You are on page 1of 17

Ekonomi Asas

Tingkatan 4
Bab 5: Pasaran

Pasaran
Pasaran merupakan keadaan apabila pembeli dan penjual bertemu sama ada secara langsung atau
tidak langsung untuk menjalankan jual beli barang serta perkhidmatan(1).
Pasaran secara langsung berlaku apabila penjual dan pembeli bertemu antara satu sama lain di satu
tempat. Contohnya, kedai dan pasar raya. (1)
Pasaran secara tidak langsung berlaku melalui alat-alat perhubungan seperti telefon, internet dan
(1)
faks

1 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Pembentukkan keluk permintaan pasaran Barangan

Permintaan pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang ingin dan mampu dibeli oleh pengguna di
pasaran pada suatu tingkat harga dan dalam suatu jangka masa tertentu. Keluk permintaan pasaran
diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti yang diminta oleh setiap individu terhadap barang
itu pada suantu tingkat harga dan dalam suatu jangka masa tertentu.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (kg) Permintaan


Puan Lim Puan Tan Pasaran
10 9 18 9 + 18 = 27
20 6 12 6 + 12 = 18
30 3 6 3+6=9
Jadual Permintaan Pasaran

Harga (RM) Harga (RM)


Dl DT
30 ● 30 ●

20 ● + 20 ●

10 ● 10 ●
Dl DT
Kuantiti Kuantiti
3 6 9 (kg) 3 6 9 12 15 18 (kg)

Keluk Permintaan Puan Lim Keluk Permintaan Puan Tan

Harga (RM)
DP
c
30 ●
b

= 20
a
10 ●
DP
Kuantiti
3 (kg)
6 9 12 15 18 21 24 27 30
Keluk Permintaan Pasaran

Pada harga RM10, kuantiti diminta oleh Puan Lim ialah 9kg dan kuantiti diminta oleh Puan Tan
ialah 18kg. Dengan menjumlahkan kuantiti permintaan Puan Lim dan Puan Tan, kita akan memperoleh
kuantiti permintaan pasaran iaitu 27kg (9kg + 18kg) yang ditandai dengan titik a.
Pada harga RM20, kuantiti diminta oleh Puan Lim ialah 6kg dan kuantiti diminta oleh Puan Tan
ialah 12kg, maka kuantiti permintaan pasaran ialah 18kg (6kg + 12kg) yang ditandai dengan titik b.
Pada harga RM30, kuantiti diminta oleh Puan Lim ialah 3kg dan kuantiti diminta oleh Puan Tan
ialah 6kg, maka kuantiti permintaan pasaran ialah 9kg (3kg + 6kg) yang ditandai dengan titik c.
Dengan menyambungkan titik a, b, c, keluk permintaan pasaran terbentuk. Keluk permintaan pasaran
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah
negatif/songsang.

2 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Pembentukkan keluk penawaran pasaran Barangan


Penawaran pasaran ialah jumlah kuantiti barang yang sanggup dan mampu ditawarkan oleh
pengeluar di pasaran pada suatu tingkat harga dan dalam suatu jangka masa tertentu. Keluk
penawaran pasaran diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar kuantiti yang ditawar oleh
setiap pengeluar terhadap barang itu pada suantu tingkat harga dan dalam suatu jangka masa tertentu.

Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit) Penawaran


Firma A Firma B Pasaran
10 50 100 50 + 100 = 150
20 100 150 100 + 150 = 250
30 150 200 150 + 200 = 350
Jadual Penawaran Pasaran

Harga (RM) Harga (RM)


SB
SA
30 ● 30 ●

20 ● + 20 ●

10 ● 10 ●
SA SB
Kuantiti Kuantiti
50 100 150 (unit) 50 100 150 200 250 (unit)

Keluk Penawaran Syarikat A Keluk Penawaran Syarikat B

Harga (RM)
SP
z
30 ●
y

= 20
x
10 ●
SP
Kuantiti
(unit)
50 100 150 200 250 300 350 400
0
Keluk Penawaran Pasaran

