You are on page 1of 83

4.

0 WANG & BANK


HURAIAN TOPIK

4.1 Wang
4.2 Penawaran Wang
4.3 Teori Kewangan Keynes
4.4 Bank Pusat
4.5 Penciptaan Kredit

1
4.1 WANG
a. Menerangkan fungsi wang :
i. Alat perantaraan pertukaran
ii. Alat pengukur nilai dan unit akaun
iii. Alat penyimpanan nilai
iv. Alat bayaran tertunda

2
a. Definisi Wang
 Wang ialah benda yang dipersetujui oleh
masyarakat sebagai alat perantaraan untuk
menjalankan kegiatan pertukaran /
perdagangan.

3
Alat perantaraan
pertukaran

Alat pengukur nilai


dan unit akaun

a. Fungsi Wang
Alat penyimpanan
nilai

Alat bayaran
tertunda

4
i. Alat perantaraan pertukaran

• Kegiatan perdagangan menjadi lebih


mudah dan cekap, menjimatkan masa dan
tenaga.
• Urusniaga dapat dilakukan dengan
menggunakan wang tanpa memerlukan
kehendak serentak.
• Dapat mengatasi masalah kehendak
serentak dalam sistem barter.

5
ii. Alat pengukur nilai dan unit akaun

• Nilai barang dapat dinyatakan dalam


bentuk harga.
• Dapat dibuat perbandingan nilai di antara
barang-barang.
• Dapat mencatatkan urusan pertukaran
dan perdagangan.
• Dapat mengatasi ketiadaan sistem
pengukuran nilai dalam sistem barter.

6
iii. Alat penyimpanan nilai

• Sifat wang yang tahan lama dan nilai yang


stabil membolehkan wang menjadi alat
penyimpan nilai yang baik.
• Wang mudah disimpan dan tidak
memerlukan ruang yang luas.
• Wang dapat berfungsi mengatasi masalah
penyimpanan aset yang cepat rosak
dalam sistem barter.

7
iv. Alat bayaran tertunda

• Urus niaga dilakukan secara kredit atau


bayaran tertunda membolehkan pembeli
memperoleh barang terlebih dahulu dan
membayarnya pada masa akan datang.
• Nilai wang perlu stabil agar fungsi ini
dapat dijalankan dengan baik.

8
4.2 PENAWARAN WANG
a. Menghuraikan bekalan wang M1 dan M2

• Penawaran wang @ bekalan wang merujuk


kepada jumlah mata wang dalam edaran dan
semua deposit di institusi kewangan yang
terdapat dalam sesebuah ekonomi.
• Bekalan wang boleh dibahagikan kepada M1 dan
M2.
• M1 – Bekalan wang yang sempit
• M2 – Bekalan wang yang luas

9
Bekalan Wang M1
• M1 ialah penawaran wang dalam definisi yang sempit
iaitu terdiri daripada mata wang dalam edaran/wang
tunai dan deposit semasa.
• Mata wang dalam edaran meliputi wang syiling dan
wang kertas dalam pegangan orang ramai atau di luar
sistem bank.
• Deposit semasa/deposit permintaan ialah simpanan
sektor swasta di bank-bank perdagangan. Pemegang
akaun deposit semasa dapat menggunakan kemudahan
cek.

M1 = MATA WANG DALAM EDARAN + DEPOSIT SEMASA (CEK)

10
Bekalan Wang M2
• M2 ialah penawaran wang dalam definisi yang
luas iaitu meliputi M1 dan wang hampir.
• Wang hampir terdiri daripada deposit tetap dan
deposit tabungan sektor swasta di bank
perdagangan, deposit sijil boleh niaga dan sijil
Bank Negara.

M2 = M1 + WANG HAMPIR / SEPARA WANG

11
BEKALAN WANG DI MALAYSIA

TAHUN 2016 2017 2018

Bekalan Wang RM juta RM juta RM juta

Mata wang dalam edaran 85,480 92,388 94,297

Deposit permintaan 294,373 329,164 331,425

Separuh wang secara luas 1,275,372 1,314,893 1,468,796

12
Sumber: Bank Negara Malaysia
4.3 TEORI KEWANGAN
KEYNES
a. Menerangkan motif permintaan wang:
i. Permintaan wang untuk urus niaga
ii. Permintaan wang untuk awasan
iii. Permintaan wang untuk spekulasi

b. Menerbitkan keluk permintaan wang

c. Menjelaskan bentuk keluk penawaran wang

d. Menjelaskan keseimbangan pasaran wang


13
13
4.3 TEORI KEWANGAN
KEYNES
e. Menerangkan perubahan keseimbangan pasaran
wang kesan daripada perubahan:
i. Permintaan wang
ii. Penawaran wang

f. Menerangkan keseimbangan pasaran wang semasa


perangkap kecairan

g. Menerangkan kesan perubahan penawaran wang


terhadap:
i. Kadar bunga
ii. Pelaburan
iii. Perbelanjaan agregat
14
iv. Pendapatan negara 14
4.3 Teori Kewangan Keynes
• Teori Kewangan Keynes @ teori pilihan kecairan
menjelaskan dua (2) perkara:
1.Tujuan masyarakat meminta wang.
2.Kesan perubahan bekalan wang / penawaran wang ke
atas kegiatan ekonomi.

