You are on page 1of 3

TOPIK 2: PASARAN DAN INSTITUSI KEWANGAN

Pensyarah: Ahmad Raflis Che Omar

Terdapat beberapa istilah asas yang perlu difahami oleh pelajar sebelum mengikuti
topik ini seperti berikut;

Istilah Penjelasan
Instrumen atau sekuriti Iaitu alat kewangan atau aset kewangan yang
diurusniagakan dalam pasaran kewangan atau institusi
kewangan seperti saham biasa, saham keutamaan, bon,
nota janji, penerimaan jurubank, kertas komersil dan
debentur.

Unit surplus Individu atau syarikat atau badan-badan yang


mempunyai lebihan dana dalam ekonomi yang bersedia
menyalurkan dana mereka kepada unit defisit melalui
pengantara kewangan seperti bank, syarikat insurans
dan sebagainya.
Unit defisit Individu atau syarikat atau badan-badan yang
mengalami kekurangan dana dalam ekonomi yang
bersedia untuk meminjam daripada unit surplus melalui
pengantara kewangan seperti bank, syarikat insurans
dan sebagainya.
Institusi kewangan Bank Negara Malaysia, Bank perdagangan, syarikat
kewangan, bank pelaburan, syarikat insurans, syarikat
takaful, rumah diskaun, institusi kewangan
pembangunan, KWSP, BSN, Lembaga Tabung Haji,
Cagamas, Perbadanan Jaminan Kredit, syarikat
pajakan, syarikat pemfaktoran, syarikat modal
gabungan, koperasi, unit amanah saham.
Pasaran kewangan Tempat atau lokasi di mana instrumen atau sekuriti
kewangan diurusniagakan seperti Bursa Malaysia.
Badan kawal selia Institusi pengawal kestabilan dan kebolehpercayaan
kewangan sistem kewangan seperti Bank Negara Malaysia, Bursa
Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Pengenalan

Sistem kewangan di Malaysia terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu (1)
Pasaran kewangan; (2) Institusi Kewangan dan (3) Badan Kawalselia Kewangan.

Sistem kewangan yang stabil amat penting sebagai pengupaya bagi menjamin
pertumbuhan ekonomi.

Peranan sistem kewangan:

1
1) Perantara dalam ekonomi – Saluran penyaluran dana daripada unit surplus
kepada unit defisit.
2) Sistem pembayaran – Menyediakan satu sistem pembayaran yang cekap
melalui instrumen kewangan, institusi dan perkhidmatan pemindahan tunai.
3) Saluran perlaksanaan dasar kewangan- Menggalakkan sistem kewangan
yang cekap menerusi institusi kewangan (perbankan dan bukan perbankan)
dan pasaran kewangan (pasaran modal, pasaran wang dan pertukaran asing,
pasaran derivatif).

Pasaran Kewangan

Pasaran kewangan merujuk kepada tempat di mana isntrumen kewangan


diurusniagakan. Terdapat beberapa bentuk pasaran kewangan seperti berikut;

a) Pasaran modal – pasaran yang mengurusniagakan instrumen sekuriti ekuiti


dan sekuriti hutang jangka panjang seperti saham biasa dan saham
keutamaan serta bon. Di Malaysia pasaran modal ialah Bursa Malaysia.

b) Pasaran wang dan pertukaran asing – pasaran yang mengurusniagakan


dana kewangan antara institusi dan juga pertukaran mata wang asing secara
atas talian dengan dikawalselia olah BNM.

c) Pasaran derivatif – pasaran yang mengurusniagakan instrumen derivatif dan


niaga hadapan aset-aset kewangan dan komoditi melalui kontrak niaga
hadapan (futures), opsyen dan swaps berdasarkan harga dan nilai aset
pendasar. Di Malaysia, pasaran ini dikendalikan oleh Bursa Malaysia
Derivatives Berhad (BMD) yang ditubuhkan pada 1993 yang merupakan anak
syarikat Bursa Malaysia Berhad. BMD mengawal selia, menyediakan servis
penyelesaian serta menawarkan produk niaga hadapan dan opsyen dari
kategori ekuiti, kadar faedah, bon, komoditi pertanian (sawit) dan komoditi
logam (emas & timah). Produk-produk BMD didagangkan melalui CME
Globex, iaitu platform dagangan elektronik yang mempunyai akses global
yang lebih meluas.

Institusi Kewangan

IK terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Institusi perbankan dan Institusi kewangan
bukan bank.

1. Institusi perbankan
a) Bank perdagangan - institusi yang menjalankan transaksi untuk orang
awam/ orang ramai dan perniagaan kecil atau SMEs. Contoh: Public
Bank, Maybank, CIMB, Affin Bank, AMBank
b) Bank saudagar / bank pelaburan – institusi perbankan untuk sektor
perniagaan, korporat atau pertubuhan. Contoh: Am Merchant Bank,
Public Merchant Bank, Allliance Merchant Bank.

2
2. Institusi kewangan bukan bank
a) Institusi kewangan pembangunan – insitusi yang menyediakan khidmat
korporat, nasihat dan kewangan sektor pembangunan. Contoh:
SMEBank, Bank Pembangunan, EXIM Bank.
b) Institusi kewangan persaraan – institusi kewangan berkaitan persaraan
dan pekerjaan. Contoh KWSP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera
c) Syarikat insurans dan takaful – institusi pengendali insurans dan
takaful. Contoh: AIA, Am Insurance, Zurich, Etiqa Takaful, PruBSN,
Takaful (M) Bhd.

Badan Kawal Selia Kewangan

1. Bank Negara Malaysia

Berperanan sebagai insitutusi utama dalam;


a) Menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan.
b) Menggalakkan pembangunan sektor kewangan yang kukuh, berdaya tahan,
progresif dan pelbagai yang menyokong sektor ekonomi benar
c) Pembangunan infrastruktur sistem kewangan bagi memajukan agenda
rangkuman kewangan.
d) Menyelia infrastruktur sistem pembayaran negara yang memberikan
penekanan terhadap aspek kecekapan dan keselamatan sistem kewangan.
e) Sebagai jurubank dan penasihat kepada Kerajaan- berkaitan dengan dasar
makroekonomi dan pengurusan hutang negara.

2. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Mengawalselia proses dan operasi pasaran modal melalui:


a) Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
b) Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak
tersenarai;
c) Meluluskan terbitan bon;
d) Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan
kontrak niaga hadapan;
e) Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
f) Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
g) Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
h) Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
i) Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu
berlesen.

Pasaran Modal dikawal oleh akta-akta Parlimen seperti:


a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007
b) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991
c) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993
d) Akta Syarikat 1965
e) Akta Syarikat Luar Pesisir 1990
f) Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010

You might also like