Pada harga RM10, kuantiti ditawar oleh Syarikat A ialah 50 unit dan kuantiti ditawar oleh Syarikat B
ialah 100 unit. Dengan menjumlahkan kuantiti penawaran Syarikat A dan Syarikat B, kita akan memperoleh
kuantiti penawaran pasaran iaitu 150 unit (50 unit + 100 unit) yang ditandai dengan titik x.
Pada harga RM20, kuantiti ditawar oleh Syarikat A ialah 100 unit dan kuantiti ditawar oleh Syarikat
B ialah 150 unit, maka kuantiti penawaran pasaran ialah 250 unit (100 unit + 150 unit) yang ditandai dengan
titik y.
Pada harga RM30, kuantiti ditawar oleh Syarikat A ialah 150 unit dan kuantiti ditawar oleh Syarikat
B ialah 200 unit, maka kuantiti penawaran pasaran ialah 350 unit (150 unit + 200 unit) yang ditandai dengan
titik z.
Dengan menyambungkan titik x, y, z, keluk penawaran pasaran terbentuk. Keluk penawaran pasaran
mencerun ke atas dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar adalah
positif/secara langsung.
3 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Pasaran Barangan adalah interaksi antara penjual barangan (firma) dengan pembeli barangan (isi rumah) (1).

Keseimbangan Pasaran Barangan

Harga
D 5
S
2 1 Permintaan pasaran
P1 c d 2 Penawaran pasaran
E 3 Keseimbangan pasaran
3
P0
4 Lebihan permintaan
P2 a b
1 5 Lebihan penawaran
4 D
S
0 Kuantiti
Q1 Q0 Q2

Keseimbangan pasaran bermaksud permintaan pasaran sama dengan penawaran pasaran pada
suatu tingkat harga tertentu. Keseimbangan pasaran tercapai apabila keluk permintaan pasaran bersilang
dengan keluk penawaran pasaran. Berdasarkan rajah di atas, harga keseimbangan dicapai pada P0 dan
kuantiti keseimbangan dicapai pada Q0.

Ketidakseimbangan Pasaran Barangan


Ketidakseimbangan pasaran barangan berlaku apabila berlaku lebihan permintaan atau lebihan
penawaran.

Lebihan permintaan berlaku apabila kuantiti permintaan pasaran melebihi kuantiti penawaran
pasaran. Lebihan permintaan berlaku apabila harga pasaran diletakkan lebih rendah daripada harga
keseimbangan. Berdasarkan rajah di atas, lebihan permintaan adalah sebesar ab.
Lebihan penawaran berlaku apabila kuantiti penawaran pasaran melebihi kuantiti permintaan
pasaran. Lebihan penawaran berlaku apabila harga pasaran diletakkan lebih tinggi daripada harga
keseimbangan. Berdasarkan rajah di atas, lebihan penawaran adalah sebesar cd.

4 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Proses penentuan keseimbangan pasaran barangan
Harga (RM)
D Lebihan Penawaran S
Harga turun
4
Harga Harga naik
Titik
Keseim
bangan
3 ●E Keseimbangan
(DD = SS)

Lebihan Permintaan
1 D
S

0 Kuantiti (unit)
5 10 15
Kuantiti
Keseimbangan

Keseimbangan pasaran barang tercapai apabila keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran pada
titik E. Harga keseimbangan ialah RM3 dan kuantiti keseimbangan ialah 10 unit.

Pada tingkat harga RM2, pasaran mengalami lebihan permintaan sebanyak 10 unit (15-5 unit). Harga
akan naik sehingga keseimbangan dicapai pada titik E.

Pada tingkat harga RM4, pasaran mengalami lebihan penawaran sebanyak 10 unit (15-5 unit). Harga
akan turun sehingga keseimbangan dicapai pada titik E.

5 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Contoh Soalan:

1)
(a) Gambar 1 menunjukkan sejenis perkhidmatan keselamatan yang diperlukan oleh orang ramai,
terutamanya mereka yang berpendapatan tinggi.

