You are on page 1of 16

1.

0 Pengenalan

1.1 Barang yang dipilih


Pada zaman yang serba canggih dengan teknologi dan internet, semua telah
menggunakan mesin pencetak sebagai salah satu alat bantu untuk memudahkan kerja-kerja
pejabat dan sebagainya.

Mesin pencetak merupakan salah sebuah peranti keluaran yang berkeupayaan untuk
menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan. Pencetak telah dibangunkan dan
berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga lebih 20,000 baris per minit dengan setiap
baris mempunyai hingga 150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan
maksimum adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat.

Mesin pencetak boleh mencetak atas kertas biasa atau atas borang satu atau
berbilang salinan yang disediakan khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-
lain borang bertujuan khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh
mencetak teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.

Mesin pencetak ini banyak memberikan kelebihan kepada kita semua. Hal ini
kerana, dengan adanya mesin pencetak, kita tidak lagi perlu ke kedai fotokopi untuk
membuat salinan atau sebarang pencetakan. Secara tidak langsung, dengan kemudahan
mesin pencetak, kehidupan kita lebih mudah dan senang.
1.2 Definisi Permintaan dan Penawaran

Permintaan ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang mampu dibeli oleh pengguna
pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu dengan andaian ceteris paribus.
Permintaan mencerminkan barang atau perkhidmatan yang ingin dimiliki oleh pengguna
kerana barang dan perkhidmatan tersebut dapat memberi kepuasan kepada pengguna.
Kemampuan pengguna untuk membayar barang tersebut sebagai contoh mesin pencetak demi
memperoleh barang tersebut. Mengikut hukum permintaan, dengan andaian ceteris paribus,
semakin rendah harga sesuatu barang, semakin banyak kuantiti yang diminta. Sebaliknya,
semakin tinggi harga, semkin kurang kuantiti yang diminta.

Penawaran ialah kuantiti barang yang ingin dan sanggup ditawarkan oleh pengeluar
pada pelbagai tingkat harga dalam satu jangka masa tertentu, mengikut andaian ceteris
paribus. Mengikut hukum penawaran, dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga
sesuatu barang, semakin banyak kuantiti barang yang ditawarkan. Sebaliknya, semakin
rendah harga, semakin kurang kuantiti yang ditawarkan. Harga yang tinggi memberikan
keuntungan yang lebih kepada pengeluar, jadi pengeluar akan menawarkan lebih banyak
barang. Harga yang tinggi, menyebabkan pengeluar berpendapat barang tersebut sangat
diminta oleh pengguna tetapi penawarannya kurang dipasaran. Pengeluar akan menambahkan
penawaran untuk memenuhi kehendak pelanggan.

1.3 Konsep Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran ialah satu keadaan apabila kuantiti diminta (Qd) sama dengan
kuantiti ditawar (Qs) pada suatu tingkat harga tertentu. Pada tingkat keseimbangan pasaran,
lebihan permintaan atau lebihan penawaran tidak wujud dan harga dan kuantiti keseimbangan
tidak berkecenderung untuk berubah.

Lebihan permintaan ialah keadaan di mana jumlah kuantiti barang yang diminta
melebihi jumlah kuantiti barang yang ditawarkan apabila harga lebih rendah daripada harga
keseimbangan pasaran.

Lebihan penawaran ialah keadaan di mana jumlah kuantiti barang yang ditawarkan
melebihi jumlah kuantiti barang yang diminta apabila harga lebih tinggi daripada harga
keseimbangan pasaran.
2. Penentuan Keseimbangan Pasaran

2.1 Jadual permintaan dan penawaran barang yang dipilih

Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta (Qd) dan kuantiti ditawar (Qs) terhadap
pengeluaran mesin pencetak di pasaran pada pelbagai tingkat harga.

