You are on page 1of 6

PROGRAM 1M1E

JAWAPAN BAB 4:PADUAN PEMASARAN SET 1

2 (a) (i) Senaraikan empat jenis produk pengguna yang ditawarkan oleh
perniagaan. [4 markah]
Jawapan:
i. Produk mudah beli
ii. Produk beli belah
iii. Produk istimewa
iv. Produk tidak dicari
(ii) Kini, pengeluar telefon pintar berlumba-lumba memperkenalkan
ciri-ciri baharu untuk menarik pelanggan seperti telefon pintar
foldable iaitu boleh lentur atau dilipat. Jelaskan maksud atribut
produk bagi situasi di atas. [3 markah]
Jawapan:
Atribut produk merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat pada
sesuatu produk yang boleh membezakan daripada produk yang
lain .(1m)

Ia dapat dilihat dari segi produk mempunyai ciri-ciri tertentu dari


segi ketahanan, harga berpatutan(murah), berprestij, berprestasi
tinggi dll.(1m)

Pengguna selalunya menilai sesuatu jenama yang disukai


berdasarkan atribut produk yang dianggap penting bagi jenama
tersebut.

Contohnya pengeluar telefon pintar memperkenalkan ciri-ciri


baru seperti telefon pintar foldable iaitu boleh lentur atau dilipat.
(1m)

(iii) Syarikat Khind Malaysia menawarkan pelbagai produk elektronik


di pasaran Malaysia melalui kedai elektronik di seluruh negara.
Terangkan dua kaedah penentuan harga yang sesuai
dilaksanakan oleh syarikat ini. [2 markah]
Jawapan:
i. Kaedah Harga Berasaskan Persaingan.
Syarikat Khind boleh meletakkan harga yang sama, lebih tinggi
atau kurang daripada harga pesaing utama.

ii. Kaedah Harga Berasaskan Kos (Cost – Based Pricing )


Terdapat dua kaedah penentuan harga di bawah pendekatan ini
iaitu :

1 | Page
a) Kaedah harga tokokan kos ( Cost – Plus Pricing)
Syarikat Khind membuat penambahan mark up piawai kepada
kos sesuatu produk.

Atau

b) Kaedah Harga Berdasarkan Titik Pulang Modal.


Syarikat Khind menggunakan kaedah ini untuk menetapkan
harga yang membolehkan firma tersebut mendapat
pulang modal (JH=JK)

(iv) Terangkan dua kebaikan penggunaan pemasaran digital dalam


mempromosikan produk kepada pengguna. [4 markah]
Jawapan:

i. Pengguna terdedah kepada produk dan pelbagai jenama


secara lansung. Pemasaran digital melalui medium seperti
telefon pintar digunakan secara meluas membolehkan syarikat
membuat promosi produk mereka secara agresif melalui media
sosial seperti facebook, instagram dll.
ii. Kos rendah bagi perniagaan baru.

Pemasaran digital membolehkan semua pemasar


menggunakan platform digital untuk memasarkan produk
mereka dimana tidak perlu menggunakan premis fizikal untuk
menjual produk.

iii. Tiada limitasi geografi.

Pemasaran digital membolehkan produk dipasarkan secara


meluas sehingga ke peringkat antarabangsa.

[Mana-mana 2 jawapan di atas]

(v) Terangkan tahap saluran pengedaran peruncitan yang


diamalkan oleh perniagaan di di Malaysia .
[2 markah]
Jawapan:

2 | Page
Pengedaran peruncitan mengandungi satu tahap orang tengah.
(1m). Ia menggunakan peruncit sebagai pengantara antara
pengeluar dan pengguna. Ia dapat memendekkan masa dan
memudahkan urusniaga. (1m)

BAHAGIAN B [75 markah]


Bahagian ini mengandungi 3 soalan. Jawab semua soalan.

2 (a) Proton X70 yang asalnya dinamakan Geely Boyue telah


dilancarkan pada 12 Disember 2018 kepada pengguna di Malaysia
dengan menampilkan 4 varian iaitu 1.8TGDi Standard 2WD
AT,1.8TGDi Executive 2WD AT, 1.8TGDi Executive AWD AT dan
1.8TGDi Premium 2WD AT. Produk dilengkapo dengan ciri-ciri
teknologi baru iaitu teknologi perisian pengecaman suara “Hi Proton”
berserta beberapa inovasi lain .Setelah pelancarannya, pada Januari
lepas ia telah diterbangkan ke Pulau Langkawi bagi menguji model
SUV Proton itu yang menjadi senjata untuk syarikat automotif nasional
itu bersaing dengan pengeluar SUV lain dari Jepun, Korea Selatan
dan Eropah.

