You are on page 1of 17

1.

0 PENGENALAN

1.1 Contoh Barang Yang Dipilih

Beberapa tahun yang lepas, kebanyakan masyarakat memakai pelitup


muka hanya ketika dalam situasi tertentu seperti berlakunya pencemaran udara
iaitu jerebu dan juga ketika sakit batuk atau selesema. Meskipun jerebu pada
tahun ini tidak terlalu teruk, namun penggunaan pelitup muka ini tidak
menurun sebaliknya terus meningkat berkali-kali ganda disebabkan oleh
pandemik covid-19 yang melanda di serata dunia. Namun, pemakaian
pelitup muka sahaja tidak mencukupi untuk membendung penularan jangkitan
covid-19 yang mudah tersebar luas ini, sebaliknya perlu juga disertakan dengan
penjarakan sosial, amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun serta
langkah kesihatan awam lain yang sepatutnya diterapkan dalam kehidupan
seharian. Ini membuktikan bahawa pelitup muka telah menjadi satu
kepentingan kepada setiap masyarakat dalam hidup mereka untuk menjaga diri
masing-masing. Jadi , saya memilih pelitup muka sebagai contoh barang yang
akan diulaskan dalam tugasan saya oleh kerana peri pentingnya buat masa ini.
Antara syarikat ternama yang mengeluarkan pelitup muka yang berkualiti , selesa
dipakai dan mempunyai pelbagai jenis ialah Syarikat Medicos . Terdapat
beberapa jenis pelitup muka yang Medicos pasarkan seperti N95 dan
surgical tiga lapis. Produk yang dikeluarkan oleh Medicos telah direka dan
dicipta bagi memastikan doktor , jururawat dan semua pengguna mereka
selamat daripada dijangkiti sebarang virus. Namun begitu, pelitup muka yang
paling sesuai untuk tujuan mengurangkan risiko dijangkiti koronavirus ini ialah
pelitup muka tiga lapis kerana ia kalis air dan mampu menapis virus
disamping harganya bagi sekotak adalah lebih murah dan berpatutan.

1
1.2 Definisi permintaan dan penawaran

Permintaan
Permintaan ialah keinginan dan kemampuan pembeli untuk membeli barang dan
perkhidmatan pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu dengan
andaian ceteris paribus iaitu perkara-perkara lain tidak berubah. Berdasarkan
Hukum Permintaan, harga (P) dengan kuantiti diminta (Qd) adalah berhubungan
songsang dimana apabila harga sesuatu barang contohnya pelitup muka naik,
maka kuantiti diminta bagi pelitup muka akan turun dan apabila harganya
turun, kuantiti diminta terhadap pelitup muka akan meningkat, dengan andaian
ceteris paribus.

Penawaran
Penawaran didefinisikan sebagai kuantiti barang dan perkhidmatan yang mampu
dan sanggup dijual oleh pengeluar pada pelbagai tingkat harga dalam tempoh
masa tertentu dengan andaian ceteris paribus. Hukum Penawaran menyatakan
bahawa harga (P) dengan kuantiti ditawarkan (Qs) adalah berhubungan langsung.
Yakni apabila harga pelitup muka naik, maka kuantiti ditawarkan akan
meningkat.Sebaliknya apabila harga pelitup muka itu turun, maka kuantiti
ditawarkan akan turun dengan andaian ceteris paribus.

1.3 Konsep keseimbangan pasaran


Keseimbangan pasaran merupakan suatu keadaan dimana kuantiti diminta (Qd)
sama dengan kuantiti ditawarkan (Qs) pada suatu tingkat harga tertentu.Lebihan
permintaan ialah suatu keadaan dimana kuantiti diminta melebihi kuantiti
ditawarkan pada tingkat harga lebih rendah daripada harga keseimbangan
pasaran. Manakala, lebihan penawaran pula ialah suatu keadaan dimana kuantiti
ditawarkan melebihi kuantiti diminta pada tingkat harga lebih tinggi daripada
harga keseimbangan pasaran.Kedua-dua keadaan ini tidak wujud pada tingkat
keseimbangan pasaran. Bukan itu sahaja,pada tingkat keseimbangan pasaran ini
juga , harga dan kuantiti keseimbangan tidak cenderung untuk berubah. Sebagai
contoh, apabila pelitup muka mencapai keseimbangan pasaran, kuantiti diminta
dan kuantiti ditawarnnya adalah sama. Jadi, pelitup muka tersebut tidak
mengalami lebihan permintaan dan lebihan penawaran di pasaran.