a. Motif Permintaan Wang


• Menurut analisis Keynes, masyarakat meminta wang
adalah untuk tiga (3) motif / tujuan, iaitu:
a. Urus niaga (transactions) - MDt
b. Awasan (precautionary) - MDp
c. Spekulasi (speculative) - MDs 15
i. Permintaan wang untuk urus niaga

• Wang diminta untuk urus niaga atau melakukan


perbelanjaan harian.
• Contoh: Isi rumah meminta wang untuk membeli
barang atau perkhidmatan dan firma meminta
wang untuk membeli faktor-faktor pengeluaran.
• Permintaan wang untuk urus niaga dipengaruhi
oleh tingkat PENDAPATAN. semakin tinggi
pendapatan, semakin banyak wang yang dipegang
untuk tujuan urus niaga.

16
• Permintaan wang untuk urus niaga berhubung positif
dengan tingkat pendapatan.

Pendapatan
Negara
MDt

Y2

Y1

0 Mt1 Mt2 Kuantiti Wang

17
• Hubungan antara kadar bunga dengan permintaan
wang untuk urus niaga

Permintaan wang untuk Kadar Bunga (%)


urus niaga TIDAK MDt (Y1) MDt (Y2)
dipengaruhi oleh kadar
bunga.

Perubahan kadar r2
bunga tidak
mempengaruhi jumlah r1
permintaan wang untuk
tujuan urus niaga.

0 Mt1 Mt2 Kuantiti Wang

18
ii. Permintaan wang untuk awasan

• Keinginan masyarakat untuk menyimpan


sebahagian wang untuk perbelanjaan di luar
jangka seperti kehilangan pekerjaan, kehilangan
kemampuan untuk bekerja dan kemalangan.
• Permintaan wang untuk awasan dipengaruhi oleh
tingkat PENDAPATAN, iaitu semakin tinggi tingkat
pendapatan, maka semakin besar permintaan
wang untuk awasan.

19
• Permintaan wang untuk awasan berhubung positif
dengan tingkat pendapatan.

Pendapatan
Negara
MDp

Y2

Y1

0 Mp1 Mp2 Kuantiti Wang

20
• Hubungan antara kadar bunga dengan permintaan wang untuk
awasan

Kadar Bunga (%)


Permintaan wang untuk MDp (Y1) MDp (Y2)
awasan TIDAK
dipengaruhi oleh kadar
bunga.
r2
Perubahan kadar bunga
tidak mempengaruhi
r1
jumlah permintaan wang
untuk tujuan awasan.

0 Mp1 Mp2 Kuantiti Wang

21
iii. Permintaan wang untuk spekulasi

• Permintaan wang untuk spekulasi berdasarkan


jangkaan keuntungan pada masa depan dengan
membuat pelaburan, contohnya dalam pasaran
saham atau pasaran sekuriti.
• Orang ramai membuat pilihan antara memegang
sebahagian kekayaan dalam bentuk wang tanpa
bunga atau melabur dalam aset seperti bon-bon
kerajaan dan saham-saham yang boleh memberi
keuntungan pada masa depan.

22
• Proses mencari keuntungan melalui spekulasi
dibuat dengan membeli saham atau bon ketika
harganya rendah dan menjualnya pada harga yang
lebih tinggi pada masa hadapan. Harga bon dan
saham dipengaruhi oleh kadar faedah/pulangan.
• Permintaan wang untuk spekulasi dipengaruhi oleh
KADAR BUNGA, iaitu berhubungan secara
songsang dengan kadar bunga.

23
◼ Ketika kadar bunga tinggi, permintaan wang untuk
spekulasi adalah rendah.

MDs &
harga
kadar bon /
bunga saham
tinggi rendah

◼ Semasa kadar bunga tinggi, harga bon/saham berada


paras yang rendah. Orang ramai terdorong untuk
membeli bon/saham kerana menjangka harga
bon/saham akan naik pada masa depan. Jumlah
wang yang dipegang berkurang kerana wang telah
digunakan untuk membeli bon/saham.
24
◼ Ketika kadar bunga rendah, permintaan wang untuk
spekulasi adalah tinggi.

kadar MDs &


bunga harga
rendah bon /
saham
tinggi

◼ Semasa kadar bunga rendah, harga bon/saham


berada paras yang tinggi. Orang ramai terdorong untuk
menjual bon/saham kerana menjangka harga
bon/saham akan turun pada masa depan. Jumlah
wang yang dipegang bertambah kerana menunggu
peluang membeli bon/saham apabila harga bon/saham
jatuh.
25
• Hubungan antara kadar bunga dengan permintaan wang
untuk spekulasi

Kadar Bunga (r %)
Permintaan wang untuk
spekulasi berhubungan
r0
songsang dengan
kadar bunga.

