You are on page 1of 1

EPPD1013 – Mikroekonomi 1 (Set L1)

Soalan Perbincangan: Permintaan & Penawaran


(Sila hantar jawapan sebelum perjumpaan keempat)

1. Gunakan keluk penawaran dan permintaan untuk menggambarkan bagaimana setiap peristiwa
berikut akan mempengaruhi harga mentega dan kuantiti mentega yang dibeli dan dijual:
a. Kenaikan harga marjerin.
b. Kenaikan harga susu.
c. Penurunan tahap purata pendapatan.

2. Terangkan perbezaan antara anjakan dalam keluk penawaran dan pergerakan sepanjang keluk
penawaran.

3. Terangkan mengapa bagi kebanyakan barangan, keanjalan penawaran harga jangka panjang
adalah lebih besar daripada keanjalan jangka pendek.

4. Adakah pernyataan berikut benar atau salah? Terangkan jawapan anda.


a. Keanjalan permintaan adalah sama dengan kecerunan keluk permintaan.
b. Keanjalan harga silang akan sentiasa positif.
c. Penawaran pangsapuri lebih tidak anjal dalam jangka pendek berbanding jangka panjang.

5. Katakan permintaan untuk gas memasak adalah tidak anjal sempurna. Apakah kesan kawalan
harga gas memasak ke atas kuantiti diminta?

6. Katakan keluk permintaan untuk produk diberikan oleh Q=300-2P+4I, di mana I ialah purata
pendapatan yang diukur dalam ribu ringgit. Keluk penawaran ialah Q=3P-50.

a. Jika I=25, cari harga keseimbangan pasaran dan kuantiti untuk produk itu.

b. Jika I=50, cari harga keseimbangan pasaran dan kuantiti untuk produk itu.

c. Lukis graf untuk menggambarkan jawapan anda.

7. Kebanyakan permintaan untuk keluaran pertanian Amerika Syarikat datang dari negara luar. Pada
tahun 1998, jumlah permintaan untuk gandum ialah Q = 3244 - 283P. Daripada jumlah ini,
permintaan domestik ialah QD = 1700 - 107P. Bekalan domestik ialah QS = 1944 + 207P. Katakan
permintaan eksport untuk gandum jatuh sebanyak 40 peratus.

a. Petani Amerika Syarikat bimbang dengan penurunan permintaan eksport ini. Apakah yang
berlaku kepada harga pasaran bebas gandum di Amerika Syarikat? Adakah petani
mempunyai sebab untuk berasa bimbang?

b. Andaikan pula Kerajaan Amerika Syarikat ingin membeli gandum yang cukup setiap tahun
untuk menaikkan harga kepada $3.50 setiap gantang. Dengan penurunan permintaan
eksport ini, berapa banyak gandum yang perlu dibeli oleh kerajaan? Berapa kos kerajaan
ini?

You might also like