You are on page 1of 20

DPB10013/MICROECONOMICS

TOPIK 2
TEORI PERMINTAAN DAN PENAWARAN

PERMINTAAN

Definisi Permintaan :
- Permintaan merujuk kepada kesanggupan, keinginan dan kemampuan pembeli atau
pengguna untuk membeli suatu kuantiti barang dan perkhidmatan pada suatu tingkat harga
dan jangka masa tertentu.

Hukum Permintaan :
- Hukum permintaan menyatakan jika tingkat harga sesuatu barang semakin tinggi, semakin
rendah kuantiti diminta terhadap barangan tersebut dan sebaliknya, jika tingkat harga
sesuatu barang semakin rendah, semakin tinggi kuantiti diminta terhadap barangan
tersebut dengan andaian faktor faktor lain adalah tetap.
- Hubungan antara harga(P) dan kuantiti yang diminta (Qd) adalah secara negetif atau
songsang.

Keluk Permintaan :
- Keluk permintaan merupakan satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat harga
sesuatu barang dengan kuantiti yang diminta.
- Keluk permintaan menyambungkan setiap kombinasi harga dan kuantiti diminta sesuatu
barang.
- Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan (bercerun negetif).
• Hubungan antara harga barang dan kuantiti diminta adalah secara songsang.
• Apabila harga meningkat, kuantiti yang diminta akan turun.
• Apabila harga turun, kuantiti yang diminta akan meningkat.

- Jadual permintaan menunjukkan hubungan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti yang
diminta.
Kombinasi Harga (P) Kuantiti Diminta(Qd)
A 5 10
B 4 20
C 3 35
D 2 55
E 1 80

ST/JP/POLIMAS 1
DPB10013/MICROECONOMICS

Harga(P)
* Sambung kombinasi
$5
*Keluk permintaan-mencerun
4 kebawah dari kiri ke kanan

1
D
Kuantiti (Q)
o 10 20 30 40 50 60 70 80

Jenis Permintaan :
- Permintaan boleh dibahagikan kepada permintaan individu dan permintaan pasaran.

* Permintaan individu
Ialah permintaan seorang pengguna terhadap sesuatu barang pada tingkat harga tertentu
dalam suatu jangkamasa tertentu.

* Permintaan Pasaran
Merupakan jumlah kuantiti sesuatu barang yang diminta oleh semua pengguna atau
individu dalam pasaran pada tingkat harga tertentu dalam suatu jangkamasa tertentu.

Permintaan Individu
Harga(RM) Permintaan pasaran
A B C
1 10 15 20
2 8 12 15

3 6 9 10
4 4 6 5

Keluk Permintaan Individu dan Permintaan Pasaran

Harga Harga

Keluk Permintaan Individu Keluk permintaan pasaran


- Tidak anjal (curam) - Anjal (landai)

Kuantiti Kuantiti

ST/JP/POLIMAS 2
DPB10013/MICROECONOMICS

Fungsi Permintaan
- Fungsi permintaan menunjukkan hubungan antara kuantiti di minta (Qd) dan harga(P)
dalam sebutan matematik.
- Fungsi permintaan yang umum :

Qd = a - bP
Dimana:
Qd = Kuantiti diminta
a = Pintasan paksi kuantiti pada harga sama dengan kosong (0)
b = Kecerunan keluk permintaan
P = Harga

Contoh:
Qd = 50-2P

- Jadual dibawah menunjukkan kuantiti diminta barang X pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)


1 60
2 56
3 52
4 48

Dapatkan fungsi permintaan barang X .


Penyelesaian:
1. Gunakan persamaan serentak untuk mendapatkan nilai a dan b
2. Bentukkan 2 persamaan daripada mana mana dua tingkat harga dengan kuantiti
diminta.
3. Lakukan pengiraan dengan menggunakan persamaan serentak untuk mendapatkan nilai
b dahulu.
4. Gantikan nilai b dalam mana-mana persamaan 1@2 untuk dapatkan nilai a.
5. Kemudian masukkan nilai a dan b dalam fungsi permintaan umum, Qd=a-bP

Jika P=RM1, Qd =60


dan P=RM2, Qd=56
Maka Lakukan Persamaan Serentak:
Qd = a – bP
60 = a – b ------ (1)
60 = a – b(1) (-) 56 = a – 2b ------ (2)
60 = a – b ------- (1) 4 = b ------ masukkan b=4 dalam (1) @ (2)

56 = a – b(2) 60 = a – 4
56 = a – 2b ------- (2) 60 +4 =a
64 = a

 Fungsi Permintaan, Qd= 64 – 4P

ST/JP/POLIMAS 3
DPB10013/MICROECONOMICS

Faktor Yang Mempengaruhi Permintaan

1. Harga Barang itu Sendiri


Kenaikan harga sesuatu barang menyebabkan kuantiti yang diminta ke atas barang tersebut
berkurang. Sebaliknya kejatuhan harga sesuatu barang akan menyebabkan kuantiti diminta
ke atas barang tersebut meningkat.

