You are on page 1of 3

SULIT* 1

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan empat peranan perniagaan terhadap masyarakat. [4]

2. Jelaskan tahap perniagaan primer, sekunder dan tertier yang berlaku dalam industri
perlombongan petroleum. [6]

3. Huraikan dua pendekatan kawalan kualiti. [4]

4. Berikan lima prinsip Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). [5]

5. Senaraikan lima langkah terakhir dalam proses pembelian produk industri. [5]

6. Terangkan dua jenis promosi jualan yang boleh digunakan untuk mempromosikan produk
kecantikan. [6]

7. Berikut adalah maklumat aset dan liabiliti Syarikat ABC pada 30 Jun 2019.

RM
Aset semasa 55 800
Aset tetap 31 500
Liabiliti semasa 22 000
Inventori 8 500
Liabiliti jangka panjang 15 200

Berdasarkan maklumat di atas, hitung


(a) nisbah semasa, [2]
(b) nisbah cepat. [2]

8. Huraikan sumber dana mengikut jangka masa pendek berikut:


(a) overdraf, [2]
(b) pemfaktoran, [2]
(c) trust receipt. [2]

9. Huraikan dua tindakan menarik minat untuk mengisi kekosongan jawatan dalam sesebuah
organisasi. [4]

10. X Amaran bertulis Surat tunjuk sebab Y Z


Gambar rajah 1: Proses tindakan disiplin
Berdasarkan gambar rajah 1, huraikan langkah X, Y dan Z. [6]
SULIT* 2
Bahagian B [50 markah]

Jawab semua soalan.

11. RHB Islamic Bank Berhad

RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic) merupakan salah satu perkhidmatan yang
ditawarkan oleh kumpulan perbankan RHB di Malaysia. Selain membuka cawangannya di
Malaysia, RHB Islamic merancang untuk melebarkan sayapnya ke Indonesia dan beberapa
buah negara lain. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abd Rani Lebai
Jaafar berkata pasaran perbankan Indonesia menawarkan peluang yang cukup besar kerana
majoriti penduduknya beragama Islam. Walau bagaimanapun RHB Islamic perlu
mengukuhkan kedudukannya di Malaysia terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang
keputusan besar untuk membuka cawangannya di luar negara.

Berdasarkan prestasi kewangan, RHB Islamic telah berjaya mencatatkan peningkatan


keuntungan sebelum cukai sebanyak 52% kepada RM137.8 juta bagi tahun 2011 berbanding
RM90.6 juta tahun sebelumnya. Keadaan ini disokong oleh kejayaannya mendekati
pelanggan dengan memperkenalkan perbankan bergerak “Bank on Wheel” di samping
keupayaan pekerjanya yang sentiasa menghasilkan produk berinovasi dan kompetitif
sehingga menjadikan bank ini salah satu bank pilihan ramai. Pada tahun ini juga, RHB
memperkenalkan Produk Pembiayaan Pajak Gadai Islam “Ar-Rahnu” di Kelantan. Menurut
Pengarah Urusannya, Kelantan terpilih kerana ia terkenal sebagai pusat perniagaan kecil-
kecilan utama di negara ini dan kebanyakkan wanita di negeri itu berkecimpung dalam
bidang perniagaan serta gemar memiliki emas sebagai perhiasan dan simpanan.

Di samping itu, Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dirancang oleh kerajaan
telah membuka peluang luas untuk RHB Islamic membuat penumpuan kepada pembiayaan
sektor minyak dan gas, prasarana dan beberapa projek lain.

Dalam usaha menarik orang ramai untuk menggunakan perkhidmatannya, RHB


Islamic telah mengadakan kerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
menggunakan perkhidmatan eHR2 yang membolehkan majikan membayar caruman pekerja
secara online. Pencarum juga boleh menyemak penyata KWSP di bank ini dengan cepat dan
mudah pada bila-bila masa.

Segala usaha dan kejayaan yang dicapai mendorong pihak RHB Islamic
mempelbagaikan produk yang ditawarkan. Antara jenis perkhidmatan yang disediakan
adalah kad kredit, deposit, pembiayaan kewangan, pengurusan harta dan kad debit yang
terdiri dari kad kredit platinum, kad kredit emas, akaun simpanan, semasa dan berjangka,
pembiayaan rumah, kenderaan dan ekuiti.

Berdasarkan kes di atas,


(a) jelaskan persekitaran umum dan persekitaran tugas yang mempengaruhi prestasi perniagaan
RHB Islamic, [23]
(b) jelaskan lini produk yang ditawarkan oleh RHB Islamic. [11]
SULIT* 3
Jawab satu soalan sahaja, sama ada soalan 12 atau soalan 13.

12. Terangkan empat jenis susun atur proses pengeluaran. [16]

ATAU
13. Terangkan prinsip ganti rugi dalam insurans. [16]

© Penang Free School 2019

You might also like