You are on page 1of 8

BAB 3 : ISI RUMAH SEBAGAI PENGELUAR SPM 2004 3 a) Rajah 2 ialah keluk permintaan barang X.

Terangkan maksud perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu.

[ 4 markah ]

Contoh jawapan : 1. Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu berlaku disebabkan perubahan harga barang itu sendiri 2. Berlaku pergerakan dari satu titik ke satu titik yang lain di sepanjang keluk permintaan yang sama. 3. Pada harga P, kuantiti diminta ialah Q. 4. Sekiranya harga jatuh ke P, kuantiti diminta bertambah ke Q. b) Rajah 3 ialah keluk permintaan perabot tempatan pada tahun 2003.

i) Apakah yang ditunjukkan oleh peralihan keluk DD ke DD?

[ 1 markah]

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

Contoh jawapan : Peralihan keluk DD ke DD menunjukkan pertambahan permintaan barang itu walaupun harga tidak berubah (tetap) ii) Jelaskan mengapa berlaku perubahan permintaan itu? [ 8 markah]

Contoh jawapan : Sebab-sebab berlakunya perubahan permintaan itu ialah a) Pendapatan pengguna Pendapatan pengguna meningkat menyebabkan kuasa beli meningkat, permintaan bertambah. b) Citarasa pengguna Pengguna lebih gemar terhadap perabot tempatan c) Jangkaan harga masa hadapan Harga perabot tempatan akan meningkat pada masa depan, maka permintaan pada masa sekarang bertambah. d) Dasar kerajaan Kenaikan cukai import perabot luar negara oleh kerajaan akan menyebabkan permintaan terhadap perabot tempatan bertambah e) Musim Musim perayaan menyebabkan permintaan perabot tempatan meningkat f) Harga barang lain Kenaikan harga perabot import menyebabkan permintaan perabot tempatan meningkat c) Jadual 1 menunjukkan kuantiti diminta dan harga bagi tiga jenis barang K. M dan N. Jenis Barang K M N Perubahan Kuantiti Diminta (%) 45 15 20 Jadual 1 Perubahan Harga (%) 30 15 40 [ 3 markah]

i) Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan bagi setiap barang itu. Contoh jawapan: Keanjalan Harga Permintaan K = Peratus Perubahan Kuantiti diminta Peratus perubahan harga 45% 30% = 1.5 Keanjalan Harga Permintaan M = 15% 15% = 1

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

Keanjalan Harga Permintaan Barang N = 20% 40% = 0.5 ii) Terangkan strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan setiap barang itu. [ 9 markah] Contoh jawapan: Strategi yang boleh diambil untuk memaksimumkan keuntungan ialah a) Barang K Nilai keanjalan harga permintaan barang K adalah anjal Peratus perubahan kuantiti barang yang diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga barang itu. Nilai pekali keanjalan lebih daripada satu/Ed > 1 Turunkan harga barang K b) Barang M Nilai keanjalan harga permintaan barang M adalah anjal satu Peratus perubahan kuantiti barang yang diminta sama dengan peratus perubahan harga barang itu. Nilai pekali keanjalan sama dengan satu/Ed = 1 Kekalkan harga barang c) Barang N Nilai keanjalan harga permintaan barang N adalah tidak anjal Peratus perubahan kuantiti barang yang diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang itu. Nilai pekali keanjalan kurang daripada satu/Ed < 1 Naikkan harga barang N SPM 2005 3 a) Berikut adalah perbualan antara seorang ibu dan anak

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

i) Terangkan peranan unit ekonomi yang terdapat dalam perbualan itu.

[ 5 markah]

Contoh jawapan : Unit ekonomi tersebut ialah isi rumah. Peranan isi rumah ialah 1. Menawarkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh kepada firma. 2. Menerima ganjaran faktor seperti upah, sewa, faedah dan untung 3. Menggunakan pendapatan faktor pengeluaran untuk membeli barang/perkhidmatan 4. Menggunakan barang dan perkhidmatan untuk mendapat kepuasan maksimum SPM 2006 2 a) Jadual 1 menunjukkan permintaan terhadap suatu barang. Harga (RM) 1 2 3 Jadual 1 i) Lukis keluk permintaan barang. (Gunakan skala 2 cm : 1 unit pada paksi harga dan 2cm : 20 unit pada paksi kuantiti) [4 markah] Contoh jawapan : Harga (RM) D C 3 2 1 D Kuantiti (unit) 0 20 (ii) Jelaskan hukum permintaan di 2 (a) (i) 40 60 [ 4 markah] B C Kuantiti (Unit) 60 40 20

