You are on page 1of 10

UNIT EKONOMI

KOLEJ MATRIKULASI MELAKA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

78300 MASJID TANAH, MELAKA.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENILAIAN BERTERUSAN
PENULISAN ESEI

EKONOMI 1(AE015)
SEMESTER I,SESI 2021/2022

NADIAH SHAHIRAH BINTI SHAHARUDDIN Subatribute Soalan Markah


NAMA
1.1 2.1
NO. MATRIK MA2111103132 1.1 2.2

PRAKTIKUM A3T5 1.1 2.3

1.3 2.4
PENSYARAH YUSLIZA ABD WAHAB
1.2 2.5

TARIKH AKHIR 1 OKTOBER 2021 1.2 3.0

1.3 4.1
1.2 4.2

1.2 5.1

PENGESAHAN PENERIMAAN : 1.3 5.2

1.1 5.3

1.3 5.4

JUMLAH
TANDATANGAN PB (30%)
PENSYARAH
(COP PENSYARAH)
1.0 Pengenalan

Saya memilih barang komputer.Definisi permintaan ialah kuantiti barang dan


perkhidmatan yang ingin dan mampu dibeli oleh pengguna pada suatu tingkat harga
dalam jangka masa tertentu.Manakala definisi penawaran ialah jumlah kuantiti barang
dan perkhidmatan yang sanggup dikeluarkan oleh pengeluar pada sesuatu tingkat harga
dalam jangka masa tertentu.Keseimbangan pasaran pula ialah keadaan di mana kuantiti
barang yang ditawarkan oleh penjual pada harga tertentu sama dengan kuantiti barang
yang diminta oleh pembeli pada harga tersebut.
2.0 Penentuan keseimbangan pasaran

2.1 Jadual Permintaan dan Penawaran

Jadual menunjukkan hubungan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti diminta dan
kuantiti ditawarkan.Pada tingkat harga RM 50,sebanyak 30 unit barang komputer yang
diminta.Apabila harga naik daripada RM 50 kepada RM 100,kuantiti yang diminta akan
berkurang daripada 30 unit kepada 25 unit.Apabila harga menaik daripada RM 150
kepada RM 200,kuantiti yang ditawarkan bertambah daripada 20 unit kepada 25 unit.

Harga (RM) Permintaan (unit) Penawaran (unit)


50 30 10
100 25 15
150 20 20
200 15 25
250 10 30

2.2 Fungsi permintaan dan penawaran

Fungsi permintaan ialah satu persamaan yang menunjukkan hubungan antara kuantiti
diminta (Q) dengan tingkat harga (P).Fungsi permintaan dapat ditulis dalam dua bentuk
menggunakan harga (P) sebagai perkara rumus atau menggunakan kuantiti diminta (Q)
sebagai perkara rumus.
Fungsi permintaan:
Qd=a-bP
Dimana Qd adalah kuantiti barang yang diminta ,P adalah harga barang,a adalah pintasan
pada paksi Q dan b adalah kecerunan keluk.

b=gubahan Q
gubahan P
=5÷50
=0.1
Qd=a-bP
15 =a-0.1(200)
15 =a-20
15+20=a
35=a
Qd=35-0.1P

Fungsi penawaran:
Qs=a+bP
Dimana Qs adalah kuantiti yang ditawarkan,P adalah harga barang,a adalah pintasan pada
paksi Q dan b adalah kecerunan keluk.

b=gubahan Qs
gubahan P
=5÷50
=0.1
Qs=a+bP
30=a+0.1(250)
30=a+25
30-25=a
5=a
Qs=5+0.1P

2.3 Harga dan kuantiti keseimbangan pasaran

Keseimbangan pasaran merujuk kepada suatu keadaan apabila permintaan sama dengan
penawaran.
Diberi fungsi permintaan sebagai Qd=35-0.1P dan fungsi penawaran sebagai Qs=5+0.1P.
Keseimbangan pasaran dicapai apabila Qd=Qs.
Qd=Qs
35-0.1P=5+0.1P
35-5=0.1P+0.1P
30=0.2P
30÷0.2=P
RM 150=P
Harga keseimbangan adalah RM 150.
Gantikan P=RM 150 dalam persamaan permintaan
Qd=35-0.1P
=35-0.1(150)
=35-15
=20 unit
Gantikan P=RM 150 dalam persamaan penawaran.
Qs=5+0.1P
=5+0.1(150)
=5+15
=20 unit
Harga keseimbangan ialah RM 150 dengan kuantiti keseimbangan sebanyak 20 unit.
2.4 Rajah keseimbangan pasaran