Permintaan wang untuk


tujuan spekulasi TIDAK r1 MDs
dipengaruhi oleh
pendapatan negara.

0 Ms1 Kuantiti Wang

26
• Pada r0% kadar bunga berada pada paras tertinggi.
Masyarakat tidak akan meminjam wang untuk
spekulasi. Wang yang sedia ada telah digunakan
untuk membeli bon kerana harga rendah. Oleh itu,
permintaan wang untuk spekulasi adalah sifar.
• Pada r1% orang ramai akan meminjam wang untuk
spekulasi kerana kadar bunga telah jatuh. Kenaikan
harga bon pada paras yang tinggi mendorong orang
ramai menjual bon untuk mendapatkan keuntungan.
Oleh itu, wang yang ada untuk tujuan spekulasi
telah bertambah.

27
b. Keluk Permintaan Wang
❖ Keluk permintaan wang diperoleh dengan mencampurkan
keluk permintaan wang untuk tujuan urus niaga (MDt),
awasan (MDp) dan spekulasi (MDs).

MD = MDt + MDp + MDs


*MD = jumlah permintaan wang

Rajah : Terbitan Keluk Permintaan Wang


r % MDtp r% r%
x
r2
r1 y
z
r0 MDs MD

0 Mtp0 QM 0 Ms Ms2 QM 0 M3 M4 M5 QM
1

Rajah a Rajah b Rajah c 28


Penerangan rajah:
• Rajah a: menunjukkan permintaan wang untuk tujuan
urus niaga dan awasan. Keluk MDtp adalah tidak
anjal sempurna, bermakna kuantiti wang yang
diminta tidak berubah, iaitu kekal pada Mtp0. Ini
kerana tidak dipengaruhi oleh kadar bunga tetapi
ditentukan oleh tingkat pendapatan.

• Rajah b: menunjukkan permintaan wang untuk tujuan


spekulasi. Keluk MDs mencerun ke bawah dari kiri ke
kanan, bermakna permintaan wang untuk spekulasi
dipengaruhi oleh kadar bunga. Apabila kadar bunga
meningkat, maka permintaan wang untuk spekulasi
akan jatuh dan sebaliknya.

29
sambungan…

• Rajah c: pada r2, jumlah kuantiti wang diminta ialah


M3 seperti ditunjukkan oleh titik x. Kuantiti wang
diminta M3 adalah sama dengan Mtp0 pada rajah a
kerana pada r2, permintaan wang untuk tujuan
spekulasi adalah sifar (keluk MDs menyentuh paksi
menegak).
• Pada r1, jumlah kuantiti wang diminta ialah M4 (M
tp0+ Ms1 ) seperti ditunjukkan oleh titik y.
• Pada r0, jumlah kuantiti wang diminta ialah M5 (Mtp0 +
Ms2) seperti ditunjukkan oleh titik z.
• Apabila titik x, y, z disambungkan terbentuk keluk
permintaan wang MD yang mencerun ke bawah dari
kiri ke kanan.

30
c. Keluk Penawaran Wang

Kadar bunga (%) ◼ Penawaran wang (MS) merujuk


kepada semua jenis wang yang
MS beredar dalam ekonomi.
◼ Jumlah MS ditentukan oleh bank
r2 pusat.
◼ Keluk MS berbentuk tidak anjal
sempurna kerana perubahan kadar
r1
bunga TIDAK mempengaruhi kuantiti
wang yang ditawarkan.

0 M0 Kuantiti Wang

31
d. Keseimbangan Pasaran Wang
◼ Keseimbangan di pasaran wang tercapai apabila jumlah
permintaan wang (MD) adalah sama dengan jumlah
penawaran wang (MS).
◼ MD = MS
Kadar Bunga MS
Lebihan
SS wang

r1

r0 E
r2
M
Lebihan
DD wang D
0 M1 M0 M2 Kuantiti Wang
Rajah: Keseimbangan Pasaran Wang 32
Penerangan rajah:
• Keseimbangan pasaran wang tercapai apabila keluk
permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk
penawaran wang (MS) pada titik E. Pada titik
keseimbangan tersebut, kuantiti wang yang diminta
dan ditawar adalah sama pada kuantiti wang, M0 dan
kadar bunga, r0 (harga bon stabil).
• Katakan r meningkat dari r0 ke r1 maka jumlah
permintaan wang (MD) lebih kecil daripada jumlah
penawaran wang (MS) dan keseimbangan tidak
tercapai. Pasaran wang mengalami Lebihan
penawaran wang sebanyak M0M1.