2
2.0 PENENTUAN KESEIMBANGAN PASARAN

2.1 Jadual permintaan dan penawaran barang yang dipilih

Harga P Kuantiti Ditawar Kuantiti Diminta Keadaan pasaran Keadaan harga


(RM) Qs Qd
sekotak ( kotak) (kotak)
28 1100 500 Lebihan penawaran Cenderung untuk
(1100-500=600) jatuh

24 1000 600 Lebihan penawaran Cenderung untuk


(1000-600=400) jatuh

20 900 700 Lebihan penawaran Cenderung untuk


(900-700=200) jatuh

16 800 800 Seimbang Stabil


12 700 900 Lebihan permintaan Cenderung untuk
(900-700=200) naik

8 600 1000 Lebihan permintaan Cenderung untuk


(1000-600=400) naik

4 500 1100 Lebihan permintaan Cenderung untuk


(1100-500=600) naik

Jadual 1

3
2.2 Terbitkan fungsi permintaan dan penawaran

i. FUNGSI PERMINTAAN ii. FUNGSI PENAWARAN


Persamaan permintaan = Qd = a - bP Qs = c + dP
Persamaan penawaran =

Qd = a - bP Qs= c + dP
500= a - b(28) [1] 1100= c + d(28) [1]

Qd = a - bP Qs = c + dP
600= a - b(24) [2] 1000= c + d(24) [2]

[1] - [2] [1] - [2]

500= a - 28b 1100= c + 28d


(-) 600= a - 24b (-) 1000= c + 24d

-100= -4b
100= 4d
b= 25
d= 25
Ganti b=25 dalam [1]
Ganti d=25 dalam [1]

500= a - b(28)
1100= c + d(28)
500= a - (25)(28)
1100= c +(25)(28)
500= a -700
1100= c + 700
a= 1200
c= 400

Maka, fungsi permintaan terhadap Maka, fungsi penawaran terhadap


elitup muka ialah Qd = 1200 - 25P pelitup muka ialah Qs = 400 +25P

4
2.3 Hitung keseimbangan pasaran

Syarat keseimbangan pasaran ialah Qd=Qs. Maka,

Qd = Qs
1200 - 25P = 400 +25P
1200-400 = 25P+25P
800 = 50P
P = 16

Ganti P = 16 dalam persamaan permintaan dan penawaran


Qd = 1200 - 25P Qs = 400 +25P
Qd = 1200 - 25(16) Qs = 400 +25(16)
Qd = 800 Qs = 800

Berdasarkan pengiraan diatas,harga keseimbangan pelitup muka ialah RM16.00


sekotak dan kuantiti keseimbangan ialah 800 kotak.

2.4 Lakarkan rajah keseimbangan pasaran

Harga (RM)
D S
28

16 E
Lebihan permintaan
4
S D

Kuantiti (kotak)
500 800 1100

Rajah 1

5
2.5 Terangkan proses keseimbangan pasaran dicapai

i. Pendekatan jadual

Berdasarkan jadual 1, keseimbangan pasaran bagi pelitup muka tercapai pada


tingkat harga RM16.00 sekotak dengan kuantiti sebanyak 800 kotak pelitup muka.
Hal ini terbukti kerana kuantiti yang ditawar adalah sama dengan kuantiti yang
diminta pada tingkat harga tersebut. Ini menunjukkan bahawa lebihan permintaan atau
lebihan penawaran tidak wujud pada tingkat keseimbangan pasaran ini.

