You are on page 1of 5

Jawapan

1. Keluk Kemungkinan Pengeluar didefinisikan sebagai gabungan atau kombinasi keluaran yang maksimum boleh didapati atau dikeluarkan oleh seseorang pengguna, pengusaha (Firma) atau Negara dengan menggunakan setiap faktor-faktor atau sumber-sumber pengeluaran yang dimilikinya. Andaian yang perlu diambil kira semasa menerangkan keluk kemungkinan pengeluar ialah Kos lepas yang malar dan Kos lepas yang meningkat. Kos lepas yang malar bermaksud, setiap pengurangan jumlah dalam sesuatu barang keluaran adalah sama jumlah dengan hasil keluaran barangan gantian selepas itu, sebagai contoh, dalam seekar tanah, si pemilik ada pilihan untuk menanam padi dan tembakau, dengan mengambil kira jumlah buruh dan kemahiran yang tetap, keluk kemungkinan pengeluaran ialah malar iaitu, setiap 1tan pengurangan hasil dalam padi menghasilkan 1tan penghasilan dalam tembakau. Kos lepas meningkat pula bermaksud, walaupun sedikit pengurangan dalam penghasilan sesuatu barang, hasil barangan lain yang dihasilkan pula meningkat lebih tinggi dari jumlah pengurangan. Sebagai contoh, dalam satu kilang peralatan elektrik dengan mengambil kira persamaan jumlah buruh tetapi berbeza kepakaran dalam penghasilan periuk elektrik dan cerek elektrik maka setiap pengurangan satu set periuk elektrik menghasilkan 3 set cerek elektrik, itu adalah kos lepas meningkat bagi kilang tersebut dalam sebutan barang periuk elektrik.

2. Hukum permintaan, ceteris paribus menyatakan bahawa apabila harga sesuatu barang turun maka permintaannya semakin tinggi dan sebaliknya. Oleh itu, setiap pengguna yang rasional sememangnya akan membeli sesuatu barang itu dengan

kuantiti yang banyak apabila harga turun sesuai dengan kemampuan atau kesanggupannya tetapi jika berlaku kenaikan harga pula, dengan kemampuan atau kesanggupan yang sama pengguna itu hanya dapat membeli dengan kuantiti yang sedikit.

3. Keseimbangan pasaran dicapai apabila jumlah permintaan terhadap sesuatu barang adalah sama dengan jumlah yang ditawarkan oleh pengeluar pada satu keadaan harga iaitu Qd = Qs. Fungsi Qd = a bP Qs = c + dP Dimana, a, b, c dan d ialah nilai berubah.

Sebagai contoh, keseimbangan pasaran bagi barangan jenis Maggie. Katakanlah, Diberi, Qd = 14 2P dan Qs = 2 + 4P

Syarat keseimbangan ialah Qd = Qs 14 2P = 2 + 4P 4P + 2P= 14 2 6P = 12 Pe = 2 Gantikan Pe = 2 dalam Qd atau Qs Qd = 14 2(2) Qe = 10

Oleh itu keseimbangan pasaran berlaku apabila, harga ialah RM2 dan kuantiti yang diminta serta dikeluarkan ialah sebanyak 10 bungkus.

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi Keanjalan Permintaan Harga ialah :i. Bilangan barang ganti Jika terdapat banyak bilangan barangan ganti untuk sesuatu barang maka ia adalah anjal terhadap perubahan harga kerana jika berlaku sedikit kenaikan harga untuk satu harga barang, permintaan untuk barang tersebut berkurangan kerana pengguna ada pilihan yang lain. Sebagai contoh, jika Milo naik harga, pengguna beralih membeli Vico. Manakala jika tidak terdapat sebarang barang ganti maka ia adalah tidak anjal kerana permintaan tidak berubah walaupun harga barang tersebut naik. Sebagai contoh, permintaan terhadap kuantiti gula tidak berubah walaupun harga gula naik. ii. Bilangan kegunaan sesuatu barang Jika sesuatu barang itu mempunyai pelbagai kegunaan maka barang tersebut ada anjal kerana jika harganya turun permintaan tinggi dan jika harganya naik permintaannya rendah. Sebagai contoh Komputer yang boleh menyelesaikan banyak kerja-kerja dalam satu masa, jika harga komputer turun maka ramai orang yang membelinya tetapi jika harga naik maka sedikit orang yang membelinya. iii. Bahagian pendapatan yang dibelanjakan Pembahagian pendapatan untuk digunakan dalam perbelanjaan

mempengaruhi keanjalan permintaan terhadap sesuatu barang. Jika sedikit

bahagian sahaja yang digunakan untuk membelanjakan sesuatu barang adalah tidak anjal terhadap perubahan harga barang tersebut. Sebagai contoh, jika harga garam naik, tiada perubahan yang berlaku dalam permintaan kerana hanya sedikit yang digunakan untuk membeli garam. Tetapi jika semakin besar bahagian dari pendapatan yang digunakan untuk berbelanja maka barangan yang dibeli adalah anjal terhadap perubahan harga. Sebagai contoh kereta Proton Saga, penurunan harga untuk kereta tersebut membuatkan permintaannya semakin tinggi dan sebaliknya. iv. Tahap kepentingan sesuatu barang Jika sesuatu barang itu penting dalam kehidupan seharian sebagai contoh beras, ia adalah tidak anjal kerana walaupun berlaku kenaikan atau penurunan harga barang tersebut permintaan terhadapnya tidak berubah. Tetapi jika barang tersebut kurang penting seperti Biskut Tiger, maka ia adalah anjal kerana jika berlaku kenaikan harga, permintaan adalah kurang dan sebaliknya. Faktor-faktor yang mempengaruhi Keanjalan Penawaran Harga i. Tempoh masa yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu barang Masa adalah faktor utama untuk menentukan keanjalan sesuatu barang. Biasanya semakin lama sesuatu barang dihasilkan maka semakin anjal berbanding yang dihasilkan dalam masa singkat. ii. Mobiliti faktor-faktor pengeluaran Jika faktor-faktor pengeluaran sesuatu barang itu mudah dipindah-pindahkan maka barang tersebut adalah lebih anjal. Sebagai contoh, penghasilan barang elektrik mudah untuk dipindah-pindahkan dari satu lokasi ke lokasi yang lain berbanding penghasilan minyak yang hanya dapat dihasilkan di lokasi-lokasi

tertentu. Oleh itu, penawaran keluaran untuk barangan elektrik lebih cenderung menjadi anjal manakala minyak kurang anjal. iii. Tambahan Kos Pengeluaran Jika kos tambahan untuk pengeluaran sesuatu barang rendah maka barang tersebut adalah anjal tetapi jika kos tambahan pengeluaran adalah tinggi maka barang tersebut tidak anjal.

5. Diberi Qd = 60 5P Qs = 10P

Keseimbangan pasaran ialah Qd = Qs

Oleh itu, 60 5P = 10P 15P = 60 Pe = 4

Gantikan nilai Pe = 4 dalam Qs Qs = 10(4) Qe = 40

Harga dan kuantiti pada keseimbangan ialah RM4 dan 40unit.

You might also like