Pada harga asal RM2.00, kuantiti permintaan ialah 2 unit, diandaikan harga meningkat
kepada RM3.00, kuantiti diminta akan berkurang kepada 1 unit. Sebaliknya jika harga turun
kepada RM1.00, kuantiti yang diminta akan meningkat kepada 3 unit. Perubahan yang
berlaku dalam kuantiti permintaan di tunjukkan oleh pergerakan kombinasi antara harga dan
kuantiti disepanjang keluk permintaan barang tersebut.

2. Harga Barang Lain


- Perubahan Harga Barang Pengganti
Barang yang dapat menggantikan fungsi barang lain. Contoh: kopi dan teh, getah asli
dan getah tiruan. Hubungan di antara harga dan kuantiti barang pengganti
adalah positif.

Harga(RM) Kopi Teh


Harga(RM)

P1
P
P
P2
D D2 D D1
Kuantiti(Q) Kuantiti(Q)
0 Q1 Q Q2 ) 0 Q2 Q Q1

Harga asal kopi ialah pada P, kuantiti permintaan asal kopi ialah Q. Diandaikan harga
kopi meningkat pada P1, kuantiti permintaan kopi turun kepada Q1. Pengguna kopi
yang tidak membuat permintaan terhadap kopi akan beralih kepada permintaan
minuman teh, seterusnya kuantiti permintaan terhadap teh meningkat yang ditunjukkan
oleh peralihan keluk permintaan teh ke kanan, D1 dan kuantiti Q1. Dan sebaliknya
berlaku jika harga kopi turun.

ST/JP/POLIMAS 4
DPB10013/MICROECONOMICS

- Perubahan Harga Barang Penggenap


Barang penggenap ialah barang yang digunakan secara bersama dengan barang lain.
Contoh: gula dan kopi. Hubungan di antara harga dan kuantiti barang penggenap
adalah negatif.

Harga(RM) Kopi Harga(RM) Gula

D1 D D2

P1
P
P
P2

D
Kuantiti(Q) Kuantiti(Q)
0 Q1 Q Q2 0 Q1 Q Q2
)

Harga asal kopi ialah pada P, kuantiti permintaan asal kopi ialah Q. Diandaikan harga
kopi meningkat pada P1, kuantiti permintaan kopi turun kepada Q1. Apabila pengguna
kopi tidak membuat permintaan terhadap kopi maka permintaan untuk gula juga
berkurangan menyebabkan keluk permintaan gula beralih ke kiri, D1 dan kuantiti Q1.
Dan sebaliknya berlaku jika harga kopi turun.

3. Pendapatan
- Barang Normal@Barang Biasa
Kenaikan pendapatan akan menyebabkan permintaan ke atas barang normal akan
meningkat dan sebaliknya jika pendapatan jatuh, permintaan ke atas barang normal
menurun. Contoh: Barang normal ialah radio, basikal , beg dan lain-lain
Hubungan pendapatan dengan barang normal adalah positif.

Harga(RM)
Radio

D2 D D1

Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1

Harga asal radio ialah pada P, kuantiti permintaan asal radio ialah Q. Diandaikan
pendapatan meningkat, kuantiti permintaan radio juga turun meningkat menyebabkan
keluk permintaan radio beralih ke kanan, D1 dan kuantiti Q1. Dan sebaliknya berlaku
jika pendapatan menurun, kuantiti permintaan radio juga turut berkurangan
menyebabkan keluk permintaan radio beralih ke kanan, D2 dan kuantiti Q2.

ST/JP/POLIMAS 5
DPB10013/MICROECONOMICS

- Barang Bawahan@Barang Giffen


Kejatuhan pendapatan menyebabkan permintaan ke atas barang bawahan akan
meningkat dan sebaliknya jika pendapatan meningkat, permintaan ke atas barang
bawahan akan menurun kerana pengguna akan mengganti barang yang lebih baik atau
berkualiti.

