You are on page 1of 22

8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记

More Create Blog Sign In

JLCY notes
Business Accounting Principle of economics STPM akaun STPM ekonomi

Saturday, April 18, 2020 Search Engine


Search

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第


About Me
5课笔记 JLCY
BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA View my complete profile

Report Abuse Labels


Business
Accounting
Principle of
economics
STPM akaun
STPM ekonomi

Blog Archive
▼ 2020 (9)
▼ April 2020 (3)
Nota STPM ekonomi sem 2 bab 1 经济
学第1课笔记

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济


学第5课笔记
5.1 Perdagangan Antarabangsa 国际贸易
Nota STPM ekonomi sem 2 bab 2 经济
Maksud Perdagangan Antarabangsa 学第2课笔记

Perdagangan antarabangsa ialah satu kegiatan aktiviti eksport dan import barangan atau ► May 2020 (2)
perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain. 国际贸易是指两个国家之间进
行进口与出口货物与服务活动。 ► June 2020 (1)

Faktor Kewujudan Perdagangan Antarabangsa ► October 2020 (1)

► November 2020 (1)


1) Perbezaan keupayaan faktor pengeluaran 生产要素能力的差别
► December 2020 (1)
Setiap negara mempunyai faktor pengeluaran seperti tanah, iklim, dan
penduduk yang berbeza dari segi jenis, kuantiti, dan kualiti. 每个国家都拥 ► 2021 (2)
有不同的生产要素和天然资源。
Malaysia yang mempunyai anugerah sumber semula jadi seperti tanah yang
subur dan beriklim panas membolehkannya menaman kelapa sawit dan
getah. 马来西亚是一个炎热地带的国家同时也拥有着肥沃的土地,所以
适合栽种油棕树和橡胶树。
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara bertukar barangan
yang tidak dapat dihasilkannya dengan negara lain.

2) Perbezaan dalam cita rasa penduduk 居民的品味的不同

Cita rasa penduduk yang berbeza antara negara mewujudkan corak


penggunaan yang berbeza. Sesetengah penduduk mempunyai cita rasa yang
positif terhadap keluaran negara lain selain barang tempatan.
Walaupun Malaysia mempunyai telefon pintar buatan tempatan seperti
berjenama Yes, tetapi cita rasa rakyat Malaysia yang mengemari telefon

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 1/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
pintar import seperti Oppo dan Huawei menyebabkan Malaysia perlu
mengimport telefon pintar dari negara lain seperti China.
Perdagangan antarabangsa dapat memaksimumkan kepuasan pengguna.

3) Perbezaan dalam tingkat teknologi 科技阶层的差别

Negara maju mempunyai tingkat teknologi tinggi mampu menghasilkan


keluaran yang lebih berkualiti dan meningkatkan daya pengeluaran dengan
kos seunit yang lebih rendah berbanding dengan negara kurang maju.
Negara China dan Jepun yang mempunyai teknologi tinggi dapat
mengeluarkan barang modal dan kelengkapan yang lebih berkualiti
berbanding dengan negara kurang maju.
Perdagangan antarabangsa membolehkan negara kurang maju mengimport
teknologi dari negara maju.

4) Perbezaan dalam kemahiran buruh 员工技能的差别

Perbezaan kemahiran buruh mempengaruhi jenis barang yang dihasilkan


oleh setiap negara.
Penduduk Jepun dan Korea Selatan yang berkemahiran tinggi dalam sektor
kedua akan mengutamakan pengeluaran barang perkilangan.
Perdagangan antarabangsa diperlukan untuk memperoleh pelbagai jenis
barang yang dihasilkan oleh tenaga buruh yang mempunyai kemahiran yang
berbeza.

*** Pink – Fakta Red – Sebab Blue – Contoh Green – Kesan

Kebaikan Perdagangan Antarabangsa

1) Memperoleh barang dan perkhidmatan yang tidak dapat dikeluarkan dalam negara 本
地居民能够享受得到本地无法生产的商品

Perbezaan keupayaan faktor pengeluaran dan perbezaan sumber semula jadi


menyebabkan sesebuah negara tidak dapat mengeluarkan barang tertentu.
Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara bertukar barangan
yang tidak dapat dihasilkannya dengan negara lain. Penduduk negara juga
dapat menikmati lebih banyak jenis barang yang tidak dapat dikeluarkan
dalam negara.
Negara Australia mengimport petroleum mentah dari Malaysia.

2) Menggalakkan pengkhususan dan peningkatan pertumbuhan ekonomi 鼓励使用专长


和提高经济成长率

Perdagangan antarabangsa menggalakkan sesebuah negara mengamalkan


pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu barang.
Pengkhususan menggalakkan penggunaan faktor pengeluaran yang cekap
lalu menyebabkan kos pengeluaran barang tertentu semakin rendah di
sesebuah negara.
Firma akan meningkatkan keluaran → keluaran negara meningkat → eksport
negara meningkat → pertumbuhan ekonomi berlaku dengan lebih pesat

3) Meluaskan pasaran 商家能够扩大市场

Perdagangan antarabangsa menggalakkan sesebuah negara mengamalkan


pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu barang yang mempunyai faedah
berbanding.
Pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi bidangan kerana dapat
meningkatkan pengelauaran secara besar-besaran dengan kos purata seunit
yang lebih rendah. Lebihan keluaran dalam negara akan dipasarkan di
peringkat antarabangsa. Liputan pasaran keluaran tersebut menjadi lebih luas
dan sasaran pasaran baharu yang wujud.

4) Meluaskan pilihan pengguna 消费者拥有更广的选择

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 2/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Perdagangan antarabangsa dapat memenuhi cita rasa pengguna yang
berbeza. Pengguna dapat membuat pilihan sama ada membeli barang
tempatan atau membeli barang import.
Rakyat Malaysia boleh memilih sama ada membeli kereta Proton(kereta
tempatan) atau membeli kereta Toyota(kereta import dari Jepun).
Secara tidak langsung, taraf hidup rakyat meningkat.

5) Pengguna dapat menikmati barang dengan harga yang lebih murah 消费者也能够享
受得到物价便宜的商品。

Perdagangan antarabangsa menggalakkan sesebuah negara mengamalkan


pengkhususan dalam pengeluaran sesuatu barang yang mempunyai faedah
berbanding.
Pengeluar dapat menikmati faedah ekonomi bidangan kerana dapat
meningkatkan pengelauaran secara besar-besaran dengan kos pengeluaran
yang lebih rendah. Maka, harga keluaran tersebut juga akan lebih rendah.
Secara tidak langsung, taraf hidup rakyat juga meningkat.

