You are on page 1of 16

PENGENALAN

Pelitup muka atau facemask merupakan satu langkah pencegahan yang penting
dalam mengelakkan penyebaran penyakit saluran pernafasan yang tersebar melalui virus,
COVID-19. Pelitup muka boleh digunakan sama ada untuk melindungi orang yang sihat
daripada dijangkiti daripada menjangkiti orang lain. Namun, penggunaan pelitup muka harus
diamalkan bersama dengan penjagaan kebersihan tangan dengan kerap, penjarakan fizikal
yang selamat iaitu sekurang-kurangnya satu (1) meter daripada orang lain.

Hal ini kerana wabak ini telah mengakibatkan begitu banyak kes kematian yang
berlaku pada setiap hari akibat dijangkiti oleh virus koronavirus ini. Pada masa yang sama,
penularan virus ini mampu berjangkit antara masyarakat satu sama lain melalui
titisan pernafasan seperti batuk atau bersin, demam, sesak nafas, melalui pengudaraan
serta sentuhan dan lain-lain lagi. Demikian kerana, virus ini cepat merebak apabila
seseorang tersebut menghidap tanda gejala jangkitan tersebut berlaku.

Penularan wabak COVID-19 yang berleluasa di dunia dan masyarakat telah diingati
untuk sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam untuk mencegah jangkitan.
Pemakaian pelitup muka semasa pandemik COVID-19 telah menerima pelbagai cadangan
dari pelbagai agensi kesihatan awam dan kerajaan.

Penggunaan pelitup muka bukan perubatan adalah disyorkan untuk mereka yang
tidak mengalami gejala namun berada di tempat-tempat di mana penjarakan fizikal sukar
diamalkan seperti dalam pengangkutan awam, tempat kerja, kedai runcit dan persekitaran
yang sesak. Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis pelitup muka bukan perubatan di
pasaran. Akhir sekali, apabila harga pelitup muka menurun, kuantiti diminta meningkat.
KONSEP PERMINTAAN

a) Definisi Permintaan
 Permintaan ialah kesanggupan dan keinginan individu terhadap pelitup muka atau
perkhidmatan disertakan dengan kemampuan dan kesanggupan untuk membayar
pada suatu tingkat harga dan jangka masa tertentu.
b) Hukum Permintaan
 Hukum permintaan menunjukkan bahawa hubungan harga dan kuantiti adalah
secara songsang (negatif), menyebabkan yang lainnya tetap (ceteris paribus).
 Keluk permintaan ialah graf yang menunjukkan berapa banyak pengguna sanggup
dan mampu untuk membeli pada setiap peringkat harga. Keluk permintaan menggraf
perhubungan songsang antara harga dengan kuantiti.
 Jadual permintaan ialah jadual yang menunjukkan hubungan songsang antara harga
dengan kuantiti yang diminta. Apabila tingkat harga naik bagi sesuatu pelitup muka
maka kuantiti yang diminta bagi pelitup muka tersebut akan menurun.
 Manakala apabila tingkat harga sesuatu pelitup muka harga turun maka kuantiti yang
diminta akan meningkat bagi pelitup muka tersebut.

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERMINTAAN


i. Barang Pengganti
Permintaan pelitup muka N95 bertambah disebabkan perubahan kenaikan harga pelitup
muka KF94, harga pelitup mula N95 adalah tetap. Hubungan antara harga pelitup muka
KF94 dengan kuantiti pelitup muka N95 adalah “positif”.

ii. Pendapatan Pengguna

Jika pendapatan bertambah, permintaan terhadap pelitup muka N95 akan meningkat.
Contohnya, apabila harga pelitup muka naik, kuantiti diminta terhadap pelitup muka
menurun, apabila harga pelitup muka turun kuantiti diminta meningkat.

