You are on page 1of 2

TUTORIAL SET 5 (BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN)

Bahagian A

1. Apabila harga ikan meningkat 5% , kuantiti ikan yang diminta berkurangan sebanyak 3%. Ini menunjukkan
keanjalan permintaan ikan adalah
A anjal
B tidak anjal
C anjal sempurna
D tidak anjal sempurna

2. Jika keanjalan permintaan harga sesuatu barang adalah sifar, keluk permintaan barang tersebut berbentuk
A landai
B curam
C menegak
D mendatar

3. Tindak balas perubahan kuantiti diminta terhadap sesuatu barang kesan daripada perubahan barang lain
merupakan definisi keanjalan permintaan
A harga
B silang
C lengkuk
D pendapatan

4. Sekiranya harga barang X meningkat, keluk permintaan barang Y akan beralih ke kiri. Ini menunjukkan
keanjalan permintaan silang antara barang X dan Y bernilai
A sifar
B positif
C negatif
D infiniti

5. Permintaan sesuatu barang dikatakan anjal apabila


A Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta
B Peratus perubahan kuantiti yang dikeluarkan lebih besar daripada peratus perubahan harga
C Peratus perubahan harga sama dengan peratus perubahan kuantiti yang diminta
D Peratus perubahan kuantiti yang diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga

6. Harga dan jumlah hasil berhubungan langsung sekiranya permintaan adalah


A anjal
B anjal satu
C tidak anjal
D anjal sempurna

7. Peningkatan harga barang akan meningkatkan jumlah hasil firma jika keanjala permintaan harga adalah
A satu
B infiniti
C lebih dari satu
D kurang dari satu

8. Bagi suatu barang yang permintaannya tidak anjal, kesan kejatuhan harga ke atas barang itu akan
menyebabkan
A jumlah hasil jualan meningkat
B jumlah hasil jualan tidak berubah
C jumlah hasil jualan berkurangan
D jumlah hasil jualan sifar
Bahagian B

1. Jelaskan secara ringkas dua (2) faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. [ 4 markah ]

2. Terangkan hubungan antara keanjalan permintaan harga dan jumlah hasil. [ 6 markah ]

Bahagian C

1. Jadual 1 menunjukkan harga, kuantiti permintaan dan penawaran bagi beras.

Jadual 1 : Permintaan dan Penawaran

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawar (unit)


6.00 22 14
8.00 20 16
10.00 18 18
12.00 16 20

Berdasarkan Jadual di atas, jawab soalan berikut:

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga lengkuk apabila harga beras meningkat daripada RM8.00 kepada
RM10.00 [ 2 markah ]

(b) Hitung nilai keanjalan penawaran lengkuk apabila harga beras meningkat daripada RM8.00 kepada
RM10.00. [ 2 markah ]

(c) Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan? [ 2 markah ]

(d) Jelaskan keadaan yang berlaku di pasaran pada tingkat harga beras RM6.00 dan RM12.00. [ 4 markah ]

2. Jadual 2 di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dan kuantiti diminta bagi cakera padat.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


0.00 50
5.00 40
10.00 30
12.50 25
15.00 20
20.00 10
25.00 0

a) Kirakan jumlah hasil bagi setiap tingkat harga. [ 2 markah ]

b) Kirakan nilai keanjalan permintaan harga bagi setiap kuantiti dalam jadual di atas. [ 4 markah ]

c) Berdasarkan jawapan (b) dengan berbantukan rajah, tunjukkan nilai keanjalan permintaan pada setiap
tingkat harga di sepanjang keluk permintaan. [ 2 markah ]

d) Jelaskan kesan kenaikan harga terhadap jumlah hasil sekiranya permintaan adalah tidak anjal.
[2markah ]

3. Berbantukan rajah, terangkan kesan penurunan harga sesuatu barang ke atas jumlah hasil yang diterima
oleh firma berdasarkan tiga darjah keanjalan yang berkaitan. [ 10 markah ]

You might also like