You are on page 1of 27

KOLEJ MATRIKULASI PERLIS

SESI 2020/2021
SEMESTER 1

EKONOMI
AE 015

TUGASAN INDIVIDU
‘PENULISAN ESEI’

NAMA : TAN LIANG SHEN

NO. MATRIK : MA2014600151

TUTORAN : A9T3

NAMA PENSYARAH : PUAN ZAHROTUL AKMA BINTI ABD RAHMAN @ ABDULLAH

1
PENILAIAN TUGASAN PELAJAR
TUGASAN PENULISAN ESEI
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA: TAN LIANG SHEN NO.MATRIK: MA2014600151

TAHAP PENILAIAN PELAJAR


CLO ATRIBUT SUBATRIBUT SOALAN PENILAI PENILAI
PERTAMA KEDUA
1.1
KENAL PASTI
1.1 1.2
MASALAH
1.3
2.5
(Rajah
)
1.2 ANALISIS 3
5.1
PENYELESAIA 5.3
CLO 2
N MASALAH 2.1
(Jadual)
2.2
2.3
1.3 APLIKASI 2.4
4
5.2
5.4
5.3
JUMLAH 30%

1.0 Pengenalan

1.1 Jenis Barang yang Dipilih

Barang yang saya pilih untuk menjalankan kajian ini ialah Durian.

2
Durian merupakan tumbuhan dari genus Durio yang menghasilkan buah yang boleh
dimakan. Ia banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani dan pasar sayur. Durian adalah
buah tropikal yang berasal dari Asia Tenggara. Warna buah durian berbeza dari hijau ke perang,
dan mempunyai bentuk bujur sehingga bundar.

Ciri-ciri durian adalah buah yang mempunyai kulit bersabut yang diselitupi dengan duri
yang tajam, mencucuk dan bau yang kuat dan unik yang terhasil dari isi di dalam. Bahagian buah
durian yang boleh dimakan adalah isi yang kekuningan, yang menyelitupi biji benih.

Ramai orang menganggap durian sebagai buah yang sedap, ia dipanggil “Raja Buah”
oleh penduduk tempatan. Sebahagian orang barat yang tidak tahan dengan baunya telah
menggambarkan buah durian dengan gambaran seperti “makan kastard di tandas awam”.
Terdapat juga gambaran bau durian sebagai bau lori sampah yang baru sahaja melanggar skunk.

Oleh kerana buah durian berbau busuk bagi sebahagian orang, durian adalah dilarang
untuk dibawa di dalam beg sandang di atas pesawat milik sebahagian syarikat penerbangan.

1.2 Definisi Permintaan dan Penawaran

1.2.1 Definisi Permintaan

Definisi permintaan ialah jumlah barang dan perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli
oleh pengguna pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Hukum permintaan ialah

3
apabila harga suatu barang naik, maka jumlah barang yang diminta akan turun. Apabila harga
suatu barang turun, maka jumlah barang yang diminta akan naik dengan syarat ceteris paribus.

Permintaan individu ialah keinginan dan kesanggupan seorang individu untuk membayar
bagi mendapatkan sesuatu barang. Ia menunjukkan hubungan di antara tingkat harga dengan
kuantiti barang yang diminta oleh seorang pengguna. Hubungan ini dapat ditunjukkan melalui
keluk permintaan individu. Permintaan pasaran pula menunjukkan keinginan dan kesanggupan
membayar oleh beberapa orang pengguna untuk mendapatkan sesuatu barang di pasaran.
Hubungan ini juga dapat ditunjukkan melalui keluk permintaan pasaran.

Keluk Permintaan

Harga (RM)

Do

P1

P0 Do

0 Q1 Q0 Kuantiti (kg)

Huraian Rajah

Seperti rajah di atas, keluk permintaan DoDo yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
ini menunjukkan bahawa hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah negatif atau
songsang, iaitu apabila harga jatuh, kuantiti diminta akan bertambah dan sebaliknya apabila
harga meningkat, kuantiti diminta akan berkurang.