iii. Citarasa Pengguna

Perubahan dalam citarasa pelitup muka boleh menyebabkan keluk permintaan


berpindah ke kanan atau ke kiri pada harga yang sama.
FUNGSI
Fungsi Permintaan : Qd = a – bP

Qd : kuantiti diminta
a : kuantiti barang yang diminta apabila harga adalah 0
b : kecerunan keluk permintaan ( negatif )
P : harga

JADUAL PERMINTAAN INDIVIDU PELITUP MUKA

Harga ( RM ) Kuantiti ( Unit )


25 3
20 6
15 9
10 12
5 15

HURAIAN KELUK
Keluk diatas menunjukkan keluk permintaan bagi pelitup muka pada pelbagai tingkat harga
dan kuantiti. Pada harga RM10.00, kuantiti diminta bagi pelitup muka N95 adalah sebanyak
12 unit. Apabila harga turun dari RM10.00 kepada RM5.00, kuantiti diminta bagi pelitup
muka meningkat dari 12 unit kepada 15 unit. Apabila harga naik dari RM10.00 kepada
RM15.00, kuantiti diminta bagi pelitup muka menurun dari 15 unit kepada 12 unit. Keluk
permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. Keluk permintaan di atas menunjukkan
hubungan yang negatif ( songsang ) antara tingkat harga dan kuantiti diminta iaitu apabila
harga naik kuantiti diminta mencerun, apabila harga turun kuantiti diminta meningkat.

PENGIRAAN

Wujudkan persamaan berdasarkan harga pelitup muka dan kuantiti yang diberi :

15 = a – 5b ---------- (1)

12 = a – 10b -------- (2)

Kemudian, persamaan (2) – (1)

15 – 12 = - 5 – (-10b)

3=5b

b = 3/5

b = 0.6

Gantikan b = 0.6 dalam persamaan (1)

15 = a – 5b

15 = a – 5 (0.6)

15 = a – 3

15 + 3 = a

18 = a

Jadikan fungsi permintaan ialah Qd = 18 – 0.6P

KONSEP PENAWARAN
a) Definisi Penawaran
 Penawaran ialah jumlah kuantiti pelitup muka dan perkhidmatan yang sedia
ditawarkan oleh pengeluar dan firma pada suatu tingkat harga dalam satu jangka
masa tertentu.
b) Hukum Penawaran
 Hukum penawaran menunjukkan bahawa harga pelitup muka dan kuantiti adalah
terhubung secara positif, dan yang lainnya tetap ( ceteris paribus ).
 Keluk penawaran ialah graf yang menunjukkan berapa banyak pelitup muka
seseorang penjual sanggup dan mampu jual pada setiap peringkat harga.
 Keluk penawaran menunjukkan hubungan positif antara harga dengan kuantiti.
Jadual penawaran ialah jadual yang menunjukkan hubungan positif antara harga
dengan kuantiti yang ditawarkan. Harga ialah faktor yang paling penting kepada
penjual.
 Apabila tingkat harga naik bagi sesuatu pelitup muka maka kuantiti yang ditawarkan
bagi pelitup muka tersebut akan meningkat.
 Manakala apabila tingkat harga sesuatu pelitup muka turun maka kuantiti yang
ditawarkan akan merosot ( menurun ) bagi pelitup muka tersebut.

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENAWARAN

i) Daya Pengeluaran

Kenaikkan dan pengeluaran pelitup muka kerana wabak COVID-19 dan menyebabkan
pertambahan penawaran terhadap pelitup muka. Kesannya keluk penawaran pelitup
muka beralih dari kiri ke kanan.

ii) Perubahan Bekalan Input Dan Perubahan Kos Pengeluaran

Apabila terjadinya kejatuhan bekalan input, harga input meningkat dan kos pengeluaran
meningkat. Oleh itu, kejatuhan bekalan input menyebabkan kejatuhan penawaran pelitup
muka yang menggunakan input itu.

iii) Matlamat Pengeluar

Matlamat pengeluar mempengaruhi penawaran. Jika pengeluar bertujuan


mengurangkan output untuk memaksimumkan keuntungan, maka dia akan
mengurangkan penawaran terhadap keluarannya. Sebaliknya, jika dia bertujuan
mencapai pengeluaran maksimum, maka penawaran keluarannya akan bertambah.