Kuantiti Kuantiti
Harga (P, Keadaan
diminta ditawar Keadaan pasaran
RM) harga
(Qd, unit) (Qs, unit)

Lebihan permintaan Cenderung


150 150 50
(150-50=100) naik

Lebihan permintaan Cenderung


200 125 75
(125-75=50) naik

250 100 100 Seimbang Stabil

Lebihan penawaran Cenderung


300 75 125
(125-75=50) jatuh

Lebihan penawaran Cenderung


350 50 150
(150-50=100) jatuh
Jadual 2.1:Jadual permintaan dan penawaran

2.2 Terbitkan fungsi permintaan dan penawaran


a) Fungsi permintaan
Qd = a - bP
125 = a - 200b
a = 125 + 200b ……... (1)

Qd = a - bP
50 = a - 350b ……… (2)

Gantikan (1) dalam (2),


50 = a - 350b
50 = (125 + 200b) - 350b
50 = 125 - 150b
150b = 75
b = 0.5
Masukkan b = 0.5 ke dalam (1),

a = 125 + 200 (0.5)


a = 125 +100
a = 225

Maka, fungsi permintaan adalah :

Qd = 225 - 0.5P

b) Fungsi penawaran
Qs = c + dP
75 = c + 200d
c = 75 - 200d ………. (1)

Qs = c + dP
150 = c + 350d ……… (2)

Gantikan (1) dalam (2),


150 = c + 350d
150 = (75 - 200d) + 350d
150 = 75 + 150d
150d = 75
d = 0.5

Masukkan d = 0.5 ke dalam (1),

c = 75 - 200(0.5)
c = 75 - 100
c = -25

Maka, fungsi penawaran adalah :


Qs = -25 + 0.5P
2.3 Hitung keseimbangan pasaran
Qd = Qs
225 - 0.5P = -25 + 0.5P
P = 250

Gantikan P = 200 ke dalam persamaan permintaan dan penawaran,


Qd = 225 - 0.5(250)
Qd = 225 - 125
Qd = 100

2.4 Lakarkan rajah keseimbangan pasaran

2.5 Terangkan proses keseimbangan pasaran dicapai.


i. Pendekatan Jadual
Berdasarkan jadual 2.1 di atas, keseimbangan pasaran tercapai pada
tingkat harga RM250 seunit dan kuantiti 100 unit mesin pencetak. Pada tingkat
harga tersebut kuantiti mesin pencetak yang ditawar adalah sama dengan kuantiti
yang diminta.
Pada tingkat harga lebih rendah daripada RM250 seunit, tidak berlaku
keseimbangan pasaran mesin pencetak kerana kuantiti diminta lebih besar
daripada kuantiti ditawar atau berlaku lebihan permintaan. Harga cenderung naik
sehingga mencapai keseimbangan.

Pada tingkat harga lebih tinggi daripada RM250 pula, keseimbangan


pasaran bagi mesin pencetak juga tidak berlaku kerana kuantiti ditawar adalah
lebih besar daripada kuantiti diminta atau berlaku lebihan penawaran. Harga
cenderung untuk turun sehingga mencapai keseimbangan.

ii. Pendekatan rajah


Keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan (DD) bersilang
dengan keluk penawaran (SS) pada titik E di mana harga keseimbangan ialah
RM250 dan kuantiti keseimbangan ialah 100 unit. Ketidakseimbangan berlaku
apabila harga melebihi atau kurang daripada harga keseimbangan.

Sebagai contoh, pada harga RM200 seunit, kuantiti ditawar mesin


pencetak adalah sebanyak 75 unit dan kuantiti diminta mesin pencetak adalah
sebanyak 125 unit. Terdapat lebihan permintaan telah berlaku sebanyak 50 unit
dan hal ini akan menyebabkan kenaikan harga. Apabila harga naik, permintaan
akan menguncup dan dalam masa yang sama penawaran akan mengembang
sehinggalah tercapai semula keseimbangan pada tingkat harga RM250 seunit
dan kuantiti keseimbangan 100 unit.