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

Contoh jawapan : 1. Pada harga RM 2, kuantiti diminta ialah 40 unit 2. Apabila harga barang itu turun kepada RM 1, kuantiti diminta meningkat kepada 60 unit 3. Apabila harga harga barang itu meningkat kepada RM 3, kuantiti diminta berkurang kepada 20 unit 4. Hukum permintaan ialah jika harga barang itu naik, kuantiti diminta turun sebaliknya jika harga barang itu turun, kuantiti diminta bertambah 5. Hubungan antara harga dengan kuantiti ialah hubungan songsang b) Terangkan tiga faktor yang mempengaruhi permintaan [ 6 markah]

Contoh jawapan : 3 faktor mempengaruhi permintaan ialah i) Harga barang itu sendiri Apabila harga meningkat, kuantiti permintaan barang tersebut turun, jika harga barang itu turun maka kuantiti permintaan terhadap barang tersebut akan naik ii) Harga barang lain Jika harga barang pengganti naik, permintaan barang itu meningkat, sebaliknya. jika harga barang pengganti turun, permintaan barang itu berkurang iii) Pendapatan Individu Jika pendapatan individu meningkat, permintaan meningkat. Sebaliknya jika pendapatan turun, permintaan berkurang iv) Jangkaan harga masa hadapan Jika harga barang dijangka meningkat pada masa depan, permintaan sekarang bertambah. Sebaliknya jika harga barang dijangka turun, permintaan sekarang berkurang v) Citarasa Pengguna Jika pengguna lebih berminat terhadap barang tersebut, permintaan meningkat. Sebaliknya jika pengguna tidak berminat, permintaan berkurang vi) Musim/cuaca Pada musim hujan, permintaan terhadap payung dan baju hujan meningkat. Jika musim panas, permintaan baju hujan berkurang vii) Dasar Kerajaan Jika kerajaan menaikkan cukai pendapatan individu, permintaan berkurang. Sebaliknya jika kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu, permintaan bertambah

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

SPM 2007 3 a) Rajah 1 menunjukkan peralihan keluk permintaan kopi.

a) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut. Contoh jawapan : Permintaan kopi berkurang. Faktornya 1. Harga barang lain. Penurunan harga teh menyebabkan permintaan kopi berkurang. 2. Pendapatan individu Pendapatan individu berkurang menyebabkan permintaan berkurang.

[ 6 markah]

3. Cita rasa Pengguna Pengguna kurang berminat minum kopi menyebabkan permintaan kopi berkurang. 4. Jangkaan harga masa hadapan Harga barang di jangka jatuh pada masa depan, permintaan pada masa kini berkurang.

5. Dasar kerajaan Kerajaan menaikkan pendapatan indiviud menyebabkan permintaan kopi berkurang.

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

b) Situasi 1 dan situasi 2 berkaitan dengan jual beli buah durian antara Ali dengan Pak Mat

i) Hitungkan keanjalan harga permintaan buah durian apabila harga meningkat. [ 2 markah] Gunakan rumus: Keanjalan Harga Permintaan = Peratus Perubahan Kuantiti Peratus Perubahan Harga

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

Contoh jawapan : Po = RM 3.00 P = RM 5.00

Qo = 4 kg Q = 2 kg

Q Q ------------- X 100 Q Ed = ----------------------------P P ------------- X 100 P = 24 X 100 4 ------------------------53 X 100 3 -2__ X 4 __3__ 2

= -3 4 = - 0.75

ii) Tafsirkan jenis keanjalan harga permintaan buah durian.

[ 3 markah]

Contoh jawapan : 1. Keanjalan harga permintaan bagi buah durian adalah tidak anjal iaitu 2. Nilai pekali keanjalan kurang daripada satu (Ed < 1) 3. Peratus perubahan kuantiti yang diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga. 4. Apabila harga naik 1 % kuantiti diminta turun 0.75 %

Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh Panitia Ekonomi Asas Daerah Temerloh

You might also like