Harga(RM)

D Lebihan penawaran
250 S

200

150 E

0
100

50
Lebihan permintaan D
S
Kuantiti (unit)
10 15 20 25 30

2.5 Proses keseimbangan pasaran dicapai


Berdasarkan jadual,kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan pada tingkat harga
RM 150,iaitu sebanyak 20 unit.Keluk D ialah keluk permintaan pasaran,sementara keluk
S ialah keluk penawaran pasaran.Persilangan antara kedua-dua keluk tersebut pada titik
E menghasilkan keseimbangan pasaran dengan harga dan kuantiti keseimbangan yang
masing-masing RM 150 dan 20 unit.Pada tingkat harga selain RM 150,keseimbangan
pasaran tidak dicapai kerana wujudnya ketidakstabilan pasaran akibat lebihan
penawaran atau lebih permintaan.

Apabila harga melebihi tingkat harga keseimbangan pasaran,maka akan berlaku lebihan
penawaran.Lebihan penawaran bermakna kuantiti yang ditawarkan melebihi kuantiti
diminta.Sebagai contoh,pada tingkat harga RM 200 kuantiti yang diminta oleh pengguna
ialah 15 unit,sementara kuantiti yang ditawarkan ialah sebanyak 25 unit.Maka wujud
lebihan penawaran sebanyak 10 unit.Hal ini menyebabkan stok firma meningkat,maka
firma cenderung untuk mengurangkan keluaran.Oleh itu,harga cenderung merosot dan
kuantiti diminta meningkat.Prose ini berterusan sehingga harga dan kuantiti
keseimbangan dicapai pada tingkat harga RM 150 dan 20 unit barang.

Apabila harga kurang daripada tingkat harga keseimbangan,maka akan berlaku lebihan
permintaan.Lebihan permintaan merujuk kepada keadaan kuantiti diminta melebihi
kuantiti ditawarkan.Sebagai contoh,pada harga RM 50,kuantiti yang diminta ialah 30
unit sementara kuantiti ditawarkan ialah 10 unit.Hal ini menyebabkan stok firma
merosot,maka firma cenderung untuk menambahkan keluaran.Oleh itu,harga cenderung
meningkat sementara pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta.Proses ini
berterusan sehingga harga dan kuantiti keseimbangan dicapai pada tingkat harga RM
150 dan 20 unit barang.Kesimpulannya,keseimbangan pasaran hanya tercapai apabila
permintaan sama penawaran.

1.0 Faktor penentu permintaan

Faktor yang pertama ialah perubahan harga barang itu sendiri.Kenaikan harga komputer
menyebabkan harga barang lain secara relatif murah dan mengurangkan pendapatan benar
pengguna.Oleh itu,kuantiti diminta turut berkurang kerana pengguna terdorong
menggantikan barang itu dengan barang lain yang secara relatif lebih murah dan
pendapatan benar pengguna merosot.

Seterusnya,perubahan harga barang pengganti.Kenaikan harga barang pengganti akan


menyebabkan permintaan sesuatu barang akan bertambah.Kenaikan harga barang
pengganti mendorong pengguna mengalihkan permintaan mereka kepada barang yang
secara relatif lebih murah.Oleh itu walaupun harga sesuatu barang tidak
berubah,permintaan terhadap barang itu akan bertambah apabila harga barang
penggantinya telah naik.Misalnya kenaikan harga komputer menyebabkan kuantiti
diminta komputer menguncup.Permintaan terhadap komputer riba bertambah apabila
pengguna menggantikan komputer dengan komputer riba.Keluk permintaan komputer
riba beralih ke kanan.

Selain itu,perubahan harga barang penggenap.Kenaikan harga penggenap akan


menyebabkan permintaan sesuatu barang akan berkurang.Kenaikan harga barang
penggenap menyebabkan kuantiti diminta barang penggenap
menguncup.Misalnya,apabila harga komputer meningkat,kuantiti diminta komputer
berkurang.Permintaan terhadap mesin cetak turut berkurang.Keluk permintaan mesin
cetak beralih ke kiri.

