You are on page 1of 92

1

Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran , pelajar akan dapat :

1.1 Pengenalan Pengurusan Pengeluaran


a)Menakrif maksud pengeluaran/operasi dan kepentingannya.
b)Menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran.
c)Menjelaskan hubungan jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran,
kewangan dan sumber manusia.
d)Menjelaskan proses pengeluaran.

1.2 Perancangan Pengeluaran


a)Menjelaskan rekabentuk pengeluaran.
b)Menjelaskan objektif susun atur dan jenis susun atur.
c)Menjelaskan objektif pemilihan lokasi pengeluaran/kilang dan faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan lokasi.
d) Melakarkan penjadualan meliputi Carta PERT dan Carta Gantt.
2
Objektif Pembelajaran
Di akhir pengajaran , pelajar akan dapat :

1.3 Kawalan Inventori


a) Menjelaskan maksud kawalan inventori dan kepentingannya.
b) Menjelaskan jenis-jenis inventori dan kepentingannya.

1.4 Alat/Kaedah Kawalan Inventori


a)Mengenalpasti alat-alat kawalan inventori.
b)Mengaplikasi kaedah kuantiti pesanan ekonomik (EOQ).
c)Menghuraikan konsep/kaedah tepat pada masa (Just In Time)-JIT.

1.5 Kawalan Kualiti


a) Menjelaskan maksud kawalan kualtiti, kepentingannya dan proses.
b) Menjelaskan maksud pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan
prinsip-prinsipnya.
c) Menjelaskan maksud standard pengeluaran dan ISO. 3
1.0 PENGELUARAN

4
1.1 PENGENALAN PENGURUSAN
PENGELUARAN

5
1.1 (a) Maksud Pengeluaran Pengurusan

Melibatkan perancangan, penyusunan, penstafan,


pengarahan dan pengawalan segala aktiviti berkaitan
dengan penghasilan barangan dan perkhidmatan
melalui satu proses transformasi input (bahan mentah,
buruh, mesin & lain-lain) kepada output (barangan
dan perkhidmatan) yang lebih bernilai.

6
1.1 (a) Kepentingan Pengurusan Pengeluaran
1. Menjamin kelancaran perancangan
 Setiap proses pengeluaran perlu dibuat dengan teliti, dikawal
dengan terperinci dan sistematik untuk elakkan
gangguan/masalah semasa proses pengeluaran.

2. Kurangkan kesan yang tidak baik


 Pengeluar perlu memastikan aktiviti pengeluaran mematuhi
undang-undang tidak memberi kesan negatif kepada alam
sekitar.

3. Memastikan sumber perniagaan diurus secara optima


 Pengeluar perlu mengurus dan mengawal sumber perniagaan
seperti pekerja, bahan mentah serta mesin dengan cekap untuk
meningkatkan produktiviti, mengurangkan pembaziran dan
memaksimumkan keuntungan.
7
1.1 (b) Cabaran dihadapi Pengurus
Pengeluaran
i) Keperluan untuk memenuhi citarasa pengguna
yang pelbagai
•Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada
keupayaannya untuk memenuhi citarasa pengguna.
•Kitaran hayat produk dalam pasaran semakin pendek
•Pihak pengurusan perlu mengambil beberapa langkah
tertentu misalnya mengeluarkan pelbagai jenis produk
bagi memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai.

8
1.1 (b) Cabaran dihadapi
Pengurus Pengeluaran

ii) Menekankan peningkatan kualiti produk secara


berterusan
•Jangkaan pengguna terhadap kualiti produk semakin
meningkat
•Pengurus pengeluaran perlu memastikan kualiti produk
dan perkhidmmatan sentiasa ditambah baik untuk
memenuhi jangkaan pengguna.

9
1.1 (b) Cabaran dihadapi
Pengurus Pengeluaran

iii) Perubahan teknologi yang berterusan


•Penggunaan teknologi terkini mempercepat proses
pengeluaran
•Pengeluar harus bersedia untuk menerima sebarang
perubahan teknologi yang drastik dan mengatur strategi
pengeluaran yang efisien
•Penggunaan komputer, jentera dan robot dalam aktiviti
pengeluaran

10
1.1 (b) Cabaran dihadapi
Pengurus Pengeluaran

iv) Kepekaan terhadap isu alam sekitar


•Mengambil kira kebersihan dan keindahan alam sekitar
supaya kualiti alam sekitar tidak tercemar kesan aktiviti
pengeluaran yang dijalankan bagi mengelakkan
sebarang  tindakan undang-undang.

v) Modal dan Buruh


•Memilih sama ada orentasikan buruh atau modal yang
mana lebih menjimatkan kos.

11
1.1 (c) Hubungan Jabatan Pengeluaran
dengan Jabatan Pemasaran

• Jabatan pemasaran mewujudkan permintaan untuk


barangan sedia ada dan baharu
• Pemasaran menerima pesanan berdasarkan kapasiti
pengeluaran.
• Pemasaran mengumpul maklumat kepuasan
pelanggan bagi penambahbaikan proses
pengeluaran, produk dan perkhidmatan. ,
menyediakan tempat dan menerima pesanan bagi
pengeluran barang.