Gambar 1

i) Terangkan jenis pasaran di atas. (2m)


ii) Apakah yang akan terjadi kepada pasaran di atas apabila kes kecurian dan perompakan semakin
meruncing? (3m)

(b) Jadual 1 menunjukkan permintaan Puan Lim dan Puan Tan terhadap suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (kg)


Puan Lim Puan Tan
10 9 18
20 6 12
30 3 6
Jadual 1
i) Hitungkan kuantiti permintaan pasaran pada tingkat harga RM20. (1m)
ii) Dengan menggunakan skala 2 cm:10 unit pada paksi harga dan 2 cm: 6 unit pada paksi kuantiti, lukiskan
keluk permintaan pasaran. (5m)
iii) Terangkan pembentukkan keluk permintaan pasaran pada (b) (ii) (5m)

(c) Berdasarkan peristiwa di bawah, jelaskan kesannya ke atas pasaran perabot (setiap peristiwa berlaku
secara berasingan):
i) Teknik moden dengan menggunakan robot untuk membuat perabot. (3m)
ii) Terdapat kenaikkan harga dalam pasaran kayu balak. (3m)
iii) Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar perabot. (3m)

2) Rajah 1 menunjukkan keseimbangan pasaran bagi barang X.

Rajah 1

(i) Terangkan maksud keluk DD dan keluk SS. (4m)


(ii) Bagaimanakan titik E tercapai? (9m)
6 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS
Ekonomi Asas
Tingkatan 4
3) Rajah 2 menunjukkan keseimbangan pasaran bagi beg sekolah

Rajah 2

Terangkan keadaan permintaan dan penawaran bagi beg sekolah pada setiap titik berikut:
(i) A (ii) B (C) C (9m)

4) Jadual 1 menunjukkan permintaan dan penawaran baju kemeja di pasaran.

Harga Jumlah kuantiti Jumlah kuantiti Keadaan pasaran


(RM sehelai) diminta di pasaran dotawarkan di pasaran
(helai) (helai)
50 3 15
40 6 12
30 9 9
20 12 6
10 15 3
Jadual 1

i) Lengkapkan kolum keadaan pasaran di atas. (3m)


ii) Tentukan harga keseimbangan dan kuantiti keseimbangan (2m)

5) Terangkan dasar kerajaan berikut terhadap pasaran kereta di Malaysia:


i) Untuk mengurangkan beban rakyat akibat daripada kenaikkan harga minyak, kerajaan telah
menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. (3m)
ii) Kerajaan meningkatkan pinjaman maksimum sewa beli kenderaan bermotor. (3m)

6) Jadual 2 menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi udang.

Harga (RM/kg) Kuantiti diminta (kg) Kuantiti ditawarkan (kg)


5 20 8
6 16 10
7 12 12
8 8 14
9 4 16
Jadual 2
Lukiskan rajah keseimbangan pasaran pada kertas graf dan jelaskan bagaimana keseimbangan pasaran
dicapai. (12m)

7) Terangkan secara ringkas tentang lebihan permintaan. (4m)

7 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
8) Jadual di bawah ini menunjukkan permintaan terhadap suatu barang.
Harga (RM) Kuantiti Permintaan (unit)
Aman Amin
10 15 20
20 10 15
30 5 10

Berdasarkan maklumat di atas;


i) Berapakah kuantiti permintaan pasaran pada tingkat harga RM20? (1m)
ii) Lukis pembentukkan keluk permintaan pasaran di atas kertas graf dengan menggunakan skala 2cm: 5
unit pada paksi kuantiti dan skala 2cm: RM10 pada paksi harga. (8m)
iii) Jelaskan pembentukkan keluk permintaan di (7) (ii) (4m)

9) Jadual di bawah ini menunjukkan permintaan terhadap suatu barang oleh Encik Badrul dan Encik Deevan.
Harga (RM) Kuantiti Permintaan (unit)
Encik Badrul Encik Deeven
2 50 30
4 30 20
6 10 10

Berdasarkan jadual di atas,


i) Hitung permintaan pasaran pada pelbagai tingkat harga. (3m)
ii) Dengan menggunakan kertas graf, lukis dan terangkan pembentukkan keluk permintaan pasaran bagi
barang tersebut.
[Gunakan skala 1cm: RM2 pada paksi harga dan 1cm: 10 unit pada paksi kuantiti] (7m)

10) Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran.

