You are on page 1of 5

3.

1 Wang dan Bank

1. (a) Nyatakan maksud wang dengan jelas. [2 markah]

(b) Gambar 1 dibawah menunjukkan iklan promosi kereta.

Harga Tunai : RM82 800


Deposit / Wang Pendahuluan : RM8280
Ansurans : RM1430 selama 60 bulan

Gambar 1

Jelaskan fungsi wang yang ditunjukkan dalam iklan diatas. [5 markah ]

(c) Kelemahan sistem barter menyebabkan wujudnya penggunaan sistem wang pada masa kini,
jelaskan mengapakah keadaan ini berlaku. [5 markah ]

2. soalan i dan ii adalah berdasarkan gambar 2 di bawah.

Gambar 2

i. Nyatakan fungsi institusi kewangan di atas. [4 markah ]

ii. Bagaimanakah bank dalam gambar 2 di atas berperanan membantu kerajaan dalam
ekonomi. [4 markah ]

3. (a) Nyatakan kelebihan akaun semasa yang disediakan oleh bank perdagangan [3 markah]

(b) Jelaskan kelebihan dan kelemahan kemudahan overdraf. [4 markah]

(c) Pernyataan di bawah berkaitan dengan bank perdagangan

Bank perdagangan memberikan pelbagai pinjaman kepada orang ramai


untuk memperoleh keuntungan
Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut [6 markah]

4. Terangkan prinsip syariah skim perbankan Islam yang berikut :


(a) Bai Bithaman Ajil [ 2 markah]
(b) Wadiah [ 2markah]
JAWAPAN

1. (a) Nyatakan maksud wang dengan jelas. [2 markah]

Wang merupakan komoditi atau benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat
perantaraan pertukaran

(b) Gambar 1 dibawah menunjukkan iklan promosi kereta.

Harga Tunai : RM82 800


Deposit / Wang Pendahuluan : RM8280
Ansurans : RM1430 selama 60 bulan

Gambar 1

Jelaskan fungsi wang yang ditunjukkan dalam iklan diatas. [5 markah ]

F1 Alat ukuran nilai


H1 Barang dinyatakan dalam bentuk harga
H1a harga kereta dinyatakan dalam nilai wang / RM82 800

F2 Alat perantaraan pertukaran


H2 wang digunakan untuk memulakan urusniaga jual beli
H2a wang pendahuluan sebanyak / RM 8280

F3 Alat bayaran tertunda


H3 Memboleh urusniaga secara hutang
H3a Pembayaran boleh dibayar secara ansuran / sebanyak RM1430 selama 60 bulan.
H3b Nilai wang yang stabil

(c) Kelemahan sistem barter menyebabkan wujudnya penggunaan sistem wang pada masa kini,
jelaskan mengapakah keadaan ini berlaku. [5 markah ]

H1 Barang tidak tahan lama


H2 Masalah membawa barang
H3 Masalah kehendak serentak
H4 Kesukaran menentukan kadar pertukaran
H5 Kesukaran membahagikan barang kepada unit yang kecil
H6 Masalah penyimpanan nilai
H7 Urusniaga hanya melibatkan satu hala
2. soalan i dan ii adalah berdasarkan gambar 2 di bawah.

Gambar 2

i. Nyatakan 4 fungsi institusi kewangan di atas. [4 markah ]

F1 Mengeluarkan mata wang


F2 Mengawal kestabilan nilai mata wang
F3 Jurubank kepada kerajaan
F4 Jurubank kepada bank perdagangan
F5 Mengawal kestabilan ekonomi negara

ii. Bagaimanakah bank dalam gambar 2 di atas berperanan membantu kerajaan dalam
ekonomi. [4 markah ]
F1 Jurubank kepada kerajaan

H1 Mentadbir akaun kerajaan


H1a Bank pusat menyimpan dan menguruskan akaun kerajaan yang terdiri daripada akaun
kewangan/akaun pinjaman kewangan.

H2 Memberi pendahuluan sementara


H2a Bank pusat memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila kerajaan
mengalami masalah kekurangan kewangan.