1.2.2 Definisi Penawaran

Definisi penawaran ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh
pengeluar untuk dijual pada suatu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Hukum penawaran

4
ialah apabila harga barang naik, maka jumlah barang yang ditawarkan akan naik dan apabila
harga turun maka jumlah barang yang ditawarkan ikut turun dengan syarat ceteris paribus.

Penawaran individu ialah kesanggupan seorang pengeluar untuk menawarkan sesuatu


barang pada satu tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Penawaran pasaran pula ialah,
kesanggupan beberapa orang pengeluar untuk menawarkan sesuatu barang pada satu tingkat
harga.

Harga (RM)

So

Q1

Q0

So

0 P0 P1 Kuantiti (kg)

Huraian Rajah

Rajah di atas menunjukkan Keluk Penawaran SoSo yang bercerun ke atas dari kiri ke
kanan ataupun berkecurunan positif. Bentuk ini menunjukkan bahawa hubungan antara harga
dengan kuantiti ditawar adalah positif ataupun selari, iaitu apabila harga jatuh, kuantiti ditawar
akan berkurang dan sebaliknya.

1.3 Konsep Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran tercapai apabila kuantiti yang ditawar sama dengan kuantiti yang
diminta pada satu tingkat harga tertentu. Keseimbangan pasaran dapat ditentukan melalui jadual,
gambar rajah dan persamaan. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran:
5
Harga (RM)

D S

PE E

S D

0 QE Kuantiti (kg)

** DD = Keluk permintaan
SS = Keluk penawaran
E = Titik keseimbangan
QE = Kuantiti keseimbangan
PE = Harga keseimbangan

2.0 Penentuan Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran tercapai apabila kualiti yang ditawar sama dengan kuantiti yang
diminta pada satu tingkat harga tertentu.Keseimbangan pasaran boleh ditulis dengan formula:

QD ( Kuantiti Diminta ) = QS ( Kuantiti Ditawar )

6
Keseimbangan harga dan kuantiti boleh diperjelaskan dengan menggunakan tiga (3) cara
iaitu pendekatan jadual, pendekatan rajah dan pendekatan persamaan.

2.1 Jadual Permintaan dan Penawaran Barang yang Dipilih

HARGA (RM) KUANTITI PERMINTAAN KUANTITI PENAWARAN


DURIAN (QD) (kg) DURIAN (QS) (kg)
10 5000 1000
20 4000 2000
30 3000 3000

7
40 2000 4000
50 1000 5000

HURAIAN JADUAL

Seperti jadual di atas menunjukkan harga dan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran
durian. Keseimbangan pasaran tercapai pada tingkat harga RM 30 sekilogram dan kuantiti
3000kg.

Pada tingkat harga RM 10 sekilogram, kuantiti permintaan durian adalah 5000 kg,
manakala kuantiti penawaran durian adalah 1000 kg. Pada tingkat harga RM 20 sekilogram,
kuantiti permintaan durian adalah 4000 kg, manakala kuantiti penawaran durian adalah 2000 kg.
Seterusnya, pada tingkat harga RM 30 sekilogram, kuantiti permintaan dan penawaran durian
adalah 3000 kg, Pada harga ini, keseimbangan pasaran telah dicapai. Pada tingkat harga RM40
sekilogram, kuantiti permintaan durian adalah 2000 kg, manakala kuantiti penawaran durian
adalah 4000 kg. Akhir sekali, apabila tingkat harga durian berada pada RM 50 sekilogram, maka
kuantiti permintaan durian adalah 1000 kg manakala kuantiti penawaran durian adalah 5000 kg.

Pada tingkat harga lebih rendah daripada RM 30 sekilogram, maka tidak berlaku
keseimbangan pasaran kerana kuantiti yang diminta lebih besar daripada kuantiti yang
ditawarkan atau berlaku lebihan permintaan. Harga cenderung naik sehingga mencapai
keseimbangan.

Pada tingkat harga lebih tinggi daripada RM 30 sekilogram, juga tidak berlaku
keseimbangan pasaran kerana kuantiti yang ditawar lebih besar daripada kuantiti yang diminta
atau berlaku lebihan penawaran. Harga cenderung turun sehingga mencapai keseimbangan.