*** Pink – Fakta Red – Sebab Blue – Contoh Green – Kesan

Faedah Pengkhususan

Andaian perdagangan antarabangsa

1) Hanya dua buah negara menjalankan perdagangan antarabangsa

2) Hanya dua jenis barang dikeluarkan oleh kedua-dua negara

3) Kedua-dua negara telah mencapai tingkat guna tenaga penuh

4) Kos lepas adalah malar

5) Tiada kos pengangkutan dalam menjalankan perdagangan antarabangsa

6) Tiada sekatan perdagangan bebas

Faedah Mutlak 绝对利益

Faedah mutlak ialah faedah yang dinikmati sesebuah negara apabila negara tersebut
berkeupayaan mengeluarkan sesuatu barang yang lebih banyak berbanding dengan
negara lain dengan menggunakan faktor pengeluaran yang sama dari segi kuantiti dan
tahap kecekapan. 当一个国家与另一个国家生产同样的商品,但是生产较多数量商
品的国家会获得绝对利益。

Contoh :

Sebelum pengkhususan dan perdagangan antarabangsa :

Negara Pengeluaran Baju (helai) Pengeluaran Seluar (helai)

Malaysia 1600 3000

Thailand 3500 1400

Jumlah 5100 4400

Malaysia mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran seluar kerana Malaysia dapat
mengeluarkan 3000 helai seluar lebih banyak berbanding dengan Thailand hanya dapat
mengeluarkan 1400 helai seluar. Oleh itu, Malaysia akan mengkhusus dalam
pengeluaran seluar. 马来西亚生产裤子的数量是比泰国还要多。所以在生产裤子方
面,马来西亚是拥有绝对利益的。

Thailand mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran baju kerana Thailand dapat
mengeluarkan 3500 helai baju lebih banyak berbanding dengan Malaysia hanya dapat
mengeluarkan 1600 helai baju. Oleh itu, Thailand akan mengkhusus dalam pengeluaran
baju. 泰国生产衣服的数量是比马来西亚还要多。所以在生产衣服方面,泰国是拥
有绝对利益的。

Selepas pengkhususan dan sebelum perdagangan antarabangsa

Negara Pengeluaran Baju (helai) Pengeluaran Seluar (helai)

Malaysia 0 6000

Thailand 7000 0

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 3/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Jumlah 7000 6000

透过国际分工,每个国家都只专业生产拥有绝对利益的商品而已。所以呢,那些
拥有绝对利益的商品的生产量都会提升至两倍。That’s why经过pengkhususan后,
马来西亚的裤子生产量已经提升至6000件然而泰国的衣服生产量则是提升至7000
件。

Selepas pengkhususan dan perdagangan antarabangsa :

Dengan mengandaikan Malaysia akan mengeksport 2000 helai seluar dan kedua-dua
negara bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran sehelai seluar bersamaan
dengan 1.5 helai baju ( 1 seluar : 1.5 baju )

假设马来西亚将会eksport 2000件裤子, 然而双方都同意1 seluar : 1.5 baju 的兑换


率,之后两个国家将会进行国际交换,将导致双赢。

Negara Pengeluaran Baju (helai) Pengeluaran Seluar (helai)

Malaysia 3000 6000-2000 = 4000

Thailand 7000-(2000×1.5) = 4000 2000

Faedah yang dinikmati oleh kedua-dua negara selepas pengkhususan dan perdagangan
antarabangsa :

从以下的jadual我们可以看得出两个国家对于拥有绝对利益的商品进行专业生产和
进行国际交换之后,两个国家所获得商品的数量已经增加了不少。

Perkara Malaysia Thailand

Baju Seluar Baju Seluar


(helai) (helai) (helai) (helai)

Sebelum pengkhususan dan 1600 3000 3500 1400


perdagangan

Selepas pengkhususan dan 3000 4000 4000 2000


perdagangan

Faedah / Laba + 1400 + 1000 + 500 + 600

*** Kadar pertukaran / kadar syarat perdagangan yang menguntungkan dan


dipersetujui antara kedua-dua negara harus terletak dalam lingkungan harga relatif /
kos lepas masing-masing.

Faedah Berbanding 比较利益

Faedah berbanding ialah faedah yang dinikmati sesebuah negara apabila negara tersebut
berkeupayaan mengeluarkan sesuatu barang dengan kos lepas yang lebih rendah
berbanding dengan negara lain dengan menggunakan faktor pengeluaran yang sama dari
segi kuantiti dan tahap kecekapan. 当一个国家与另一个国家生产同样的商品,但是
生产机会成本较低的商品的国家会获得比较利益。

Contoh :

Sebelum pengkhususan dan perdagangan antarabangsa :

Negara Pengeluaran Komputer Riba Pengeluaran Telefon Pintar


(unit) (unit)

China 2000 5000

Amerika Syarikat 6000 3500

Jumlah 8000 8500

Kos lepas :

Negara Komputer Riba (unit) Telefon Pintar (unit)

China 2000 KR = 5000 TP 5000 TP = 2000 KR

1 KR = 5000/2000 TP 1 TP = 2000/5000 KR

1 KR = 2.5 TP 1 TP = 0.4 KR

Amerika Syarikat 6000 KR = 3500 TP 3500 TP = 6000 KR

1 KR = 3500/6000 TP 1 TP = 6000/3500 KR

1 KR = 0.58 TP 1 TP = 1.71 KR

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 4/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Amerika Syarikat mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran komputer
riba kerana kos lepas untuk mengeluarkan seunit komputer riba adalah lebih rendah,
iaitu 0.58 unit telefon pintar berbanding dengan 2.5 unit telefon pintar di China. Oleh
itu, Amerika Syarikat akan mengkhusus dalam pengeluaran komputer riba. 美国将会专
注生产手提电脑。这是因为美国出产手提电脑的机会成本比中国来得低,所以拥
有着比较利益。

China mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran telefon pintar kerana kos
lepas untuk mengeluarkan seunit telefon pintar adalah lebih rendah, iaitu 0.4 unit
komputer riba berbanding dengan 1.71 komputer riba di Amerika Syarikat. Oleh itu,
China akan mengkhusus dalam pengeluaran telefon pintar. 中国将会专注生产智能手
机。这是因为中国出产智能手机的机会成本比美国来得低,所以拥有着比较利
益。

Selepas pengkhususan dan sebelum perdagangan antarabangsa :

Negara Komputer Riba (unit) Telefon Pintar (unit)

China 0 10000

Amerika Syarikat 12000 0

Jumlah 12000 10000

透过国际分工,美国和中国都只专业生产拥有比较利益的商品而已。所以呢,那
些拥有比较利益的商品的生产量都会提升至两倍。经过pengkhususan后, 美国的手
提电脑的生产量已经提升至12000 unit然而中国的智能手机的生产量则是提升至
10000 unit。

Selepas pengkhususan dan perdagangan antarabangsa :

Dengan mengandaikan China akan mengeksport 4500 unit telefon pintar dan kedua-dua
negara bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran seunit telefon pintar
bersamaan dengan seunit komputer riba.

假设中国将会eksport 4500 部智能手机, 然而双方都同意1比1 的兑换率,之后两个


国家将会进行国际交换,将导致双赢。

Negara Komputer Riba (unit) Telefon Pintar (unit)

China 4500 10000-4500 = 5500

Amerika Syarikat 12000-4500 = 7500 4500

Faedah yang dinikmati oleh kedua-dua negara selepas pengkhususan dan perdagangan
antarabangsa :

从以下的jadual我们可以看得出两个国家对于拥有比较利益的商品进行专业生产和
进行国际交换之后,两个国家所获得商品的数量已经增加了不少。

Perkara China Amerika Syarikat

Kompute Telefon Kompute Telefon


r Riba Pintar r Riba Pintar

Sebelum pengkhususan dan 2000 5000 6000 3500


perdagangan

Selepas pengkhususan dan 4500 5500 7500 4500


perdagangan

Faedah / Laba + 2500 + 500 + 1500 + 1000

Kelemahan teori faedah berbanding

1) Teori faedah berbanding mengandaikan hanya dua buah negara sahaja yang
menjalankan perdagangan antarabangsa. Dalam keadaan sebenar, perdagangan
antarabangsa melibatkan banyak negara dan bukan hanya dua buah negara sahaja.