Contoh : barang bawahan ialah seperti beras hancur. Hubungan pendapatan dengan
barang bawahan ialah negatif.

Harga(RM) Beras hancur


Pendapatan meningkat, keluk permintaan
beralih ke kiri , D2

Pendapatan turun, keluk permintaan


beralih ke kanan, D1
P

D2 D D1
Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1
- Barang keperluan
Perubahan dalam pendapatan tidak akan menyebabkan perubahan ke atas permintaan
barang keperluan. Misalnya, garam. Kenaikan dalam pendapatan pengguna tidak akan
menaikkan permintaan ke atas garam. Hubungan pendapatan ke atas barang keperluan
adalah sifar.

4. Citarasa dan fesyen


Pengguna sekarang banyak dipengaruhi oleh pengiklanan melalui pelbagai media dan
pertunjukan-pertunjukan serta ekspo. Sekiranya perubahan citarasa pengguna menyebabkan
kuantiti diminta bertambah pada setiap tingkat harga yang asal, keluk permintaan akan
beralih ke kanan. Keadaan adalah sebaliknya di mana keluk permintaan akan beralih ke kiri
jika citarasa pengguna terhadap sesuatu barang berkurangan.

5. Jumlah Penduduk @ populasi


Semakin ramai penduduk, semakin meningkat permintaan ke atas barang terutamanya
kemudahan awam dan infrastruktur. Manakala struktur penduduk akan mencorakkan
permintaan sesebuah Negara. Contoh, jika penduduk ramai dalam kalangan remaja, maka
permintaan kepada keperluan remaja adalah tinggi.

6. Jangkaan Masa Depan


Apabila pengguna meramalkan harga barang akan naik pada masa hadapan, maka
permintaan ke atas barang akan naik masa kini dan sebaliknya (spekulasi).

7. Kemudahan Kredit
Sekiranya terdapat kemudahan untuk mendapatkan kredit dari bank-bank maka permintaan
barang di pasaran akan meningkat. Contohnya, pembelian barang tahan lama seperti rumah
dan kereta.

ST/JP/POLIMAS 6
DPB10013/MICROECONOMICS

8. Dasar Kerajaan
- Dasar pencukaian
Dasar ini akan menurunkan permintaan ke atas barang kerana cukai menyebabkan kos
kepada pengeluar akan menjadi tinggi seterusnya harga barang juga akan meningkat,
seterusnya kuasa beli pengguna juga pula akan menurun. Ini menyebabkan keluk
permintaan barang akan beralih ke kiri.

- Pemberian subsidi
Dasar ini akan meningkatkan permintaan kerana harga barang akan turun, disebabkan
kos pengeluaran yang menurun kepada pengeluar. Ini akan menyebabkan keluk
permintaan barang akan beralih ke kanan.

9. Musim
Permintaan bagi sesetengah barang seperti pakaian, makanan dan pengangkutan meningkat
mengikut musim. Contohnya, menjelang musim perayaan, permintaan terhadap
perkhidmatan kapal terbang bertambah kerana ramai orang ingin pulang ke kampung,
seterusnya keluk permintaan untuk perkhidmatan kapal terbang akan beralih ke kanan.

10. Pengiklanan
Melalui pengiklanan yang dijalankan dalam media elektronik dan media cetak, peniaga
boleh menarik pelanggan supaya membeli sesuatu barang dan menyebabkan permintaan
barangan tersebut meningkat yang ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan ke kanan.

ST/JP/POLIMAS 7
DPB10013/MICROECONOMICS

Perubahan Pada Keluk Permintaan

Perubahan kuantiti diminta boleh berubah dalam dua keadaan:

1. Perubahan kuantiti diminta akibat perubahan harga bagi barang itu sendiri yang
ditunjukkan oleh perubahan kuantiti serta pergerakkan disepanjang keluk
permintaan yang sama.

- Wujud apabila harga barang itu sendiri berubah.


