You are on page 1of 51

JOM SKOR A EKONOMI

SPM 2022

BAB 2 : PASARAN
2.1 Keseimbangan Pasaran

DISEDIAKAN OLEH:
EN. MOHD SHUKRI BIN ABU SHAHID
(SMK SELINSING, SEMANGGOL, PERAK)
KANDUNGAN TOPIK
Definisi

Hukum
PERMINTAAN
Jadual

Keluk

KESEIMBANGAN PENAWARAN DD dan SS Pasaran


PASARAN
Penentu

Jadual dan rajah

KESEIMBANGAN Ketidakseimbangan
PASARAN
Perubahan
keseimbangan
PERMINTAAN..?

KONSEP • Keinginan dan kemampuan individu


PERMINTAA untuk membeli barang dan
N perkhidmatan pada suatu tingkat harga
tertentu dalam jangka masa tertentu

PERMINTAA • Permintaan yang disokong oleh kuasa


N BERKESAN beli atau kemampuan membayar

• Menyatakan bahawa harga dan kuantiti


HUKUM
diminta berhubung secara negatif /
PERMINTAA
songsang
N
• Apabila harga meningkat, kuantiti
diminta berkurangan
• Apabila harga menurun, kuantiti
diminta bertambah
JADUAL PERMINTAAN INDIVIDU..
Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)

2 40
4 30
6 20

 Pada harga RM4, kuantiti yang diminta ialah 30 unit


 Apabila harga turun kepada RM2, kuantiti yang diminta meningkat
kepada 40 unit
 Apabila harga naik kepada RM6, kuantiti yang diminta menurun
kepada 20 unit
 Menunjukkan harga dan kuantiti diminta berhubung secara negatif
KELUK PERMINTAAN INDIVIDU..
Harga  Pada harga RM4, kuantiti yang
(RM) diminta ialah 30 unit
D
 Apabila harga turun kepada RM2,
kuantiti yang diminta meningkat
6 kepada 40 unit
 Apabila harga naik kepada RM6,
kuantiti yang diminta menurun
4 kepada 20 unit
 Keluk permintaan mencerun ke
bawah dari kiri ke kanan
2
 Menunjukkan harga dan kuantiti
diminta berhubung secara songsang
D
/ negatif
0 10 20 30 40 Kuantiti
(unit)
LATIHAN 1
Dengan menggunakan jadual yang sesuai, jelaskan hukum permintaan.

[5 markah]
Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)

1 30
2 20
3 10
[2 markah jadual, harga dan kuantiti diminta]

H1 Hukum permintaan menyatakan semakin tinggi harga, semakin kurang


kuantiti diminta dan sebaliknya [1m]
H2 Apabila harga naik dari RM2 ke RM3, kuantiti diminta berkurang dari 20
unit ke 10 unit [1m]
H3 Apabila harga turun dari RM2 ke RM1, kuantiti diminta bertambah dari 20
unit ke 30 unit [1m]
H4 Menunjukkan harga dan kuantiti diminta berhubung secara negatif [1m]
PERMINTAAN PASARAN

 Jumlah kuantiti barang dan perkhidmatan yang diminta oleh semua


individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka
masa tertentu

 Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti diminta oleh


setiap individu dalam pasaran

Individu A (Izzan) = Permintaan individu


Individu B (Ajmal) = Permintaan individu

Individu A (Izzan) + Individu B (Ajmal) = Permintaan Pasaran


JADUAL PERMINTAAN PASARAN..
Harga Kuantiti diminta (unit) Permintaan Pasaran
(RM) (unit)
Izzan Ajmal

2 8 10 18
3 6 8 14
4 4 6 10
 Pada RM2, kuantiti diminta Izzan ialah 8 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 10
unit, maka permintaan pasaran ialah 18 unit (8+10)

 Pada RM3, kuantiti diminta Izzan ialah 6 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 8
unit, maka permintaan pasaran ialah 14 unit (6+8)

 Pada RM4, kuantiti diminta Izzan ialah 4 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 6
unit, maka permintaan pasaran ialah 10 unit (4+6)
KELUK PERMINTAAN PASARAN..
Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM)