Di samping itu,perubahan pendapatan pengguna.Kesan perubahan pendapatan terhadap


permintaan suatu barang bergantung kepada jenis barang itu iaitu sama ada barang itu
barang normal,barang bawahan atau barang mesti.Komputer adalah barang
normal.Kenaikan pendapatan pengguna akan menyebabkan permintaan terhadap barang
normal seperti komputer bertambah.Kenaikan pendapatan meningkatkan kuasa beli dan
keupayaan pengguna untuk berbelanja.Permintaan terhadap barang normal turut
bertambah walaupun harga barang itu tidak berubah.

Selanjutnya,perubahan cita rasa.Permintaan terhadap suatu barang dipengaruhi oleh


perubahan cita rasa pengguna.Cita rasa pengguna dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti
peringkat umur,fesyen,minat dan pembaikan kualiti sesuatu barang.Permintaan terhadap
suatu barang bertambah sekiranya terhadap perubahan cita rasa pengguna lebih gemar
menggunakan sesuatu barang berbanding dengan barang lain.Misalnya pengguna lebih
gemar menggunakan komputer tablet akan menyebabkan permintaan terhadapnya
bertambah sedangkan permintaan terhadap komputer tetap semakin berkurang.

Akhir sekali,jangkaan masa depan.Jangkaan kenaikan harga masa depan akan


menyebabkan permintaan terhadap suatu barang bertambah.Misalnya,jika pengguna
menjangkakan harga komputer akan meningkat,lebih ramai pengguna akan membeli
komputer pada masa kini untuk mengelakkan daripada membayar harga yang lebih tinggi
pada masa depan.Keluk permintaan komputer beralih dari kiri ke kanan.

2.0 Kesan perubahan faktor permintaan

Faktor pendapatan menyebabkan apabila pendapatan pengguna meningkat,maka


permintaan komputer akan meningkat

4.1 Rajah kesan perubahan terhadap kesan keseimbangan pasaran

P (RM)
D1
S
D0
E1

150
E0

100

D1
Lebihan permintaan
S
D0

Q (unit)
15 20 25

4.2 Proses keseimbangan pasaran


Keseimbangan dicapai di titik E0 apabila keluk permintaan D0D0 bersilang dengan keluk
SS pada titik E0 dengan RM 100 dan 15 unit.
Keluk permintaan beralih daripada D0D0 ke D1D1 apabila pendapatan meningkat.
Pada harga P0,lebihan permintaan sebanyak 10 unit berlaku.Maka harga akan meningkat
sehingga mencapai keseimbangan baru.
Keseimbangan baru dicapai di titik E1 apabila keluk permintaaan D1D1 bersilang dengan
keluk SS pada harga RM 150 dan 20 unit.
5.0 Konsep keanjalan permintaan dan penawaran
5.1 Penentu keanjalan permintaan

Keanjalan permintaan ialah ukuran darjah tindak balas perubahan kuantiti yang diminta
kesan dari perubahan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan seperti harga barang
itu sendiri,harga barang lain dan pendapatan berubah.Penentu keanjalan pertama ialah
kewujudan barang pengganti.Semakin banyak barang pengganti bagi suatu barang,
semakin anjal permintaan harga barang tersebut.Kenaikan harga yang sedikit akan
menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar
kerana kemudahan untuk mendapat barang pengganti yang secara relatif lebih murah.
Misalnya,permintaan komputer jenama Apple secara relatif lebih anjal berbanding dengan
komputer yang lain sedangkan komputer tidak mempunyai pengganti yang hampir.

Seterusnya,peratus perbelanjaan daripada pendapatan.Bagi barang yang menelan


sebahagian besar pendapatan pengguna,permintaan barang itu cenderung bersifat anjal.
Kenaikan harga yang sedikit akan menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang
dengan peratusan yang besar kerana perubahan harga yang sedikit pun memberi kesan
yang nyata terhadap belanjawan pengguna.Sebagai contoh,permintaan untuk komputer
adalah anjal kerana perbelanjaan atas komputer merupakan sebahagian besar daripada
jumlah pendapatan.

Selain itu,kesetiaan kepada jenama.Semakin setia pengguna kepada jenama sesuatu


barang semakin tak anjal barang tersebut.Kenaikan harga yang banyak tidak akan
menyebabkan kuantiti barang yang diminta berkurang dengan peratusan yang besar
kerana kesetiaan terhadap jenama barang itu menyebabkan barang itu sukar digantikan
dengan barang yang lain.Misalnya,permintaan komputer jenama Apple cenderung
menjadi anjal kerana pelanggan tetap membeli barang itu walaupun harga barang itu
telah banyak berubah.