- Faktor-faktor lain tetap.
- Pergerakan kombinasi ke atas:
* Penguncupan permintaan
* Kuantiti diminta menurun
- Pergerakan kombinasi ke bawah:
* Pengembangan permintaan
* Kuantiti diminta meningkat

ST/JP/POLIMAS 8
DPB10013/MICROECONOMICS

2. Perubahan kuantiti diminta akibat perubahan faktor faktor selain harga barang itu
sendiri seperti pendapatan , citarasa dan lain-lain ditunjukkan oleh peralihan keluk ke
kiri atau ke kanan.
- Wujud apabila berlaku perubahan dalam lain lain faktor selain harga barang itu sendiri:
- Harga barang lain(barang pengganti dan penggenap)
- Perubahan citarasa
- Perubahan saiz penduduk
- Ramalan atau jangkaan masa hadapan(spekulasi)
- Pendapatan pengguna
- Polisi kerajaan
- Musim
- Kadar bunga dan kemudahan kredit
- Agihan pendapatan
- Kesan pengiklanan
- Harga barang itu sendiri tetap
- Pergerakan atau peralihan keluk permintaan ke kanan
* Pertambahan permintaan
* Kuantiti diminta meningkat
- Pergerakan atau peralihan keluk permintaan ke kiri
* Pengurangan permintaan
* Kuantiti diminta menurun

Harga jagung
P
RM5
Peralihan keluk ke kanan :
✓Harga barang pengganti meningkat
✓Harga barang penggenap menurun
4
✓Pendapatan meningkat(barang biasa)
✓Jangkaan harga meningkat
3 ✓Bilangan pengguna meningkat

2
Pertambahan
permintaan D1
1
D

o 10 20 30 40 50 60 70 80
Q
Kuantiti jagung

ST/JP/POLIMAS 9
DPB10013/MICROECONOMICS

Harga jagung
P
$5 Peralihan keluk ke kiri :
✓Harga barang pengganti menurun
4 ✓Harga barang penggenap meningkat
✓Pendapatan menurun(barang biasa)
3 ✓Jangkaan harga menurun
✓Bilangan pengguna menurun
2
Pengurangan
Permintaan
1 (kuantiti menurun)
D
D1
o 10 20 30 40 50 60 70 80
Q
Kuantiti jagung

ST/JP/POLIMAS 10
DPB10013/MICROECONOMICS

Permintaan Luar Biasa

- Permintaan luarbiasa merujuk kepada permintaan yang menyalahi hukum permintaan yang
umum, dimana kuantiti barang diminta berubah secara langsung dengan tingkat harga.
- (Harga meningkat-Kuantiti diminta meningkat dan sebaliknya)
- Berlaku pada barang dan keadaan tertentu sahaja:
1. Kecemasan/Bencana alam
2. Spekulasi
3. Barang berstatus mewah
4. Barang bawahan/giffen/inferior

P Kecemasan/Bencana
alam
D

Q
0 Q Q1

ST/JP/POLIMAS 11
DPB10013/MICROECONOMICS

PENAWARAN/ SUPPLY

Definisi Penawaran :
- Penawaran merujuk kepada jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan yang sedia ditawarkan
oleh pengeluar atau firma pada pelbagai tingkat harga dan pada satu jangka masa tertentu
dengan andaian faktor faktor lain adalah tetap.

Hukum Penawaran :
- Hukum penawaran menyatakan jika tingkat harga sesuatu barang semakin tinggi,semakin
tinggi kuantiti ditawarkan terhadap barangan tersebut dan sebaliknya, jika tingkat harga
sesuatu barang semakin rendah, semakin rendah kuantiti ditawarkan terhadap barangan
tersebut dengan andaian faktor faktor lain adalah tetap.
- Hubungan antara harga(P) dan kuantiti yang ditawarkan (Qs) adalah secara positif
atau langsung.

Keluk Penawaran :
- Keluk permintaan merupakan satu keluk yang menunjukkan hubungan antara tingkat
harga sesuatu barang dengan kuantiti yang ditawarkan.
- Keluk penawaran menyambungkan setiap kombinasi harga dan kuantiti ditawarkan pada
sesuatu barang.
- Keluk penawaran mencerun ke atas dari kiri ke kanan (bercerun positif).
• Hubungan antara harga barang dan kuantiti ditawarkan adalah secara langsung.
• Apabila harga meningkat, kuantiti yang diminta akan meningkat.
• Apabila harga menurun, kuantiti yang diminta juga akan menurun.