DI DA DP

A
4 4 4

B
3 3 3

C
2 2 2

DA DP
DI
0 0 0
4 6 8 6 8 10 10 14 18
Kuanti Kuanti Kuanti
ti ti ti
KELUK (unit) KELUK (unit) KELUK (unit)
PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN
IZZAN AJMAL PASARAN
HURAIAN PEMBENTUKAN KELUK
PERMINTAAN PASARAN..
BERDASARKAN KELUK PERMINTAAN PASARAN,
 Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta semua
individu secara mendatar pada pelbagai tingkat harga
 Pada RM2, kuantiti diminta Izzan ialah 8 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 10
unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 18 unit, ditunjukkan oleh titik C
 Pada RM3, kuantiti diminta Izzan ialah 6 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 8
unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 14 unit, ditunjukkan oleh titik B
 Pada RM4, kuantiti diminta Izzan ialah 4 unit dan kuantiti diminta Ajmal ialah 6
unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 10 unit, ditunjukkan oleh titik A
 Apabila titik A, B dan C disambung maka terbentuklah keluk permintaan pasaran
DP
 Keluk permintaan pasaran lebih landai daripada keluk permintaan individu
LATIHAN 2
Jadual di bawah menunjukkan kuantiti diminta pen Cutie oleh Halijah dan
Raihan pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti diminta (unit)


(RM)
Halijah Raihan

2.50 1 2
2.00 3 4
1.50 5 6
Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan pasaran.

[5 markah]
JAWAPAN..
Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM)

DH DR DP

2.50 2.50 2.50


A

2.00 2.00 2.00 B

1.50 1.50 1.50 C

DR DP
DH
0 0 0
1 3 5 2 4 6 3 7 11
Kuanti Kuanti Kuanti
ti ti ti
KELUK (unit) KELUK (unit) KELUK (unit)
PERMINTAAN PERMINTAAN PERMINTAAN
HALIJAH RAIHAN PASARAN
JAWAPAN..
 Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti diminta
semua individu secara mendatar pada pelbagai tingkat harga
 Pada RM1.50, kuantiti diminta Halijah ialah 1 unit dan kuantiti diminta Raihan
ialah 2 unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 3 unit, ditunjukkan oleh
titik C
 Pada RM2.00, kuantiti diminta Halijah ialah 3 unit dan kuantiti diminta Raihan
ialah 4 unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 7 unit, ditunjukkan oleh
titik B
 Pada RM2.50, kuantiti diminta Halijah ialah 5 unit dan kuantiti diminta Raihan
ialah 6 unit, oleh itu kuantiti permintaan pasaran ialah 1 unit, ditunjukkan oleh
titik A
 Apabila titik A, B dan C disambung maka terbentuklah keluk permintaan pasaran
DP
 Keluk permintaan pasaran lebih landai daripada keluk permintaan individu
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PERMINTAAN
PENENTU
PERMINTAAN

Bukan faktor harga


Harga barang itu
barang itu sendiri
sendiri
(faktor-faktor lain)
Harga barang lain

Citarasa pengguna

Pendapatan pengguna

Jangkaan harga pada


masa depan

Musim

Dasar kerajaan
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PERMINTAAN
1. HARGA BARANG ITU SENDIRI
 Apabila harga naik, kuantiti diminta menurun sebaliknya apabila
harga turun, kuantiti diminta meningkat

2. HARGA BARANG LAIN (HARGA BARANG PENGGANTI)


 Barang yang oleh digantikan dan mempunyai fungsi penggunaan
yang sama
 Contohnya ayam dan daging
 Apabila harga ayam naik, permintaan terhadap daging akan
meningkat
 Mempunyai hubungan positif antara harga barang X dan kuantiti
diminta barang Y
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PERMINTAAN
3. HARGA BARANG LAIN (HARGA BARANG PENGGENAP)
 Barang yang perlu digunakan bersama-sama barang lain
 Contohnya pencetak dan dakwat katrij
 Apabila harga pencetak naik, permintaan terhadap dakwat katrij
akan menurun
 Mempunyai hubungan negatif antara harga barang X dan kuantiti
diminta barang Y