2.1.1 Keadaan Pasaran

Keadaan dalam pasaran pada setiap tingkat harga dapat dilihat melalui jadual di bawah :

HARGA KUANTITI KUANTITI KEADAAN KEADAAN


(RM) PENAWARAN PASARAN HARGA
PERIMINTAAN
(kg)
(kg)

8
10 5000 1000 Lebihan Permintaan Cenderung Naik
(5000 – 1000 = 4000
kg)
20 4000 2000 Lebihan Permintaan Cenderung Naik
(4000 – 2000 = 2000
kg)
30 3000 3000 Seimbang Stabil
(3000 – 3000 = 0 kg )
40 2000 4000 Lebihan Penawaran Cenderung Jatuh
(4000 – 2000 = 2000
kg)
50 1000 5000 Lebihan Penawaran Cenderung Jatuh
(5000 – 1000 = 4000
kg)

2.2 Fungsi Permintaan dan Penawaran

2.2.1 Fungsi Permintaan

QD = A - BP QD = A - BP

5000 = A - B(10) 3000 = A - B(30)

5000 = A - 10B 3000 = A - 30B

5000 + 10B = A 3000 = 5000 + 10B - 30B

5000 + 10(100) = A 20B = 2000

5000 + 1000 = A B = 100

A = 6000

QD = 6000-100P

2.2.2 Fungsi Penawaran

QS = C + DP QS = C + DP

5000 = C + D(50) 4000 = C + D(40)

9
5000 = C + 50D 4000 = C + 40D

5000 - 50D = C 4000 = 5000 - 50D + 40D

5000 - 50(100) = C 10D = 1000

C=0 D = 100

QS = 0 + 100P

2.3 Keseimbangan Pasaran

QD = QS QD = 6000 - 100(30)

6000 - 100P = 100P QD = 6000 - 3000

6000 = 200P Q = 3000

P = RM30

Jadi , harga keseimbangan pasaran ialah RM 30. Kuantiti keseimbangan pasaran ialah 3000 kg.

2.4 Rajah Keseimbangan Pasaran

Harga (RM) D0 S0

10
40 FD0 FS0

30 E0

20

10 GS0 GD0

S0 D0

0 1000 2000 3000 4000 5000


Kuantiti (kg)

11
2.5 Proses Keseimbangan Pasaran Dicapai

Berdasarkan rajah 2.4, keseimbangan pasaran berlaku apabila keluk permintaan (D0)
bersilang dengan keluk penawaran (S0) pada titik E0 di mana harga keseimbangan ialah RM30
dan kuantiti keseimbangan ialah 3000 kg.

Ketidakseimbangan pasaran berlaku apabila harga melebihi atau kurang daripada kuantiti
keseimbangan. Apabila tingkat harga durian berada pada RM40 sekilogram, kuantiti permintaan
durian adalah sebanyak 2000 kg dan kuantiti penawaran adalah sebanyak 4000 kg. Maka,
berlaku lebihan penawaran sebanyak 2000 kg. Kesannya, harga durian cenderung untuk turun ke
harga keseimbangan iaitu RM 30 sekilogram. Jadi, permintaan durian akan bercenderung naik
dan penawaran durian akan bercenderung turun sehingga mencapai semula keseimbangan asal
iaitu pada harga RM 30 dan kuantiti keseimbangan 3000 kg.

Apabila tingkat harga durian berada pada RM 20 sekilogram, kuantiti permintaan durian
adalah sebanyak 4000 kg dan kuantiti penawaran adalah sebanyak 2000 kg. Maka, berlaku
lebihan permintaan sebanyak 2000 kg. Akibatnya, harga durian cenderung untuk meningkat ke
harga keseimbangan iaitu RM 30 sekilogram. Jadi, permintaan durian akan bercenderung turun
dan penawaran durian akan bercenderung naik sehingga mencapai semula keseimbangan asal
iaitu pada harga RM 30 dan kuantiti keseimbangan 3000 kg.