12
1.1 (c) Hubungan Jabatan Pengeluaran
dengan Jabatan Kewangan
• Mempengaruhi pelaburan pengeluaran dengan dari
segi teknologi , proses serta penambahan modal dan
inventori.

1.1 (c) Hubungan Jabatan Pengeluaran


dengan Jabatan Sumber Manusia
• Pengeluaran menggunakan sumber manusia dan
untuk menghasilkan barangan.
• Sumber manusia mengambil dan melatih pekerja
dalam kerja-kerja pengeluaran.
13
1.1 (d)
PROSES
PENGELUARAN
14
Definisi

• Merupakan satu sistem yang menggabungkan 4


elemen (insan , bahan, proses dan prosedur) dalam
menghasilkan produk.
• Melalui proses input- transformasi -output

15
Input
• Sumber-sumber yang dikenali sebagai faktor-faktor
pengeluaran yang digunakan sebagai bahan dalam proses
pengeluaran.

• Contohnya, bagi pengeluaran tekstil, pengilang


memerlukan kapas (bahan mentah) untuk diproses,
manusia (tenaga buruh/pekerja) untuk menyelenggarakan
mesin, wang (modal) untuk membeli bahan mentah, mesin
dan membayar upah pekerja dan juga kemahiran
(usahawan) untuk mengagih sumber-sumber tersebut.

16
Transformasi
• Merupakan proses asas untuk mengubah bahan mentah
(input) kepada produk siap, bahagian-bahagian atau
komponen (output).
• Ia juga merupakan proses tambah nilai dalam proses
penukaran input dari segi bentuk, warna, rasa, saiz dan
rupa kepada produk lain yang dikenali sebagai output.
• Transformasi melibatkan proses-proses seperti proses
kimia, proses fabrikasi, proses pengkeranian dan proses
pengangkutan.

17
Output
• Merupakan hasil yang diperoleh daripada proses
transformasi yang terdiri daripada barang siap atau
barang separuh siap.
• Contohnya; Output (iaitu kain) terhasil daripada
proses pengeluaran yang dilakukan ke atas kapas
(bahan mentah).

18
Transformasi

Bahan mentah Barang Siap

PROSES PENGELUARAN ROTI (BARANG SIAP)


Transformasi Transformasi

Bahan mentah Barang separuh Barang siap


siap
( Input )
( Output )
( Output )
Proses Transformasi Bahan Mentah Kepada
Barang Separuh Siap Dan Barang Siap
1.2 Perancangan Pengeluaran
 Merancang dan menyusun rekabentuk/susunatur dalaman
sesebuah kilang.

 Pemilihan rekabentuk mengambilkira faktor seperti keluasan


kilang, jumlah pekerja, jenis mesin atau penggunaan, suasana
persekitaran, stor simpanan,kualiti kerja.

 Bertujuan : meningkatkan mutu reka bentuk produk, kapasiti


proses dan kualiti kerja.

 Meliputi susunatur proses, produk dan tetap.


21
1.2 (a) Reka bentuk Pengeluaran
• Reka bentuk pengeluaran merujuk kepada kaedah
yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran untuk
menghasilkan sesuatu produk sama ada produk
sedia ada atau produk baharu.

• Terdapat 3 reka bentuk pengeluaran


i) Simplification
ii) Standardization
iii) Modular

22
i) Simplification

• Menekan pengurangan usaha dalam bilangan,


bahagian, pemasangan atau pilihan agar dapt
memudahkan dan mempercepatkan penghasilan
produk.

• Contoh, pengeluar kereta tidak perlu menghasilkan


pintu kereta sendiri, sebaliknya akan menggunakan
pintu kereta yang telah siap untuk dipasang pada
kereta.

23
ii) Standardization
• Standardization merupakan proses pengeluaran yang
menghasilkan produk yang seragam dari aspek produk,
saiz dan kualiti.

• Standardization membolehkan penggunaan bahagian


pemasangan sedia ada, standard atau boleh ditukar ganti
dalam kalangan produk dengan tujuan mengurangkan
tahap inventori, kos dan masa latihan, memudahkan
prosedur pembelian dan pengendalian bahan.

24
iii) Modular
• Melibatkan gabungan komponen atau modul standard
dalam pelbagai cara untuk menghasilkan beberapa
produk yang unik.
• Bahagian produk atau komponen dibina dalam bentuk
modul boleh diganti atau ditukar ganti dengan mudah
agar dapat meningkatkan fleksibiliti dalam pengeluaran
dan pemasaran serta keupayaan memenuhi kehendak
pelanggan.
• Contohnya, Harley Davidson menggunakan beberapa
jenis enjin, casis dan tangki gas untuk menghasilkan
pelbagai jenis motosikal.