Terangkan keadaan permintaan dan penawaran bagi kasut pada setiap titik berikut:
i) E (3m)
ii) M (3m)
iii) W (3m)

8 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
11)
(a) Rajah menunjukkan keluk permintaan Encik Rahman (DaDa) dan keluk permintaan Encik Ravi (DbDb).

i) Dengan menggunakan skala 1 cm: 4 unit pada paksi kuantiti dan skala 2 cm: RM20 pada paksi harga,
lukis keluk permintaan pasaran. (6m)
ii) Jelaskan pembentukkan keluk permintaan pasaran. (4m)

(b) Berdasarkan peristiwa yang berikut, jelaskan kesannya terhadap perabot tempatan (setiap peristiwa
adalah berasingan)
i) Harga perabot import meningkat (3m)
ii) Cukai jualan terhadap perabot tempatan meningkat (3m)
iii) Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar perabot (3m)

(c) Rajah di bawah ini menunjukkan keluk keseimbangan pasaran barang.

Terangkan keadaan pasaran barang di W dan di X. (5m)

12) Jadual di bawah ini menunjukkan kuantiti permintaan dan kuantiti penawaran bagi cakera padat.
Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) Kuantiti ditawarkan (unit)
10 350 100
20 200 200
30 50 300
i) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk permintaan dan keluk penawaran cakera padat.
[Gunakan skala 1cm: RM10 pada paksi harga dan 1cm: 100 unit pada paksi kuantiti] (8m)
ii) Terangkan penentuan keseimbangan pasaran bagi cakera padat itu. (7m)

9 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Pasaran Faktor adalah interaksi antara penjual/ pembekal faktor (isi rumah) dengan pembeli faktor (firma)

Pasaran faktor adalah pasaran bagi faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan modal(1)..
Usahawan tidak diurusniagakan di pasaran faktor.

Pasaran Buruh
Dalam pasaran buruh, firma meminta faktor buruh manakala isi rumah menawarkan faktor buruh(1).

Permintaan buruh ialah bilangan buruh yang ingin dan mampu diambil bekerja oleh firma pada suatu
kadar upah tertentu dan dalam suatu tempoh masa tertentu(1). Jika kadar upah tinggi, permintaan buruh
jatuh(1). Sebalikmya, jika kadar upah rendah, permintaan buruh akan bertambah. Hubungan antara kadar upah dengan
kuantiti permintaan buruh adalah songsang/negatif(1).

Penawaran buruh ialah bilangan buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada suatu tingkat kadar upah
tertentu dan dalam suatu tempoh masa tertentu(1). Jika kadar upah tinggi, penawaran buruh meningkat(1).
Sebalikmya, jika kadar upah rendah, penawaran buruh akan menurun. Hubungan antara kadar upah dengan kuantiti
penawaran buruh adalah positif /secara langsung(1).

Keseimbangan pasaran buruh tercapai apabila kuantiti buruh diminta sama dengan kuantiti buruh yang
ditawarkan(1).

10 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Proses penentuan keseimbangan pasaran buruh

Upah (RM)
Lebihan Penawaran Buruh S Upah turun
D
30
Upah naik
Upah Titik
Keseimbangan 20 ●E Keseimbangan
(DlDl = SlSl)

10

Lebihan Permintaan Buruh D


S
50 100
Kuantiti (orang)
0 150
Kuantiti Keseimbangan Buruh

Keseimbangan pasaran buruh tercapai apabila keluk permintaan buruh bersilang dengan keluk penawaran
buruh pada titik E. Upah keseimbangan ialah RM20 dan kuantiti keseimbangan buruh ialah 100 orang.

Pada kadar upah RM10, pasaran buruh mengalami lebihan permintaan buruh sebanyak 100 orang (150-
50 orang). Upah akan naik sehingga keseimbangan buruh dicapai pada titik E.

Pada tingkat harga RM30, pasaran buruh mengalami lebihan penawaran buruh sebanyak 100 orang (150-
50 orang). Upah akan turun sehingga keseimbangan buruh dicapai pada titik E.

11 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Pasaran Modal

Dalam pasaran modal, firma akan meminta modal dan isi rumah akan menabung berdasarkan kadar
faedah. Kadar faedah akan ditentukan oleh permintaan dan penawaran modal di pasaran.

Jika kadar faedah rendah, Firma akan meningkatkan permintaan modal. Sebaliknya, jika kadar faedah
tinggi, firma akan menurunkan permintaan modal. Hubungan antara kadar faedah dengan permintaan modal
adalah negatif/songsang.
Jika kadar faedah rendah, Isi rumah akan menurunkan penawaran modal. Sebaliknya, jika kadar faedah
tinggi, isi rumah akan meningkatkan penawaran modal. Hubungan antara kadar faedah dengan penawaran
modal adalah positif / secara langsung.