4. CITARASA PENGGUNA
 Iklan, fesyen dan kesedaran kesihatan boleh mengubah citarasa
pengguna
 Contoh: iklan yang menarik boleh mengubah citarasa pengguna
dan meningkatkan permintaan
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PERMINTAAN
5. PENDAPATAN PENGGUNA
 Apabila pendapatan meningkat, kuasa beli pengguna turut
meningkat dan permintaan barang turut meningkat

6. JANGKAAN HARGA PADA MASA DEPAN


 Harga dijangka meningkat pada masa depan, maka permintaan
barang tersebut pada masa kini akan meningkat

7. MUSIM
 Apabila tiba musim perayaan / awal persekolahan, permintaan
akan meningkat
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PERMINTAAN
8. DASAR KERAJAAN
 Apabila kerajaan memberikan bantuan kewangan seperti BSHR,
pendapatan pengguna akan meningkat dan permintaan turut
meningkat
 Apabila kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan individu,
pendapatan boleh guna individu jatuh dan permintaan turut jatuh
LATIHAN 3
Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk permintaan kopi.
Harga
(RM)

D1 D0

D1 D0
0 100 200 Kuantiti (unit)

Terangkan dua faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut.

[4 markah]
JAWAPAN..

F1 Pendapatan pengguna [1m]


H1 Pendapatan pengguna yang berkurang menyebabkan kuasa beli jatuh
dan permintaan terhadap kopi semakin berkurangan [1m]

F2 Harga barang pengganti [1m]


H2 Apabila harga teh menurun, pengguna akan menggantikan kopi kepada
teh sekaligus permintaan terhadap kopi menurun [1m]

F3 Citarasa pengguna [1m]


H3 Pengguna semakin kurang menggemari kopi maka permintaan
terhadap kopi berkurang [1m]

F4 Jangkaan harga pada masa depan [1m]


H4 Dijangka harga kopi menurun pada masa depan, maka permintaan kopi
pada masa kini menurun [1m]
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DIMINTA
VS
PERUBAHAN PERMINTAAN
PERUBAHAN DALAM PERUBAHAN
KUANTITI DIMINTA PERMINTAAN
Merujuk kepada pergerakan Merujuk kepada peralihan
KONSE titik di sepanjang keluk keluk permintaan sama ada ke
P permintaan yang sama kiri atau ke kanan

KELUK
PERUBAHAN DALAM KUANTITI DIMINTA
VS
PERUBAHAN PERMINTAAN
PERUBAHAN DALAM PERUBAHAN
KUANTITI DIMINTA PERMINTAAN
Disebabkan oleh perubahan Disebabkan oleh faktor-faktor
harga barang itu sendiri lain, selain faktor harga
FAKTO (harga barang lain, citarasa,
R pendapatan pengguna,
jangkaan harga pada masa
depan, musim, dasar kerajaan)

HARGA Harga berubah Harga tetap


DAN Kuantiti berubah Kuantiti berubah
KUANTI
TI
PENAWARAN..?

• Keinginan dan kemampuan firma untuk


KONSEP mengeluarkan barang dan perkhidmatan
PENAWARAN pada suatu tingkat harga tertentu dalam
jangka masa tertentu

• Menyataan bahawa harga dan


HUKUM kuantiti ditawar berhubung secara
PENAWARAN positif / langsung
• Apabila harga meningkat, kuantiti
ditawar bertambah
• Apabila harga menurun, kuantiti
ditawar berkurang
JADUAL PENAWARAN FIRMA..

Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit)

2 20
4 30
6 40

 Pada harga RM4, kuantiti yang ditawar ialah 30 unit


 Apabila harga turun kepada RM2, kuantiti yang ditawar berkurang
kepada 20 unit
 Apabila harga naik kepada RM6, kuantiti yang ditawar meningkat
kepada 40 unit
 Menunjukkan harga dan kuantiti ditawar berhubung secara positif
KELUK PENAWARAN FIRMA..
Harga  Pada harga RM4, kuantiti yang
(RM) ditawar ialah 30 unit
S  Apabila harga turun kepada
RM2, kuantiti yang ditawar
6 berkurang kepada 20 unit
 Apabila harga naik kepada RM6,
4 kuantiti yang ditawar bertambah
kepada 40 unit
 Keluk penawaran mencerun ke
atas dari kiri ke kanan
2
 Menunjukkan harga dan kuantiti
S ditawar berhubung secara
langsung / positif
0 10 20 30 40 Kuantiti
(unit)
LATIHAN 4
Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan hukum penawaran. [5 markah]

H1 Hukum penawaran menyatakan


Harga semakin tinggi harga, semakin
(RM) banyak kuantiti ditawar dan
sebaliknya [1m]
S
3
H2 Apabila harga naik dari RM2 ke RM3,
kuantiti ditawar bertambah dari 20
unit ke 30 unit [1m]
2 H3 Apabila harga turun dari RM2 ke
RM1, kuantiti ditawar berkurang dari
20 unit ke 10 unit [1m]
H4 Keluk penawaran mencerun ke atas
1
dari kiri ke kanan [1m]
S H5 Menunjukkan harga dan kuantiti
ditawar berhubung secara positif [1m]
0 10 20 30 Kuantiti (unit)
PENAWARAN PASARAN
 Jumlah kuantiti barang dan perhidmatan yang ditawar oleh semua
firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka
masa tertentu

 Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti ditawar


oleh setiap firma dalam pasaran

Firma X = Penawaran firma


Firma Y = Penawaran firma

Firma X + Firma Y = Penawaran Pasaran


JADUAL PENAWARAN PASARAN..
Harga Kuantiti ditawar (unit) Penawaran Pasaran
(RM) Firma X Firma Y (unit)

2 10 4 14
3 15 8 23
4 20 12 32
 Pada RM2, kuantiti ditawar Firma X ialah 10 unit dan kuantiti ditawar Firma
Y ialah 4 unit, maka penawaran pasaran ialah 14 unit (10+4)

 Pada RM3, kuantiti ditawar Firma X ialah 15 unit dan kuantiti ditawar Firma
Y ialah 8 unit, maka penawaran pasaran ialah 23 unit (15+8)

 Pada RM4, kuantiti ditawar Firma X ialah 20 unit dan kuantiti ditawar Firma
Y ialah 12 unit, maka penawaran pasaran ialah 32 unit (20+12)
KELUK PENAWARAN PASARAN..
Harga (RM) Harga (RM) Harga (RM)

SX SY SP
C
4 4 4

B
3 3 3

A
2 2 2

SX SY
SP

0 0 0
10 15 20 Kuanti 4 8 12 14 23 32
Kuanti Kuanti
ti ti ti
KELUK (unit) KELUK (unit) KELUK (unit)
PENAWARAN PENAWARAN PENAWARAN
FIRMA X FIRMA Y PASARAN
HURAIAN PEMBENTUKAN KELUK
PENAWARAN PASARAN..
BERDASARKAN KELUK PENAWARAN PASARAN,
 Keluk penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti ditawar semua
firma secara mendatar pada pelbagai tingkat harga
 Pada RM2, kuantiti ditawar Firma X ialah 10 unit dan kuantiti ditawar Firma Y
ialah 4 unit, oleh itu kuantiti penawaran pasaran ialah 14 unit, ditunjukkan oleh
titik A
 Pada RM3, kuantiti ditawar Firma X ialah 15 unit dan kuantiti ditawar Firma Y
ialah 8 unit, oleh itu kuantiti penawaran pasaran ialah 23 unit, ditunjukkan oleh
titik B
 Pada RM4, kuantiti ditawar Firma X ialah 20 unit dan kuantiti ditawar Firma Y
ialah 12 unit, oleh itu kuantiti penawaran pasaran ialah 32 unit, ditunjukkan oleh
titik C
 Apabila titik A, B dan C disambung maka terbentuklah keluk penawaran pasaran
SP
 Keluk penawaran pasaran lebih landai daripada keluk penawaran individu
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PENAWARAN
PENENTU PENAWARAN