2) - Hanya dua jenis barang dikeluarkan oleh kedua-dua negara

- Melibatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan dan bukan hanya dua barang
sahaja.

3) - Kedua-dua negara telah mencapai tingkat guna tenaga penuh

- Guna tenaga penuh sukar dicapai dan biasa wujud pengangguran

4) - Setiap negara menjalankan perdagangan bebas tanpa sekatan

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 5/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
- Wujud pelbagai sekatan perdagangan seperti tarif, kuota dan kawalan pertukaran
asing

5) - Tiada kos pengangkutan

- Wujud kos pengangkutan yang tinggi apabila barang-barang atau faktor beralih dari
satu negara ke negara lain

6) - Kos lepas adalah malar

- Kos lepas tidak malar kerana faktor pengeluaran tidak homogen

** 记得如果考试题目有出kelemahan teori faedah berbanding这道问题的话,你的


huraian必须写andaian和kritikan。你的回答方式要像第一个point的句子写法一样。

*** Red – Andaian Green – Kritikan

Keburukan Perdagangan Antarabangsa

1) Persaingan hebat kepada industri muda 幼稚工业将面临激烈的竞争

Perdagangan antarabangsa menggalakkan persaingan bebas antara industri


muda tempatan dengan firma asing.
Industri muda tempatan yang masih belum menikmati ekonomi bidangan
kurang berdaya saing berbanding dengan firma asing yang menikmati
ekonomi bidangan dari segi harga dan tingkat keluaran disebabkan oleh kos
pengeluaran industri muda yang tinggi.

2) Imbangan pembayaran negatif 收支逆差

Perdagangan antarabangsa menyebabkan pertambahan import kepada negara


sedang membangun dan negara kurang maju disebabkan oleh harga barang
import secara relatif lebih rendah.
Pertambahan import menyebabkan aliran keluar wang ke luar negara
meningkat lalu menyebabkan imbangan pembayaran negatif.

3) Lambakan 倾销

Lambakan ialah tindakan firma sesebuah negara menjual keluaran negara


sendiri di pasaran luar negara pada harga yang lebih rendah daripada harga
yang dijual di pasaran dalam negaranya dengan bertujuan untuk
memonopolikan pasaran luar negara.
Lambakan akan menghalang perkembangan industri muda luar negara lalu
menyebabkan masalah pengangguran di negara tersebut meningkat.

4) Merugikan negara membangun dan negara kurang maju 造成发展中国家的亏损

Kebanyakan negara maju mengeksport barang perkilangan manakala


kebanyakan negara membangun dan negara kurang maju mengeksport bahan
mentah atau barang pertanian.
Negara membangun dan negara kurang maju mengalami kerugian kerana
harga bahan mentah dan barang pertanian secara relatifnya lebih rendah
berbanding barang perkilangan.
Negara membangun perlu mengeksport jumlah barang pertanian yang lebih
banyak untuk mengimport barang perkilangan yang sama dengan nilainya.

*** Pink – Fakta Red – Sebab Green – Kesan Dark Red – Maksud

Tujuan Sekatan Perdagangan Antarabangsa (STPM 2015)

1) Melindungi industri tempatan muda dan industri strategik 保护幼稚工业和重要工业

Industri muda = industri baru berkembang & belum menikmati ekonomi


bidangan
Kos pengeluaran tinggi
Tidak mampu bersaing dengan industri luar negara dari segi harga dan
tinngkat keluaran

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 6/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Pengenaan tarif dan kuota terhadap barang import membolehkan industri
muda untuk terus berkembang dan seterusnya bersaing dengan keluaran
negara lain.
Industri strategik = industri penting seperti industri makanan
Pelaksanaan sekatan perdagangan antarabangsa bertujuan untuk memastikan
keluaran tempatan industri ini mencukupi untuk memenuhi permintaan
rakyat tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada barang import.

2) Membaiki imbangan pembayaran defisit 改善收支逆差的问题

Nilai import melebihi nilai eksport


Pengenaan tarif menyebabkan harga barang import cenderung menjadi lebih
mahal lalu menyebabkan permintaan terhadap barang import berkurang.
Pemberian subsidi eksport menyebabkan harga barang eksport menjadi lebih
murah lalu menyebabkan permintaan eksport barang meningkat.
Pertambahan eksport dan pengurangan import dapat membaiki imbangan
pembayaran defisit

3) Meningkatkan guna tenaga dan mengatasi masalah pengangguran 增加就业机会和


减少失业问题

Perdagangan bebas menghalang perkembangan industri muda tempatan lalu


menyebabkan masalah pengangguran semakin meningkat.
Memberi perlindungan kepada industri muda dan industri strategik supaya
dapat terus berkembang dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
kepada penduduk tempatan. Kesannya, guna tenaga dalam ekonomi
meningkat dan masalah pengangguran berkurang.

4) Mengelakkan lambakan 反倾销

Negara asing maju melaksanakan dasar lambakan lalu memonopolikan


pasaran tempatan.
Pengenaan tarif menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal. Hal
ini membolehkan barang import tidak membanjiri pasaran tempatan dan
tidak menjejaskan tingkat guna tenaga di negara tersebut.

5) Mempelbagaikan ekonomi negara 使国家经济发展多样化

Sekatan terhadap import menggalakkan negara tersebut dapat mengeluarkan


keluaran dari pelbagai sektor dan mengurangkan kebergantungan barang
import. Kesannya, keluaran negara bertambah dan kegiatan ekonomi negara
meningkat.

*** Pink – Fakta Dark Red – Maksud Red – Sebelum sekatan perdagangan
antarabangsa Green – Selepas sekatan perdagangan antarabangsa

Alat Sekatan Perdagangan Antarabangsa (STPM 2013 / 2014 / 2018)

1) Tarif / Duti import 入口税

Sejenis cukai yang dikenakan terhadap barang buatan luar negara yang
dibawa masuk ke dalam sesebuah negara.
Harga barang import secara relatif menjadi lebih mahal → permintaan
terhadap barang import berkurang → nilai import menurun → eksport bersih
meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa
bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

2) Kuota 限额

Sekatan terhadap kuantiti maksimum sesuatu barang yang boleh diimport


oleh sesebuah negara dari negara lain dalam suatu tempoh tertentu.
Permintaan terhadap barang import berkurang → nilai import menurun →
eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan
akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 7/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
3) Embargo 禁运

Sekatan sempurna yang dilaksanakan oleh kerajaan sesebuah negara


terhadap barang import dari negara tertentu di mana barang import langsung
tidak dibenarkan memasuki negara tersebut.
Malaysia menyekat sepenuhnya terhadap kemasukan barang import dari
Israel.
Import negara berkurang → nilai import menurun → eksport bersih
meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa
bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

4) Kawalan pertukaran mata wang asing 外汇管制

Tindakan kerajaan melalui bank pusat mengehadkan jualan mata wang asing
kepada bank perdagangan dan institusi kewangan lain.
Penjualan mata wang asing oleh institusi kewangan kepada pengimport
tempatan dihadkan → kemampuan pengimport tempatan untuk mengimport
berkurang → permintaan terhadap barang import berkurang → nilai import
menurun → eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan &
imbangan akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit
dapat dibaiki

5) Piawaian kesihatan dan keselamatan 健康与安全标准

Pengenaan peraturan dan undang-undang yang ketat terhadap kemasukan


barang import.
Kerajaan Malaysia mewajibkan sijil dan logo halal bagi makanan yang
diimport.
Import negara berkurang → nilai import menurun → eksport bersih
meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa
bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

6) Subsidi eksport 补贴

Kos pengeluaran barang eksport berkurang → harga barang eksport secara


relatif menjadi lebih murah berbanding dengan harga barang import→
permintaan terhadap barang eksport meningkat & permintaan terhadap
barang import menurun → nilai eksport meningkat & nilai import menurun
→ eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan
akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

*** Pink – Alat sekatan Dark Red – Maksud Blue – Contoh Green – Kesan

Analisis kesan tarif terhadap perdagangan antarabangsa

Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan & penawaran domestik dan
keluk penawaran dunia sebelum & selepas tarif untuk barang X bagi sebuah ekonomi
terbuka negara Y.