Pada tingkat harga yang lebih rendah daripada RM16.00 bagi sekotak pelitup
muka, keseimbangan pasaran tidak tercapai. Hal ini demikian kerana kuantiti diminta
adalah lebih besar daripada kuantiti ditawar. Sebagai contoh, pada tingkat harga
RM4.00, kuantiti diminta adalah sebanyak 1100 kotak manakala kuantiti ditawar
adalah sebanyak 500 kotak. Oleh sebab berlakunya lebihan permintaan sebanyak 600
kotak,harga bagi sekotak pelitup muka akan cenderung untuk naik sehingga mencapai
keseimbangan pada tingkat harga RM16.00 dengan kuantiti keseimbangan 800 kotak
pelitup muka.

Pada tingkat harga yang lebih tinggi daripada RM16.00 pula, contohnya pada
tingkat harga RM28.00 bagi sekotak pelitup muka, keseimbangan pasaran juga tidak
tercapai. Hal ini kerana kuantiti ditawar adalah lebih besar daripada kuantiti diminta.
Buktinya , kuantiti ditawar adalah sebanyak 1100 dan kuantiti diminta pula adalah
sebanyak 500 kotak. Oleh kerana berlaku lebihan penawaran sebanyak 600 kotak,
harga bagi sekotak pelitup muka bercenderung untuk turun sehingga RM16.00 untuk
mencapai keseimbangan dengan kuantiti 800 kotak pelitup muka

6
ii. Pendekatan rajah

Rajah 1 menunjukkan bahawa keseimbangan pasaran berlaku pada tingkat


harga RM16.00 dengan kuantiti keseimbangan sebanyak 800 kotak pelitup muka.
Hal ini terbukti apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk
penawaran (SS) pada titik E. Manakala, ketidakseimbangan pasaran pula berlaku
apabila harga bagi sekotak pelitup muka melebihi atau kurang daripada harga
keseimbangan.

Sebagai contoh, pada tingkat harga RM4.00, kuantiti diminta bagi pelitup
muka adalah sebanyak 1100 kotak manakala kuantiti ditawar pula sebanyak 500
kotak. Ini menunjukkan berlakunya lebihan permintaan sebanyak 600 kotak yang
menyebabkan kenaikan harga. Apabila harganya naik, permintaan akan
menguncup dan dalam masa yang sama. penawaran akan mengembang sehingga
mencapai semula keseimbangan pada tingkat harga RM16.00 sekotak dan
kuantiti keseimbangan sebanyak 800 pelitup muka.

Seterusnya, pada tingkat harga RM28.00, kuantiti ditawar bagi pelitup muka
adalah sebanyak 1100 kotak dan kuantiti diminta pula sebanyak 500 kotak. Jadi,
jelaslah bahawa berlakunya lebihan penawaran sebanyak 600 kotak yang akan
menyebabkan harga cenderung untuk jatuh. Apabila harganya jatuh, permintaan
akan mengembang dan penawaran akan menguncup pada masa yang sama
sehingga mencapai keseimbangan iaitu pada harga RM16.00 sekotak dan kuantiti
keseimbangan sebanyak 800 kotak pelitup muka.

7
3.0 JELASKAN LIMA (5) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PERMINTAAN ATAU PENAWARAN BAGI BARANG YANG DIPILIH

Faktor yang mempengaruhi permintaan

i. Harga barang itu sendiri


Apabila harga pelitup muka jatuh, kuantiti diminta terhadapnya akan meningkat dan
juga sebaliknya, jika harga naik, kuantiti diminta terhadap pelitup muka akan
menurun . Ini kerana mengikut hukum permintaan, semakin tinggi harga sesuatu
barang, semakin berkurang kuantiti diminta. Sebaliknya, semain rendah harga sesuatu
barang, semakin banyak kuantiti diminta dengan andaian ceteris paribus.

ii. Dasar kerajaan


Kerajaan berkuasa untuk menggubal undang-undang yang menggalakkan atau tidak
menggalakkan penggunaan sesuatu barang. Bagi membendung penyebaran
koronavirus yang mampu meragut nyawa individu, kerajaan kini mewajibkan
pemakaian pelitup muka ketika di tempat-tempat awam bermula dari 1 Ogos 2020
rentetan daripada peningkatan kes COVID-19 dari hari ke hari. Dasar ini
menyebabkan kuantiti diminta pelitup muka naik secara mendadak kerana sesiapa
yang tidak memakai pelitup muka ketika di tempat awam akan dikenakan kompaun
sebanyak RM1000.