33
sambungan…

• Pada tingkat kadar bunga r1 orang ramai akan


menggunakan lebihan penawaran wang tersebut
untuk membeli bon. Harga bon akan naik kerana
permintaan bon bertambah. Apabila harga bon naik,
kadar bunga akan jatuh semula ke r0 dan mencapai
keseimbangan semula di titik E.
• Katakan r2 lebih rendah daripada r0 maka jumlah
permintaan wang (MD) lebih besar daripada jumlah
penawaran wang (MS) dan keseimbangan tidak
tercapai. Pasaran wang mengalami Lebihan
permintaan wang sebanyak M0M2.

34
sambungan…

• Orang ramai akan menjual bon untuk mendapatkan


wang. Penjualan ini akan menyebabkan harga bon
jatuh dan permintaan bon berkurang, seterusnya
menyebabkan kadar bunga naik semula r0 dan
mencapai keseimbangan semula di titik E.

35
e. Perubahan keseimbangan pasaran
wang
• Perubahan keseimbangan pasaran wang boleh
berlaku kesan daripada:
i. Permintaan wang
ii. Penawaran wang

36
Rajah : Perubahan keseimbangan pasaran wang akibat
perubahan PERMINTAAN WANG

Kadar Bunga MS

r1 E1

r0 E MD1
E2 MD0
r2
MD2

0 M2 M0 M1 Kuantiti Wang
37
Penerangan rajah:
• Keseimbangan asal E, pada persilangan keluk
MD0=MS. Keseimbangan kadar bunga asal pada r0
dan kuantiti wang asal ialah M0 .
• Andaikan DD wang meningkat, keluk MD0 akan
beralih ke MD1.
• Pada kadar bunga r0, kenaikan DD wang kepada MD1
akan menyebabkan kuantiti wang yang diminta
melebihi kuantiti wang yang ditawarkan, sebanyak
M0M1.
• Lebihan permintaan wang (orang ramai akan menjual
bon dan kesannya, harga bon jatuh) menyebabkan
kadar bunga naik kepada r1 sehingga keseimbangan
tercapai di titik E1 pada MD1= MS.

38
sambungan…

• Andaikan DD wang menurun, keluk DD wang akan


beralih dari MD0 ke MD2.
• Pada r0, kejatuhan DD wang kepada MD2
menyebabkan kuantiti wang yang ditawarkan
melebihi kuantiti wang yang diminta, sebanyak
M2M0.
• Lebihan penawaran wang (orang ramai akan
meminta wang @ menggunakan lebihan wang
tersebut untuk membeli bon dan kesannya, harga
bon naik) menyebabkan kadar bunga jatuh kepada r2
sehingga keseimbangan tercapai di titik E2 pada MD2
= MS.

39
Rajah : Perubahan keseimbangan pasaran wang akibat
perubahan PENAWARAN WANG

Kadar Bunga
MS2 MS0 MS1
r2 E2

r0 E

E1
r1 MD
0 M2 M0 M1 Kuantiti Wang

40
Penerangan rajah:

• Keseimbangan asal E, pada persilangan keluk


MD=MS0, kadar bunga keseimbangan asal pada r0
dan kuantiti wang asal pada M0.
• Andaikan bekalan wang meningkat, keluk MS0 akan
beralih ke MS1.
• Pada r0, kenaikan bekalan wang dari MS0 ke MS1
menyebabkan kuantiti wang yang ditawarkan dalam
ekonomi melebihi kuantiti wang yang diminta,
sebanyak M0M1.

41
sambungan…

• Lebihan penawaran wang (orang ramai akan


meminta wang @ menggunakan lebihan wang
tersebut untuk tujuan membeli bon dan kesannya,
harga bon naik) menyebabkan kadar bunga jatuh
kepada r1 sehingga keseimbangan tercapai di titik
E1 pada MS1 = MD.

42
sambungan…

• Andaikan penawaran wang menurun, keluk


penawaran wang akan beralih dari MS0 ke MS2.
• Pada r0, kejatuhan bekalan wang menyebabkan
kuantiti wang yang diminta dalam ekonomi melebihi
kuantiti wang yang ditawarkan, sebanyak M0M2.
• Lebihan permintaan wang (orang ramai akan
menjual bon dan kesannya, harga bon akan jatuh)
menyebabkan kadar bunga naik kepada r2 sehingga
keseimbangan tercapai di titik E2 pada MS2 = MD.