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 8/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila keluk Dd bersilang dengan keluk Sd
pada harga keseimbangan (RM 10) dan kuantiti keseimbangan (800 unit).

Apabila negara Y menjalankan perdagangan antarabangsa, keseimbangan baru tercapai


apabila keluk Dd bersilang dengan keluk Sw pada harga RM 6. Pada tingkat harga RM
6, penawaran domestik hanya sebanyak 600 unit manakala permintaan domestik adalah
sebanyak 1000 unit dan wujud lebihan permintaan sebanyak 400 unit (1000-600). Maka,
negara Y perlu mengimport barang X sebanyak 400 unit untuk memenuhi lebihan
permintaan tersebut.

Apabila kerajaan mengenakan tarif sebanyak RM 2 terhadap barang X, harga barang X


yang diimport akan meningkat dari RM 6 kepada RM 8. Keluk penawaran dunia akan
beralih dari Sw kepada Sw + T. Keseimbangan baru tercapai pada harga RM 8. Pada
tingkat harga RM 8, penawaran domestik adalah sebanyak 700 unit manakala
permintaan domestik adalah sebanyak 900 unit. Maka, negara Y hanya perlu
mengimport sebanyak 200 unit barang X untuk memenuhi lebihan permintaan sebanyak
200 unit (900-700).

Aspek Perbandingan Sebelum tarif Selepas Kesan


tarif

Tingkat harga RM 6 RM 8 ↑ sebanyak RM 2

Pengeluaran 600 unit 700 unit ↑ sebanyak 100 unit


domestik

Penggunaan 1000 unit 900 unit ↓ sebanyak 100 unit


domestik

Kuantiti import 400 unit 200 unit ↓ sebanyak 200 unit

Perbelanjaan import RM 2400 RM 1600 ↓ sebanyak RM 800

Hasil kerajaan - RM 400 ↑ sebanyak RM 400 (duti


import)

Imbangan Bertambah baik akibat pengurangan import barang X


perdagangan

Imbangan Bertambah baik akibat imbangan perdagangan bertambah


pembayaran baik

*** Dd = permintaan domestik Sd = penawaran domestik Sw = penawaran dunia Sw


+ T = penawaran dunia selepas tarif

5.2 Kadar Pertukaran Asing 外汇汇率

Maksud Kadar Pertukaran Asing

简单来说,外汇 (pertukaran asing) 是指一个国家为了与其他国家进行贸易而持有


他国的货币。然而,汇率 (kadar pertukaran asing) 则是指一个国家的货币兑换另一
国货币的比率。

Kadar pertukaran asing ialah nilai mata wang tempatan yang dinyatakan dalam nilai
mata wang negara asing. Contoh : RM 1 = S$ 0.33

ATAU

Kadar pertukaran asing ialah nilai mata wang negara asing yang dinyatakan dalam nilai
mata wang tempatan. Contoh : S$ 1 = RM 3.00

Hubungan Kadar Pertukaran Asing dengan Permintaan Mata Wang Asing

Permintaan mata wang asing berkaitan dengan import sesebuah negara

Kenaikan kadar pertukaran asing (nilai S$ naik, nilai RM turun) menyebabkan harga
barang import Malaysia menjadi lebih mahal lalu menyebabkan permintaan import dari
Singapura berkurangan. Oleh itu, permintaan mata wang asing (S$) akan berkurangan.

Penurunan kadar pertukaran asing (nilai S$ turun, nilai RM naik) menyebabkan harga
barang import Malaysia menjadi lebih murah lalu menyebabkan permintaan import dari
Singapura bertambah. Oleh itu, permintaan mata wang asing (S$) akan bertambah.

Kesimpulannya, hubungan antara kadar pertukaran asing dengan permintaan mata wang
asing adalah berkadar songsang.

Hubungan Kadar Pertukaran Asing dengan Penawaran Mata Wang Asing

Penawaran mata wang asing berkaitan dengan eksport sesebuah negara

Kenaikan kadar pertukaran asing (nilai S$ naik, nilai RM turun) menyebabkan harga
barang eksport Malaysia menjadi lebih murah lalu menyebabkan permintaan barang
https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 9/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
eksport Malaysia dari Singapura meningkat. Oleh itu, penawaran mata wang asing (S$)
akan bertambah.

Penurunan kadar pertukaran asing (nilai S$ turun, nilai RM naik) menyebabkan harga
barang eksport Malaysia menjadi lebih mahal lalu menyebabkan permintaan barang
eksport Malaysia dari Singapura berkurang. Oleh itu, penawaran mata wang asing (S$)
akan berkurangan.

Kesimpulannya, hubungan antara kadar pertukaran asing dengan penawaran mata wang
asing adalah berkadar positif.

Faktor-faktor mempengaruhi permintaan mata wang asing / penawaran RM


(STPM 2014(U) / 2016(U))

1) Pelaburan langsung tempatan di luar negara 本地投资者在国外投资

Apabila firma tempatan meningkatkan pelaburan ke luar negara, permintaan terhadap


mata wang akan meningkat kerana firma tempatan akan meminta mata wang asing
untuk mendirikan kilang / membayar faktor pengeluaran / membeli saham dan
bon [ 3 选1 ] di luar negara. Untuk mendapatkan mata wang asing, firma tempatan perlu
menawarkan RM. Oleh itu, peningkatan pelaburan di luar negara menyebabkan
peningkatan permintaan mata wang asing dan peningkatan penawaran RM.

2) Pelancongan / Pendidikan ke luar negara / Kesihatan 到国外旅行 / 留学 / 接受医疗


【3选1】

Penduduk Malaysia meningkatkan perjalanan ke luar negara (seperti melancong /


melanjutkan pelajaran / mendapatkan rawatan perubatan) 【3选1】→ membuat
perbelanjaan di luar negara (seperti menyewa hotel / membayar yuran pengajian /
membiayai kos rawatan) 【 3 选 1 】 → permintaan mata wang asing meningkat →
penawaran RM meningkat

3) Permintaan terhadap barang import dari luar negara 对于进口商品的需求

Cita rasa penduduk Malaysia terhadap barang import meningkat → permintaan terhadap
barang import meningkat → penduduk perlu membiayai perbelanjaan barang import
dengan guna mata wang asing → permintaan mata wang asing meningkat → penawaran
RM meningkat

4) Penghantaran bayaran pindahan ke luar negara 把转移支付寄给外国

Penduduk Malaysia meningkatkan penghantaran bayaran pindahan ke luar negara


(seperti mengirim wang kepada ahli keluarga yang berada di luar negara) →
permintaan mata wang asing meningkat → penawaran RM meningkat

Faktor-faktor mempengaruhi penawaran mata wang asing / permintaan RM


(STPM 2016)

1) Pelaburan langsung asing dari luar negara 外国投资者来我国投资

Apabila firma asing meningkatkan pelaburan langsung asing di Malaysia, permintaan


terhadap RM akan meningkat kerana firma asing akan meminta RM untuk mendirikan
kilang / membayar faktor pengeluaran / membeli saham dan bon di Malaysia 【3
选1】. Untuk mendapatkan RM, firma asing perlu menawarkan mata wang asing. Oleh
itu, peningkatan pelaburan langsung asing dari luar negara menyebabkan peningkatan
permintaan RM dan peningkatan penawaran mata wang asing.