25
1.2 (b) Jenis Pengeluaran
 Jenis pengeluaran melibatkan semua aspek pengeluaran spt
buruh, mesin dan peralatan, kewangan, bahan mentah dan
lain-lain.
 Ia merangkumi :

26
i) Massa
Ia merupakan kaedah pengeluaran secara besar-besaran untuk
menghasilkan barangan yang sama .
Ciri utama kaedah ini ialah kadar pengeluarannya yang tinggi,
peralatan yang digunakan adalah khusus untuk membuat sesuatu
barangan dan kadar permintaan terhadap barangan adalah sangat
tinggi, stabil, kualiti yang sama dan dapat diramal.
Bahan mentah disimpan sebagai inventori bagi merendahkan kos
pengeluaran kerana pengeluaran secara besar-besaran.
Syarikat akan menyimpan stok untuk memenuhi permintaan segera
dan dapat meminimumkan masa penghantaran.
Cth: komponen elektrik, produk-produk makanan, minyak masak,
kicap, dan lain-lain.

27
ii) Selanjar
Pengeluaran jenis ini umumnya beroperasi 24 jam
berterusan tanpa henti, berulangkali dan besar.
Kebiasaannya hanya satu jenis produk sahaja yang
dihasilkan tetapi dalam volum yang amat tinggi. Produk
mempunyai pempiawaian yang amat tinggi, maka aliran
pengeluaran adalah secara lini dan sukar diubah.
Menggunakan peralatan yang sama dalam jangka masa yang
lama
Contoh : Pemprosesan produk komoditi dgn volum
pengeluaran yang sangat besar, proses menghasilkan
bahan-bahan kimia, cetakan, kertas dan loji penapisan
minyak. 28
ii) Kelompok
Sistem pengeluaran kelompok ialah di mana barangan diproses
di dalam kumpulan-kumpulan atau lot-lot tertentu.
Pengeluaran adalah mengikut spesifikasi pelanggan.
Sesuai utk produk bermusim dan bersifat fleksibel untuk
memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.
volum pengeluaran yang kecil dan permintaan yg berubah-ubah
Contoh: Kad raya, baju sekolah, perhiasan dan peralatan rumah
yang mahal seperti (wallpaper, wardrobe, kabinet dan
sebagainya), tempahan kek , perabot, perkhidmatan katering dan
lain-lain.

29
iii) Kelompok
Sistem pengeluaran kelompok ialah di mana barangan diproses
di dalam kumpulan-kumpulan atau lot-lot tertentu.
 Pengeluaran adalah mengikut spesifikasi pelanggan.
Sesuai utk produk bermusim dan bersifat fleksibel untuk
memenuhi citarasa pelanggan yang pelbagai.
volum pengeluaran yang kecil dan permintaan yg berubah-ubah
Contoh: Kad raya, baju sekolah, perhiasan dan peralatan rumah
yang mahal seperti (wallpaper, wardrobe, kabinet dan
sebagainya), tempahan kek , perabot, perkhidmatan katering dan
lain-lain.

30
iv) Tempahan (Job types)
Pengeluaran ini melibatkan penghasilan produk spesifik yang
mengikut tempahan pengguna dalam kuantiti yang kecil.
Produk yang dikeluarkan adalah unik, mempunyai nilai tinggi
dan melibatkan tempoh yang tidak menentu.
Memerlukan modal yang besar kerana melibatkan penggunaan
tenaga pakar dalam sesuatu bidang dan teknologi yang canggih.
Contohnya, projek pembinaan kapal, pelabuhan, lapangan
terbang dan projek pembangunan MSC.

31
1.2 (c) Objektif Susun atur
• Meningkatkan kecekapan penggunaan
ruangan dan sumber seperti tenaga kerja dan
kelengkapan.
• Meminimunkan kos pengendalian bahan
• Meningkatkan keberkesanan komunikasi
antara pekerja dan pelanggan
• Meminimunkan inventori kerja dalm proses

32
1.2 (c) Jenis Susun atur

33
1. SUSUN ATUR TETAP
 Merupakan kaedah mengumpulkan aktiviti
pengeluaran seperti sumber manusia, bahan
mentah dan peralatan di lokasi di mana
pengeluaran hendak dibuat.
 Disebabkan oleh saiz yang besar & berat
barangan tersebut terletak tetap di tempat
pembuatan. Peralatan, mesin, bahan mentah,
jentera dan pekerja di bawa ke kedudukan yang
telah ditentukan untuk melakukan proses-
proses pembuatan.
34
1.SUSUN ATUR TETAP
KAWASAN
KAWASANPBINAAN
PBINAAN
PRODUK
PRODUK
(BANGUNAN)
(BANGUNAN) BAHAN
PEKERJA BAHAN
PEKERJA MENTAH
MENTAH

MESIN BAHAN
BAHAN
MESIN
MENTAH
MENTAH

35
2. SUSUN ATUR PROSES
• Dikenali sebagai susun atur fungsi.
• Aktiviti pengeluaran disusun dengan
mengumpulkan manusia dan alatan yang sama
fungsinya dalam satu tempat.
• Ia melibatkan pelaburan yang sedikit kerana
peralatan dan mesin boleh dikongsi guna serta
tidak terhad untuk pengeluaran satu jenis produk
sahaja.
• Produk akan bergerak dari satu bahagian kerja ke
bahagian lain untuk disiapkan.
• Contoh: susunatur di perpustakaan, sekolah,
36

hospital dan pasaraya.