Bukan faktor harga


Harga barang itu
barang itu sendiri
sendiri
(faktor-faktor lain)
Harga input

Tingkat teknologi

Matlamat pengeluar

Jangkaan harga pada


masa depan

Cuaca

Dasar kerajaan
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PENAWARAN
1. HARGA BARANG ITU SENDIRI
 Apabila harga naik, kuantiti ditawar meningkat sebaliknya apabila
harga turun, kuantiti ditawar berkurang

2. HARGA INPUT @ HARGA FAKTOR PENGELUARAN


 Apabila harga faktor pengeluaran seperti upah buruh dan kos bahan
mentah menurun, menyebabkan kos pengeluaran menurun, maka
penawaran akan meningkat

3. TINGKAT TEKNOLOGI
 Penggunaan teknologi yang canggih dapat mengurangkan kos
pengeluaran, maka penawaran akan meningkat
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PENAWARAN
4. MATLAMAT PENGELUAR
 Jika firma ingin memaksimumkan untung, maka firma akan
mengurangkan penawarannya kerana penawaran yang kurang dapat
meningkatkan harga barang
 Jika firma ingin memaksimumkan jualan, maka firma akan
meningkatkan penawaran sebanyak mungkin

5. JANGKAAN HARGA PADA MASA DEPAN


 Jika harga dijangka meningkat pada masa depan, maka penawaran
akan menurun pada masa kini
PENENTU / FAKTOR-FAKTOR
PENAWARAN
6. CUACA
 Apabila cuaca tidak baik, penawaran akan menurun
 Contohnya pada musim tengkujuh, penawaran ikan akan berkurangan

7. DASAR KERAJAAN
 Apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar, maka
penawaran akan meningkat
 Apabila kerajaan mengenakan cukai kepada pengeluar, maka
penawaran akan berkurangan
LATIHAN 5
Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk penawaran keluaran pertanian.

Harga
(RM)
S0 S1

S0 S1

0
Kuantiti (unit)

Jelaskan dua faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut. [4 markah]


JAWAPAN..

F1 Tingkat teknologi [1m]


H1 Penggunaan teknologi terkini dan canggih dapat meningkatkan penawaran
keluaran pertanian [1m]

F2 Harga input [1m]


H2 Harga input yang rendah seperti kos bahan mentah dan upah buruh
menyebabkan kos pengeluaran berkurang, sekaligus penawaran dapat
ditingkatkan [1m]

F3 Dasar kerajaan [1m]


H3 Apabila kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar, penawaran akan
meningkat [1m]

F4 Cuaca [1m]
H4 Cuaca yang baik menyumbang kepada peningkatan dalam penawaran
barang pertanian[1m]
APA ITU PASARAN..?
 Interaksi antara pembeli dan penjual sama ada secara langsung atau
tidak langsung untuk melakukan sesuatu urusniaga

A
SECAR N
SU
LANG SECARA
G
TIDAK
LANGSUN
Kedai runcit G
Shoppee
Pasar raya

Jualan
Pasar malam online
CIRI-CIRI PASARAN..

Ada penjual dan pembeli

Ada barang dan perkhidmatan yang diniagakan yang


CIRI-CIRI dapat memberi kepuasan kepada pengguna
PASARAN
Ada harga yang dipersetujui bersama

Penjual dan pembeli tidak semestinya bertemu


KESEIMBANGAN PASARAN
TERCAPAI APABILA..

Pada tingkat
Kuantiti diminta Keluk permintaan
keseimbangan, harga dan
sama dengan kuantiti bersilang dengan
kuantiti keseimbangan
ditawar keluk penawaran
dapat ditentukan
JADUAL KESEIMBANGAN PASARAN..

Kuantiti Kuantiti
Harga
Permintaan Pasaran Penawaran Keadaan Pasaran
(RM)
(unit) Pasaran (unit)

Lebihan permintaan
4 60 20
(harga akan naik)

8 40 40 Keseimbangan pasaran

Lebihan penawaran (harga


12 20 60
akan jatuh)

 Keseimbangan pasaran : kuantiti permintaan = kuantiti penawaran


 Kuantiti keseimbangan = 40 unit
 Harga keseimbangan = RM8
KELUK KESEIMBANGAN PASARAN..