2) Pelancongan / Pendidikan dari luar negara / Kesihatan 来我国旅行 / 留学 / 接受医


疗【3 选1】

Rakyat asing meningkatkan perjalanan ke Malaysia (seperti melancong / melanjutkan


pelajaran / mendapatkan rawatan perubatan) 【3选1】→ membuat perbelanjaan di
Malaysia (seperti menyewa hotel / membayar yuran pengajian / membiayai kos
rawatan) 【 3 选 1 】 → permintaan RM meningkat → penawaran mata wang asing
meningkat

3) Permintaan terhadap barang eksport Malaysia dari luar negara 出口商品的需求

Cita rasa rakyat asing terhadap barang eksport Malaysia meningkat → permintaan
terhadap barang eksport Malaysia meningkat → rakyat asing perlu membiayai
perbelanjaan barang eksport dengan guna RM → permintaan RM meningkat →
penawaran mata wang asing meningkat

4) Penghantaran bayaran pindahan dari luar negara 转移支付寄来我国

Rakyat asing meningkatkan penghantaran bayaran pindahan ke Malaysia (seperti


mengirim wang kepada ahli keluarga yang berada di Malaysia) → permintaan RM
meningkat → penawaran mata wang asing meningkat

Penentuan Kadar Pertukaran Asing

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 10/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Sistem Kadar Pertukaran Asing Boleh Ubah (STPM 2017(U))

Maksud

Sistem kadar pertukaran asing boleh ubah ialah satu sistem kadar pertukaran mata wang
sesebuah negara dengan mata wang negara asing ditentukan oleh kuasa permintaan
dan penawaran mata wang asing tanpa campur tangan kerajaan.

Keluk

Huraian :

Perenggan 1 : Keseimbangan Asal

Keseimbangan asal tercapai pada titik Eo apabila keluk permintaan USD (DoDo)
bersilang dengan keluk penawaran USD (SoSo) pada kadar pertukaran USD 1 = RM
4.00 dan kuantiti USD Qo.

Perenggan 2 : Peningkatan kadar pertukaran asing (USD naik nilai 美 元 升 值 / RM


susut nilai 马币贬值)

Jika kadar pertukaran asing meningkat dari USD 1 = RM 4.00 kepada USD 1 = RM
4.30, pasaran mata wang asing tidak mencapai keseimbangan kerana wujud lebihan
penawaran USD sebanyak Q1Q2. Lebihan penawaran USD menyebabkan kadar
pertukaran USD turun dan permintaan USD meningkat serta penawaran USD
berkurang. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula pada Eo pada
kadar pertukaran USD 1 = RM 4.00.

Perenggan 3 : Penurunan kadar pertukaran asing (USD susut nilai 美 元 贬 值 / RM


naik nilai 马币升值)

Jika kadar pertukaran asing menurun dari USD 1 = RM 4.00 kepada USD 1 = RM 3.70,
pasaran mata wang asing tidak mencapai keseimbangan kerana wujud lebihan
permintaan USD sebanyak Q1Q2. Lebihan permintaan USD menyebabkan kadar
pertukaran USD naik dan permintaan USD berkurang serta penawaran USD meningkat.
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula pada Eo pada kadar
pertukaran USD 1 = RM 4.00.

Naik nilai & Susut nilai

Naik nilai USD & susut nilai RM akibat daripada pertambahan permintaan mata wang
asing / pengurangan penawaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh
ubah.

Naik nilai RM & susut nilai USD akibat daripada pengurangan permintaan mata wang
asing / pertambahan penawaran mata wang asing dalam sistem kadar pertukaran boleh
ubah.

Sistem Kadar Pertukaran Asing Tetap

Maksud

Sistem kadar pertukaran asing tetap ialah satu sistem kadar pertukaran mata wang
sesebuah negara dengan mata wang negara asing ditetapkan oleh kerajaan negara
melalui bank pusat pada satu kadar yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada
kadar yang ditetapkan oleh pasaran.

Keluk

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 11/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记

Huraian :

Perenggan 1 : Keseimbangan Asal

Keseimbangan asal tercapai pada titik Eo apabila keluk permintaan USD (DoDo)
bersilang dengan keluk penawaran USD (SoSo) pada kadar pertukaran USD 1 = RM
4.00 dan kuantiti USD Qo.

Perenggan 2 : Penetapan kadar pertukaran asing pada kadar yang lebih tinggi

Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing pada kadar yang lebih tinggi, iaitu
pada USD 1 = RM 4.30, berlaku terkurang nilai RM kerana semakin banyak RM yang
diperlukan untuk mendapatkan USD 1. Pada kadar pertukaran ini, pasaran mata wang
asing mengalami lebihan penawaran USD sebanyak Q1Q2. Untuk mengekalkan kadar
pertukaran pada USD 1 = RM 4.30, bank pusat akan membeli / meminta lebihan
penawaran USD dan menawarkan RM.

Perenggan 3 : Penetapan kadar pertukaran asing pada kadar yang lebih rendah

Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran asing pada kadar yang lebih rendah, iaitu
pada USD 1 = RM 3.70, berlaku terlebih nilai RM kerana semakin sedikit RM yang
diperlukan untuk mendapatkan USD 1. Pada kadar pertukaran ini, pasaran mata wang
asing mengalami lebihan permintaan USD sebanyak Q1Q2. Untuk mengekalkan kadar
pertukaran pada USD 1 = RM 3.70, bank pusat akan memjual / menawarkan lebihan
permintaan USD dan meminta RM.

Devaluasi 自贬 (STPM 2015(U) / 2017)

Maksud :

Devaluasi ialah tindakan kerajaan sesebuah negara menurunkan nilai mata wang
negaranya berbanding dengan nilai mata wang negara lain.

Contoh :

Andaikan kadar pertukaran asal S$ 1 = RM 3.00, devaluasi RM berlaku apabila kerajaan


Malaysia menurunkan nilai RM berbanding dengan nilai Dolar Singapura dengan
menetapkan kadar pertukaran pada S$ 1 = RM 3.20.

Kesan terhadap imbangan pembayaran :

Devaluasi RM → harga barang tempatan / barang eksport menjadi lebih murah & harga
barang import menjadi lebih mahal → permintaan terhadap barang eksport meningkat &
permintaan terhadap barang import berkurang → nilai eksport meningkat & nilai import
menurun → eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan
akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

Kesan terhadap ekonomi Malaysia :

a) Devaluasi RM → peningkatan permintaan barang eksport Malaysia & pengurangan


permintaan barang import → firma tempatan meningkatkan keluaran → keluaran negara
meningkat → pendapatan negara meningkat

b) Devaluasi RM → firma tempatan meningkatkan keluaran → permintaan tenaga


buruh oleh firma meningkat → peluang pekerjaan meningkat → guna tenaga meningkat
→ pengangguran dalam ekonomi berkurang

Faktor-faktor yang mempengaruhi Kadar Pertukaran Asing (STPM 2019)

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 12/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
1) Perubahan harga barang eksport 出口商品的价格的变动

Kenaikan harga barang eksport Malaysia menyebabkan permintaan terhadap barang


eksport Malaysia berkurang dan eksport Malaysia ke negara asing seperti Amerika
Syarikat berkurang. Oleh itu, permintaan mata wang Malaysia (RM) berkurang dan
penawaran mata wang asing (USD) berkurang.

