You are on page 1of 6

SOALAN UPS 1

Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul.

1. Hukum permintaan menyatakan apabila harga


A. turun, permintaan akan bertambah
B. naik, permintaan akan berkurang
C. naik, kuantiti yang diminta akan bertambah
D. jatuh, kuantiti yang diminta akan bertambah

2. Pergerakan titik di sepanjang keluk permintaan adalah disebabkan


A. perubahan citarasa
B. perubahan pendapatan
C. perubahan harga barang lain
D. perubahan harga barang itu sendiri

3. Permintaan terhadap petrol meningkat apabila harga kereta


A. naik
B. turun
C. tidak berubah
D. ditetapkan oleh kerajaan

4. Apabila berlaku kenaikan harga barang X, permintaan terhadap barang Y meningkat.


Barang X dan barang Y ialah

A. barang pengganti
B. barang penggenap
C. barang keluaran bersama
D. barang keluaran bersaing

1
SOALAN UPS 1

5. Manakah yang berikut menyebabkan keluk permintaan sesuatu barang beralih ke


kanan?
A. Kejatuhan harga barang tersebut
B. Kejatuhan harga barang pengganti.
C. Kenaikan harga barang penggenap
D. Peningkatan pendapatan pengg

6. Barang Y adalah barang penggenap kepada barang Z. Kenaikan harga barang Y


menyebabkan keluk permintaan
A. barang Y beralih ke kiri
B. barang Z beralih ke kiri
C. barang Z beralih ke kanan
D. barang Y beralih ke kanan

7. Hukum penawaran menyatakan bahawa firma akan


A. meningkatkan penawaran apabila harga barang tersebut naik
B. mengurangkan penawaran apabila harga barang tersebut naik
C. mengurangkan kuantiti ditawar apabila harga barang tersebut naik
D. meningkatkan kuantiti ditawar apabila harga barang tersebut naik

8. Manakah antara berikut bukan penentu penawaran?

A. Teknologi
B. Harga input
C. Bilangan pengeluar
D. Harga barang penggenap

2
SOALAN UPS 1

9. Manakah antara faktor berikut menyebabkan peralihan keluk penawaran sesuatu


barang?
A. Perubahan harga input
B. Perubahan harga barang tersebut
C. Perubahan harga barang pengganti
D. Perubahan harga barang penggenap

10. Keluk penawaran akan beralih ke kiri jika berlaku


A. kenaikan dalam pendapatan pengguna
B. kemajuan dalam teknologi pengeluaran barang
C. pengurangan bilangan firma dalam pasaran
D. pemberian subsidi oleh kerajaan dalam pengeluaran barang

11. Sebuah firma mengeluarkan kerepek pisang dan kerepek ubi. Manakah antara berikut
menyebabkan keluk penawaran kerepek pisang beralih ke kiri?

A. harga kerepek ubi turun


B. harga kerepek pisang naik
C. harga minyak masak turun
D. harga minyak masak naik

12. Merujuk jadual 1 di bawah menunjukkan hubungan harga barang M dengan kuantiti
diminta dan kuantiti ditawar sehari.

Harga barang M Kuantiti diminta sehari Kuantiti ditawar sehari


(RM) (unit) (unit)
5 100 70
7 90 75
9 80 80
11 70 85
13 60 90
Jadual 1

Pada keseimbangan pasaran barang M, tingkat harga adalah

3
SOALAN UPS 1

A. RM 7
B. RM 9
C. RM 11
D. RM 13

13. Sekiranya harga lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan maka berlaku
A. lebihan pengguna
B. lebihan pengeluar
C. lebihan permintaan
D. lebihan penawaran

14. Jadual 2 di bawah menunjukkan kuantiti diminta dan kuantiti ditawar bagi satu barang
pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti ditawar Kuantiti diminta


(RM) (unit) (unit)
2.00 72 96
4.00 80 92
6.00 88 88
8.00 96 84
10.00 104 80
Jadual 2
Berdasarkan pilihan jawapan yang diberi, pada tingkat harga berapakah berlaku
lebihan permintaan?
A. RM4.00
B. RM6.00
C. RM8.00
D. RM10.00

15. Lebihan pengguna wujud apabila tahap kesanggupan membayar oleh pengguna
A. menyamai tingkat harga pasaran
B. lebih rendah daripada tingkat harga pasaran
C. tidak dipengaruhi oleh tingkat harga pasaran
D. lebih tinggi daripada tingkat harga pasaran

4
SOALAN UPS 1

16. Rajah 1 menunjukkan keseimbangan pasaran bagi suatu barang.

Harga (RM)

R
S

E
P

0 D
Kuantiti
Q

Rajah 1
Lebihan pengguna pada keseimbangan pasaran ialah
A. 0PE
B. PRE
C. QED
D. 0EQ

17. Tujuan kerajaan mengamalkan dasar harga minimum ialah


A. menjaga kebajikan pengguna
B. melindungi kebajikan pekerja
C. meningkatkan hasil kerajaan
D. meningkatkan pendapatan pengeluar

18. Kesan pelaksanaan dasar harga maksimum menyebabkan


A. berlaku lebihan penawaran
B. berlaku lebihan permintaan
C. kuantiti ditawar melebihi kuantiti diminta
D. tingkat harga turun pada harga keseimbangan

19. Kesan pengenaan cukai jualan oleh kerajaaan ke atas sesuatu barang, menyebabkan
keluk

A. permintaan beralih ke kiri


B. permintaan beralih ke kanan

5
SOALAN UPS 1

C. penawaran beralih ke kiri


D. penawaran beralih ke kanan

20. Pengurangan subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar gula akan menyebabkan

A. permintaan meningkat
B. permintaan berkurang
C. penawaran meningkat
D. penawaran berkurang

You might also like