Apabila tingkat harga durian berada pada RM 10 sekilogram, kuantiti permintaan durian
adalah sebanyak 5000 kg dan kuantiti penawaran adalah sebanyak 1000 kg. Maka, berlaku
lebihan permintaan sebanyak 4000 kg. Kesannya, harga durian cenderung untuk meningkat ke
harga keseimbangan iaitu RM 30 sekilogram. Jadi, permintaan durian akan bercenderung turun
dan penawaran durian akan bercenderung naik sehingga mencapai semula keseimbangan asal
iaitu pada harga RM 30 dan kuantiti keseimbangan 3000 kg.

12
3.0 5 Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Permintaan

A. Dasar Kerajaan

Faktor yang pertama ialah dasar kerajaan. Dasar kerajaan akan mempengaruhi permintaan
pasaran sama ada secara langsung atau tidak langsung. Jika kerajaan menaikkan cukai, maka
pendapatan pengguna akan menurun dan ini menyebabkan kuasa beli menurun seterusnya
mengurangkan permintaan pasaran dan juga sebaliknya.

Keluk Perubahan Permintaan Durian

Harga (RM)

D2 D0 D1

30

D2 D0 D1

0 2700 3000 3300 Kuantiti (kg)

Apabila kerajaan menaikkan cukai pendapatan individu, akan menyebabkan pendapatan


boleh guna pengguna berkurangan, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan. Hai ini
menyebabkan kuantiti permintaan durian menurun dari 3000 kg ke 2700 kg pada harga asal yang
sama iaitu RM 30. Pengurangan kuantiti permintaan sebanyak 300 kg. Keluk permintaan durian
akan beralih dari D0D0 ke D2D2. Pengalihan keluk adalah dari kanan ke kiri.

Apabila kerajaan menurunkan cukai pendapatan individu, akan menyebabkan pendapatan


boleh guna pengguna bertambah, kuasa beli pengguna juga akan meningkat. Hai ini

13
menyebabkan kuantiti permintaan durian meningkat dari 3000 kg ke 3300 kg pada harga asal
yang sama iaitu RM 30. Pertambahan kuantiti permintaan sebanyak 300 kg. Keluk permintaan
durian akan beralih dari D0D0 ke D1D1. Pengalihan keluk adalah dari kiri ke kanan.

B. Jumlah Penduduk

Faktor kedua ialah jumlah penduduk. Pertambahan penduduk yang disebabkan oleh kadar
kelahiran yang lebih tinggi daripada kadar kematian atau penghijrahan penduduk yang masuk ke
dalam negara lebih daripada penduduk yang berhijrah ke luar negara akan menambahkan
permintaan terhadap durian .Maka, keluk permintaan akan beralih ke kanan dan sebaliknya.

Keluk Perubahan Permintaan Durian

Harga (RM)

D2 D0 D1

30

D2 D0 D1

0 2200 3000 3800 Kuantiti (kg)

Jika jumlah penduduk yang mengemari durian menambah, walaupun harga tetap pada
RM30 sekilogram, kuantiti permintaan durian akan meningkat dari 3000 kg kepada 3800 kg,
keluk permintaan D0D0 akan beralih ke kanan iaitu D1D1. Jika jumlah penduduk yang mengemari
durian berkurang, kuantiti permintaan durian akan menurun dari 3000 kg ke 2200 kg, keluk
permintaan D0D0 akan beralih ke kiri iaitu D2D2 pada tingkat harga yang tetap.

14
C. Jangkaan Harga Masa Depan

Faktor ketiga ialah jangkaan harga masa depan. Jika pengguna menjangkakan harga pada
masa depan sesuatu barang akan naik, permintaan barang itu pada masa sekarang akan
meningkat. Ini kerana pengguna mahu mengelakkan daripada membayar lebih bagi barang yang
sama. Tindakan ini biasanya diikuti individu lain. Ini menyebabkan permintaan barang
meningkat dengan banyak dalam masa yang singkat.

Keluk Perubahan Permintaan Durian

Harga (RM)

D2 D0 D1

30

D2 D0 D1

0 2200 3000 3800 Kuantiti (kg)

Jika harga durian dijangka akan meningkat pada masa hadapan, walaupun harga tetap pada
RM 30, kuantiti permintaan durian akan meningkat dari 3000 kg kepada 3800 kg, keluk
permintaan D0D0 akan beralih ke kanan iaitu D1D1.