ATAU

Penurunan harga barang eksport Malaysia menyebabkan permintaan terhadap barang


eksport Malaysia meningkat dan eksport Malaysia ke negara asing seperti Amerika
Syarikat meningkat. Oleh itu, permintaan mata wang Malaysia (RM) meningkat dan
penawaran mata wang asing (USD) meningkat.

2) Perubahan harga barang import 进口商品的价格的变动

Kenaikan harga barang import (Amerika Syarikat) → permintaan barang import


berkurang → permintaan USD berkurang & penawaran RM berkurang

ATAU

Begitu juga sebaliknya.

3) Perubahan tingkat harga umum dalam negara 国家的市场价格的变动

Malaysia berlaku inflasi → harga barang eksport Malaysia menjadi lebih mahal →
permintaan barang eksport Malaysia berkurang → eksport Malaysia ke Amerika
Syarikat berkurang → permintaan RM berkurang & penawaran USD berkurang

ATAU

Begitu juga sebaliknya.

4) Perubahan cita rasa masyarakat 社会品味的变动

Cita rasa rakyat Malaysia terhadap barang import Amerika Syarikat meningkat →
permintaan terhadap barang import Amerika Syarikat meningkat → permintaan USD
meningkat & penawaran RM meningkat

ATAU

Begitu juga sebaliknya.

5) Pelancongan / Pendidikan / Kesihatan ke luar negara 到国外旅行 / 留学 / 接受医疗

Lebih ramai rakyat Malaysia suka melancong / melanjutkan pelajaran / menerima


rawatan ke Amerika Syarikat → perbelanjaan di Amerika Syarikat meningkat →
permintaan USD meningkat & penawaran RM meningkat

ATAU

Begitu juga sebaliknya.

Perubahan Kadar Pertukaran Asing (STPM 2018(U) / 2019(U))

Jenis Keluk Kadar Pertukaran Asing

1) Permintaan mata wang asing meningkat

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 13/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
2) Permintaan mata wang asing berkurang

3) Penawaran mata wang asing meningkat

4) Penawaran mata wang asing berkurang

我 刚 刚 整 理 出 一 个 superlist, 以 下 的 superlist 是 讲 解 有 关 什 么 样 的 情 况 会 影 响 到
permintaan和penawaran USD, 希望能够帮助到你们应付esei bab 5的题目。

SUPERLIST

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 14/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记

Situasi Kesan terhadap Kesan terhadap


permintaan / nilai USD &
penawaran USD nilai RM

Permintaan terhadap barang import meningkat Permintaan USD naik nilai


terhadap USD
1) Harga barang import Amerika Syarikat meningkat &
menurun
RM susut nilai
2) Kerajaan Malaysia menurunkan tarif
terhadap barang import dari Amerika Syarikat

3) Rakyat Malaysia lebih suka / menggemari


menggunakan barang keluaran Amerika
Syarikat

4) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di


Malaysia menyebabkan pendapatan negara
Malaysia meningkat lalu menyebabkan
kemampuan Malaysia untuk membeli barang
keluaran Amerika Syarikat meningkat

5) Kemerosotan kualiti barang pengganti import


keluaran tempatan

6) Berlaku inflasi di Malaysia

Pelaburan langsung tempatan di Amerika Permintaan USD naik nilai


Syarikat meningkat terhadap USD
meningkat &
7) Pelabur Malaysia membeli aset tetap di
Amerika Syarikat meningkat RM susut nilai

8) Kadar pulangan pelaburan di Amerika


Syarikat tinggi

Pelancongan Permintaan USD naik nilai


terhadap USD
9) Tempat pelancongan yang menarik di meningkat &
Amerika Syarikat menggalakkan semakin ramai
rakyat Malaysia melancong ke Amerika RM susut nilai
Syarikat

Pendidikan Permintaan USD naik nilai


terhadap USD
10) Peningkatan kualiti pendidikan dan meningkat &
kemudahan ICT yang terkini di Amerika
Syarikat menarik minat semakin ramai pelajar RM susut nilai
Malaysia melanjutkan pelajaran di Amerika
Syarikat

Kesihatan Permintaan USD naik nilai


terhadap USD
11) Kemudahan atau rawatan perubahan yang meningkat &
canggih & maju di Amerika Syarikat
menggalakkan semakin ramai pesakit Malaysia RM susut nilai
menerima rawatan di Amerika Syarikat

Peningkatan penghantaran bayaran pindahan ke Permintaan USD naik nilai


Ameika Syarikat terhadap USD
meningkat &
12) Semakin ramai penduduk Malaysia
mengirim wang kepada ahli keluarga yang RM susut nilai
tinggal di Amerika Syarikat

Permintaan terhadap barang import berkurang Permintaan RM naik nilai


terhadap USD
13) Harga barang import Amerika Syarikat berkurang &
meningkat
USD susut nilai

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 15/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
14) Kerajaan Malaysia menaikkan tarif terhadap
barang import dari Amerika Syarikat

15) Rakyat Malaysia lebih suka / menggemari


menggunakan barang keluaran tempatan

16) Berlaku kemelesetan ekonomi di Malaysia


menyebabkan pendapatan negara Malaysia
menurun lalu menyebabkan kemampuan
Malaysia untuk membeli barang keluaran
Amerika Syarikat berkurang

17) Peningkatan kualiti barang pengganti


import keluaran tempatan

Pelaburan langsung tempatan di Amerika Permintaan RM naik nilai


Syarikat berkurang terhadap USD
berkurang &
18) Pelabur Malaysia kurang minat untuk
melabur di Amerika Syarikat USD susut nilai

19) Kadar pulangan pelaburan di Amerika


Syarikat rendah

Pelancongan Permintaan RM naik nilai


terhadap USD
20) Semakin kurang rakyat Malaysia berkurang &
melancong ke Amerika Syarikat
USD susut nilai

Pendidikan Permintaan RM naik nilai


terhadap USD
21) Semakin kurang pelajar Malaysia berkurang &
melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat
USD susut nilai

Kesihatan Permintaan RM naik nilai


terhadap USD
22) Semakin kurang pesakit Malaysia berkurang &
menerima rawatan di Amerika Syarikat
USD susut nilai

Pengurangan penghantaran bayaran pindahan Permintaan RM naik nilai


ke Ameika Syarikat terhadap USD
berkurang &
23) Semakin kurang penduduk Malaysia
mengirim wang kepada ahli keluarga yang USD susut nilai
tinggal di Amerika Syarikat

Permintaan terhadap barang eksport meningkat Penawaran RM naik nilai


terhadap USD
24) Harga barang eksport Malaysia menurun meningkat &

25) Kerajaan Amerika Syarikat menurunkan USD susut nilai


tarif terhadap barang eksport Malaysia

26) Rakyat Amerika Syarikat lebih suka /


menggemari menggunakan barang keluaran
Malaysia

27) Pertumbuhan ekonomi yang pesat di


Amerika Syarikat menyebabkan pendapatan
negara Amerika Syarikat meningkat lalu
menyebabkan kemampuan Amerika Syarikat
untuk membeli barang keluaran Malaysia
meningkat

