You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Saya telah diberikan sebuah tugasan berkaitan dengan permintaan pasaran dan penawaran
pasaran satu jenis barang pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Soalan ini
menunjukkan Yee Mee Sizzling sebagai barang ekonomi. Soalan ini meminta saya untuk
menentukan menjelaskan permintaan dan penawaran pasaran serta menerangkan bagaimana
proses keseimbangan pasaran Yee Mee Sizzling ini dapat dicapai. Seterusnya, soalan ini juga
meminta saya untuk menerangkan kesan terhadap pasaran Yee Mee Sizzling sekiranya harga
barang penggantinya iaitu nasi ayam menurun. Soalan ini juga meminta saya memberitahu kesan
terhadap peratus perubahan Yee Mee Sizzling dalam pasaran sekiranya elaun pelajar dinaikkan
daripada RM250 sebulan kepada RM 500 sebulan. Akhir sekali, keanjalan barang pasaran Yee
Mee Sizzling perlu diterangkan.

Antara topik yang dapat dikaitkan dengan soalan:-

i. Permintaan pasaran iaitu perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan Yee Mee
Sizzling.
ii. Penawaran pasaran iaitu perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran Yee Mee
Sizzling.
iii. Keseimbangan pasaran iaitu keadaan di mana kuantiti barang yang ditawar oleh penjual
sama dengan kuantiti barang yang diminta oleh pembeli.
iv. Perubahan permintaan iaitu perubahan kepada beberapa faktor yang boleh menyebabkan
peralihan keluk permintaan pasaran.
v. Keanjalan permintaan harga yang berfungsi untuk darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta sesuatu barang.
vi. Keanjalan penawaran yang berfungsi untuk mengukur darjah tindak balas perubahan
kuantiti ditawar sesuatu barang.
2.0 SOALAN

Soalan 4

Berikut adalah jumlah kuantiti diminta dan ditawar oleh individu dan firma bagi Yee Mee
Sizzling di Kolej Matrikulasi Pahang.

Harga (RM) Qd Muslim Qd Izzati Qs Cafe A Qs Cafe B


2 16 30 5 0
4 12 25 10 10
6 8 20 15 20
8 4 15 20 30
10 0 10 25 40
Jadual 1

Dengan bantuan jadual dan rajah, jelaskan bagaimana permintaan pasaran dan penawaran
pasaran Yee Mee Sizzling dapat ditentukan dalam pasaran. Huraikan bagaimana proses
keseimbangan pasaran Yee Mee Sizzling dapat dicapai. Apakah kesan terhadap pasaran Yee
Mee Sizzling jika harga nasi ayam didapati menurun dari RM 10 kepada RM 9?

Jika elaun pelajar dinaikkan dari RM 250 sebulan kepada RM 500 sebulan, huraikan kesannya
terhadap peratus perubahan permintaan Yee Mee Sizzling dalam pasaran.
Permintaan Pasaran

Permintaan pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang ingin dan mampu dibeli oleh semua
individu dalam pasaran pada tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu. Keluk
permintaan pasaran dapat diterbitkan dengan menjumlahkan kuantiti barang yang diminta oleh
semua individu dalam pasaran secara mendatar pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti Yee Mee Sizzling diminta (unit) per minggu


(RM) Muslim + Izzati = Pasaran
2 16 + 30 = 46
4 12 + 25 = 37
6 8 + 20 = 28
8 4 + 15 = 19
10 0 + 10 = 10
Jadual 2

Fungsi Keluk Permintaan

Qd = a – bP

Qd = 55 – 4.5P

14

12

10

8
Harga (RM)

0
0 10 20 30 40 50 60
Kuantiti Diminta, Qd

Keluk Permintaan Pasaran Yee Mee Sizzling


Keanjalan Permintaan Harga

Keanjalan permintaan harga berfungsi untuk mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.

Qdx1 – Qdx 0 Px 0
×
Qdx 0 Px 1−Px 0

28 – 37 4
= 37
×
6−4

= -0.49

Apabila harga meningkat sebanyak 1% maka kuantiti diminta akan berkurang sebanyak 0.49%.

Darjah keanjalan adalah tidak anjal kerana nilai kurang daripada 1.


Penawaran Pasaran

Penawaran pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang ditawar oleh semua firma dalam pasaran
pada pelbagai tingkat harga dalam jangka masa tertentu. Keluk penawaran pasaran dapat
diterbitkan dengan menjumlahkan kuantiti barang ditawar oleh semua pengeluar dalam pasaran
secara mendatar pada pelbagai tingkat harga.

Harga Kuantiti Yee Mee Sizzling ditawar (unit) per minggu


(RM) Cafe A + Cafe B = Pasaran
2 5 + 0 = 5
4 10 + 10 = 20
6 15 + 20 = 35
8 20 + 30 = 50
10 25 + 40 = 65
Jadual 3

Fungsi Keluk Penawaran

Qs = a + bP

Qs = -10 + 7.5P

14

12

10

8
Harga (RM)

0
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
Kuantiti Ditawar, Qs

Keluk Penawaran Pasaran Yee Mee Sizzling


Keanjalan Penawaran

Keanjalan penawaran berfungsi untuk mengukur darjah tidak balas perubahan kuantiti ditawar
sesuatu barang kesan daripada perubahan harga barang itu sendiri.