H3 Menguruskan hutang Negara


H3a Bank pusat bertanggungjawab memperoleh pinjaman bagi pihak kerajaan dari
sumber dalam negeri / luar Negara.
H3b Bank pusat mendapatkan pinjaman melalui penjualan bil perbendaharaan / surat
jaminan kerajaan
H3c Bank pusat menerbitkan sijil pelaburan kepada institusi kewangan islam.

H4 Memberi nasihat pelaburan


H4a Ejen kepada kerajaan untuk aktiviti pelaburan kerajaan di luar Negara.

H5 Menguruskan pertukaran asing


H5a Memastikan rizab antarabangsa sentiasa mencukupi
H5b Mengawal pertukaran asing
H5c Mengawal nilai mata wang Negara supaya stabil di pasaran kewangan antarabangsa.

3. (a) Nyatakan kelebihan akaun semasa yang disediakan oleh bank perdagangan [3 markah]
Tidak menggunakan buku akaun
- Penyata transaksi bulanan akan dihantar oleh pihak bank
- Boleh menggunakan kad ATM
- Menggunakan cek untuk urusan pembayaran
- Membuat overdraf

(b) Jelaskan kelebihan dan kelemahan kemudahan overdraf. [4 markah]

Kelebihan kemudahan overdraf :


- Tidak memerlukan cagaran atau penjamin
- Boleh mengeluarkan wang mengikut keperluan
- Dikenakan faedah untuk jumlah yang digunakan sahaja

Kelemahan kemudahan overdraf :


- Dikenakan faedah yang tinggi
- Bukan semua pemegang akaun semasa yang ditawarkan
kemudahan overdraf
- Ada had tertentu yang telah ditetapkan

(c) Pernyataan di bawah berkaitan dengan bank perdagangan

Bank perdagangan memberikan pelbagai pinjaman kepada orang ramai


untuk memperoleh keuntungan
Berikan ulasan anda tentang pernyataan tersebut [6 markah]

JAWAPAN:
- Bank perdagangan merupakan institusi kewangan milik swasta yang bermotifkan
keuntungan.
- Bank perdagangan menyediakan perkhidmatan kewangan kepada orang ramai dengan
menyediakan kemudahan pinjaman.
- Bank perdagangan memperoleh pendapatan dan untuk apabila orang ramai
menggunakan kemudahan pinjaman yang disediakan.
- Terdapat 5 kaedah utama Bank Perdagangan dalam menyediakan pinjaman.
F1- Pinjaman melalui kad kredit
Dikenakan kadar faedah yang tinggi atas jumlah penggunaan wang yang tidak dapat
dijelaskan
Tidak memerlukan penjamain atau sebarang cagaran
Memperoleh pendapatan melalui yuran tahunan yang dikenakan sebagai bayaran
perkhidmatan

F2- Kemudahan overdarf


Disediakan untuk pemegang akaun semasa
Dibenarkan mengeluarkan wang melebihi jumlah baki simpanannya
Berbentuk pinjaman jangka pendek
Memperoleh pendapatan melalui Kadar faeadah dikenakan berdasarkan bilangan hari dan
lebihan wang yang digunakan
F3- Pinjaman peribadi
Tidak mememrlukan cagaran
Memerlukan penyata taksiran cukai pendapatan, maklumat tentang perbelanjaan dan
pendapatan peribadi serta penjamin
Memperoleh pendapatan melalui bayaran balik pinjaman dan faedah dibuat secara ansuran
bulanan

F4-Pinjaman bercagar
Berbentuk pinjaman jangka panjang
Untuk membiayai pembelian aset tetap atau barang seperti rumah, bangunan kedai dan
tanah yang bernilai tinggi

4. Terangkan prinsip syariah skim perbankan Islam yang berikut :


(a) Bai Bithaman Ajil [ 2 markah]

Bank menjual barang kepada pelanggan dengan pembayaran tertangguh pada


harga tertentu termasuk margin keuntungan yang telah dipersetujui
Pelanggan akan bayar secara ansuran berdasarkan syarat yang ditetapkan

(b) Wadiah [ 2markah]

Bank bertindak sebagai wakil atau pemegang amananh untuk menjaga harta
pelanggan.

Bank tidak membayar faedah ttapi pelanggan mungkin menerima hibah (hadiah)
dari pihak bank

You might also like