28) Berlaku inflasi di Amerika Syarikat

Pelaburan langsung asing dari Amerika Penawaran RM naik nilai


Syarikat meningkat terhadap USD
meningkat &
29) Pelabur Amerika Syarikat membeli aset
tetap di Malaysia meningkat USD susut nilai

30) Kadar pulangan pelaburan di Malaysia


tinggi

31) Kerajaan Malaysia melaksanakan


liberalisasi perdagangan untuk menggalakkan
kemasukan pelaburan firma asing

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 16/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
Pelancongan Penawaran RM naik nilai
terhadap USD
32) Pelaksanaan kempen Cuti-cuti Malaysia meningkat &
oleh kerajaan Malaysia menggalakkan semakin
ramai rakyat Amerika Syarikat melancong ke USD susut nilai
Malaysia

Pendidikan Penawaran RM naik nilai


terhadap USD
33) Peningkatan kualiti pendidikan dan meningkat &
penyediaan kemudahan pendidikan yang terkini
di IPTA Malaysia menarik minat semakin ramai USD susut nilai
pelajar Amerika Syarikat melanjutkan pelajaran
di Malaysia

Kesihatan Penawaran RM naik nilai


terhadap USD
34) Peningkatan kualiti kemudahan atau meningkat &
rawatan perubahan di Malaysia menggalakkan
semakin ramai pesakit Amerika Syarikat USD susut nilai
menerima rawatan di Malaysia

Peningkatan penghantaran bayaran pindahan ke Penawaran RM naik nilai


Malaysia terhadap USD
meningkat &
35) Semakin ramai warganegara Malaysia yang
bekerja di Amerika Syarikat mengirim wang USD susut nilai
kepada ahli keluarga yang tinggal di Malaysia

Permintaan terhadap barang eksport menurun Penawaran USD naik nilai


terhadap USD
36) Harga barang eksport Malaysia meningkat berkurang &

37) Kerajaan Amerika Syarikat menaikkan tarif RM susut nilai


terhadap barang eksport Malaysia

38) Rakyat Amerika Syarikat lebih suka /


menggemari menggunakan barang keluaran
tempatannya

39) Berlaku kemelesetan ekonomi di Amerika


Syarikat menyebabkan pendapatan negara
Amerika Syarikat menurun lalu menyebabkan
kemampuan Amerika Syarikat untuk membeli
barang keluaran Malaysia berkurang

40) Berlaku inflasi di Malaysia

Pelaburan langsung asing dari Amerika Penawaran USD naik nilai


Syarikat berkurang terhadap USD
berkurang &
41) Pelabur Amerika Syarikat kurang minat
untuk melabur di Malaysia RM susut nilai

42) Kadar pulangan pelaburan di Malaysia


rendah

Pelancongan Penawaran USD naik nilai


terhadap USD
43) Semakin kurang rakyat Amerika Syarikat berkurang &
melancong ke Malaysia
RM susut nilai

Pendidikan Penawaran USD naik nilai


terhadap USD
44) Semakin kurang pelajar Amerika Syarikat berkurang &
melanjutkan pelajaran di Malaysia
RM susut nilai

Kesihatan Penawaran USD naik nilai


terhadap USD
45) Semakin kurang pesakit Amerika Syarikat berkurang &
menerima rawatan di Malaysia
RM susut nilai

Pengurangan penghantaran bayaran pindahan Penawaran USD naik nilai


ke Malaysia terhadap USD
berkurang &
46) Semakin kurang warganegara Malaysia
yang bekerja di Amerika Syarikat mengirim RM susut nilai
wang kepada ahli keluarga yang tinggal di
Malaysia

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 17/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记

Teknik Menulis Huraian

Perenggan 1 : Keseimbangan Asal

Keseimbangan asal dicapai pada titik Eo apabila keluk permintaan mata wang asing
DoDo bersilang dengan keluk penawaran mata wang asing SoSo pada kadar
pertukaran dan kuantiti mata wang asing .

Perenggan 2 : Kaitkan Dengan Situasi

Apabila berlaku, akan menyebabkan keluk


permintaan / penawaran mata wang asing akan beralih ke kiri / kanan , iaitu dari
ke .

Perenggan 3 : Bandingkan Dengan Kadar Pertukaran Asal

Pada kadar pertukaran asal , berlaku lebihan permintaan /


penawaran mata wang asing sebanyak menyebabkan kadar pertukaran
asing naik / turun dan permintaan mata wang asing meningkat / berkurang serta
penawaran mata wang asing meningkat / berkurang.

Perenggan 4 : Keseimbangan Baru

Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk
permintaan mata wang asing asal / baru DoDo / D1D1 bersilang dengan keluk
penawaran mata wang asing asal / baru SoSo / S1S1 pada kadar pertukaran asing
dan kuantiti mata wang asing .

Perenggan 5 : Kesan Terhadap Kadar Pertukaran Asing

akan membawa kadar pertukaran asing naik / turun dari


ke , iaitu mata wang asing naik / susut nilai dan RM naik / susut
nilai.

5.3 Imbangan Pembayaran 国际收支


Maksud Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan semua urus
niaga tentang aliran masuk dan aliran keluar wang serta modal yang berlaku antara
sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun. 国际收支是记录一个国家
在一年内对外国的收入和支出的总额的财务表。
4 jenis akaun dalam imbangan pembayaran : akaun semasa, akaun modal, akaun
kewangan, kesilapan dan ketinggalan
3 jenis imbangan pembayaran :
Imbangan pembayaran surplus 收支顺差 : aliran wang dan modal yang masuk ke dalam
sesebuah negara > aliran wang dan modal yang keluar ke negara asing
Imbangan pembayaran defisit 收支逆差 : aliran wang dan modal yang masuk ke dalam
sesebuah negara < aliran wang dan modal yang keluar ke negara asing
Imbangan pembayaran seimbang 收 支 平 衡 : aliran wang dan modal yang masuk ke
dalam sesebuah negara = aliran wang dan modal yang keluar ke negara asing

1) Akaun Semasa (经常账户)

Akaun semasa ialah satu akaun yang mencatat aliran wang bagi urus niaga yang
melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan, pendapatan serta pindahan
semasa antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Imbangan Akaun Semasa = Imbangan akaun perdagangan + Imbangan akaun


perkhidmatan + Akaun pendapatan primer + Akaun pendapatan sekunder

Akaun Dagangan (商品交易账户)

Akaun perdagangan ialah satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang
melibatkan eksport dan import barang nampak antara sesebuah negara dengan negara
lain dalam tempoh setahun.

Imbangan Akaun Perdagangan = Nilai eksport barang – Nilai import barang

Akaun Perkhidmatan (劳务账户)

Akaun perkhidmatan ialah satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang
melibatkan eksport dan import perkhidmatan antara sesebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh setahun.

Imbangan Akaun Perkhidmatan = Nilai eksport perkhidmatan – Nilai import


perkhidmatan

Butiran :

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 18/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
a) pengangkutan交通 – mencatat nilai bersih penggunaan perkhidmatan pengangkutan
udara dan laut

b) perjalanan 行 程 – mencatat nilai bersih perjalanan (dengan tujuan pelancongan,


pendidikan, kesihatan dan perniagaan)

c) perkhidmatan lain其他服务 – seperti perbezaan antara penerimaan dan pembayaran


atas yuran kontrak, yuran perkhidmatan profesional, yuran francis

Akaun Pendapatan Primer 首要收入账户

Akaun pendapatan primer ialah satu akaun yang mencatat penerimaan dan pembayaran
pendapatan pelaburan dan pampasan pekerja antara sebuah negara dengan negara lain
dalam tempoh setahun.