Pada harga RM350 pula, kuantiti ditawar adalah sebanyak 150 unit dan
kuantiti diminta 50 unit. Harga cenderung untuk jatuh kerana telah berlakunya
lebihan penawaran. Apabila harga jatuh, permintaan akan mengembang dan
dalam masa yang sama penawaran akan menguncup sehinggalah tercapai
semula keseimbangan pada tingkat harga RM250 seunit dan kuantiti
keseimbangan sebanyak 100 unit
3.0 Jelaskan lima (5) faktor yang mempengaruhi permintaan atau penawaran bagi
barang yang dipilih.
a) Harga barang penggenap
Barang penggenap ialah dua barang yang digunakan secara bersama-sama atau
serentak. Jika tiada satu barang, barang yang satu lagi tidak berfungsi. Barang
penggenap bagi mesin pencetak ialah dakwat kartrij.

Apabila harga mesin pencetak turun dari P0 ke P1, kuantiti diminta terhadap
mesin pencetak akan bertambah dari Q0 ke Q1. Hal ini akan menyebabkan
permintaan terhadap dakwat kartrij juga meningkat walaupun harganya tidak berubah
kerana mesin pencetak dan dakwat kartrij adalah bahan penggenap. Keluk permintaan
dakwat kartrij akan bergerak ke kanan dari D0D0 ke D1D1.

b) Citarasa
Perubahan dalam citarasa pengguna akan melibatkan peralihan keluk permintaan
sama ada ke kiri atau ke kanan. Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh
pengiklanan melalui pelbagai media dan pertunjukkan-pertunjukkan serta ekspo.
Sebagai contoh, iklan mesin pencetak pelbagai jenama seperti Hp, Canon dan
Epson yang ditayangkan di televisyen dan papan tanda di jalan raya dapat menarik
perhatian pengguna sekaligus meningkatkan kuantiti permintaan di pasaran.

Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan permintaan bertambah pada


setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan beralih ke kanan iaitu dari D ke
D1. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akan beralih ke kiri, dari D
ke D2 jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

c) Saiz dan struktur penduduk


Saiz (bilangan penduduk) dan struktur seperti faktor jantina dan umur penduduk
sesebuah negara dapat mempengaruhi permintaan pasaran. Pertambahan penduduk
yang disebabkan oleh kadar kelahiran yang lebih tinggi daripada kadar kematian atau
penghijrahan penduduk yang masuk ke dalam negara lebih daripada penduduk yang
berhijrah ke luar negara akan menambahkan permintaan terhadap sesuatu barang.

Sebagai contoh, apabila bilangan penduduk yang menggunakan mesin pencetak


di sesebuah kawasan meningkat, kuantiti permintaan terhadap mesin pencetak akan
bertambah. Maka, keluk permintaan akan beralih ke kanan. Sebaliknya, apabila
penduduk berkurangan, permintaan ke atas mesin pencetak juga akan berkurangan
dan menyebabkan keluk permintaan beralih ke kiri.

d) Bilangan pengeluar
Secara umumnya, semakin ramai pengeluar, semakin banyak barangan yang
dijual di pasaran dan sebaliknya. Contohnya, jika bilangan pengeluar mesin pencetak
bertambah ramai, penawaran ke atas barang tersebut akan bertambah dan keluk
penawaran akan beralih ke kanan.

Sebaliknya, jika bilangan pengeluar semakin berkurang di dalam pasaran kesan


daripada kos pengeluaran barang yang tinggi atau kerugian yang dialami sehingga
menyebabkan pengeluar terpaksa keluar daripada pasaran, jumlah penawaran ke atas
mesin pencetak akan berkurang. Hal ini menyebabkan keluk penawaran akan beralih
ke kiri.
e) Harga barang penawaran bersama
Barang penawaran bersama ialah hubungan dua barang di mana apabila satu
barang dikeluarkan, barang yang satu lagi turut dikeluarkan bersama-sama.
Contohnya, apabila pengeluar menawarkan mesin pencetak, dakwat kartrij juga akan
ditawarkan bersama-sama.

