You are on page 1of 5

SOALAN UPS 1

Setiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang betul.

1. Hukum permintaan menyatakan bahawa pengguna akan


A menambahkan permintaan apabila harga sesuatu barangan turun.
B mengurangkan permintaan apabila harga sesuatu barangan naik.
C mengurangkan kuantiti diminta apabila harga sesuatu barangan naik.
D menambahkan kuantiti diminta apabila harga sesuatu barangan naik.

2. Keluk permintaan menunjukkan hubungan antara harga sesuatu barang dan kuantiti
diminta barang tersebut adalah
A positif
B sifar
C negatif
D langsung

3. Definisi permintaan individu ialah


A keinginan individu untuk membeli barangan pada tingkat harga tertentu
B keinginan dan kemampuan individu untuk membeli barangan pada tingkat harga
tertentu
C keinginan individu membelanjakan pendapatan yang ada untuk membeli barangan
pada tingkat harga tertentu
D keinginan semua individu dalam pasaran untuk membeli barang untuk membeli
barangan pada tingkat harga tertentu

4 Berikut merupakan penentu permintaan kecuali


A citarasa
B tingkat teknologi
C pendapatan pengguna
D jangkaan harga masa hadapan

1
SOALAN UPS 1

5 Pengurangan permintaan terhadap sesuatu barang berpunca daripada


A kejatuhan pendapatan individu.
B pertambahan jumlah penduduk.
C peningkatan citarasa pengguna.
D kejatuhan harga input pengeluaran.

6 Kenaikan harga barang X menyebabkan permintaan barang Y meningkat. Barang Y dan


X ialah
A barang biasa.
B barang penggenap.
C barang pengganti.
D barang keperluan.

7 Penurunan harga barang Y menyebabkan pertambahan permintaan barang Z. Barang Y


dan barang Z merupakan
A barang mewah.
B barang bawahan.
C barang pengganti.
D barang penggenap.

8 Pertambahan penawaran sesuatu barang adalah disebabkan oleh


A peningkatan harga input
B peningkatan teknologi
C harga barang tersebut turun
D bilangan firma berkurang

9 Hukum penawaran menyatakan bahawa pengeluar akan


A menambahkan penawaran apabila harga sesuatu barang naik.
B mengurangkan penawaran apabila harga sesuatu barang jatuh.
C menambahkan kuantiti ditawar apabila harga sesuatu barang naik.
D mengurangkan kuantiti ditawar apabila harga sesuatu barang naik.

2
SOALAN UPS 1

10 Keluk penawaran firma menunjukkan apabila


A harga turun, penawaran berkurang.
B harga naik, penawaran bertambah.
C harga naik, kuantiti ditawarkan berkurang.
D harga turun, kuantiti ditawarkan berkurang.

11 Penawaran pasaran adalah jumlah


A kuantiti dijual oleh firma di pasaran
B kuantiti ditawar oleh firma dalam pasaran
C kuantiti penawaran oleh firma di pasaran
D kuantiti ditawar oleh semua firma di pasaran.

12 Keluk penawaran beralih ke kiri apabila


A pendapatan pengguna meningkat
B teknologi pengeluaran meingkat
C bilangan firma dalam pasaran meningkat.
D harga input pengeluaran barang itu meningkat.

13 Lebihan penawaran yang berlaku di pasaran menyebabkan


A harga cenderung akan turun.
B harga cenderung akan naik.
C kuantiti ditawar bertambah.
D kuantiti yang diminta berkurang.

14 Pergerakan titik di sepanjang keluk penawaran disebabkan oleh


A perubahan harga input
B perubahan teknologi
C perubahan harga barang itu sendiri
D perubahan dasar kerajaan

3
SOALAN UPS 1

15 Lebihan pengguna ialah perbezaan antara


A harga pasaran dengan kos pengeluaran barang tersebut.
B harga yang sanggup dibayar pengguna dengan harga asal.
C harga yang sanggup dibayar pengguna dengan harga pasaran.
D harga yang sanggup dibayar oleh pengguna dengan harga input

16 Lebihan pengeluar ialah perbezaan antara


A jumlah hasil pengeluar dengan kos pengeluar.
B harga pasaran dengan kos pengeluaran barang tersebut.
C harga pasaran dengan harga yang sanggup ditawar pengeluar.
D harga yang sanggup dibayar pengguna dengan harga yang diterima pengeluar.

17 Pelaksanaan dasar harga minimum menyebabkan berlaku


A lebihan permintaan
B lebihan penawaran
C lebihan pengeluar
D lebihan pengguna

18 Dasar harga minimum bertujuan untuk


A melindungi pengguna.
B. melindungi pengeluar
C menambah penawaran.
D menambah permintaan.

19 Dasar harga maksimum yang ditetapkan oleh kerajaan bermakna


A harga tidak berubah.
B harga sama dengan harga keseimbangan.
C harga lebih tinggi daripada harga keseimbangan.
D harga lebih rendah daripada harga keseimbangan.

4
SOALAN UPS 1

20 Pengenaan cukai oleh kerajaan ke atas firma menyebabkan


A kuantiti keseimbangan tidak berubah
B kuantiti keseimbangan bertambah
C harga keseimbangan turun
D harga keseimbangan naik

You might also like