You are on page 1of 7

AhmadRaflis@UKM

EPPM2114 PENGURUSAN KEWANGAN


TOPIK 6 KADAR FAEDAH

PENDAHULUAN

 Faedah adalah kos wang.


 Dinyatakan dalam bentuk peratusan tertentu.
 Dibayar kepada unit surplus atas kesanggupan mereka
menangguhkan penggunaan pada masa kini dan meminjamkan
dana atau wang mereka kepada unit defisit dengan menanggung
risiko-risiko berkaitan tempoh matang instrumen, risiko
kemungkiran dan risiko inflasi.

 Umum mengetahui sesuatu pinjaman jika diberikan, maka ia akan


mengambil masa untuk dikutip semula atau amaun prinsipal
pinjaman itu dapat diperolehi kembali oleh si pemberi pinjam.
Berdasarkan Teori Dana Boleh Dipinjam (Loanble Funds Theory),
para pemberi pinjaman (unit surplus) adalah berhak
mendapat pampasan atas kesanggupan mereka memberi
pinjam dan menanggung risiko pinjaman.

 The loanable funds doctrine is a theory of the market interest rate.


According to this approach, the interest rate is determined by the
demand for and supply of loanable funds. The term loanable funds
includes all forms of credit, such as loans, bonds, or savings deposits.

Risiko
Tempoh matang, kemungkiran, inflasi

Beri pinjam atau labur Dapat kembali prinsipal

0 1 2 3 4 8 9 n

(RM10,000) RM10,000
+ Faedah
Faedah tahunan ( i%)

1
AhmadRaflis@UKM

BENTUK @ SEBUTAN KADAR FAEDAH

[1] Kadar Nominal (inom) @ (knom) @ (rnom)

Kadar faedah nominal – iaitu kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman
(contoh: 5% setahun).

Kadar Faedah Nominal = Kadar Faedah Sebenar + Kadar Inflasi

[2] Kadar faedah benar (k*)

Kadar faedah benar - Kadar faedah sebenar adalah kadar nominal tolak
inflasi,

Kadar Faedah Sebenar = Kadar Faedah Nominal - Kadar Inflasi

Contoh:
Jika inom ialah 5%, manakala inflasi setahun ialah 1.2%, maka kadar
faedah benar (k*) ialah 3.8%.

[3] Kadar Efektif (iefektif) @ (kefektif) @ (refektif) / Kadar faedah berkesan

Kadar faedah berkesan adalah sama seperti kaedah pengurangan baki.


Selepas setiap bayaran ansuran, anda akan membayar faedah ke atas
jumlah baki pinjaman anda. Ini bermaksud, pembayaran faedah ke
atas pinjaman anda akan berkurang setiap kali anda membayar
pinjaman anda. Jadi, pinjaman dengan kadar faedah berkesan
mempunyai jumlah pembayaran yang rendah untuk faedah.

2
AhmadRaflis@UKM

Contoh:

PENGIRAAN KADAR FAEDAH NOMINAL (inom)

Kadar faedah nominal, inom = k*+IP+ DRP+MRP+LP

Di mana,

k* - adalah kadar faedah benar


IP – premuim inflasi
DRP – premium risiko kemungkiran (default risk premium)
MRP – premium risiko kematangan (maturity risk premium)
LP – premium risiko kecairan (liquidity risk premium)

Dalam erti kata lain, inom boleh juga ditulis sebagai;

inom = [k*+IP] + [DRP+MRP+LP]


inom = Kadar bebas risiko + Premium risiko pasaran
= kRF + RP

Dalam pasaran kewangan, kadar faedah bebas risiko kRF


diwakili oleh kadar faedah sekuriti hutang terbitan kerajaan seperti bil
perbendaharaan (treasury bills) dan sekuriti hutang kerajaan (Malaysian
government securities, MGS)

3
AhmadRaflis@UKM

Manakala inom boleh diwakili oleh kadar faedah pinjaman atau


sekuriti yang diterbitkan oleh pihak swasta iaitulah mempunyai
elemen risiko pasaran (RP) seperti bon korporat atau hutang bank.