43
f. Keseimbangan pasaran wang semasa
perangkap kecairan
• Perangkap kecairan adalah satu keadaan apabila
permintaan wang dalam ekonomi telah menjadi anjal
sempurna / permintaan wang yang anjal sempurna
terhadap kadar bunga.
• Semasa perangkap kecairan, suasana pelaburan
adalah lembab (pelaburan dan permintaan agregat
tidak berubah) dan kadar bunga tidak akan turun
lagi.
• Pertambahan dalam penawaran wang hanya
menambah kecairan dan permintaan wang hanya
untuk tujuan urus niaga dan awasan sahaja.

44
• Menurut Keynes, Perangkap Kecairan merupakan
satu keadaan di mana keseimbangan kadar bunga
akan mencapai tahap yang paling rendah tetapi tidak
akan menjadi sifar sehingga keluk permintaan wang
untuk tujuan spekulasi menjadi anjal sempurna.
• Dalam perangkap kecairan, perubahan penawaran
wang tidak akan mempengaruhi kadar bunga. Oleh
itu, orang ramai tidak akan membeli bon untuk
mengelakkan kerugian tetapi akan memegang wang
tunai kerana menjangka kadar bunga tidak akan
jatuh lagi.

45
Rajah : Keseimbangan pasaran wang semasa
perangkap kecairan
Kadar Bunga
MS0 MS1 MS2

Perangkap
r0 E0 Kecairan

E1 E2
r1 MD

0 M0 M1 M2 Kuantiti Wang

46
Penerangan rajah:

• Keseimbangan asal, E0 pada persilangan keluk


MD=MS0 dan kadar bunga keseimbangan asal pada
r0 dan kuantiti wang asal M0.
• Andaikan penawaran wang dalam ekonomi
meningkat, keluk MS0 akan beralih ke MS1 dan kadar
bunga jatuh dari r0 ke r1.
• Keseimbangan di titik E1, pada persilangan keluk
MD=MS1 bermula keluk permintaan wang, iaitu MD
menjadi anjal sempurna.
• Menurut Keynes, pada keluk MD yang anjal
sempurna, sebarang kenaikan penawaran wang tidak
akan memberi kesan dalam penurunan kadar bunga.

47
sambungan…

• Bekalan wang meningkat daripada MS1 ke MS2,


kuantiti wang yang diminta meningkat ke M2 tetapi
kadar bunga tetap tidak berubah pada tingkat r1.
• Keadaan keluk MD yang anjal sempurna bermula
dari titik keseimbangan E1 dipanggil ‘Perangkap
Kecairan’.
• Pada perangkap kecairan, orang ramai tidak akan
membeli bon apabila dijangka kadar bunga r1 tidak
akan jatuh lagi (harga bon tidak akan naik lagi).
• Pada perangkap kecairan, kadar bunga adalah
minimum. Keadaan ini tidak akan mempengaruhi
tingkat pelaburan.

48
g. Kesan perubahan penawaran wang
terhadap r, I, AE, Y
• Menurut Keynes, pertambahan penawaran wang
atau bekalan wang akan menyebabkan kadar bunga
(r) menurun.
• Penurunan r akan menyebabkan peningkatan dalam
pelaburan (I).
• Peningkatan I, akan meningkatkan perbelanjaan
agregat (AE) dan seterusnya pendapatan negara (Y)
meningkat.

49
Rajah: Kesan Pertambahan Penawaran Wang terhadap r,
I, AE, Y
Kadar Bunga (%) Kadar Bunga (%)

MS0 MS1

r0 E0 r0
E1
r1 MD r1
I

0 M0 M1 0 I0 I1 Pelaburan
Kuantiti Wang

Rajah a Rajah b

50
Perbelanjaan Agregat
Y = AE

AE1 = C + I1 + G

AE0 = C + I0 + G
E1
+∆I

E0

∆Y

0 Ye0 Ye1 Pendapatan Negara

Rajah c
51
Penerangan rajah:
• Rajah a: keseimbangan asal pasaran wang dicapai
pada titik E0 apabila keluk MD bersilang dengan
keluk MS0. Keseimbangan kadar bunga asal ialah r0
dan kuantiti wang asal ialah M0.
• Apabila bank pusat menambahkan bekalan wang,
kuantiti wang bertambah daripada M0 kepada M1,
keluk penawaran wang beralih ke kanan dari MS0 ke
MS1.
• Pada kadar bunga r0, lebihan penawaran wang
sebanyak M0M1. Orang ramai akan meminta wang
tersebut untuk tujuan membeli bon. Kesannya,
harga bon naik dan kadar bunga jatuh ke r1.

52
sambungan…

• Rajah b: kesan kejatuhan kadar bunga dari r0 ke r1,


kos pinjaman pelaburan menurun. Ini menyebabkan
tingkat pelaburan meningkat dari I0 ke I1.
• Rajah c: menunjukkan kesan peningkatan pelaburan
terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam
ekonomi.
• Dengan pelaburan sebanyak I0, perbelanjaan
agregat dalam ekonomi adalah sebesar C + I0 + G
dan tingkat pendapatan negara ialah Ye0 pada
keseimbangan asal di titik E0.