- Jadual penawaran menunjukkan hubungan antara harga sesuatu barang dengan kuantiti yang
ditawarkan.
Kombinasi Harga (P) Kuantiti Ditawarkan(Qs)
A 5 60
B 4 50
C 3 35
D 2 20
E 1 5

Harga(RM)
$5 S

* Sambung kombinasi
2
* Keluk penawran mencerun
ke atas dari kiri ke kanan.
1

Kuantiti(Q)
o 10 20 30 40 50 60 70 80

ST/JP/POLIMAS 12
DPB10013/MICROECONOMICS

Jenis Penawaran :
- Penawaran boleh dibahagikan kepada penawaran firma dan penawaran pasaran.

* Penawaran Firma
Penawaran firma ialah kuantiti barang dan perkhidmatan yang sanggup dan mampu
dikeluarkan atau ditawarkan oleh seorang pengeluar pada tingkat harga tertentu dalam
satu jangkamasa tertentu.

* Penawaran Pasaran
Penawaran industri (pasaran) ialah jumlah kuantiti barang atau perkhidmatan yang
sanggup dan mampu dikeluarkan oleh semua firma dalam sesuatu industri atau pasaran
pada tingkat harga tertentu dalam satu jangkamasa tertentu.

Penawaran Firma
Harga(RM) Penawaran Pasaran
A B C
1 4 6 5
2 6 9 10

3 8 12 15
4 10 15 20

Keluk Penawaran Firma dan Pasaran

Harga Firma Harga Pasaran

-Tidak Anjal (curam) - Anjal (landai)

Kuantiti Kuantiti

ST/JP/POLIMAS 13
DPB10013/MICROECONOMICS

Fungsi Penawaran
- Fungsi penawaran menunjukkan hubungan antara kuantiti di ditawarkan (Qs) dan harga(P)
dalam sebutan matematik.
- Fungsi penawaran yang umum :

Qs = c + dP Qd = a-bp
Dimana:
Qs = Kuantiti ditawarkan
c = Pintasan paksi kuantiti pada harga sama dengan kosong(0)
d = Kecerunan keluk penawaran
P = Harga

Contoh:
Qs = 30 + 6P P=3, Qs = 30 + 6(3) Qs = 48 unit

- Jadual dibawah menunjukkan kuantiti ditawarkan barang X pada pelbagai tingkat harga.

Harga (RM) Kuantiti Ditawarkan (unit)


1 50
2 58
3 66
4 74

Dapatkan fungsi penawaran barang X .

Penyelesaian:
1. Gunakan persamaan serentak untuk mendapatkan nilai c dan d
2. Bentukkan 2 persamaan daripada mana mana dua tingkat harga dengan kuantiti
3. Lakukan pengiraan dengan menggunakan persamaan serentak untuk mendapatkan nilai
d dahulu.
4. Gantikan nilai d dalam mana-mana persamaan 1@2 untuk dapatkan nilai c.
5. Kemudian masukkan nilai c dan d dalam fungsi penawaran umum, Qs=c+dP

Jika P=RM1, Qs =50


dan P=RM2, Qs=58
Maka Lakukan Persamaan Serentak:
Qs = c + dP
58 = c + 2d ------ (2)
50 = c + d(1) (-) 50 = c + d ------ (1)
50 = c + d ------- (1) 8 = d ------ masukkan d=8 dalam (1) @ (2)

58 = c + d(2) 50 = c + 8
58 = c + 2d ------- (2) 50 – 8 = c
42 = c

 Fungsi Penawaran, Qs= 42 + 8P

ST/JP/POLIMAS 14
DPB10013/MICROECONOMICS

Faktor Yang Mempengaruhi Penawaran

1. Perubahan Harga Barang itu Sendiri


Dengan andaian ceteris paribus, semakin tinggi harga sesuatu barang, semakin banyak
kuantiti barang itu ditawarkan. Sebaliknya, semakin rendah harga sesuatu barang, semakin
kuranglah kuantiti barang itu ditawarkan. Harga sesuatu barang dan kuantiti barang itu
ditawarkan mempunyai hubungan positif.
Harga(RM)

P1
P
P2

Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1

Pada harga asal P, kuantiti penawaran ialah Q unit, diandaikan harga meningkat kepada P1,
kuantiti ditawarkan akan meningkat kepada Q1 unit. Sebaliknya jika harga turun kepada P2,
kuantiti yang ditawarkan akan menurun kepada Q2 unit. Perubahan yang berlaku dalam
kuantiti penawaran di tunjukkan oleh pergerakan kombinasi antara harga dan kuantiti
disepanjang keluk penawaran barang tersebut.