Contoh pengiraan kadar faedah

[1] Syarikat BBB menerbitkan bon dengan kadar faedah benar


sebanyak 2%, kadar premium inflasi sebanyak 1.4%, jangkaan
premium kemungkiran sebanyak 0.8%, premium risiko tempoh
matang sebanyak 1.3% dan premium kecairan sebanyak 0.5%,
Berapakah kadar faedah nominal bagi bon terbitan syarikat ini?

inom = k*+IP+ DRP+MRP+LP


= 2% + 1.4% + 0.8% + 1.3% + 0.5%
= 6.0%

4
AhmadRaflis@UKM

[2] Oppoxima Berhad menerbitkan nota hutang jangka pendek


dengan kadar pulangan bebas risiko sebanyak 3%, premium
kemungkiran 0.6% dan premium tempoh matang sebanyak 1.2%.
Berapakah kadar faedah yang akan diperolehi oleh pelabur
mereka?

Jawapan:

Info: kRF = 3% (kadar pulangan bebas risiko); DRP = 0.6%;


MRP=1.2%..... tiada maklumat LP, maknanya LP=0%

inom = k*+IP+ DRP+MRP+LP (asal formula)

inom = kRF + DRP + MRP (formula terubahsuai)


= 3% + 0.6% + 1.2%
= 4.8%

[3] Khalisha Capital Resources melabur dalam bil perbendaharaan


terbitan kerajaan pada Januari 2020. Pada masa kini, kadar
faedah benar di pasaran ialah 2.5%, manakala premium inflasi
ialah 0.9%. Hitung jumlah pulangan faedah yang akan diperolehi
oleh syarikat tersebut?
kRF = k*+IP
= 2.5% + 0.9%
= 3.4%
[4] Ali meminjam sebanyak RM20,000 daripada Bank HFH Berhad.
Beliau dikenakan bayaran balik bulanan dengan faedah sebanyak
6% setahun. Berapakah kadar faedah efektif pinjaman beliau
itu?

i
kEfektif = (1 + )n - 1
n
0.06
= (1 + )12 - 1
12

5
AhmadRaflis@UKM

= (1 + 0.005)12 - 1
= 1.0617 – 1
= 0.0617 @ 6.17% setahun

KELUK HASIL (YIELD CURVE)

The yield curve is a curve showing several yields to maturity or


interest rates across different contract lengths (2 month, 2 year, 20
year, etc. ...) for a similar debt contract.

Bacaan Tambahan:

Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman –


Reducing Balance vs Kadar Faedah Rata
UPDATED 10 DEC 2019 – BY LOANSTREET

Dua jenis kaedah yang biasa digunakan untuk mengira kadar faedah pinjaman
dalam sistem perbankan pada masa kini adalah seperti berikut:

1. Kaedah Reducing Balance


2. Kaedah kadar faedah rata

6
AhmadRaflis@UKM

Kaedah Baki Berkurangan


Kaedah ini digunakan terutamanya dalam mengira faedah yang perlu dibayar
untuk pinjaman perumahan/gadai/hartanah, kemudahan overdraf (OD) dan kad
kredit. Anda hanya membayar faedah atas baki pinjaman yang tinggal. Satu formula
pengiraan faedah reducing balance adalah seperti berikut:
Faedah yang Perlu Dibayar per Ansuran = Kadar Faedah per Ansuran * Jumlah
Pinjaman yang Tinggal
Kadar faedah yang digunakan untuk pinjaman-pinjaman ini adalah Kadar Faedah
Efektif (Effective Interest Rate) di mana kadar faedah semasa adalah sama dengan
kadar faedah yang digunakan untuk Deposit Tetap (Fixed Deposit/FD) dan Akaun
Simpanan.

Kaedah Kadar Faedah Rata


Kaedah ini digunakan terutamanya dalam mengira faedah yang perlu dibayar
untuk pinjaman peribadi dan pinjaman kereta/pinjaman sewa beli. Anda
membayar faedah atas semua baki pinjaman sepanjang tempoh pinjaman. Formula
pengiraan kadar faedah flat adalah seperti berikut:
Faedah yang Perlu Dibayar per Ansuran = (Jumlah pinjaman asal * Bilangan tahun
*Kadar faedah p.a.)/Bilangan ansuran

You might also like