53
sambungan…

• Kenaikan pelaburan sebesar ∆I kesan kejatuhan


kadar bunga akan menambahkan AE.
• Fungsi perbelanjaan agregat berpindah ke atas dari
C + I0 + G kepada C + I1 + G dan pada keseimbangan
baru di titik E1.
• Kesannya, keseimbangan pendapatan negara
meningkat melalui proses pengganda dari Ye0 ke
Ye1.

MS ↑ r↓ I↑ AE ↑ Y↑

54
4.4 BANK PUSAT

a. Menerangkan fungsi bank pusat:


i. Pihak berkuasa tunggal yang
mengeluarkan mata wang negara
ii. Juru bank dan penasihat kerajaan
iii.Juru bank kepada institusi kewangan
iv.Melaksanakan dasar kewangan
kerajaan
Bank Pusat
Bank Pusat ialah sebuah badan
kewangan yang dimiliki oleh kerajaan
untuk mengurus dan mengawal
perjalanan sistem kewangan negara
selaras dengan dasar-dasar ekonomi
kerajaan. Bank pusat di Malaysia
ialah Bank Negara Malaysia (BNM).

56
a. Fungsi Bank Pusat
i. Pihak berkuasa tunggal yang
mengeluarkan mata wang negara

BNM diberi kuasa oleh kerajaan untuk mencetak wang


kertas dan mengeluarkan duit syiling demi melicinkan
kegiatan urus niaga.
Jumlah mata wang yang perlu diedarkan bergantung
kepada permintaan dalam ekonomi.
Edaran wang berlebihan boleh menimbulkan inflasi.
Kekurangan pengeluaran wang pula akan melambatkan
pertumbuhan ekonomi.

57
57
Mengurus
akaun kerajaan

Mengurus hutang negara


Juru bank
ii.
dan penasihat
kerajaan Sumber dana kepada
kerajaan

Memberi nasihat
kewangan

58
58
Menguruskan akaun kerajaan

Semua hasil cukai dan hasil bukan cukai yang


diterima kerajaan dimasukkan ke dalam akaun
kerajaan.
BNM akan mengeluarkan wang daripada akaun
kerajaan untuk membiayai perbelanjaan kerajaan.
BNM menyediakan kemudahan cek, menerima
dana dan membuat pembayaran bagi pihak
kerajaan.
BNM bertanggungjawab melaksanakan perniagaan
pertukaran asing kerajaan.

59
59
Menguruskan hutang negara

BNM bertanggungjawab mendapatkan pinjaman


dari dalam dan luar negara bagi pihak kerajaan.
BNM menguruskan pinjaman dari dalam negara
melalui penjualan bil perbendaharaan dan sekuriti
kerajaan di pasaran kewangan tempatan.
BNM membantu kerajaan untuk mendapatkan
pinjaman dari luar negara melalui pasaran modal
antarabangsa seperti New York, Tokyo dan
London.
BNM juga bertanggungjawab membayar balik
pinjaman berserta faedah bagi pihak kerajaan.

60
60
Sumber dana kepada kerajaan
BNM menyediakan pinjaman sementara atau memberi
pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila
perbelanjaan kerajaan melebihi daripada hasil yang
diterima (defisit belanjawan).
Pinjaman ini akan dibayar semula dalam jangka masa
pendek oleh kerajaan tidak melebihi 3 bulan. Kadar
bunga dikenakan atas budi bicara BNM.

Memberi nasihat kewangan


BNM akan memberi nasihat kewangan kepada kerajaan
tentang hal-hal kewangan dan perbelanjaan seperti
peluang pelaburan di luar negara dan kadar pertukaran
asing.
BNM juga bertanggungjawab memastikan bekalan wang
& jumlah kredit mencukupi serta anjal untuk menghindari
tekanan inflasi atau deflasi. 61
Mengawal rizab
berkanun

Juru bank
iii. Mengawal rizab mudah
kepada institusi tunai

kewangan

Sumber pinjaman
terakhir
Mengawal rizab berkanun
(cadangan wajib)

Bank perdagangan diwajibkan untuk menyimpan


sebahagian daripada depositnya di bank pusat.
Kawalan rizab ini merupakan satu alat dasar
kewangan untuk mempengaruhi keupayaan bank
perdagangan mencipta kredit dan seterusnya
mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi.