iii. Musim

.Musim COVID-19 sedikit sebanyak mempunyai pengaruh yang besar keatas


permintaan terhadap pelitup muka sehingga ke hari ini. Hal ini kerana COVID-
19 merupakan musim dimana setiap individu akan berjaga-jaga untuk elak
daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini . Kesannya, permintaan terhadap
pelitup muka meningkat ekoran musim COVID-19.

8
Faktor yang mempengaruhi penawaran

i. Teknologi

Teknologi yang moden dan canggih yang digunakan dalam proses pembuatan pelitup
muka akan meningkatkan kecekapan pengeluarannya. Hal ini kerana sekiranya
sesebuah firma menggunakan alat dan mesin untuk memproses pelitup muka, mereka
dapat mengeluarkan produk yang lebih berkualiti dengan kos yang rendah dalam
masa yang lebih singkat . Oleh itu, penggunaan teknologi menyebabkan keluaran
pelitup muka yang dapat ditawarkan oleh firma tersebut kepada masyarakat
bertambah banyak.

ii. Bilangan pengeluar

Semakin ramai pengeluar, semakin banyak pelitup muka yang dijual dipasaran dan
juga sebaliknya. Apabila pengeluar bertambah ramai, penawaran akan meningkat dan
ini akan menyebabkan keluk penawaran beralih ke kanan. Akan tetapi,bilangan
pengeluar yang semakin berkurang akibat tidak mampu untuk menanggung kos yang
tinggi ataupun mengalami kerugian yang besar sehingga terpaksa keluar dari pasaran
pula akan menyebabkan jumlah penawaran menurun justeru keluk penawaran beralih
ke kiri.

9
4.0 TERANGKAN SATU KESAN PERUBAHAN FAKTOR PERMINTAAN
ATAU PENAWARAN TERHADAP KESEIMBANGAN PASARAN
Harga (RM) S2

D0 S0

S1
G
P2
E
16
F
P1
S2

S0

S1 D0
Kuantiti ( kotak )
Q2 800 Q1

Rajah 2

Dengan mengandaikan hanya faktor penawaran sahaja yang berubah, pertambahan


atau pengurangan bilangan pengeluar akan menyebabkan berlakunya kenaikan atau
penurunan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan dengan serentak.

Berdasarkan Rajah 2, keseimbangan asal pelitup muka berada pada tingkat harga
RM16.00 dengan kuantiti 800 kotak di titik E yang terhasil daripada persilangan
antara keluk penawaran S0S0 dengan keluk permintaan D0D0. Dengan andaian
permintaan tidak berubah,bilangan pengeluar yang semakin bertambah ramai akan
menyebabkan peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1 dan seterusnya
mengubah titik keseimbangan pasaran ke titik F. Kesan daripada itu, harga
keseimbangan menurun ke P1 dan kuantiti keseimbangan pasaran meningkat ke Q1.

Sebaliknya, jika bilangan pengeluar semakin berkurang, keluk penawaran akan


beralih ke kiri iaitu dari S0S0 ke S2S2 dan secara tidak langsung, titik keseimbangan
pasarannya akan berubah ke titik G. Kesannya harga keseimbangan akan naik ke P2
dan kuantiti keseimbangan akan jatuh ke Q2

