You are on page 1of 3

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

3.0: LATIHAN 3.1: Latihan objektif 1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan yang diminta bagi roti dan beras. Tahun Roti Harga /buku Kuantiti (buku) 2000 RM1.50 20,000 2005 RM1.50 15,000 antara harga dengan kuantiti Beras Kuantiti (kg) 13,000 18,000

Harga/ kg RM1.80 RM1.60

Keanjalan permintaan silang antara roti dengan beras ialah; A. 2.00 B. 2.25 C. 2.50 D. 2.75 2. Dua barang akan menjadi barang penggenap antara satu sama lain jika A. keanjalan permintaan silang untuk kedua barang tersebut sentiasa negatif B. keanjalan permintaan silang untuk kedua-dua barang tersebut sentiasa positif. C. Keanjalan permintaan silang untuk kedua-dua barang tersebut sama dengan 1 D. keanjalan permintaan harga bagi kedua-dua barang ini adalah sama nilainya. 3. Jika keanjalan harga bagi permintaan sesuatu barang ialah -1.50, ini bermakna A. kenaikan 1 peratus harga akan menyebabkan kenaikan 1.50 peratus kuantiti diminta. B. kejatuhan 1 peratus harga akan menyebabkan kenaikan 1.50 peratus kuantiti diminta. C. kejatuhan 1 peratus kuantiti yang diminta menyebabkan harga jatuh sebanyak 1.50 peratus. D. kenaikan 1 peratus kuantiti yang diminta menyebabkan harga meningkat sebanyak 1.50 peratus. 4. Data berikut menunjukkan hubungan antara pendapatan dengan kuantiti barang X yang diminta. Pendapatan (RM) Kuantiti diminta (unit) 400 10 600 20 800 30 1,000 40 1,200 50
EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 174

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Berapakah keanjalan permintaan pendapatan apabila pendapatan meningkat daripada RM400 ke RM1,200? A. 1.00 B. -1.00 C. 1.50 D. 2.00 5. Satu keluk penawaran yang bergaris lurus mencerun ke atas dari kiri ke kanan dan bermula dari titik pusat mempunyai keanjalan yang bernilai A. 0 B. positif C. 1 D. > 1 3.2: Latihan esei pendek 1. Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi keanjalan permintaan sesuatu barang? 2. Satu daripada strategi untuk meningkatkan pendapatan ialah dengan menaikkan tingkat harga barang tersebut Adakah anda bersetuju? 3. Kenaikan tingkat pendapatan akan sentiasa meningkatkan permintaan sesuatu barang Adakah anda bersetuju? 4. Apakah yang anda faham dengan keanjalan pendapatan silang. Seri dua contoh barang yang mempunyai nilai keanjalan silang yang berbeza 5. Adakah benar bahawa sebarang keluk penawaran yang memotong titik pusat akan mempunyai nilai 1? Buktikan. 3.3: Latihan esei panjang 1. Bincangkan pendapatan yang mengatakan bahawa permintaan terhadap barang-barang keluaran utama lebih rendah keanjalannya terhadap a. harga b. pendapatan lebih daripada permintaan bagi barang-barang keluaran perusahaan. 2. Bincangkan keanjalan permintaan harga bagi barang-barang berikut; a. garam b. barang kemas c. oren d. minyak petrol 3.4: Latihan kuantitatif 1. Anda diberi jadual berikut;

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 175

BAB 3: KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN

Harga (RM)/ unit 0.00 1.00 2.00 3.00 4.00 5.00 6.00 7.00 8.00 9.00

Kuantiti diminta (unit) 60 53 47 40 33 27 20 13 7 0

Kuantiti ditawar (unit) 0 0 10 20 30 40 50 60 70 80

a. Dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk-keluk permintaan dan penawaran. b. Berapakah keseimbanagn harga dan kuantiti bagi barang ini? c. Berapakah keanjalan permintaan harga dan keanjalan penawaran pada titik keseimbangan ini? d. Berapakah keanjalan lengkuk bagi kedua-dua keluk permintaan dan penawaran ini? 2. Jadual berikut adalah data bagi permintaan bagi barang X Harga (RM)/ unit Kuantiti diminta (unit) 0.00 100 1.00 80 2.00 60 3.00 40 4.00 20 5.00 0 a. dengan menggunakan kertas graf, lukiskan keluk permintaan bagi barang X ini. b. Berapakah keanjalan permintaan harga pada tingkat-tingkat harga berikut; i. RM 5.00 ii. RM4.00 iii. RM2.00 iv. RM1.00 c. kira jumlah pendapatan yang diperolehi oleh pengeluar berdasarkan keluk permintaan di atas? d. Apakah yang harus dibuat oleh firma ini jika ia ingin memaksimumkan hasilnya? e. Berapakah keanjalan bagi keluk permintaan ini antara tingkat harga RM1.00 dengan RM4.00?

EKONOMI (Bahagian Mikroekonomi) Edisi Ke-4 Oleh Dr. Hamzaid Bin Yahya www.drhamzaid.com 176

You might also like