63
63
Rizab
berkanun

Rizab berkanun adalah simpanan wajib bank


perdagangan di BNM.
Rizab berkanun dihitung berdasarkan % tertentu
daripada jumlah tanggungan bank perdagangan.
Nisbah rizab berkanun:
= Rizab berkanun x 100 %
Deposit semasa

64
64
Mengawal rizab mudah tunai
(harta cair)

Bank pusat akan menetapkan nisbah rizab


mudah tunai bank perdagangan supaya bank
perdagangan mempunyai harta mudah tunai
yang mencukupi dan mampu menunaikan semua
cek yang dikeluarkan oleh pelanggan.
Bank pusat dapat mengawal nisbah itu sebagai
satu alat dasar kewangan untuk mempengaruhi
keupayaan bank perdagangan mencipta kredit.

65
65
Rizab mudah
tunai

Rizab mudah tunai ialah simpanan tunai yang


disimpan dalam bank perdagangan sendiri, baki
penjelasan bank perdagangan di Bank Negara dan
pinjaman jangka pendek kepada gedung diskaun.
Nisbah rizab mudah tunai:
= Jumlah rizab mudah tunai x 100 %
Deposit semasa

66
66
Sumber
pinjaman
terakhir
Kemudahan pinjaman terakhir disediakan kepada
bank perdagangan yang mengalami masalah
kekurangan wang tunai untuk memenuhi tuntutan
pelanggan.
BNM memberi pinjaman kepada bank
perdagangan dalam bentuk pinjaman langsung
atau melalui pendiskaunan bil-bil jangka pendek.
BNM akan mengenakan kadar bunga atas
pinjaman yang diberikan kepada bank
perdagangan yang dikenali sebagai kadar diskaun
atau kadar bank.
67
67
iv. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan

BNM bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar


kewangan yang bertujuan mengawal bekalan wang
dan kredit dalam ekonomi.
BNM membantu kerajaan untuk mencapai tingkat
guna tenaga penuh tanpa inflasi dan mewujudkan
pertumbuhan ekonomi yang mantap.
Semasa inflasi, BNM akan menjalankan dasar
kewangan menguncup dengan mengurangkan
penawaran wang, sebaliknya semasa deflasi, BNM
akan menjalankan dasar kewangan mengembang
dengan menambahkan bekalan wang.

68
68
4.5 PENCIPTAAN KREDIT
a. Menerangkan proses penciptaan kredit:
i. Andaian
ii. Menerangkan proses penciptaan kredit
dengan menggunakan akaun ‘T’ dan jadual
dalam sistem banyak bank yang melibatkan 3
item sahaja iaitu deposit semasa, rizab dan
pinjaman.
iii. Menggunakan rumus untuk menghitung
pengganda wang, jumlah pinjaman, jumlah
rizab, jumlah deposit semasa dan jumlah
penawaran wang
iv. Menerangkan faktor yang menghadkan
penciptaan kredit
69
Penciptaan Kredit
Proses penciptaan wang daripada simpanan
semasa utama oleh bank-bank perdagangan.
Satu ciri yang membezakan bank perdagangan
dengan institusi-institusi kewangan yang lain
ialah bank perdagangan dapat mencipta deposit
semasa.
Hak bank perdagangan untuk mencipta deposit
semasa adalah berpunca daripada kuasanya
mengeluarkan cek dan kuasa pelanggannya
menggunakan cek dalam menjalankan urus niaga.

70
Deposit semasa yang dicipta oleh bank
perdagangan terbahagi kepada dua (2), iaitu:
1. Deposit semasa utama - Deposit semasa yang
pertama dicipta apabila bank perdagangan
menerima simpanan daripada pelanggan dalam
bentuk wang tunai atau cek.
2. Deposit semasa derivatif - Deposit semasa yang
dicipta apabila bank perdagangan memberi
pinjaman kepada pelanggan. Pinjaman yang
diterima dalam bentuk cek itu didepositkan
semula dalam bank. Proses ini berterusan
sehingga semua proses penciptaan kredit
lengkap.

71
i. Andaian dalam proses penciptaan kredit

1. Urusan menggunakan cek (deposit


semasa).
2. Tiada bocoran tunai.
3. Semua lebihan rizab dipinjamkan.
4. Tiada lebihan rizab di bank.

72
Individu Q yang menerima pinjaman daripada Bank A
menyimpan ceknya yang berjumlah RM80 000 dalam akaun
deposit semasa di Bank B.
Bank B akan menyimpan RM16 000 dalam bentuk rizab (20%
daripada RM80 000).
Jumlah lebihan rizab yang dipinjamkan sebanyak RM64 000
(80% daripada RM80 000) kepada individu R.

Kunci kira-kira Bank B adalah seperti berikut:

Kunci kira-kira Bank B

Aset RM Liabiliti RM
Rizab 16 000 Deposit semasa Q 80 000
Pinjaman R 64 000
Jumlah 80 000 Jumlah 80 000 74
74
Individu R yang menerima pinjaman daripada Bank B
sebanyak RM64 000 memasukkan wang tersebut ke Bank C.
Bank C akan menyimpan RM12 800 dalam bentuk rizab (20%
daripada RM64 000).
Jumlah lebihan rizab yang dipinjamkan sebanyak RM51 200
(80% daripada RM64 0000) kepada individu S.

