumber kewangan untuk
membiayai perniagaannya. Oleh kerana anda merupakan salah seorang rakannya yang
baru menamatkan kursus kewangan dari sebuah kolej di Kuala Lumpur, anda diminta
mencadangkan kepada Puan Rohana sumber-sumber pembiayaan jangka pendek yang
boleh digunakan oleh beliau bagi melancarkan lagi operasi perniagaannya.

Terangkan tiga (3) sumber-sumber kewangan jangka pendek yang boleh digunakan oleh
Puan Rohana.

Soalan Aras Aplikasi (C4)


1. Encik Ramli bercadang mendapatkan sumber pembiayaan dari Bank Bumisutera Bhd bagi
memperluaskan operasi pengeluaran sos cili syarikatnya. Jelaskan prinsip-prinsip 5C
dalam pengurusan kredit yang boleh digunakan oleh Bank Bumisutera bagi menilai
permohonan Encik Ramli.

You might also like