2. Perubahan Harga Barang Lain yang Berkaitan


- Barang pengganti/bertanding
Sesetengah barang menggunakan input pengeluaran yang sama dalam proses
pengeluaran. Contoh: tanaman bendi dan jagung, jika harga bendi meningkat P1
pengeluaran bendi bertambah, Q1, maka pengeluaran jagung akan berkurang, keluk
beralih ke S1, Q1. Hal ini kerana pengeluar akan menggunakan input yang sama untuk
meningkatkan keluaran yang lain. Hubungan antara harga dan kuantiti ditawarkan barang
pengganti adalah secara negatif.
Harga(RM) Harga(RM) Jagung
Bendi S S1 S2
S

P1 P

P
P2

Kuantiti(Q) Kuantiti(Q)
Q2 Q Q1 ) Q1 Q Q2
0 0

ST/JP/POLIMAS 15
DPB10013/MICROECONOMICS

- Barang penggenap/bersama
Penawaran barang adalah secara serentak atau bersama. Jika harga barang penggenap
meningkat, kuantiti barang penggenap juga akan meningkat. Contoh : Dakwat dan Pen,
Jika harga dakwat meningkat, kuantiti pengeluaran pen juga akan meningkat, dan
sebaliknya. Hubungan harga dan kuantiti barang penggenap adalah secara positif.

Harga(RM) Harga(RM
Dakwat ) Pen

P1
P
P
P2
S2 S S1

Kuantiti(Q) Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1 ) 0 Q2 Q Q1

3. Harga faktor-faktor pengeluaran


Perubahan harga faktor-faktor pengeluaran akan mempengaruhi penawaran sesuatu barang.
Kenaikan harga faktor bermaksud peningkatan dalam kos pengeluaran. Pengeluar terpaksa
membayar kos yang lebih tinggi dalam pengeluaran. Sesetengah pengeluar akan
menghentikan pengeluaran atau mengurangkan pengeluaran. Penawaran pasaran akan
dikurangkan.

Harga(RM Jagung
) Kos Pengeluaran Turun
– keluk S berpindah ke S1, kuantiti penawaran meningkat
dari Q kepada Q1

Kos Pengeluaran Meningkat


P – keluk S berpindah ke S2, kuantiti penawaran berkurang
dari Q kepada Q2

S2 S S1

Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1

ST/JP/POLIMAS 16
DPB10013/MICROECONOMICS

4. Tingkat Teknologi
Perkembangan teknologi baru dapat menjimatkan penggunaan faktor-faktor pengeluaran
dan mempercepatkan pengeluaran barangan. Dengan pengurangan dalam kos dan
penambahan keuntungan, firma digalakkan meningkatkan penawaran, keluk penawaran
akan beralih ke kanan.

5. Matlamat Pengeluar

- Memaksimumkan Pengeluaran
Firma yang ingin memaksimumkan pengeluaran akan menawarkan kuantiti barang
seberapa banyak yang mampu. Contoh firma yang memaksimumkan pengeluaran ialah
firma yang dimiliki oleh kerajaan, maka keluk penawaran akan beralih ke kanan.

- Memaksimumkan Keuntungan
Firma yang ingin memaksimumkan keuntungan tidak akan menawarkan kuantiti dengan
maksimum. Oleh itu, penawaran adalah terhad.

6. Dasar Kerajaan
- Mengenakan cukai
Pengutipan cukai ke atas sesuatu barang akan menaikkan kos pengeluaran firma.
Peningkatan kos ini akan menyebabkan penurunan penawaran. Kesannya keluk
penawaran berpindah ke kiri.

- Memberi subsidi
Pemberian subsidi ke atas sesuatu barang akan mengurangkan kos pengeluaran firma. Hal
ini akan mendorong firma menawarkan lebih banyak barang itu dan penawaran barang
tersebut akan meningkat.

Harga(RM) Jagung

S2 S S1
Kerajaan berikan subsidi :
– keluk S berpindah ke S1, kuantiti penawaran meningkat
dari Q kepada Q1

Kerajaan mengenakan cukai :


P – keluk S berpindah ke S2, kuantiti penawaran berkurang
dari Q kepada Q2

Kuantiti(Q)
0 Q2 Q Q1

7. Bilangan Pengeluar
Bilangan pengeluar dalam pasaran mempengaruhi jumlah keluaran. Jika bilangan pengeluar
meningkat , maka pengeluaran pasaran juga akan meningkat, keluk penawaran akan beralih
ke kanan dan sebaliknya, jika bilangan pengeluar berkurang, jumlah keluaran pasaran juga
akan berkurang, keluk penawaran akan beralih ke kiri.