Pasaran Tanah
Dalam pasaran tanah, firma akan meminta tanah dan isi rumah menawarkan tanah.. Kadar sewa tanah
ditentukan oleh kuasa permintaan tanah di pasaran kerana penawaran tanah adalah terhad.

Perbezaan antara
pasaran barangan dengan pasaran faktor

Pasaran Barangan Pasaran Faktor


Pasaran barangan ialah tempat yang menjalankan Pasaran faktor ialah tempat yang menjalankan
urus niaga barang dan perkhidmatan(1). urusniaga faktor, iaitu buruh, modal dan
tanah(1).

Harga barangan dalam pasaran barangan ditentukan Harga faktor dalam pasaran faktor ditentukan
oleh permintaan dan penawaran barangan(1). oleh permintaan dan penawaran faktor(1)

Pembekal barangan dalam pasaran barangan ialah Pembekal faktor dalam pasaran faktor ialah isi
firma(1). rumah(1).

Pengguna barangan ialah isi rumah(1). Pengguna faktor ialah firma(1).

12 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Contoh Soalan:

1) Jelaskan setiap tindakan berikut terhadap pasaran buruh tempatan.


i) Kerajaan mengetatkan syarat kemasukkan buruh asing ke Malayia. (3m)
ii) Kerajaan menggalakkan pekerja mahir berkhidmat di tanah air sendiri. (3m)
iii) Untuk meningkatkan produktiviti, lebih banyak mesin telah digunakan dalam industri pembuatan (3m)
iv) Semakin ramai pelabur melabur di Malaysia terutamanya dalam industri berintensifkan buruh. (3m)

2) Terangkan empat perbezaan antara pasaran barangan dengan pasaran faktor. (8m)

3) Gambar di bawah menunjukkan suatu pasaran dalam ekonomi.

i) Terangkan jenis pasaran yang ditunjukkan dalam gambar di atas. (4m)


ii) Apakah jenis ganjaran yang diterima oleh individu-individu di atas? (2m)
iii) Bagaimanakah ganjaran yang diperoleh ditentukan dalam pasaran di atas? (8m)

4) Terangkan secara ringkas


i) Pasaran modal
ii) Pasaran tanah (5m)

13 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Ekonomi Dua Sektor

Ekonomi dua sektor melibatkan sektor isi rumah dan sektor firma.
Isi rumah ialah Pembekal faktor pengeluaran (input) seperti buruh, tanah dan modal dan
juga Pengguna barang dan perkhidmatan (output).
Firma pula ialah Pembekal barang dan perkhidmatan (output) dan Pengguna
faktor-faktor pengeluaran (input).

Aliran Pusingan Pendapatan dalam Ekonomi Dua Sektor

Terdapat dua jenis aliran dalam aliran pusingan pendapatan iaitu aliran fizikal dan aliran wang.

Aliran fizikal ialah aliran barang dan perkhidmatan daripada sektor firma kepada sektor isi
rumah(1) dan aliran faktor pengeluaran yang produktif (buruh, tanah, modal) daripada sektor isi
rumah kepada sektor firma(1).
Aliran wang ialah aliran pendapatan faktor (upah, sewa, faedah) daripada sektor firma
kepada sektor isi rumah(1) dan aliran perbelanjaan penggunaan daripada sektor isi rumah kepada sektor
firma(1).

Menawarkan barang dan


Pasaran
perkhidmatan
barangan

Membuat
Sektor
Perbelanjaan Penggunaan Sektor
Isi Rumah Firma
Membayar
Pendapatan Faktor

Pasaran
Menawarkan/membekalkan faktor- faktor
faktor pengeluaran (BTM)
(BTMU)
Aliran Fizikal

Aliran Wang

Rajah: Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Dua Sektor

14 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Perbezaan antara aliran Fizikal dengan aliran Wang

Aliran fizikal Aliran wang

Aliran fizikal ialah aliran barang dan Aliran wang ialah aliran pendapatan faktor dan
perkhidmatan serta faktor-faktor pengeluaran(1). perbelanjaan isi rumah.