3. SUSUN ATUR PRODUK
• Juga dikenali sebagai barisan pemasangan
• Melibatkan penyusunan semua peralatan dan
mesin serta aktiviti pengeluaran mengikut urutan
proses pengeluaran bagi memastikan operasi
pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik.
• Biasanya satu jenis mesin atau jentera akan
digunakan secara khusus untuk mengeluarkan
sesuatu produk dalam kilang.
• Dalam susunatur jenis ini, komponen berpindah dari
satu stesyen kerja ke satu stesyen yang lain
sehinggalah ianya siap dihasilkan.
37
• Susun atur produk amat sesuai digunakan
oleh kilang yang menghasilkan satu jenis
produk sahaja secara berulangan
berdasarkan standard atau piawai yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan.
• Susun atur produk boleh berbentuk S, L, U
atau O.
• Contoh ; pemasangan kereta, produk
elektronik,

38
 Sesuai bagi produk yang mudah rosak, mudah
pecah, pukal atau terlalu berat untuk dialihkan.
 Kedudukan produk yg dihasilkan tetap
manakala sumber-sumber pengeluaran dibawa
ke lokasi.
 Cth: Membina bangunan / rumah, empangan,
jambatan, kapal terbang dan kapal.

39
4. SUSUN ATUR SELULAR
• Susun atur yang mengumpulkan mesin atau
elemen kerja yang berbeza ke dalam pusat-
pusat kerja atau sel-sel kerja yang kecil.
• Tujuannya untuk menghasilkan suatu famili
bahagian dengan ciri-ciri rekabentuk dan
keperluan proses yang serupa.
• Cth: pembuatan kerusi,cip komputer, enjin
diesel dan lain-lain.

40
1.2 (d) Objektif Pemilihan Lokasi Pengeluaran

• Organisasi perlu teliti dalam memilih tapak


pengeluaran untuk beroperasi supaya
tidak mengalami kerugian pada masa hadapan
dan tidak menghadapi masalah lain seperti
ketiadaan bekalan air, bekalan elektrik dan
kemudahan insfrastruktur yang lain.
• Lokasi yang strategik akan dapat
mengurangkan kos operasi syarikat seperti
kos pengangkutan, kos buruh, kos bahan
mentah, kos pengedaran dan lain-lain. 41
1.2 (d) Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pemilihan Lokasi Pengeluaran

i. Bekalan tenaga buruh


 Mudah untuk mendapatkan sumber tenaga buruh merangkumi
buruh mahir, separuh mahir dan kurang mahir serta kos upah
buruh yang berpatutan.

42
1.2 (d) Faktor-faktor yang Mempengaruhi
Pemilihan Lokasi Pengeluaran
ii. Berdekatan dengan sumber bahan mentah
 Sebagai jaminan bekalan bahan mentah tidak terputus serta
meminimumkan kos penghantaran.

iii. Berhampiran dengan pengguna dan pasaran


 Organisasi harus memberi tumpuan kepada saiz pasaran
besar yang menjanjikan pulangan keuntungan maksimum.
 Memudahkan dan mempercepatkan pengedaran produk
kepada pengguna dan meminimumkan kos pengedaran.

43
iv. Kemudahan infrastruktur
 Kemudahan infrastruktur yang lengkap menjadi
pertimbangan utama kepada firma dalam
pemilihan lokasi tapak.
 Kemudahan seperti bekalan air, elektrik, sistem komunikasi
dan sistem perhubungan dapat memudahkan proses pengeluaran.

v. Kemudahan khidmat sokongan


 kemudahan seperti subkontraktor dan institusi kewangan
dapat membantu firma mendapatkan khidmat seperti
penyelenggaraan, bekalan, sumber pembiayaan dan urusan
pembayaran.

44
vi. Sistem pengangkutan dan logistik
 Kemudahan jaringan pengangkutan darat, udara dan laut
seperti jalan raya, lebuh raya, landasan keretapi, lapangan
terbang dan pelabuhan memudahkan urusan logistik.
 Memudahkan bahan mentah dihantar ke pusat operasi
pengeluaran dengan segera dan kerap sekaligus dapat
mengurangkan kos penyimpanan inventori.
 Mempercepatkan proses penghantaran produk ke pasaran.

45
vii. Politik dan undang-undang
 Kestabilan politik menjadi tarikan dan dorongan kepada
firma untuk beroperasi dengan lancar tanpa sebarang
gangguan di dalam sesebuah negara.
 Peruntukan undang-undang yang melindungi hak
pengeluar seperti akta hak cipta dan cukai yang tidak
membebankan akan menjadi tumpuan firma untuk
mengembangkan operasi pengeluaran.