10
5.0 KONSEP KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

5.1 Jelaskan empat (4) faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

i. Kewujudan barang pengganti

Barang pengganti ialah barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain.
Contohnya , pelitup muka fabrik adalah barang pengganti bagi pelitup muka 3 lapis.
Secara relatifnya, apabila harga barang pengganti turun, ia akan menyebabkan
pengguna menambah pembelian barang pengganti dan mengurangkan pembelian
sesuatu barang tersebut .Walaupun harga barang tersebut tidak berubah, tetapi
penurunan harga barang pengganti menjadikan ianya relatif lebih mahal. Oleh itu ,jika
sesuatu barang mempunyai barang pengganti yang banyak, permintaan ke atas sesuatu
barang itu adalah anjal terhadap perubahan harga. Ini bermaksud perubahan harga
yang sedikit akan memberikan impak perubahan yang besar pada kuantiti diminta
barang tersebut. Sebaliknya, permintaan keatas barang seperti minyak petrol yang
tidak mempunyai banyak barang pengganti adalah tidak anjal kerana pengguna sukar
untuk mencari barang penggantinya. Jadi , mereka akan tetap membeli barang
tersebut walaupun harganya naik dan mahal.

ii. Peratus perbelanjaan daripada pendapatan


Keanjalan permintaan dapat dipengaruhi oleh faktor seberapa besar atau kecil
bahagian daripada hasil pendapatan yang diguna untuk membeli sesuatu barang.
Untuk barang yang hanya memperuntukkan perbelanjaan kecil sahaja seperti alat tulis,
permintaannya adalah tidak anjal. Tambahan pula, pelitup muka ini juga termasuk
dalam kategori barang yang perbelanjaannya kecil . Jadi, jika harganya menaik, ia
tidak banyak mempengaruhi permintaan terhadap barang tersebut. Sebaliknya ,
pembelian sesuatu barang yang nilainya besar dan memperuntukkan peratus
perbelanjaan yang besar daripada pendapatan,permintaannya adalah anjal. Ini
menyebabkan kenaikan harga barang itu contohnya kereta akan mengurangkan
kuantiti diminta dengan banyak..

11
iii. Kepentingan sesuatu barang

Barang yang amat penting dalam hidup setiap individu ialah barang mesti atau barang
keperluan asas untuk meneruskan hidup. Antara contohnya ialah barang-barang
makanan dan pakaian. Pada hari ini, pelitup muka juga telah menjadi satu keperluan
asas dalam hidup seseorang. Jadi ,walaupun harganya meningkat dengan mendadak,
permintaannya akan berkurang sedikit sahaja kerana permintaan terhadap barang yang
banyak kepentingannya tidak anjal terhadap perubahan harga. Tetapi, bagi barang
yang kurang kepentingan kepada pengguna, permintaannya adalah anjal. Kesannya ,
jika harga meningkat sedikit sahaja, permintaan akan berkurang dengan banyak.

iv. Kesetiaan kepada jenama.

Medicos merupakan salah satu antara jenama pelitup muka yang popular kerana
kualitinya yang baik telah menambat hati pengguna. Ini menyebabkan pengguna
berpuas hati dan mula menaruh kepercayaan kepada jenama Medicos ini. Kesannya,
permintaan menjadi tidak anjal apabila pengguna semakin setia dengan jenama ini
oleh sebab mereka tetap akan membeli pelitup muka berjenama Medicos walaupun
harga pelitup muka tersebut meningkat dengan banyak.

12
5.2 Hitung keanjalan permintaan harga dan keanjalan penawaran dengan
menggunakan contoh berangka

Harga P Kuantiti Ditawar Qs Kuantiti Diminta Qd


(RM) ( kotak) (kotak)
sekotak
28 1100 500
24 1000 600

i. Keanjalan penawaran ii. Keanjalan permintaan harga

P0 = 28 Q0 = 1100 P0 = 28 Q0 = 500
P1 = 24 Q1 = 1000 P1 = 24 Q1 = 600

Q1 - Q0 x P0 Q1 - Q0 x P0
Q0 P1 - P0 Q0 P1 - P0

1000 - 1100 28
x 600 - 500 x 28
1100 24 - 28 500 24 - 28

= -0.09 x -7 =0.2 x -7

= 0.64 = -1.4

Keanjalan penawaran diatas ialah Dengan mengabaikan tanda


0.64 iaitu tidak anjal kerana negatif, nilai keanjalan
darjah keanjalannya kurang permintaan di atas ialah 1.4 iaitu
daripada satu atau lebih besar anjal.
daripada kosong.