FUNGSI PENAWARAN
Persamaan : Qs = a + bp

Qs : kuantiti ditawarkan
a : kuantiti barang yang ditawarkan apabila harga adaalah 0
b : kecerunan keluk penawaran
P : harga

JADUAL PENAWARAN INDIVIDU PELITUP MUKA

Harga (RM) Kuantiti (Unit)


25 15
20 12
15 9
10 6
5 3

HURAIAN KELUK
Keluk diatas menunjukkan keluk penawaran bagi pelitup muka pada pelbagai tingkat harga
dan kuantiti. Pada harga RM15.00, kuantiti ditawarkan bagi pelitup muka adalah sebanyak 9
unit. Apabila harga turun dari RM15.00 kepada RM10.00, kuantiti diminta bagi pelitup muka
menurun dari 9 unit kepada 6 unit. Apabila harga naik dari RM10.00 kepada RM15.00,
kuantiti ditawarkan bagi pelitup muka meningkat dari 6 unit kepada 9 unit. Keluk penawaran
mencerun ke atas dari kiri ke kanan.

PENGIRAAN

Wujudkan persamaan berdasarkan harga dan kuantiti yang diberi :

3 = a + 5b ---------- (1)

6 = a + 10b -------- (2)

Kemudian, persamaan (1) – (2)

3 – 6 = 5b (+10b)

-3 = -5b

b = -3 / -5

b = 0.6

Gantikan b = 0.6 dalam persamaan (1)

3 = a + 5b

3 = a + 5 (0.6)

3=a+3

a=3–3

a=0

Jadikan fungsi penawaran ialah Qs = 0 + 0.6P

KESEIMBANGAN PASARAN
Definisi Keseimbangan Pasaran

 Keseimbangan pasaran ialah suatu keadaan di mana permintaan pelitup muka sama
dengan penawaran pelitup muka atau kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti
ditawarkan

PERMINTAAN = PENAWARAN
KUANTITI DIMINTA = KUANTITI DITAWAR

 Lebihan penawaran berlaku apabila harga pelitup muka melebihi tingkat harga
keseimbangan pasaran. Kuantiti yang ditawarkan akan melebihi kuantiti yang
ditawarkan
 Lebihan permintaan berlaku apabila harga pelitup muka kurang daripada tingkat
harga keseimbangan. Kuantiti diminta akan melebihi kuantiti yang ditawarkan

LEBIHAN PERMINTAAN = KUANTITI DIMINTA > KUANTITI DITAWARKAN


LEBIHAN PENAWARAN = KUANTITI DITAWAR > KUANTITI DIMINTA

 Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual, keluk, dan persamaan.


 Secara jadual keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila jumlah kuantiti
permintaan pelitup muka sama dengan jumlah kuantiti penawaran pelitup muka
pada suatu tingkat harga pelitup muka.
 Melalui keluk pula, keseimbangan pasaran dapat ditentukan apabila keluk
permintaan bersilang dengan keluk penawaran di pasaran pada suatu tingkat harga
pelitup muka.
 Secara persamaan, keseimbangan pasaran dapat ditentukan dengan menyamakan
persamaan permintaan dan persamaan penawaran.