Harga (RM)  Pada RM4, kuantiti diminta ialah 60


S unit dan kuantiti ditawar ialah 20 unit,
D Lebihan penawaran
berlaku lebihan permintaan sebanyak
40 unit (60- 20)
12
 Pada RM12, kuantiti diminta ialah 20
unit dan kuantiti ditawar ialah 60 unit,
8 E
berlaku lebihan penawaran sebanyak 40
unit (60- 20)
4
 Pada RM8, kuantiti diminta sama
S Lebihan permintaan D dengan kuantiti ditawar iaitu 40 unit,
berlaku kesimbangan pasaran pada titik
E
0
20 40 60 Kuantiti
(unit)
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN..

1. LEBIHAN PERMINTAAN
 Berlaku apabila kuantiti permintaan melebihi kuantiti penawaran
 Harga akan cenderung naik

Harga (RM)  Keseimbangan pasaran


tercapai pada titik E iaitu
D S pada harga RM20 dan
kuantiti 50 unit

20 E
 Pada RM10, berlaku lebihan
permintaan sebanyak 60 unit
10 (80-20)

S Lebihan D
0 permintaan
Kuantiti
20 50 80
(unit)
KETIDAKSEIMBANGAN PASARAN..

2. LEBIHAN PENAWARAN
 Berlaku apabila kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan
 Harga akan cenderung turun

Harga (RM)  Keseimbangan pasaran


Lebihan penawaran tercapai pada titik E iaitu
D S pada harga RM4 dan kuantiti
6 20 unit

4
 Pada RM6, berlaku lebihan
E
penawaran sebanyak 22 unit
(30-8)

S D
0
Kuantiti
8 20 30
(unit)
LATIHAN 6
Jadual di bawah ini menunjukkan kuantiti diminta oleh individu A dan individu B
serta kuantiti ditawarkan oleh firma C dan firma D.

Harga Kuantiti Diminta (unit) Kuantiti Ditawar (unit)


(RM)
Individu A Individu B Pasaran Firma C Firma D Pasaran

20 50 X 120 8 12 20
40 25 55 80 Y 45 60
60 10 30 40 30 70 Z
Berdasarkan jadual di atas:

a) Berapakah nilai X, Y dan Z?


[3 markah]

b) Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk keseimbangan pasaran dan


tentukan harga dan kuantiti keseimbangan pasaran [5 markah]

c) Jelaskan keadaan pasaran pada harga RM40 dan RM60 [4 markah]


PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN..