(i) Terangkan klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh Proton


Berhad. [3 markah]

Jawapan:

Produk pengguna akhir


Produk yang dibeli oleh individu atau isi rumah untuk kegunaan sendiri
atau keluarga.
Contohnya Proton Berhad menghasilkan Proton X70 yang disasarkan
kepada pembeli individu di Malaysia .
[Fakta 1m, huraian fakta 1m, kaitan kes 1m]

(ii) Selain daripada produk fizikal yang dihasilkan oleh Proton


Berhad, syarikat juga menawarkan perkhidmatan servis
kenderaan Proton kepada pelanggannya .

Jelaskan tiga perbandingan antara produk fizikal dan perkhidmatan


yang ditawarkan oleh syarikat ini. [6 markah]

Jawapan:

i. Ketaraan

3 | Page
Produk fizikal boleh dilihat, disentuh manakala perkhidmatan
tidak boleh dilihat dan disentuh. Contoh Proton X70 boleh
dilihat dan disentuh (pengguna boleh memilikinya melalui
spesifikasi bentuk, warna, keselesaan pemanduan) tetapi
servis kenderaan sebaliknya.

ii. Simpanan
Produk fizikal boleh disimpan di gudang manakala perkhidmatan
tidak boleh disimpan.Proton X70 yang dihasilkan dapat
disimpan di gudang sebelum diedarkan kepada pengguna
tetapi perkhidmatan sebaliknya.

iii. Boleh dipisahkan antara penyedia dan penerima


Produk fizikal boleh dipisahkan manakala perkhidmatan tidak
boleh dipisahkan.Proton X70 yang dihasilkan tidak
memerlukan penerima berada di lokasi pengeluaran tetapi
perkhidmatan sebaliknya.
[Fakta 1m, huraian dan kaitan kes 1m]

(iii) Terangkan satu strategi penentuan harga yang bersesuaian


digunakan oleh Proton Berhad. [3 markah]

Jawapan:

Strategi Produk Baharu-Harga Tarahan

Harga Tarahan iaitu strategi ini meletakkan harga pengenalan


produk baru di pasaran pada harga yang tinggi untuk
menarik pembeli yang tidak mementingkan harga.

Meletakkan harga pada tahap yang tinggi dan kemudian


menarah (menurunkan) harga tersebut sedikit demi
sedikit.

4 | Page
Matlamat utama adalah mendapatkan sebanyak mungkin
keuntungan daripada jualan produk baharu sebelum
pesaing memasuki pasaran.

Contohnya Proton X70 diletakkan harga pengenalan yang tinggi


kerana kenderaan yang dihasilkan melalui beberapa
inovasi yang berkaitan penggunaan teknologi baru .
[Fakta 1 m, Huraian 1m, kaitan kes 1m]

(b)Jelaskan faktor yang mempengaruhi penentuan harga bagi


sesuatu produk dari aspek berikut:

i. Pengguna
ii. Kos
iii. Persaingan
iv. Objektif syarikat [8 markah]

Jawapan:

i. Pengguna

Merujuk kepada sasaran pengguna atau sesiapa yang akan


menggunakan produk tersebut.Dalam pasaran, terdapat 3
golongan pengguna iaitu golongan atasan, pertengahan dan
bawahan. Pengeluar perlu menyesuaikan harga berasaskan
kepada 3 golongan pengguna tersebut.

Contohnya BMW disasarkan kepada golongan atasan, maka


syarikat meletakkan harga yang tinggi.

ii. Kos
Kos menentukan harga minimum yang boleh ditetapkan ke
atas sesuatu keluaran.Syarikat perlu meletakkan harga yang
dapat meliputi kos mengeluar, mengagih dan menjual
keluaran dan pada masa yang sama akan menghasilkan
pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang
diambil.

5 | Page
Contohnya Ramly Burger meletakkan harga daging burger yang
dipasarkan berdasarkan kos pengeluaran produknya.

iii. Persaingan
Keputusan penentuan harga syarikat boleh juga bergantung kepada
harga yang ditawarkan pesaing serta kemungkinan
tindakbalas pesaing terhadap penentuan harga yang
dilakukan oleh syarikat.Produk syarikat yang mempunyai
kualiti yang sama dengan produk pesaing, harga yang
diletakkan lebih kurang sama dan sebaliknya.
Contohnya HP meletakkan harga komputer yang sama dengan
harga pesaingnya yang lain .

iv. Objektif syarikat


Sesebuah syarikat mempunyai objektif-objektif perniagaan yang
tertentu. Sekiranya objektif syarikat ingin menguasai syer
pasaran,harga yang murah/rendah perlu
diletakkan.manakala sekiranya objektif syarikat untuk
mendapatkan keuntungan, harga yang lebih mhal / tinggi
perlu diletakkan.

Contohnya Pengeluar telefon bimbit Iphone ingin mencapai objektif


mendapatkan keuntungan yang tinggi, maka harga yang
tinggi diletakkan ke atas produk jenama berkenaan.

6 | Page

You might also like