46
1.2 (e) Penjadualan Pengeluaran
 Merangkumi 2 kaedah yang digunakan iaitu:

1. CARTA GANTT
 Diasaskan oleh Henry L. Gantt dan merupakan kaedah yang
tertua (awal 1900an).
 Carta berbentuk bar yang menunjukkan tahap
kemajuan dan pencapaian setiap aktiviti serta
susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu
projek dan masa yang diperuntukkan bagi
menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut
 Carta gantt mudah dibina, sesuai untuk projek yang tidak
rumit dan mempunyai sedikit aktiviti.
 Aktiviti dapat dirangka/dikawal dengan cara
membandingkan antara perancangan dengan pencapaian 47

sebenar.
Langkah untuk membina Carta Gantt :

a)Kenalpasti semua aktiviti yang terlibat.


b)Bina carta yang mengandungi aktiviti pada lajur pertama.
Aktiviti pertama diletak di atas sekali manakala aktiviti seterusnya
disusun mengikut urutan sehingga aktiviti terakhir diletakan di
bawah sekali.
c)Baris pertama menentukan unit masa yang menunjukkan samada
dalam hari/minggu/bulan.
d)Semasa pelaksanaan, anggota projek perlu sentiasa berjumpa
untuk kemaskinikan status setiap aktiviti.
e)Tindakan dan keputusan perlu dibuat jika berlaku masalah.

48
CONTOH CARTA GANTT – PROJEK MEMBUKA PASAR MINI BARU

MINGGU

AKTIVITI 2 4 6 8 10 12 14

A Mencari letakan baru


Menemuduga bakal
B
pekerja
Mengambil dan melatih
C
pekerja
Memilih peralatan
D
pejabat
E Mengubahsuai bangunan
Menerima peralatan dan
F
menyusun
Pekerja mula masuk
G
bekerja
H Membuka kedai
49
Carta Gantt untuk proses awal rekaan dan pengeluaran sebuah kereta

50
Kegunaan Carta Gantt

1.Menunjukkan perkaitan bidang dan perancangan tugas dengan


masa
2.Memberi petunjuk kepada pengurus untuk menyiapkan tugas
dalam masa yang ditetapkan.
3.Merancang kemajuan projek.
4.Memberi maklumat tentang tugas yang perlu disiapkan dalam
satu tempoh masa dan tugas lain yang dilakukan secara serentak
atau selanjutnya.
5.Sebagai alat kawalan perjalanan atau kelangsungan projek.

51
2. CARTA PERT
(Program Evaluation and Review Technique)

• Teknik menilai dan menyemak program.


• Carta PERT merupakan rajah yang menggunakan garisan
bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang
diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek di
mana melaluinya masa terpanjang (laluan genting)
projek dapat disiapkan boleh diketahui.
• Teknik perancangan dan kawalan secara grafik perkaitan
pelbagai aktiviti dalam sesuatu projek.

52
Langkah-Langkah Untuk Membina Carta PERT

1. Definisikan objektif projek dan tentukan semua kegiatan


dari awal hingga tamat.
2. Bentukkan hubungan antara kegiatan-kegiatan.
3. Tentukan yang mana dahulu dan kemudian.
4. Lukis jaringan anak panah untuk hubungan semua
kegiatan.
5. Peruntukan jangkaan masa kepada setiap kegiatan.
6. Kenalpasti laluan terpanjang yang dikenali laluan
genting.
7. Gunakan jaringan atau anak panah yang telah dibina
untuk merancang, menjadual dan mengawal53

pelaksanaan projek.
2. Contoh CARTA PERT
KETERANGAN
Kod Kegiatan Jangkaan
Kegiatan Pendahulu masa A dan B = Berlaku serentak
(Minggu) C = bermula selepas A
A - 2 siap.
B - 7 D = bermula selepas B &
C A 3 C siap.
D B,C 2 E = bermula selepas D
E D 1 siap.

2 3 2 1
A C D
E SIAP
7
MULA B
54
Kod Kegiatan Jangkaan
CONTOH 2 Kegiatan Pendahulu masa
(Minggu)
A - 5
B - 3
C A 2
D A 4
E C 4
F B 7
G D,E, F 2

a. Lukis carta PERT/CPM bagi jadual tersebut.

5 2
4
A C
4 E
2
MULA
D
3 G SIAP
7
55
B F
b. Cari masa bagi setiap laluan

i. A – C – E – G
=5 + 2 + 4 + 2 = 13 minggu
ii. A – D – G
=5 + 4 + 2 = 11 minggu
iii. B – F – G
=3 + 7 + 2= 12 minggu

c. Tentukan laluan kritikal (CPM) = A – C – E – G

d. Masa yang dianggarkan boleh menyiapkan projek ini.


=13 minggu (masa laluan kritikal (CPM))

e. Kirakan jumlah masa slak untuk tiap-tiap laluan

Laluan i 13-13= 0
56
Laluan ii 13-11= 2
Laluan iii 13- 12= 1
Kegunaan Carta PERT

1.Untuk mengetahui tarikh projek boleh disiapkan.


2.Mengenal pasti kegiatan penting.
3.Mengenal pasti kebarangkalian penyiapan projek sebelum tarikh
siap.
4.Memantau pelaksanaan projek supaya menepati jadual.
5.Penilaian kos menepati belanjawan.
6.Penggunaan sumber mencukupi.
7.Mengenalpasti kegiatan yang perlu diberi perhatian.