PERUBAHAN PERUBAHAN
PERMINTAAN PENAWARAN

1. Pertambahan 1. Pertambahan
permintaan penawaran

2. Pengurangan 2. Pengurangan
permintaan penawaran
PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN..
1. PERTAMBAHAN PERMINTAAN
(PENDAPATAN MENINGKAT)
Harga (RM)  Keseimbangan pasaran asal tercapai
apabila keluk D0D0 bersilang dengan
D0 D1 S0 keluk S0S0 pada titik E0
 Peningkatan dalam pendapatan
E1
P1 menyebabkan permintaan meningkat
E0  Keluk DD beralih ke kanan dari D0D0 ke
P0
D1D1 dan keluk SS tetap
 Kuantiti DD lebih banyak daripada
kuantiti SS
S0 D1  Berlaku lebihan permintaan
D0
0
 Harga cenderung naik ke P1
Q0 Q1 Kuanti  Keseimbangan pasaran baru tercapai
ti apabila keluk D1D1 bersilang dengan
(unit) keluk S0S0 pada titik E1
 Kesannya, harga naik dari P0 ke P1 dan
kuantiti naik dari Q0 ke Q1
PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN..
2. PENGURANGAN PERMINTAAN
(DUTI IMPORT MENINGKAT)
Harga (RM)  Keseimbangan pasaran asal tercapai
apabila keluk D0D0 bersilang dengan
D1 D0 S0 keluk S0S0 pada titik E0
 Peningkatan dalam duti import
E0
P0 menyebabkan permintaan kereta import
E1 berkurang
P1  Keluk DD beralih ke kiri dari D0D0 ke
D1D1 dan keluk SS tetap
 Kuantiti SS lebih banyak daripada kuantiti
S0 D0 DD
D1
0
 Berlaku lebihan penawaran
Kuanti  Harga cenderung turun ke P1
Q1 Q0
ti  Keseimbangan pasaran baru tercapai
(unit) apabila keluk D1D1 bersilang dengan
keluk S0S0 pada titik E1
 Kesannya, harga turun dari P0 ke P1 dan
kuantiti turun dari Q0 ke Q1
PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN..
3. PERTAMBAHAN PENAWARAN
(TEKNOLOGI MENINGKAT)
Harga (RM)  Keseimbangan pasaran asal tercapai
apabila keluk D0D0 bersilang dengan
D0 S0 S1 keluk S0S0 pada titik E0
 Peningkatan dalam teknologi
E0 menyebabkan penawaran meningkat
P0  Keluk SS beralih ke kanan dari S0S0 ke
E1 S1S1 dan keluk DD tetap
P1
 Kuantiti SS lebih banyak daripada
kuantiti DD
S0 S1 D0  Berlaku lebihan penawaran
 Harga cenderung turun ke P1
0  Keseimbangan pasaran baru tercapai
Q0 Q1 Kuantit
i apabila keluk S1S1 bersilang dengan
(unit) keluk D0D0 pada titik E1
 Kesannya, harga turun dari P0 ke P1 dan
kuantiti naik dari Q0 ke Q1
PERUBAHAN KESEIMBANGAN PASARAN..
4. PENGURANGAN PENAWARAN
(HARGA INPUT MENINGKAT)
Harga (RM)
 Keseimbangan pasaran asal tercapai
apabila keluk D0D0 bersilang dengan
D0 S1 S0 keluk S0S0 pada titik E0
 Peningkatan harga input menyebabkan
E1 kos pengeluaran meningkat dan
P1 penawaran berkurang
E0  Keluk SS beralih ke kiri dari S0S0 ke
P0 S1S1 dan keluk DD tetap
 Kuantiti DD lebih banyak daripada SS
 Berlaku lebihan permintaan
S1 S0 D0
 Harga cenderung naik ke P1
0  Keseimbangan pasaran baru tercapai
Q1 Q0 Kuanti apabila keluk S1S1 bersilang dengan
ti keluk D0D0 pada titik E1
(unit) 
Kesannya, harga naik dari P0 ke P1 dan
kuantiti turun dari Q0 ke Q1
LATIHAN 7
Pernyataan di bawah berkaitan dengan pemberian subsidi oleh kerajaan.

Pengurangan subsidi minyak masak: Apa pengguna perlu tahu

Laporan media mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan naik
bermula 1 November ini susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan yang
menyebabkan suasana panik dalam kalangan pengguna. Beberapa pasaraya mula
melaksanakan catuan terhadap pembelian minyak masak bagi memastikan bekalan
berada dalam keadaan terkawal,

Pemansuhan subsidi ini bukan bertujuan untuk membebankan pengguna sebaliknya


ia sebagai langkah untuk membendung kegiatan penyelewengan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
(Sumber: Malaysiandigest.com)

Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan kesan peristiwa tersebut
terhadap pasaran minyak masak
[7 markah]
JAWAPAN..

Harga (RM)
 Keseimbangan pasaran asal tercapai
apabila keluk D0D0 bersilang dengan
D0 S1 S0 keluk S0S0 pada titik E0
 Pengurangan subsidi menyebabkan kos
E1 pengeluaran meningkat dan penawaran
P1 minyak masak berkurang
E0  Keluk SS beralih ke kiri dari S0S0 ke
P0 S1S1 dan keluk DD tetap
 Kuantiti DD lebih banyak daripada SS
 Berlaku lebihan permintaan
S1 S0 D0
 Harga cenderung naik ke P1
0  Keseimbangan pasaran baru tercapai
Q1 Q0 Kuanti apabila keluk S1S1 bersilang dengan
ti keluk D0D0 pada titik E1
(unit) 
Kesannya, harga naik dari P0 ke P1 dan
kuantiti turun dari Q0 ke Q1

You might also like