Jika harga durian dijangka akan menurun pada masa depan, kuantiti permintaan durian
akan menurun dari 3000 kg ke 2200 kg, keluk permintaan D 0D0 akan beralih ke kiri iaitu D2D2
pada tingkat harga yang tetap.

15
D. Pendapatan Pengguna

Faktor yang keempat ialah pendapatan pengguna. Apabila pendapatan pengguna


meningkat, kuasa beli pengguna juga akan meningkat. Oleh itu, permintaan terhadap durian akan
meningkat. Kesannya, keluk permintaan durian akan beralih ke kanan. Apabila pendapatan
pengguna berkurang, kuasa beli pengguna akan menurun. Ini disebabkan kerana pengguna tidak
mempunyai wang lebihan untuk perbelanjaan. Oleh itu, permintaan terhadap durian akan
berkurang dan keluk permintaan durian akan beralih dari kanan ke kiri.

Keluk Perubahan Permintaan Durian

Harga (RM)

D2 D0 D1

30

D2 D0 D1

0 2200 3000 3800 Kuantiti(kg)

Apabila pendapatan pengguna meningkat, walaupun harga tetap pada RM 30, kuantiti
permintaan durian akan meningkat dari 3000 kg kepada 3800 kg, keluk permintaan D 0D0 akan
beralih ke kanan iaitu D1D1.

Apabila pendapatan pengguna menurun, kuantiti permintaan durian akan menurun dari
3000 kg ke 2200 kg, keluk permintaan D0D0 akan beralih ke kiri iaitu D2D2 pada tingkat harga
yang tetap.

16
E. Cita Rasa Pengguna

Faktor kelima ialah cita rasa pengguna. Pengguna banyak dipengaruhi oleh pengiklanan
melalui pelbagai media dan pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Perubahan dalam cita rasa
pengguna akan melibatkan peralihan keluk permintaan sama ada ke kiri atau ke kanan.

Sekiranya perubahan cita rasa pengguna terhadap durian bertambah, permintaan durian
akan bertambah pada setiap tingkat harga yang asal. Keluk permintaan akan beralih ke kanan dan
sebaliknya.

Keluk Perubahan Permintaan Durian

Harga (RM)

D2 D0 D1

30

D2 D0 D1

0 2200 3000 3800 Kuantiti (kg)

Jika cita rasa pengguna terhadap durian menambah, walaupun harga tetap pada RM 30,
kuantiti permintaan durian akan meningkat dari 3000 kg kepada 3800 kg, keluk permintaan D 0D0
akan beralih ke kanan iaitu D1D1.

Jika cita rasa pengguna terhadap durian menurun, kuantiti permintaan durian akan
menurun dari 3000 kg ke 2200 kg, keluk permintaan D 0D0 akan beralih ke kiri iaitu D2D2 pada
tingkat harga yang tetap.

17
4.0 Kesan Perubahan Faktor Permintaan Terhadap Keseimbangan Pasaran

Faktor Pendapatan Pengguna (Permintaan Berubah, Penawaran Tetap)

Harga (RM)

D0 D1 S0

38 D2 E1

30 E0

22 E2

D0 D1

S0 D2 Kuantiti (kg)

0 2200 3000 3800

Keseimbangan asal durian adalah pada tingkat harga RM 30 sekilogram dan kuantiti
3000kg apabila keluk penawaran S0S0 bersilang dengan keluk permintaan D0D0, iaitu pada titik
E0. Faktor pendapatan pengguna akan membawa perubahan terhadap keseimbangan pasaran.

Apabila pendapatan pengguna meningkat, kuasa beli pengguna akan meningkat. Ini akan
menyebabkan permintaan durian dalam pasaran meningkat dan keluk permintaan akan beralih
dari D0D0 ke D1D1 dengan bersilang keluk penawaran S0S0 pada titik E1. Peningkatan permintaan
durian akan menyebabkan kenaikan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan serentak.
Harga keseimbangan durian akan cenderung naik dari RM 30 ke RM 38 dan kuantiti
keseimbangan durian akan naik dari 3000 kg ke 3800 kg.