57
1.3
KAWALAN INVENTORI

58
1.3 (a) MAKSUD KAWALAN INVENTORI
• Inventori merupakan barangan/bahan-bahan yang
disimpan oleh organisasi untuk digunakan pada masa
depan.
• Tujuan penyimpanan adalah untuk memenuhi keperluan
organisasi pada masa depan .
• Kawalan Inventori merupakan sistem kawalan yang
menguruskan penerimaan, penyimpanan, pengendalian
dan pengiraan bahan mentah, kerja dlm proses dan
inventori barang siap untuk memastikan pengaliran kerja
diselenggara dengan baik.

59
1.3 (a) Kepentingan Kawalan
Inventori

• Mengurangkan kos pengeluaran


• Dapat meningkatkan produktiviti dan
mengurangkan pembaziran kos
• Meningkat syer pasaran saham
• Peningkatan kualiti akan meningkatkan volum
jualan
• Mengurangkan liabiliti produk
60
1.3 (b) Jenis-jenis inventori

• Bahan mentah –bahan yang biasa dibeli dari


pembekal luar, belum melalui proses
transformasi
• Kerja dalam proses- komponen @ bahan
mentah yang telah ditransformasi tetapi belum
menjadi barang siap
• Produk siap - stok keluaran akhir yang boleh
dijual kepada pengguna

61
1.3 (b) Kepentingan jenis-jenis
inventori
• Menjamin bekalan berterusan
• Mengstabil harga barang dipasaran
• Proses pengeluaran dapat dilakukan secara
berterusan .
• Mengurangkan kos

62
1.4 ALAT/KAEDAH
KAWALAN
INVENTORI

63
Terdapat 2 kaedah
pengurusan inventori iaitu :
a. Model Kuantiti Pesanan
Ekonomik / Economic Order
Quantity (EOQ)
b. Sistem Tepat Pada Masa /Just-
in-Time (JIT)

64
(a) MODEL KUANTITI PESANAN EKONOMIK (EOQ)

 Satu pendekatan/ teknik pengurusan inventori untuk


menentukan kuantiti pesanan optimum yang meminimumkan
jumlah kos inventori syarikat.

 Pendekatan ini akan meminimumkan jumlah kos berubah


mengikut saiz pesanan apabila permintaan dianggap dapat diramal
dengan tepat dan nilainya tidak berubah dari semasa ke semasa.

 Tujuannya adalah untuk meminimumkan sekurang-kurangnya


jumlah dua dari empat kos iaitu kos penyimpanan dan kos
pesanan.

65
Andaian EOQ

1. Kadar permintaan telah diketahui dan bersifat konsisten.


2. Keputusan item pesanan tidak bergantung kepada item
barang lain.
3. Diskaun harga tidak ditawarkan.
4. Kekurangan item pesanan tidak berlaku.
5. Hanya dua kos yang releven iaitu kos pesanan dan kos
pegangan.
6. Masa menunggu (lead time) diketahui dengan pasti dan
bersifat malar.
7. Item pesanan diterima dalam bentuk lot dan diterima
sekaligus.
66
KAITAN ANTARA KOS PESANAN, KOS PEGANGAN & JUMLAH KOS INVENTORI

Kos
Tahunan TC
Kos pegangan/kos
Jumlah
Kos
pengendalian/Kos
penyimpanan (h)
Kos pesanan/
pegangan Kos pesanan
(s)
Q
EOQ
Graf EOQ

Dimana:-
Oleh itu, EOQ meningkat apabila kos pesanan
EOQ = 2DS meningkat.
EOQ meningkat jika permintaan meningkat.
h EOQ menyusut bila kos pegangan meningkat.
67
MODEL EOQ

Inventori Q Penerimaan Pesanan


Optimum
(Unit) Pengurangan Inventori
Kerana Penggunaan

Purata Inventori

Titik Pesanan
Semula (ROP)
Inventori
Minimum 0 Masa

1 Kitaran Masa Menunggu

Huraian Gambarajah
Garis condong mewakili kadar penggunaan yang sama bagi sesuatu tempoh kitaran.
Apabila paras inventori mencecah Titik Pesanan Semula (ROP) firma akan membuat
pesanan semula daripada pembekal.
Paras inventori akan turun hingga ke paras 0 pada akhir setiap kitaran hasil penggunaan operasi pengeluaran
68 dan
diandaikan penerimaan inventori baru diperolehi pada akhir setiap kitaran.
Apabila inventori baru diperolehi, paras inventori kembali ke tahap maksimum.
ISTILAH SIMBOL HURAIAN / contoh

Permintaan Tahunan D Permintaan dalam setahun (unit).

Kos pegangan h Kos Penyimpanan/kos pergudangan,


insurans, tambahan pekerja, sewaan dan
sebagainya.