Kenaikan harga mesin pencetak dari P0 ke P1 menyebabkan kuantiti penawaran


barang tersebut akan meningkat dari Q0 ke Q1. Secara tidak langsung, kuantiti
penawaran bagi dakwat kartrij akan meningkat walaupun harga dakwat kartrij tidak
berubah. Hal ini akan menyebabkan keluk penawaran dakwat kartrij bergerak ke
kanan dari S1S1 ke S2S2.

4.0 Terangkan satu kesan perubahan faktor permintaan atau penawaran terhadap
keseimbangan pasaran
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor
pengeluaran dan mempercepatkan pengeluaran mesin pencetak. Dengan pengurangan
dalam kos dan penambahan keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran
mesin pencetak di pasaran.
Keseimbangan asal pasaran mesin pencetak berlaku apabila keluk permintaan
(D0D0) bersilang dengan keluk penawaran (S0S0) pada titik E. Harga ialah RM250

per unit dan kuantiti adalah sebanyak 100 unit.

Perkembangan teknologi baru yang dapat mempercepatkan pengeluaran mesin


pencetak sekaligus meningkatkan kuantiti penawaran di pasaran dapat ditunjukkan

oleh keluk penawaran yang beralih ke kanan iaitu dari S0S0 ke S1S1 manakala keluk
permintaan D0D0 adalah tetap.

Harga keseimbangan jatuh kepada P1 dan kuantiti keseimbangan meningkat

kepada Q1. Keseimbangan pasaran yang baharu adalah pada titik F di mana keluk
penawaran baharu (S1S1) bersilang dengan keluk permintaan (D0D0).

5.0 Konsep Keanjalan Pemintaan dan Penawaran


5.1 Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan

a) Kewujudan barang pengganti

Semakin sukar untuk mendapatkan barang pengganti, semakin tak anjal permintaan
harga. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta
akan berkurang dengan peratusan yang besar kerana kesukaran untuk mendapat barang
pengganti untuknya.

Semakin banyak barang pengganti bagi suatu barang semakin anjal permintaan harga
barang tersebut. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang
diminta akan berkurang dengan peratusan yang besar kerana kemudahan untuk mendapat
barang pengganti secara relatif lebih murah.

b) Peratus perbelanjaan daripada pendapatan


Bagi barang yang merupakan bahagian kecil daripada jumlah pendapatan, permintaan
terhadap barang itu bersifat tak anjal. Kenaikan harga yang banyak tidak akan kuantiti barang
yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga barang itu
tidak akan memberi kesan yang nyata kepada belanjawan pengguna.
Bagi barang yang menelan sebahagian besar pendapatan pengguna, permintaan
barang itu cenderung bersifat anjal. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti
barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga yang
sedikit pun memberi kesan yang nyata terhadap belanjawan pengguna.

Sebagai contoh, Semakin besar peratus pendapatan yang dibelanjakan oleh seseorang
individu untuk membeli sebuah mesin pencetak, semakin anjal permintaan terhadap barang
tersebut kerana kenaikan harga yang kecil menyebabkan kuantiti yang diminta berkurang
dengan banyak.

c) Kepentingan sesuatu barang


Semakin penting suatu barang kepada pengguna semakin tak anjal barang tersebut.
Misalnya, barang keperluan seperti makanan dan ubat, kenaikan harga yang banyak tidak
akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar
kerana pengguna tidak boleh menangguhkan pembelian barang tersebut.