Apabila pendapatan pengguna berkurangan, kuasa beli pengguna akan menurun. Ini akan
menyebabkan permintaan durian dalam pasaran menurun dan keluk permintaan akan beralih dari
D0D0 ke D2D2 dengan bersilang keluk penawaran S0S0 pada titik E2. Penurunan permintaan
durian akan menyebabkan penurunan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan serentak.
Harga keseimbangan durian akan cenderung turun dari RM 30 ke RM 22 dan kuantiti
keseimbangan durian akan turun dari 3000 kg ke 2200 kg.

18
5.0 Konsep Keanjalan Permintaan dan Penawaran

5.1 4 Faktor yang Mempengaruhi Keanjalan Permintaan

A. Kewujudan Barang Pengganti

Semakin sukar untuk mendapat barang pengganti, semakin tak anjal permintaan harga.
Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang
dengan peratusan yang besar kerana kesukaran untuk mendapat barang pengganti untuknya.

Semakin banyak barang pengganti bagi suatu barang, semakin anjal permintaan harga
barang tersebut. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta
berkurang dengan peratusan yang besar kerana kemudahan untuk mendapat barang pengganti
yang secara relatif lebih murah.

Sebagai contoh, permintaan minyak masak Cap Pisau secara relatif lebih anjal berbanding
dengan minyak masak kerana pengguna boleh menggantikan minyak masak Cap Pisau dengan
cap minyak masak yang lain sedangkan minyak masak tidak mempunyai pengganti yang hampir.

B. Peratus Perbelanjaan Daripada Pendapatan

Bagi barang yang merupakan bahagian kecil daripada jumlah pendapatan, permintaan
terhadap barang itu bersifat tak anjal. Kenaikan harga yang banyak tidak akan menyebabkan
kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga
barang itu tidak memberi kesan yang nyata terhadap belanjawan pengguna.

Bagi barang yang menelan sebahagian besar pendapatan pengguna, permintan barang itu
cenderung bersifat anjal. Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang
diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga yang sedikit pun
memberi kesan yang nyata terhadap belanjawan pengguna.

Contohnya, permintaan untuk macis tak anjal kerana perbelanjaan atas macis merupakan
sebahagian kecil daripada jumlah pendapatan. Sebaliknya permintaan terhadap perabot
cenderung bersifat anjal kerana pembelian perabot melibatkan bahagian pendapatan yang besar.

19
C. Kepentingan Sesuatu Barang

Semakin penting suatu barang kepada pengguna, semakin tak anjal barang tersebut.
Misalnya barang keperluan seperti makanan dan ubat, kenaikan harga yang banyak tidak akan
menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana
pengguna tidak boleh menangguhkan pembelian barang tersebut.

Semakin tidak penting suatu barang kepada pengguna, semakin anjal barang tersebut.
Misalnya barang bukan keperluan seperti makanan ringan, kenaikan harga yang sedikit akan
menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar kerana
pengguna menangguhkan pembelian barang tersebut.

D. Kepelbagaian Kegunaan Sesuatu Barang

Semakin kurang kegunaan sesuatu barang, semakin tak anjal permintaan harga barang
tersebut. Peratusan kuantiti barang yang diminta tidak banyak berubah walaupun harga naik atau
turun dengan peratusan besar kerana pasaran barang itu tidak mempunyai bilangan pembeli yang
ramai apabila kegunaan barang itu adalah terhad.

Semakin banyak kegunaan sesuatu barang, semakin anjal permintaan harga barang
tersebut. Peratusan kuantiti barang yang diminta berubah dengan banyak walaupun harga naik
atau turun dengan peratusan yang kecil kerana kepelbagaian kegunaan barang menyebabkan
pasaran barang itu mempunyai ramai pembeli.

20
5.2 Hitung Keanjalan Permintaan Harga dan Keanjalan Penawaran dengan Menggunakan
Contoh Berangka

5.2.1 Keanjalan Permintaan

Andaikan apabila harga durian sekilogram ialah RM 30, kuantiti yang diminta terhadapnya ialah
3000 unit. Kuantiti durian yang diminta berkurang ke 2500 unit apabila harga durian sekilogram
naik ke RM 35. Berapakah nilai keanjalan permintaan harga durian sekilogram?

