You are on page 1of 5

LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING KE SEKOLAH

KEBANGSAAN TEMENGGONG ABDUL RAHMAN 1, JOHOR

PENDAHULUAN

Bagi menyempurnakan Program Bina Insan Guru(BIG) Fasa V, kami telah


merancang satu lawatan penanda aras (benchmarking) ke Sekolah Kebangsaan
Temenggong Abdul Rahman 1, Johor(STAR 1). Lawatan ini melibatkan 40 orang
siswa guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 5 yang
mengambil subjek major Kemahiran Hidup. Kami bertolak dari kampus pada jam
7.45 pagi dengan berkenderaan sendiri dan diiringi oleh dua orang pensyarah
opsyen iaitu Encik Ahmad Puad Aris dan Puan Cheng Yoke Fong. Kami disambut
oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu Encik Che Kamaludin.

Objektif lawatan ini adalah untuk memdedahkan siswa guru kepada


persekitaran sekolah dan memilih satu imej sekolah yang boleh dijadikan penanda
aras yang berkaitan dengan opsyen kami. Kami telah memilih Bengkel Kemahiran
Hidup STAR 1 untuk dijadikan penanda aras dalam pengurusan sebuah bengkel
kemahiran hidup yang baik dan boleh dijadikan contoh. Setelah diberi penerangan
serba sedikit mengenai sekolah, kami telah dibawa ke persekitaran sekolah dan
seterusnya ke Bengkel Kemahiran Hidup.

KETERANGAN BENGKEL

Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1 telah dibina bersama-sama dengan


terbinanya bangunan baru sekolah pada tahun 1996. Bengkel ini diuruskan oleh dua
orang guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel ini mempunyai
8 buah meja kerja berserta 40 buah kerusi, sebuah meja guru dan peralatan bengkel
yang lain. Semua peralatan bengkel telah dibeli dengan wang peruntukan sekolah.

Bengkel ini terletak betul-betul ditepi laluan ke kantin dan menghadap ke


dataran perhimpunan sekolah. Kedudukan yang strategik dan sentiasa menarik
perhatian orang yang melaluinya. Apabila masuk sahaja ke dalam bengkel, benda
pertama yang menarik perhatian adalah panel alatan tangan yang terlekat di dinding.
Pintu masuk Bengkel Kemahiran Hudup STAR 1

Panel alatan tangan

KEMUDAHAN BENGKEL

Bengkel ini mempunyai kemudahan peralatan yang serba lengkap. Ini


termasukklah peralatan untuk bahan bantu mengajar. Apa yang menariknya,
peralatan tersebut dipaparkan di sudut bengkel dan membolehkan pelajar melihatnya
dengan jelas. Selain itu, kemudahan ICT juga disediakan dalam bengkel ini bagi
memudahkan guru menyampikn ilmu selras dengan perkembangan teknologi yang
semkin moden.
Alatan dipaparkan di dinding LCD disediakan

Basikal sebagai bahan bantu mengajar susunan meja pelajar

Alatan disimpan dengan kemas di dalam laci penerangan oleh guru tentang alatan
KESELAMATAN BENGKEL

Aspek paling penting dalam sebuah bengkel adalah keselamatan.


Keselamatan ketika melakukan kerja amat dititik beratkan dalam pengurusan
bengkel ini. Maka tidak hairanlah jika guru sentiasa menegaskan aspek ini.
Peraturan bengkel diletakkan di hadapan pintu utama dengan harapan pelajar
sentiasa waspada terhadap keselamatan mereka setiap kali masuk ke bengkel.
Pakaian bengkel yang sesuai juga perlu dipakai untuk melakukan kerja. Selain itu,
peti pertolongan cemas dan panduan melakukan pertolongan cemas turut diletakkan
di dalam bengkel.

Peraturan bengkel dihadapan pintu utama contoh pakaian bengkel

Peti pertolongan cemas meja guru


CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Melalui pemerhatian yang telah kami buat, sudah tentu ada kekurangan yang
dikesan. Kekurangan yang perlu dilakukan penambahbaikan adalah mengenai
susunan beberapa perabot. Sebagai contoh, ada perabot yang diletakkan ditengah-
tengah laluan. Ini menyebabkan laluan menjadi sempit dan menyukarkan pergerakan
pelajar. Apa yang boleh dilakukan seperti mengalihkan perabot ini dan diletakkan di
sudut lain. Selain itu, keluasan bengkel yang agak sempit tidak sesuai untuk
meletakkan barangan yang terlalu banyak. Mungkin, guru boleh mengeluarkan
beberapa barangan yang kurang diperlukan.

PENUTUP

Setelah membuat pemerhatian terhadap Bengkel Kemahiran Hidup STAR 1,


kami telah dapat membayangkan bagaimana untuk menguruskan sesebuah bengkel
kelak. Memandangkan kami adalah bakal guru Kemahiran Hidup, kami mungkin
akan dipertanggungjawabkan untuk menguruskan sebuah bengkel. Melalui lawatan
ini, kami boleh jadikan bengkel ini sebagai penanda aras bagi menguruskan bengkel
lain kelak. Semoga lawatan ini memberi input yang baik kepada semua siswa guru
seterusnya dapat membina insan seorang bakal guru.

Bergambar kenangan bersama Che Kamaludin

You might also like