Contohnya, sekiranya mesin pencetak adalah barang yang penting kepada pengguna,
maka permintaan terhadap barang ini adalah tak anjal kerana pengguna tetap akan
membelinya kerana mesin pencetak adalah penting bagi mereka.

d) Kesetiaan kepada jenama


Semakin setia pengguna kepada jenama sesuatu barang semakin tak anjal barang
tersebut. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta
berkurang dengan peratusan yang besar kerana kerana kesetiaan terhadap jenama barang itu
menyebabkan barang itu sukar digantikan kepada barang yang berjenama mempunyai
kesetiaan kepada jenama sesuatu barang, permintaan barang itu cenderung menjadi anjal.

Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta
berkurangan dengan peratusan yang besar kerana pengguna sanggup menggantikan barang itu
dengan barang jenama lain yang secara relatif lebih murah. Pengguna tetap membeli barang
itu walaupun harga barang itu telah banyak berubah.
5.2 Keanjalan permintaan harga dan keanjalan penawaran dengan
menggunakan contoh berangka
a) Keanjalan permintaan harga
Apabila harga mesin pencetak naik daripada RM100 ke RM150 seunit, maka kuantiti
yang diminta bagi mesin pencetak berkurang dari 175 unit ke 150 unit. Berapakah nilai
keanjalan permintaan harga bagi mesin pencetak ?
Ed = Qd1 - Qd0 X P0 .
Qd0 P1 - P0

Ed = 150 – 175 X 100 .


175 150 - 100
Ed = -25 X 100
175 50
Ed = -0.3

Ini bermakna apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti diminta akan berkurang
sebanyak 0.3 %.

b) Keanjalan penawaran
Apabila harga mesin pencetak jatuh daripada RM200 ke RM150 seunit, kuantiti ditawar bagi
mesin pencetak berkurang daripada 75 unit kepada 50 unit. Hitungkan nilai keanjalan
penawaran bagi mesin pencetak.
Ini bermakna apabila harga mesin pencetak turun sebanyak 1%, kuantiti ditawar
berkurangan sebanyak 0.67%.

5.3 Perubahan harga mempengaruhi jumlah hasil jika permintaannya anjal


dan tidak anjal
a) Permintaan anjal
Peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil menurun kerana peratus perubahan
kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga mesin pencetak. Apabila
harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti
diminta lebih besar daripada peratus kenaikan harga.
Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati peratus perubahan kuantiti yang
diminta melebihi peratus perubahan harga. Pada harga asal RM200, kuantiti diminta
asal ialah 125 unit. Apabila harga naik ke RM250, kuantiti diminta berkurangan
kepada 100 unit. Dengan itu, permintaan adalah anjal.

b) Permintaan tidak anjal


Peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil juga meningkat kerana peratus
perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang
tersebut. Apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus
penurunan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus kenaikan harga.

Berdasarkan gambar rajah di atas, didapati peratus perubahan harga melebihi


peratus perubahan kuantiti diminta. Pada harga asal RM100, kuantiti diminta asal
ialah 175 unit. Apabila harga naik ke RM200, kuantiti diminta berkurangan kepada
125 unit. Dengan itu, permintaan adalah tidak anjal.
5.4 Berdasarkan contoh berangka, buktikan bagaimana nilai keanjalan permintaan
silang dapat menentukan hubungan barang.
Hitung nilai keanjalan permintaan silang bagi barang A dan B apabila harga mesin
pencetak mengalami kenaikan dari RM100 kepada RM200. Tentukan perhubungan
antara mesin pencetak dengan barang A dan B.

Harga mesin Kuantiti diminta barang A Kuantiti diminta barang B


pencetak (P, RM) (Qd, unit) (Qd, unit)
100 20 200
200 50 100
Senarai Rujukan
Pencetak Komputer (8 Oktober 2020), Wikipedia

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pencetak_komputer

Nota Ekonomi Bab 2, Anyflip

https://anyflip.com/bookcase/nvlxz

Yeam Hock Kong (2021), Teks & Rujukan Lengkap Ekonomi 1 AE015,

NUSAMAS

You might also like