Qsx 1 – Qsx 0 Px 0
×
Qsx 0 Px 1−Px 0

35 – 20 4
= 20
×
6−4

= 1.5

Apabila harga meningkat sebanyak 1% maka kuantiti ditawar akan meningkat sebanyak 1.5%.
Darjah keanjalan adalah anjal kerana lebih daripada 1.
Keseimbangan Pasaran

Keseimbangan pasaran ialah keadaan di mana kuantiti barang yang ditawarkan oleh penjual pada
harga tertentu sama dengan kuantiti barang yang diminta oleh pembeli pada harga tersebut, iaitu
Qd = Qs. Pada tingkat keseimbangan pasaran, lebihan permintaan atau lebihan penawaran tidak
wujud dan harga dan kuantiti keseimbangan tidak berkecenderungan untuk berubah.

Qd = Qs

55 – 4.5P = -10 + 7.5P

12P = 65

P = RM 5.42 = harga keseimbangan

Pada P = RM 5.42

Qd = 55 – 4.5(5.42)

Qd = 30.60

Qd = 31 unit

14

12 S

10
Harga (RM), P

6 E

D
0
0 10 20 30 40 50 60 70 80 90
Axis Title

Keluk Keseimbangan Pasaran Yee Mee Sizzling


Perubahan Permintaan Keseimbangan Pasaran

Harga (RM)

P0 E0

P1 E1

D0

D1
Kuantiti (Unit)
Q1 Q0

Keluk Perubahan Permintaan Keseimbangan Pasaran Yee Mee Sizzling

Keseimbangan asal berlaku di mana keluk D0D0 bersilang dengan keluk SS pada titik E0 dengan
P0 dan Q0.

Apabila harga nasi ayam menurun daripada RM 10 kepada RM 9, kuantiti diminta nasi ayam
akan meningkat menyebabkan kuantiti diminta Yee Mee Sizzling akan menurun kerana
pengguna akan lebih cenderung memilih nasi ayam kerana harga yang lebih murah. Oleh itu,
keluk permintaan pasaran Yee Mee Sizzling akan beralih ke kiri. Keluk permintaan beralih ke
D1D1 apabila permintaan berkurang.

Keseimbangan pasaran berubah menyebabkan keseimbangan baharu tercapai pada titik E1 di


mana kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.

Harga akan cenderung turun dari P1 ke P0 dan kuantiti juga akan berkurang dari Q0 ke Q1.
Harga Yee Mee Sizzling cenderung untuk turun supaya dapat bersaing dengan barang
penggantinya iaitu nasi ayam.
Kesan Perubahan Pendapatan terhadap Permintaan Barang Normal

Harga (RM)
S

P1 E1

P0 E0

D1

D0
Kuantiti (Unit)
Q0 Q1

Keluk Perubahan Permintaan Keseimbangan Pasaran

Jika elaun pelajar dinaikkan dari RM 250 sebulan kepada RM 500 sebulan, peratus perubahan
permintaan akan bertambah kerana keupayaan berbelanja naik menyebabkan permintaan
terhadap Yee Mee Sizzling bertambah. Keluk DD beralih dari D0D0 ke D1D1. Kuantiti diminta
meningkat dari Q0 ke Q1 walaupun P tidak berubah.

Keseimbangan asal berlaku di mana keluk D0D0 bersilang dengan keluk SS pada titik E0 dengan
P0 dan Q0.

Keluk permintaan beralih ke D1D1 apabila permintaan bertambah.

Keseimbangan baharu tercapai pada titik E1 di mana kuantitidiminta sama dengan kuantiti
ditawar.

Harga akan naik dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.


3.0 KESIMPULAN

Melalui tugasan ini, saya dapat memahami pengetahuan secara lebih mendalam berkaitan dengan
Bab 2 iaitu Permintaan, Penawaran dan Keseimbangan Pasaran dan Bab 3 iaitu Keanjalan
Permintaan dan Penawaran. Saya juga dapat memantapkan lagi kefahaman saya dalam pengajian
subjek ekonomi ini kerana setelah mempelajari ekonomi, saya dapat mengaplikasikan ilmu yang
saya telah pelajari dengan kehidupan harian saya. Saya mempunyai harapan agar subjek ini dapat
menunjukkan jalan kepada saya agar menjadi seorang insan yang berjaya pada masa hadapan.
4.0 RUJUKAN

(Hons), Y. H. (2022). Matrikulasi Mikroekonomi. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn Bhd.

Cikgu Jonias Tutorial (13 Januari 2021).Perubahan Permintaan dan Penawaran. Diperoleh
daripada Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=blL4jMDV3RI

Ngu, H. S. (2022). STPM Ekonomi. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn Bhd.

You might also like