Kunci kira-kira Bank C adalah seperti berikut:

Kunci kira-kira Bank C

Aset RM Liabiliti RM
Rizab 12 800 Deposit semasa R 64 000
Pinjaman S 51 200
Jumlah 64 000 Jumlah 64 000 75
75
Individu S yang mendapat pinjaman daripada
Bank C akan menyimpan wangnya di Bank D.
Dengan deposit semasa individu S, Bank D akan
terus memberi pinjaman.
Proses ini berterusan sehingga tiada baki bank
perdagangan yang dapat menggunakan lebihan
rizab tunai untuk memberi pinjaman (proses
penciptaan kredit akan berakhir apabila semua
wang tunai sebanyak RM100 000 yang berpunca
daripada deposit semasa yang diterima oleh
individu P di Bank A habis digunakan).

76
76
Jadual 2 : Penciptaan kredit oleh sistem banyak bank

Bank Deposit semasa Rizab (RM) Pinjaman


(RM) (20%) (RM)
(100%) (80%)
A 100 000 20 000 80 000

B 80 000 16 000 64 000

C 64 000 12 800 51 200

Lain-lain 256 000 51 200 204 800

Jumlah 500 000 100 000 400 000

77
Jadual 2 menunjukkan dengan deposit pertama
RM100 000, bank-bank perdagangan telah
menghasilkan deposit semasa RM500 000 dan
pinjaman RM400 000.
Jika Cek dimasukkan dalam deposit semasa bank,
maka jumlah pertambahan penawaran wang ialah
RM500 000.
Jika Tunai dimasukkan dalam deposit semasa
bank, maka jumlah pertambahan penawaran wang
ialah RM400 000.

78
iv. Faktor yang menghadkan proses penciptaan
kredit

Kesan penggandaan wang terhadap proses


penciptaan kredit / pertambahan bekalan
wang akan terganggu jika;
a. kebocoran wang tunai
b. kesukaran mendapatkan peminjam
c. kadar syarat pinjaman
d. keinginan untuk menjaga keutuhan bank
e. suasana pelaburan yang tidak baik
84
84
Kebocoran wang tunai

Bocoran berlaku apabila peminjam tidak


memasukkan semula wang yang dipinjam
ke dalam akaun semasanya.
Sebaliknya cek tersebut ditunaikan dan
digunakan sebahagian atau sepenuhnya
untuk berbelanja.
Keadaan ini akan mengurangkan deposit
semasa dan mengurangkan keupayaan
bank mencipta wang.
85
85
Kesukaran mendapatkan peminjam

Pelabur potensi tidak berminat kerana


ketakstabilan politik & ekonomi, kadar bunga atas
pinjaman yang tinggi dan kadar pulangan
pelaburan yang rendah.
Kecenderungan bank yang melakukan langkah
berhati-hati dalam memberi pinjaman boleh
menyebabkan mereka tidak meminjamkan semua
lebihan cadangannya.
Adalah lebih baik tidak memberi pinjaman kepada
calon peminjam yang diragui kemampuan untuk
mengembalikan wang yang dipinjam.
Keadaan ini akan mengurangkan keupayaan bank
mencipta wang. 86
86
Kadar syarat pinjaman

Jika pelabur tidak dapat mencagarkan aset


tetapnya seperti rumah, bangunan, tanah dan
saham, maka akan sukar mendapat pinjaman
daripada bank perdagangan.
Bank perdagangan tidak dapat meluluskan
permohonan pinjaman pelabur yang menghadapi
masalah mengadakan cagaran.
Jumlah pinjaman yang berkurang menyebabkan
proses penciptaan wang turut berkurang.

87
87
Keinginan untuk menjaga keutuhan bank
Bank selalu memastikan agar nisbah
cadangannya @ nisbah rizab adalah pada
peringkat yang lebih tinggi daripada nisbah
cadangan minimum yang diwajibkan oleh
bank pusat.
Sekiranya bank perdagangan menaikkan
nisbah cadangan, jumlah lebihan cadangan
/ pinjaman yang diberikan berkurang.
Keadaan ini akan mengurangkan
keupayaan bank mencipta wang.
88
88
Suasana pelaburan yang tidak baik
Jika suasana pelaburan kurang
menggalakkan akibat kemeseletan
ekonomi, kecenderungan untuk melabur
akan menurun dan pelabur tidak akan
meminjam wang daripada bank
perdagangan.
Jika kadar faedah bank dinaikkan, maka
pelabur juga kurang berminat untuk
meminjam wang daripada bank
perdagangan.
Keadaan ini akan mengurangkan
keupayaan bank mencipta wang. 89
89

You might also like