Selanjutnya,kepelbagaian kegunaan sesuatu barang.Semakin banayak kegunaan sesuatu


barang,semakin anjal permintaan harga barang tersebut.Peratusan kuantiti barang yang
diminta berubah dengan banyak walaupun harga naik atau turun dengan peratusan yang
kecil kerana kepelbagaian kegunaan barang menyebabkan pasaran barang itu mempunyai
ramai pembeli.Misalnya,komputer mempunyai banyak kegunaan dalam semua bidang
pekerjaan maka permintaan komputer semakin anjal.

5.2 Keanjalan permintaan harga dan keanjalan penawaran

Harga (RM) Permintaan (unit) Penawaran (unit)


50 30 10
100 25 15
Keanjalan permintaan:
Ed=Q1-Q0 × P0
Q0 P1-P0
=25-30 × 50
30 100-50
= -0.17
Apabila harga naik sebanyak 1%,kuantiti diminta merosot sebanyak 0.17%.

Keanjalan penawaran:
Es=Q1-Q0 × P0
Q0 P1-P0
=15-10 × 50
10 100-50
=0.5
Apabila harga naik sebanyak 1%,maka kuantiti ditawar naik sebanyak 0.5%.

5.3 Perubahan harga mempengaruhi jumlah hasil

Jika permintaan terhadap sesuatu barang adalah anjal,kejatuhan harga barang tersebut
menyebabkan kenaikan dalam jumlah hasil dan sebaliknya.Bagi tingkat harga yang lebih
tinggi daripada P misalnya pada harga P1,permintaan adalah anjal.Kenaikan harga dari P
ke P1 akan menyebabkan kuantiti diminta berkurang dengan peratusan yang lebih besar
Q ke Q1.Oleh itu,jumlah hasil berkurang dari TR2 ke TR1.

Sebaliknya penurunan harga dari P1 ke P menyebabkan kuantiti diminta bertambah


dengan peratusan yang lebih besar dari Q1 ke Q.Oleh itu,jumlah hasil bertambah dari TR1
ke TR2.

Jika permintaan terhadap sesuatu barang adalah tak anjal,kejatuhan harga barang
tersebut menyebabkan penurunan dalam jumlah hasil dan sebaliknya.Bagi tingkat harga
yang lebih rendah dari P misalnya pada harga P2,permintaan adalah tak anjal.Penurunan
harga dari P ke P2 hanya menyebabkan kuantiti diminta bertambah dengan peratusan yang
lebih kecil dari Q ke Q2.Oleh itu,jumlah hasil berkurang dari TR2 ke TR1.

Sebaliknya kenaikan harga dari P2 ke P hanya menyebabkan kuantiti diminta berkurang


dengan peratusan yang lebih kecil dari Q2 ke Q.Oleh itu,jumlah hasil meningkat dari TR1
TR2.

5.4 Nilai keanjalan permintaan silang menentukan hubungan barang


Harga komputer Kuantiti diminta Kuantiti diminta Kuantiti diminta pen
(RM) komputer riba (unit) mesin cetak (unit) (unit)
50 15 30 14
100 20 25 14

Keanjalan permintaan silang komputer dengan komputer riba:


Ec=Q1-Q0 × P0
Q0 P1-P0
=20-15 × 50
15 100-50
=0.3
Nilai keanjalan permintaan silang yang positif menunjukkan suatu barang ialah barang
pengganti kepada barang yang lain.Maka komputer dan komputer riba adalah barang
pengganti.

Keanjalan permintaan silang komputer dan mesin cetak:


Ec=Q1-Q0 × P0
Q0 P1-P0
=25-30 × 50
30 100-50
= -0.17
Nilai keanjalan permintaan silang yang negatif menunjukkan suatu barang ialah barang
penggenap kepada barang yang lain.Maka komputer dan mesin cetak adalah barang
penggenap.

Keanjalan permintaan silang komputer dan pen:


Ec=Q1-Q0 × P0
Q0 P1-P0
=14-14 × 50
14 100-50
=0
Nilai keanjalan permintaan silang adalah sifar menunjukkan suatu barang tidak mempunyai
hubungan dengan barang yang lain.Maka komputer dan pen adalah barang tiada kaitan.

You might also like