JADUAL

 Jadual permintaan dan penawaran bagi pelitup muka

Harga (RM) Kuantiti diminta Kuantiti ditawar Situasi pasaran


25 3 15 Lebihan penawaran
20 6 12
15 9 9 Keseimbangan
10 12 6 Lebihan permintaan
5 15 3
 Keseimbangan pasaran berlaku apabila titik E iaitu titik keseimbangan pasaran.
Pada titik ini, keseimbangan pasaran berlaku pada harga RM15.00 dan 9 unit.
 Lebihan penawaran berlaku apabila harga lebih dari RM15.00 contohnya pada
harga RM20.00, kuantiti diminta adalah 6 unit tetapi kuantiti ditawarkan pula
adalah 12 unit. Ini menyebabkan stok firma meningkat maka firma akan
mengurangkan pengeluaran.
 Lebihan permintaan pula berlaku apabila harga kurang dari RM15.00.Pada harga
RM10.00, kuantiti diminta adalah 12 unit tetapi hanya 6 unit ditawarkan. Ini
menyebabkan firma terpaksa menambahkan pengeluarannya.

PERSAMAAN KESEIMBANGAN PASARAN

Fungsi permintaan Qd = 18 – 0.6P

Fungsi Penawaran Qs = 0 + 0.6P

Keseimbangan pasaran dicapai apabila

Qd = Qs

18 – 0.6P = 0 + 0.6P

18 – 0 = 0.6 + 0.6P

18 = 1.2P

18/1.2 = P

15 = P

Gantikan P dalam persamaan

Qd = 18 – 0.6P

= 18 – 0.6 (15)

= 18 – 9

= 9 unit

Qs = 0 + 0.6P

= 0 + 0.6 (15)

= 9 unit
KEANJALAN HARGA PERMINTAAN

Definisi Keanjalan Harga Permintaan

 Keanjalan permintaan merupakan satu ukuran kuantitatif tentang magnitude


penambahan atau pengurangan kuantiti diminta.
 Keanjalan permintaan harga merupakan suatu ukuran tentang darjah tindak balas
atau respon dalam kuantiti diminta akibat perubahan harga pelitup muka tersebut.

Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan

 Dari segi rumus, keanjalan harga merujuk kepada nisbah antara peratusan
perubahan kuantiti diminta dengan peratusan perubahan harga pelitup muka itu
sendiri.
 Rumus / formula untuk mengira nilai keanjalan harga :

Qo : kuantiti asal yang diminta


Q1 : kuantiti baru yang diminta
Po : harga asal
P1 : harga baru
Q : perubahan kauntiti yang diminta
b : perubahan harga
Ed : koefisien keanjalan permintaan harga

= Q1 – Qo Po
_______ x _______
Qo P1 - Po

PENGIRAAN
Ed = 6 – 3 20
_____ x _____
3 25 – 20

= 3 20
___ x ___
3 5

= 20
___
5

=4
Anjal. Nilai keanjalan lebih daripada 1.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEANJALAN PERMINTAAN HARGA

i) Barang Pengganti
 Semakin banyak barang pengganti bagi pelitup muka N95 atau pelitup muka N95
itu mudah diganti dengan pelitup muka KF94, maka semakin anjal permintaan
pelitup muka tersebut. Hal ini bermakna perubahan harga yang kecil
menyebabkan perubahan yang besar ke atas kuantiti diminta.
 Semakin kurang barang pengganti bagi pelitup muka, semakin kurang anjal
permintaannya. Hal ini bermakna apabila harga pelitup muka tersebut naik
dengan banyak, pengguna sukar mencari barang pengganti yang lain dan
kejatuhan dalam kuantiti diminta hanya sedikit sahaja.

ii) Nisbah Perbelanjaan Daripada Pendapatan Pengguna


 Semakin besar bahagian pendapatan dibelanjakan ke atas pelitup muka, pelitup
muka tersebut adalah mahal kepada pengguna, maka semakin anjal permintaan
pelitup muka tersebut.
 Semakin kecil bahagian pendapatan yang dibelanjakan ke atas pelitup muka,
pelitup muka itu adalah murah. Maka semakin tidak anjal permintaan pelitup
muka tersebut.