13
5.3 Terangkan bagaimana perubahan harga mempengaruhi jumlah hasil jika
permintaannya anjal dan tidak anjal.

Maksud jumlah hasil ialah jumlah pendapatan yang seseorang penjual peroleh hasil
daripada penjualan barangannya seperti pelitup muka kepada pengguna. Jumlah hasil
boleh dikira dengan cara mendarabkan harga pelitup muka dengan kuantiti yang
dijual. Jadi, secara tidak langsung, sebarang perubahan dalam harga atau kuantiti
pelitup muka akan mengubah nilai jumlah hasil.

P2 P2

P1 P1

Q2 Q1
Q2 Q1

Keluk permintaan anjal


Keluk permintaan tidak anjal

Bagi permintaan anjal, peningkatan dari Bagi permintaan tidak anjal,


segi harga pelitup muka akan peningkatan harga pelitup muka akan
menyebabkan jumlah hasil berkurang. menyebabkan jumlah hasil bertambah.
Hal ini demikian kerana peratus kuantiti Hal ini kerana peratusperubahan kuantiti
diminta adalah lebih besar daripada diminta adalah lebih kecil daripada
peratus perubahan harga pelitup muka peratus perubahan harga pelitup muka
tersebut. Ini terbukti kerana apabila tersebut. Seterusnya, sekiranya harga
harga meningkat, kuantiti diminta akan meningkat, kuantiti diminta akan
berkurang.Oleh itu,jelaslah bahawa berkurang. Oleh itu, terbukti bahawa
kenaikan harga pelitup muka yang kenaikan harga pelitup muka yang
mempunyai permintaan anjal akan mempunyai permintaan tidak anjal akan
menyebabkan jumlah hasil berkurang menyebabkan jumlah hasil yang
dan sebaliknya. diperoleh pengeluar berkurang dan
sebaliknya.

14
5.4 Berdasarkan contoh berangka, buktikan bagaimana nilai keanjalan
permintaan silang dapat menentukan hubungan barang

Harga Kuantiti diminta


Pelitup muka Y
Barang A Barang B Barang C
24 100 110 120
28 130 80 120

Nilai keanjalan permintaan silang Hubungan


Positif Barang pengganti
Negatif Barang penggenap
Sifar Tiada hubungan

i. Barang A :

Eay = Qa1-Qa0 x Py0


Qa0 Py1-Py0

= 130-100 x 24
100 28-24

= 30 x 24
100 4

= 1.8

Maka, pelitup muka Y dan barang A adalah pengganti antara satu sama
lain kerana nilai keanjalannya adalah positif

15
ii. Barang B :

Eby = Qb1-Qb0 x Py0


Qb0 Py1-Py0

= 80-110 x 24
110 28-24

= -30 x 24
110 4

= -1.64
Maka, pelitup muka Y dan Barang B adalah penggenap antara satu sama lain
kerana nilai keanjalannya negatif

Barang C :

Ecy = Qc1-Qc0 x Py0


Qc0 Py1-Py0

= 120-120 x 24
120 28-24

= 0 x 24
4

= 0

Maka , pelitup muka Y dan Barang C tidak mempunyai hubungan antara satu
sama lain kerana nilai keanjalannya sifar.

16
SENARAI RUJUKAN

Ekonomi 1 AE015 Edisi 2020/2021. (2020). Kolej Matrikulasi Perlis.

Nik Fadli Hasnen Bin Nik Mahmood (2020, Oktober 16) .Bab 2 : Permintaan,
Penawaran dan Keseimbangan Pasaran.
http://mysirfadli.blogspot.com/p/bab-2.html

Mohamed Ridhwan Mohamed Yusoff. (2012, Ogos 3). Mikroekonomi : Penentu


Keanjalan Permintaan Harga. Ulat Kekek.
http://944ekonomi.blogspot.com/2012/08/mikroekonomi-penentu-keanjalan_3.ht
ml

Noor Hidayah Tanzizi. (2020, Ogos 16). Kompaun RM1,000 tak pakai pelitup muka
kekal.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/721768/kompaun-rm1000-t
ak-pakai-pelitup-muka-kekal

17

You might also like