Kos pesanan S Bil Telefon,faksimili, kos proses pesanan


dan pengangkutan (termasuk kos
perkeranian, pembungkusan) ,

69
ISTILAH HURAIAN FORMULA

EOQ 2( D )( S )
EOQ 
h
Bilangan Kadar Permintaan = D
Pesanan Tahunan EOQ
EOQ
Setahun
Purata Saiz Pesanan = Q
Inventori 2 2

70
ISTILAH HURAIAN FORMULA

Kos Pegangan Purata Inventori x Kos = Q(h)


Tahunan (TCC) Pegangan Seunit 2

Kos Pesanan Bil. Pesanan Setahun x Kos = D(S)


Tahunan (TOC) pesanan seunit Q

Jumlah Kos TCC + TOC =Q(h) + D(S)


Inventori 2 Q
Tahunan (TIC)
Titik Pesanan **Permintaan harian x masa = D x masa
Semula (ROP) lopor (masa menunggu @ lead ** 365 lopor
time)

Dimana,
Q = saiz lot pesanan (unit), h = Kos pegangan seunit inventori dlm
setahun
71
S = Kos memesan setiap pesanan, D = permintaan tahunan (unit)
** bergantung kepada masa lopor sama ada dalam hari, minggu, bulan
CONTOH SOALAN

Senaling Sdn Bhd merupakan pengilang roti terbesar di Kuala Pilah. Pihak syarikat
membuat pesanan sebanyak 30,000 kg tepung untuk tempoh setahun dengan harga
RM 3.00 sekilogram. Kos penyimpanan ialah RM 0.25 sekilogram. Kos untuk
memesan ialah RM 20.00 bagi setiap pesanan. Kilang tersebut beroperasi selama
365 hari dalam setahun. Bilangan hari menunggu bagi satu pesanan baru
mengambil masa 5 hari.
Berdasarkan maklumat di atas :

i.Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ).

2( D )( S )
EOQ 
h
2(30000)(20)
EOQ 
0.25
EOQ  2190.89 KG @ 2191KG
72
ii.Bilangan Pesanan Setahun.

= Kadar Permintaan Tahunan / EOQ

= 30,000/ 2191

= 13.7 @ 14 Kali

73
iii. Titik Pesanan Semula (ROP)
ROP = Kadar Permintaan Harian x Masa Menunggu
= (30,000/ 365) (5 hari)
= 410.96 KG

iv. Jumlah Kos Pegangan (TCC)


= (Q/2) (h)
= (2191/2) (0.25)
= RM273.88

74
v. Jumlah Kos Pesanan (TOC)
= (D/Q) (S)
= (30000/2191) (20)
= RM273.85

vi. Jumlah Kos Inventori (TIC)


TIC = TCC + TOC
= [(Q/2) (h)] + [(D/Q) (S)]
= RM273.88 + 273.85
= RM547.73

75
(c) SISTEM TEPAT PADA MASA (JUST
IN TIME - JIT)
• Just In Time (JIT) adalah kaedah pengeluaran yang
mengkehendaki kesemua bahan dan bahagian yabg diperlukan
pada setiap tahap pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan.
• Tujuan pengeluaran JIT adalah untuk mengelakkan pembaziran
yang dikaitkan dengan lebihan pengeluaran, masa menunggu
yang lama dan inventori berlebihan.
• syarikat hanya menghasilkan sejumlah pengeluaran yang
diperlukan / diminta pengguna sahaja.
• JIT dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan
mengurangkan kemungkinan kerosakan atau kerugian akibat
penimbunan barang.

76
Objektif

i. Meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.


ii. Mengelakkan pembaziran
iii.Meminimumkan inventori.
iv. Mengurangkan masa dan kekerapan penyediaan.
v. Menambahbaikan sistem proses pengeluran secara
berterusan.
vi. Menjadikan proses pengeluaran lebih anjal.
vii.Mengurangkan penggunaan ruang.

77
1.5 KAWALAN KUALITI

78
8.6 (a) KONSEP KAWALAN KUALITI

Definisi Kawalan Kualiti

Satu proses memeriksa produk yang dihasilkan bagi


memastikan kualiti produk menepati standard atau
piawaian yang ditetapkan.

79
8.6 (a) KONSEP KAWALAN KUALITI

Kepentingan Kawalan Kualiti

i.Mengurangkan kos pengeluaran.


 Melalui pengawalan kualiti, pembaziran yang mungkin
berlaku semasa proses pengeluaran dapat dikurangkan
seterusnya dapat menjimatkan masa dan kos
pengeluaran.

ii.Mengelakkan liabiliti produk terhadap pengguna.


 Kawalan kualiti dapat mengurangkan kecacatan produk
sebelum produk tersebut dipasarkan kepada pengguna.
Seterusnya firma dapat mengelakkan tuntutan liabiliti
daripada pengguna. 80
iii. Meningkatkan keyakinan dan kepuasan pengguna
 Produk yang berkualiti dapat memberi kepuasan kepada
pengguna seterusnya meningkatkan daya saing firma dalam
pasaran.

iv. Membentuk imej perniagaan yang baik


 Kawalan kualiti akan mewujudkan imej perniagaan yang
baik dari pandangan pengguna. Ini menguntungkan firma
untuk tempoh jangka panjang khususnya dalam penguasaan
syer pasaran.