8. Musim atau Cuaca


Contohnya, bila tiba musim hujan, pengeluaran terhadap payung dan baju hujan akan
meningkat, keluk penawaran akan beralih ke kanan.

ST/JP/POLIMAS 17
DPB10013/MICROECONOMICS

Perubahan Pada Keluk Penawaran

Perubahan kuantiti ditawarkan boleh berubah dalam dua keadaan:

1. Perubahan kuantiti ditawarkan akibat perubahan harga bagi barang itu sendiri yang
ditunjukkan oleh perubahan kuantiti serta pergerakkan disepanjang keluk
penawaran yang sama.

- Wujud apabila harga barang itu sendiri berubah.


- Faktor-faktor lain tetap.
- Pergerakan kombinasi ke atas:
* Pengembangan penawaran
* Kuantiti ditawarkan meningkat
- Pergerakan kombinasi ke bawah:
* Penguncupan penawaran
* Kuantiti ditawarkan menurun

Harga jagung
$5 S
Jagung
B
P QS 4

$5 60 3 A
Harga 4 50 Pengembangan
meningkat
3 35 2 Penawaran
2 20
1
1 5
o 10 20 30 40 50 60 70 80 Q
Kuantiti jagung

Harga jagung
P
$5
Jagung
A
P QS 4

$5 60 3 B
Harga menurun
4 50 Penguncupan
3 35 2 Penawaran
2 20
1
1 5
o 10 20 30 40 50 60 70 80 Q
Kuantiti jagung

ST/JP/POLIMAS 18
DPB10013/MICROECONOMICS

2. Perubahan kuantiti ditawarkan akibat perubahan faktor-faktor selain harga barang


itu sendiri, ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri atau ke kanan.

- Wujud apabila berlaku perubahan dalam lain lain faktor selain harga barang itu sendiri:
- Perubahan harga barang lain (pegganti dan penggenap)
- Perubahan teknologi
- Kos pengeluaran
- Polisi kerajaan
- Cuaca
- Matlamat pengeluar
- Bilangan pengeluar
- Ramalan/jangkaan harga masa depan
- Harga barang itu sendiri tetap
- Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ke kanan
* Pertambahan penawaran
* Kuantiti ditawar meningkat
- Pergerakan atau peralihan keluk penawaran ke kiri
* Pengurangan penawaran
* Kuantiti ditawar menurun

Harga Jagung
P S S1
$5

Jagung
4
P QS
3 Pertambahan
$5 60
Penawaran
4 50 2 (bergerak ke kanan)
3 35
2 20 1

1 5
o 10 20 30 40 50 60 70 80 Q
Kuantiti Jagung

Harga jagung
S1
P S
$5

Jagung
4
P QS
$5 60 45 3

4 50 30 Pengurangan
2 Penawaran
3 35 20 (bergerak ke kiri)
2 20 0 1
1 5 --
o 10 20 30 40 50 60 70 80 Q
Kuantiti Jagung

ST/JP/POLIMAS 19
DPB10013/MICROECONOMICS

Penawaran Luar Biasa

- Penawaran luarbiasa merujuk kepada penawaran yang menyalahi hukum penawaran yang
umum, dimana kuantiti barang ditawar berubah secara negetif dengan tingkat harga
- (Harga meningkat-Kuantiti ditawar menurun dan sebaliknya, Harga turun- Kuantiti
ditawarkan meningkat)
- Keluk penawaran luar biasa berlaku apabila pengeluar membuat jangkaan harga pada masa
hadapan:
i. Jangkaan harga meningkat oleh pengeluar
- Apabila dijangka harga akan naik dengan mendadak pada masa hadapan, pada
masakini walaupun harga naik sedikit , pengeluar akan mengurangkan penjualan
masa kini . Tujuannya adalah untuk mengaut keuntungan yang lebih besar pada masa
hadapan.

ii. Jangkaan harga turun oleh pengeluar


- Apabila dijangka harga akan turun dengan mendadak pada masa hadapan,, pada
masakini walaupun harga turun sedikit , pengeluar akan menambahkan penjualan.
Tujuannya adalah untuk menggelakkan kerugian yang lebih besar pada masa
hadapan.

ST/JP/POLIMAS 20

You might also like