Q0 = 3000 , Q1 = 2500 , P0 = 30 , P1 = 35

Ed = Q1 - Q0 X P0

P1 - P0 Q0

= 2500 – 3000 X 30

35-30 3000

= -100 X 0.01

= -1.0

Nilai keanjalan permintaan harga durian sekilogram adalah 1.0. Ini bermakna kuantiti durian
yang diminta berkurang sebanyak 1.0% apabila harga durian sekilogram naik 1%. Maka,
permintaannya adalah tidak anjal.

21
5.2.2 Keanjalan Penawaran

Andaikan apabila harga durian sekilogram meningkat dari RM 30 ke RM 40, kuantiti ditawar
oleh pengeluar naik dari 3000 unit ke 4000 unit. Berapakah nilai keanjalan penawaran durian
sekilogram?

Q0 = 3000 , Q1 = 4000 , P0 = 30 , P1 = 40

ES = Q1 - Q0 X P0

P1 - P0 Q0

= 4000 – 3000 X 30

40-30 3000

= 100 X 0.01

= 1.0

Nilai keanjalan penawaran durian sekilogram adalah 1.0. ES bernilai positif, ini bermakna
kenaikan harga durian sekilogram 1% hanya menyebabkan kuantiti terhadapnya meningkat
sebanyak 1.0%. Maka, penawarannya adalah anjal satu.

22
5.3 Perubahan Harga Mempengaruhi Jumlah Hasil Jika Permintaannya Anjal dan Tidak
Anjal

5.3.1 Permintaan Anjal (Ed > 1)

Jika permintaan anjal, peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil menurun kerana
peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga barang tersebut.
Apabila harga meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka peratus penurunan kuantiti
diminta lebih besar daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh gambar
rajah di bawah.

Harga (RM)

P2 B

P1 C A

Kuantiti

0 Q2 Q1

Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga asal P 1, kuantiti diminta asal ialah Q1. Jumlah
hasil pengeluar asal ialah 0P1AQ1. Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta berkurangan
kepada Q2. Jumlah hasil pengeluar baru ialah 0P 2BQ2. Kurangan hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan
pengurangan kuantiti diminta adalah lebih besar daripada tambahan hasil sebanyak P1P2BC
kesan kenaikan harga.

Oleh itu, secara keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan berkurangan apabila harga naik
bagi barang yang mempunyai permintaan anjal.

23
5.3.2 Permintaan Tak Anjal (0 < Ed < 1)

Peningkatan harga menyebabkan jumlah hasil juga meningkat kerana peratus perubahan
kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga barang tersebut. Apabila harga
meningkat, kuantiti diminta akan menurun. Maka, peratus penurunan kuantiti diminta lebih kecil
daripada peratus kenaikan harga. Keadaan ini dapat ditunjukkan oleh gambar rajah di bawah.

Harga (RM)

P2 B

P1 C A

D Kuantiti

0 Q2 Q1

Berdasarkan gambar rajah di atas, pada harga asal P1 kuantiti diminta asal ialah Q1.
Jumlah hasil pengeluar asal ialah 0P 1AQ1. Apabila harga naik ke P2, kuantiti diminta
berkurangan kepada Q2. Tambahan hasil sebanyak P1P2BC kesan kenaikan harga adalah lebih
besar daripada kurangan hasil sebanyak Q2CAQ1 kesan pengurangan kuantiti diminta.

Oleh itu, secara keseluruhan, jumlah hasil pengeluar akan meningkat apabila harga naik bagi
barang yang mempunyai permintaan tak anjal.