Dalam aliran fizikal, isi rumah membekalkan Dalam aliran wang firma membayar
faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan pendapatan fakor seperti upah, sewa dan
modal kepada firma melalui pasaran faktor(1). faedah kepada isi rumah melalui pasaran
faktor(1).

Dalam aliran fizikal, firma membekalkan Dalam aliran wang, isi rumah membuat
barang dan perkhidmatan kepada isi rumah perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan
melalui pasaran barangan(1). kepada firma melalui pasaran barangan(1).

15 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4
Contoh Soalan:

1) Maklumat berikut menerangkan Encik Jailani dan Encik Ong.


Encik Jailani ialah seorang pengusaha roti dan kek. Beliau mendapat bekalan bahan-bahan mentah
seperti tepung, gula dan serbuk penaik daripada Encik Ong yang juga merupakan pengguna roti dan kek.

Lukiskan rajah aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor untuk menggambarkan keadaan di atas.
(8m)

2) Rajah 1 menunjukkan aliran fizikal dalam pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

Rajah 1

i) Namakan sektor X dan sektor Y. (2m)


ii) Apakah peranan sektor X dan sektor Y? (4m)
iii) Terangkan aliran I dan II. (2m)

3) Maklumat yang berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

Syarikat Sinar Timur mengeluarkan kereta mainan jenama BMQ. Encik Ramli bekerja sebagai kerani di
syarikat tersebut dan menerima gaji sebanyak RM 1 000 sebulan. Dia membeli sebuah kereta mainan
keluaran syarikatnya dengan harga RM300.
Lakarkan rajah aliran pusingan pendapatan tersebut. (8m)

4) Maklumat yang berikut berkaitan dengan aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

Syarikat Bijak Berhad mengeluarkan raket jenama Jebat. Encik Zaidee bekerja sebagai jurujual di syarikat
tersebut. Dia membeli sebatang raket keluaran syarikatnya dengan harga RM250. Encik Zaidee
menerima upah sebanyak RM 2000 sebulan.

Lukis rajah aliran pusingan bagi situasi di atas. (8m)

5) Jelaskan peranan firma dalam ekonomi. (4m)

6) Bezakan antara aliran fizikal dan aliran wang dalam aliran pusingan pendapatan. (6m)

16 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS


Ekonomi Asas
Tingkatan 4

Soalan-soalan Ramalan Bab 5: Pasaran

Tahun Konsep Pasaran Pasaran Barangan Pasaran Faktor Aliran Pusingan Pendapatan
a. Definisi Pasaran A. Permintaan pasaran A. Pasaran buruh(DD, SS, A. Peranan isi rumah & firma
b. Keluk permintaan B. Penawaran pasaran keseimbangan pasaran buruh & B. Perbezaan aliran fizikal
pasaran C. Keseimbangan pasaran (lebihan DD / keluk keseimbangan) dan aliran wang
c. Keluk penawaran SS) B. Pasaran modal/ Pasaran tana C. Lukis Aliran pusingan
pasaran C. Perbezaan pasaran barangan pendapatan
dengan pasaran faktor
2013 √ √ √
- Lukis keluk DD pasaran Kesan kenaikan gaji terhadap Rncik Lukis aliran pusingan pendapatan
- Jelaskan pembentukkan Munir
keluk DD pasaran

2014 √ √
Definisi Pasaran Peranan isi rumah & firma
2015 √ √
kesan kemarau terhadap pasaran beras tempatan Bina jadual dan terangkan cara
penentuan upah dan kuantiti e buruh.
2016 √ √
- Lukis keluk keseimbangan pasaran barang [5m] - Lakarkan graf yg menunjukkan
- Berapa harga dan kuantiti keseimbangan [2m] perubahan keseimbagan. Kemukakan
- Jelaskan keadaan pasaran pada harga RM80 alasan. [5m]
[4m] - Bgmn G menangani masalah kebanjiran
pekerja asing di M’sia [3m]

2017
√ √
- Definisi Pasaran Semua - Perbezaan aliran fizikal dengan
- Lukis keluk SS aliran wang.
pasaran - Lukis aliran pusingan pendapatan
- Jelaskan
pembentukkan keluk
SS pasaran

17 Disediakan Oleh: Chieng Hie Ling SMKBS

You might also like