Di peringkat organisasi, kualiti dikendalikan oleh Jabatan


Kualiti.
Di peringkat Malaysia, kualiti dikendalikan oleh SIRIM
81
dan JAKIM (penentuan produk halal)
1.5 (a) PROSES KAWALAN KUALITI

Tindakan Rancang
(Action) (Plan)

Semak Buat
(Check) (Do)
1.5 (a) PROSES KAWALAN KUALITI
RANCANG (PLAN)
- Tumpu pada operasi semasa, pengumpulan maklumat serta pendapat,
membincangkan alternatif penyelesaian, analisis data, cadangan penambahbaikan
atau tindakan pembetulan dan merancang perubahan.

BUAT (DO)
- Melaksanakan perubahan operasi, penambahbaikan, menyelaras prosedur kerja,
dan kutipan data secara sistematik untuk tujuan penilaian.

SEMAK (CHECK)
- Memantau operasi dan meneliti segala perubahan sebenar yang berlaku.
- Menyemak kesannya serta menganalis prestasi operasi dan kerja untuk
menentukan sama ada prestasi adalah seperti diharapkan.

TINDAKAN (ACT)
- Mengambil tindakan pembetulan atau penambahbaikan. Jika prestasi telah 83

bertambah baik, piawaikan prosedur kerja yang baru untuk operasi itu.
1.5 (b) PENGURUSAN KUALITI SECARA
MENYELURUH
Total Quality Management (TQM)

TQM ialah satu proses pengurusan kualiti yang


berorientasikan pelanggan, penambahbaikan
secara berterusan, penglibatan semua orang,
setiap bahagian dan proses dalam organisasi
serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

84
1.5 (b) PENGURUSAN KUALITI SECARA MENYELURUH
Total Quality Management (TQM)

• Proses ini bertujuan membawa perubahan yang


menyeluruh kearah melahirkan budaya organisasi yang
cemerlang.
• Melalui TQM  ciri-ciri budaya yang sedia ada akan
diubahsuai dengan ciri-ciri baru yang lebih baik. Ciri-ciri
itu meliputi sikap dan nilai, sistem dan prosedur, amalan-
amalan operasi, struktur organisasi dan sebagainya.

85
1.5 (b) Prinsip-Prinsip TQM
1. Tumpuan pada produk, proses dan aspek manusia.
 Prinsip TQM merangkumi seluruh operasi dan urusan
dalam sebuah syarikat dengan memfokuskan kepada
penghasilan produk yang berkualiti melalui proses kerja
yang sistematik dan pengubahsuaian budaya dan
amalan kerja yang cemerlang.

2. Satu proses yang berterusan


 TQM bukan merupakan satu program tetapi merupakan
satu proses dan usaha berterusan bagi menyesuaikan &
memenuhi keperluan dan jangkaan pelanggan yang
sentiasa berubah. 86
3. Penglibatan seluruh organisasi.
 TQM melibatkan setiap ahli dalam organisasi dari tahap
pengurusan atasan sehinggalah ke peringkat pekerja
bawahan serta pihak luar seperti pembekal dan
pelanggan.
 Dasar dan peraturan yang digubal mesti difahami semua
pihak agar pembaharuan yang dilakukan mencapai
kejayaan

4. Pendekatan kerja secara berpasukan


 Setiap kakitangan mempunyai kemahiran dan kepakaran
yang berbeza mengikut bidang tugas masing-masing.
Penggabungan kemahiran dan kepakaran dalam satu
pasukan kerja akan menghasilkan idea dan output yang
lebih berkualiti. 87
5. Tumpuan kepada pelanggan
 TQM fokus kepada pelanggan yang merupakan pihak
yang akan membeli dan menggunakan produk sekaligus
memberikan peningkatan kepada volum jualan syarikat.

88
1.5 (c) STANDARD PENGELUARAN

• Merujuk kepada persetujuan yang telah didokumentasikan


yang menyatakan kriteria terperinci yang digunapakai secara
konsisten sebagai peraturan untuk memastikan bahan mentah ,
komponen ,produk ,proses yang digunakan sesuai dengan
tujuannya.

• Ianya merupakan kriteria atau ukuran prestasi dalam yang


perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran dalam penghasilan
produk.

89
1.5 (c) International Standard Organization (ISO)

Maksud ISO
• Sebuah badan bersekutu yang terdiri daripada banyak
organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab
mewujudkan standard di negara masing-masing.
• Tujuan penubuhan ISO adalah untuk membolehkan satu
standard antarabangsa dibentuk.
• Badan ini menetapkan elemen-elemen asas yang perlu ada
dlm sistem kualiti sesebuah organisasi bg membolehkan
pengeluaran produk @ perkhidmatan menepati spefikasi yg
ditetapkan.

90
ISO 9000
Definisi: Satu standard bertulis yang menetap dan
menerangkan tentang elemen-elemen asas yang perlu ada
dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau
perkhidmatan yang diberikan oleh sesebuah organisasi

ISO 14000
- Satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu
berkenaan alam sekitar bagi organisasi di pasaran
antarabangsa
- Meliputi:
•Sistem Pengurusan Alam Sekitar
•Pengauditan Alam Sekitar
•Penilaian Persembahan Alam Sekitar
•Pelabelan Alam Sekitar
•Life Sycle Assessments 91

•Aspek Alam Sekitar didlm Standard Produk


Sekian,
Terima Kasih

92

You might also like