iii) Penangguhan Penggunaan Sesuatu Barang


 Jika pelitup muka boleh ditangguhkan penggunaannya, pelitup muka itu lebih
anjal. Oleh itu, apabila harga pelitup muka naik, penggunaannya akan berkurang
dengan banyak.
KESIMPULAN

Berdasarkan rumusan laporan mikroekonomi tersebut. Terdapat konsep permintaan,


konsep penawaran, keseimbangan pasaran dan keanjalan harga permintaan yang berkaitan
dengan penularan wabak COVID-19 yang berleluasa di dunia dan masyarakat diwajibkan
untuk memakai pelitup muka di tempat awam sebagai satu langkah pencegahan jangkitan.

Selain itu, hukum permintaan bahawa hubungan harga dan kuantiti adalah secara
songsang (negatif). Contohnya, apabila harga naik, kuantiti turun, apabila harga turun,
kuantiti naik. Faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pula ialah barang pengganti,
pendapatan pengguna dan citarasa pengguna terhadap pelitup muka.

Seterusnya, hukum penawaran menunjukkan bahawa harga dan kuantiti diminta


adalah terhubung secara positif. Contohnya, apabila tingkat harga pelitup muka naik maka
kuantiti yang ditawarkan bagi pelitup muka tersebut akan meningkat. Manakala apabila
tingkat harga pelitup muka turun maka kuantiti yang ditawarkan akan merosot (menurun)
bagi pelitup muka tersebut.

Justeru, keseimbangan pasaran iaitu permintaan sama dengan penawaran atau


kuantiti diminta adalah sama dengan kuantiti ditawarkan.Oleh itu,untuk keanjalan harga
permintaan pula ialah darjah tindak balas atau respon dalam kuantiti diminta akibat
perubahan harga barang tersebut.
RUJUKAN

i) NOTA KULIAH 2
ii) Sarimah Aman Shah, Abd. Rashid Mohd Ali ( 2013 ). Principles of Economics.
Oxford Fajar. ISBN 978-983-47085-8-0
iii) Deviga Vengedasalam, Karunagaran Madhavan ( 2013 ). Principles of Economics.
Oxford Fajar. ISBN 978-983-47085-6-6
iv) Mankiw, N. Gregory ( 2011 ). Principles of Economics. South-Western College
Publishing. ISBN 9780538453424
DBF 1163 MIKROEKONOMI

TAJUK:

KONSEP PERMINTAAN, KONSEP


PENAWARAN, KESEIMBANGAN PASARAN
DAN KEANJALAN HARGA PERMINTAAN
NAMA GLORIA ANAK MICHEAL
PROGRAM PENGURUSAN PERNIAGAAN DBF DVM1
NO KAD PENGENALAN 040216-13-0186
ANGKA GILIRAN K851JBPP014
PENSYARAH CIKGU LIM WAN THING
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. KONSEP PERMINTAAN 2

i. Definisi Permintaan 2

ii. Hukum Permintaan 2


iii. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan 3
iv. Fungsi Permintaan
3
v. Jadual Permintaan Individu
4
vi. Huraian Keluk
4
vii. Pengiraan
3. KONSEP PENAWARAN 5
5
i. Definisi Penawaran
ii. Hukum Penawaran 5

iii. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Penawaran 5


iv. Fungsi Penawaran 6
v. Jadual Penawaran Individu 6
vi. Huraian Keluk 7
vii. Pengiraan 7
4. KESEIMBANGAN PASARAN 8
8
i. Definisi Keseimbangan Pasaran
ii. Jadual keseimbangan Pasaran 8

iii. Persamaan Keseimbangan Pasaran 9

5. KEANJALAN HARGA PERMINTAAN 10


10
i. Definisi Keanjalan Harga Permintaan
ii. Pengiraan Keanjalan Harga Permintaan 10

iii. Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Keanjalan 11


Permintaan
6. KESIMPULAN 12

7. RUJUKAN 13

You might also like