24
5.4 Buktikan Bagaimana Nilai Keanjalan Permintaan Silang Dapat Menentukan
Hubungan Barang

Keanjalan permintaan silang ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang
diminta apabila harga barang lain berubah. Tujuan keanjalan permintaan silang ialah dapat
menentukan perhubungan antara dua atau lebih jenis sesuatu barang sama ada barang pengganti,
barang penggenap atau barang yang tiada kaitan. Hubungan antara dua barang dapat dikenal
pasti berdasarkan nilai keanjalan permintaan silang yang dihitung iaitu sama ada kedua-dua
barang itu ialah :

A. Barang Pengganti

Barang pengganti ialah barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain, misalnya
Pepsi Cola dan Coca Cola. Nilai keanjalan permintaan silang yang positif menunjukkan suatu
barang ialah barang pengganti kepada barang yang lain.

B. Barang Penggenap

Barang penggenap ialah barang yang digunakan bersama-sama dengan barang yang lain,
contohnya pen dan dakwat. Nilai keanjalan permintaan silang yang negatif menunjukkan suatu
barang ialah barang penggenap kepada barang yang lain.

C. Barang yang Tidak Berkaitan Atau Neutal

Barang neutral ialah barang yang permintaan terhadapnya tidak dipengaruhi oleh
perubahan harga barang lain. Sebagai contoh, bola golf dan gula. Nilai keanjalan permintaan
silang adalah sifar menunjukkan suatu barang tidak mempunyai hubungan dengan barang yang
lain.

25
Ini dapat ditunjukkan seperti jadual yang disediakan di bawah

Harga Durian X Kuantiti Diminta Kuantiti Diminta Kuantiti Diminta


(RM) Durian J (kg) Durian L (kg) Durian K (kg)
30 400 1500 2500
60 800 1000 2500
90 1200 500 2500

Pada tingkat harga durian X berada pada RM 60, kuantiti diminta durian J ialah 800 kg, kuantiti diminta
durian L ialah 1000 kg dan kuantiti diminta durian K ialah 2500 kg. Sekiranya harga durian X meningkat
sehingga ke RM 90, kuantiti diminta durian J bertambah ke 1200 kg dan kuantiti diminta durian L berkurang
ke 500 kg manakala kuantiti diminta durian K tidak berubah iaitu 2500 kg.

Formula Keanjalan Permintaan Silang :


(Q1 – Q0 / Q0) × (P0 / P1 – P0)
Keanjalan Permintaan Silang Keanjalan Permintaan Silang bagi Keanjalan Permintaan Silang bagi
bagi durian J dengan harga durian K dengan harga durian X durian L dengan harga durian X
durian X

P0x = 60, Q0J = 800 P0x = 60, Q0K = 2500 P0x = 60, Q0L = 1000
P1x = 90, Q1J = 1200 P1x = 90, Q1K = 2500 P1x = 90, Q1L = 500
Ed = (1200 – 800 / 800) / Ed = (2500 – 2500 / 2500) / Ed = (500 – 1000 / 1000) /
(60 / 90 – 60) (60 / 90 – 60) (60 / 90 – 60)
Ed = 1 Ed = 0 Ed = -1

Nilai keanjalan permintaan Nilai keanjalan permintaan silang Nilai keanjalan permintaan silang
silang bagi durian J dengan harga bagi durian K dengan harga durian bagi durian L dengan harga durian
durian X ialah 1 iaitu nilai yang X ialah 0 iaitu nilai yang sifar. Ini X ialah -1 iaitu nilai yang negatif.
positif. Ini menunjukkan menunjukkan durian X dan durian Ini menunjukkan hubungan antara
hubungan antara durian X K merupakan barang yang tidak durian X dengan durian L ialah
dengan durian J ialah barang berkaitan atau neutral. barang penggenap.
pengganti.

26
SENARAI RUJUKAN

1. Teks & Rujukan Lengkap Ekonomi 1 (AE015)


2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi

3. https://e-kurnas.weebly.com/fungsi-permintaan-dan-penawaran
4. https://tutorial11kml.wordpress.com/2009/11/15/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-
permintaan/
5. https://www.slideshare.net/charan93/bab-21-permintaan
6. http://ajabeautifulmom.blogspot.com/2016/11/konsep-keanjalan-permintaan-harga-
kesan.html
7. https://ekonomimikrosmksglimau.blogspot.com/2017/10/hubungan-antara-keanjalan-
permintaan.html

27

You might also like