Akaun Pendapatan Sekunder 次要收入账户

Akaun pendapatan sekunder ialah satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi bayaran
pindahan yang terdiri daripada pindahan swasta dan pindahan rasmi antara sesebuah
negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Pindahan swasta – bayaran pindahan antara penduduk sesebuah negara dengan


penduduk negara lain (seperti pengiriman wang kepada ahli keluarga yang berada di
luar negara)

Pindahan rasmi – bayaran pindahan antara kerajaan sesebuah negara dengan kerajaan
negara lain

2) Akaun Modal 资本账户

Akaun modal ialah satu akaun yang mencatat aliran masuk dan aliran keluar modal
dalam bentuk pindahan modal dan aset bukan kewangan serta bukan pengeluaran antara
sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Pindahan modal – hutang luput antara negara dan pindahan dana oleh penghijrah

Aset bukan kewangan bukan pengeluaran – pembelian aset ketara dan aset tak ketara

3) Akaun Kewangan 金融账户

Akaun kewangan ialah satu akaun yang mencatat aliran masuk dan aliran keluar
kewangan dalam bentuk pelaburan langsung, pelaburan portfolio dan pelaburan lain
antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Pelaburan langsung 直 接 投 资 – Pembinaan kilang oleh pelabur Malaysia di negara


asing / Pembinaan kilang oleh pelabur asing di Malaysia

Pelaburan portfolio证券投资 – Pembelian saham, bon, surat jaminan kerajaan

Pelaburan lain其它投资 – Pelaburan jangka pendek dan jangka panjang yang dilakukan
oleh kerajaan

4) Kesilapan dan ketinggalan 错误与遗漏

Kesilapan dan ketinggalan ialah satu akaun yang mencatat segala aliran wang yang
tercicir, tidak dapat dikesan dan tidak dapat direkodkan.

Imbangan Keseluruhan

Imbangan Keseluruhan = Imbangan Akaun Semasa + Imbangsan Akaun Modal +


Imbangan Akaun Kewangan + Kesilapan dan Ketinggalan

** 如果你们想知道和了解有关imbangan pembayaran的数据的话,你们可以去
google search laporan ekonomi 还是去https://achecker.treasury.gov.my这个website去
查询资料哟。

Cara-cara mengatasi dan membaiki imbangan pembayaran defisit di Malaysia


1) Meningkatkan eksport barang 提升出口货物的数量
这方法是必须进行的,我国整个的imbangan pembayaran都是靠eksport barangan才
能撑得下去的,如果nilai eksport gg的话,整个imbangan pembayaran也会跟着gg。
Cara :
a) Kerajaan memberikan subsidi eksport kepada firma berorientasikan eksport

b) Kerajaan mengurangkan cukai eksport terhadap barang yang dieksport

Kesan :

Kos pengeluaran barang eksport berkurang → harga barang eksport menjadi lebih
murah → permintaan terhadap barang eksport meningkat → nilai eksport meningkat →
eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa
bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 19/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
2) Mengurangkan dan mengawal import barang 减少和控制进口货物的数量

政府想要控制和减少import是好事情来的,因为能够减少马币流出国外。可是
呢,佳节期间,我还是想去淘宝网购和大扫货叻。

Cara :

a) Pengenaan tarif 抽税 / duti import

b) Pengenaan alat sekatan bukan tarif (seperti kuota 限 额 , embargo 禁 运 , kawalan


pertukaran mata wang asing 外汇管制, piawaian kesihatan dan keselamatan 健康与安
全标准)

Kesan :

Harga barang import menjadi lebih mahal → permintaan terhadap barang import
berkurang → nilai import menurun → eksport bersih meningkat → imbangan akaun
perdagangan & imbangan akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran
defisit dapat dibaiki

3) Devaluasi 自贬

自贬!?目前我国是没实行过这政策啦。平时马币一直再跌都已经够惨了,所以
我国是没有理由去自贬马币的啦。

Maksud :

Devaluasi ialah tindakan kerajaan sesebuah negara menurunkan nilai mata wang
negaranya berbanding dengan nilai mata wang negara lain.

Kesan :

Harga barang tempatan / barang eksport menjadi lebih murah & harga barang import
menjadi lebih mahal → permintaan terhadap barang eksport meningkat & permintaan
terhadap barang import berkurang → nilai eksport meningkat & nilai import menurun
→ eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun
semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

4) Menggalakkan perkembangan sektor pelancongan dalam negara 鼓励发展旅游业

马国明天放假,想要去哪里cuti-cuti Malaysia呢?Oops, 忘了现在还是MCO期间,


还是得等到这疫情有好转后再去旅行吧,now just stay at home !

Cara :

a) Mengadakan kempen seperti Tahun Melawat Malaysia / Cuti-cuti Malaysia

b) Mempromosikan tempat pelancongan Malaysia kepada rakyat tempatan dan rakyat


asing

Kesan :

Bilangan pelancong tempatan dan pelancong asing melancong ke Malaysia meningkat


→ aliran wang masuk ke dalam negara meningkat → imbangan akaun perkhidmatan
defisit dapat dibaiki → imbangan akaun semasa defisit & imbangan pembayaran defisit
dapat dibaiki

5) Menggalakkan penggunaan buruh tempatan 鼓励商家多聘请和使用本地员工

商家应该多聘请本地人才,减少聘请外劳,本地人才不是没有,只是很多都跑去
国外罢了,至于原因呢,你懂我懂就好,不必多说。

Cara :

a) Memanggil balik pakar dan profesional tempatan yang berada di luar negara balik
berkhidmat di dalam negara

b) Memberikan insentif khas kepada firma yang menggunakan buruh tempatan

c) Mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing

Kesan :

Bilangan buruh tempatan berkhidmat di dalam negara meningkat & bilangan buruh
asing berkurang → aliran wang masuk ke dalam negara meningkat → imbangan akaun
perkhidmatan defisit dapat dibaiki → imbangan akaun semasa defisit & imbangan
pembayaran defisit dapat dibaiki

6) Menggalakkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan 鼓励人民多使用


本地交通服务

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 20/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记
等Covid-19疫情过了之后,如果想去旅行的话,记得多去坐Air Asia航空飞机哟。
要知道,你这么做也是对国家有贡献的,因为能够改善国际收支的情况嘛,哈
哈。

Cara :

Kerajaan boleh menggalakkan penggunaan kapal terbang MAS dan AirAsia untuk
tujuan mengimport dan mengeksport barang.

Kesan :

Aliran wang masuk ke dalam negara meningkat → imbangan akaun perkhidmatan


defisit dapat dibaiki → imbangan akaun semasa defisit & imbangan pembayaran defisit
dapat dibaiki

7) Menggalakkan perkembangan sektor pendidikan dalam negara 发展国家的教育系统


和制度

不求什么,只希望我到时上到大学时,不管是USM, UUM or UNIMAP也好,那边


的Wi-Fi网速只要是够快的,我就很感恩了。

Cara :

a) Meningkatkan kualiti pendidikan

b) Menyediakan kemudahan pendidikan terkini & kemudahan ICT terkini untuk


menarik minat pelajar asing belajar di Malaysia

Kesan :

Bilangan pelajar asing melawat ke Malaysia meningkat → aliran wang masuk ke dalam
negara meningkat → imbangan akaun perkhidmatan defisit dapat dibaiki → imbangan
akaun semasa defisit & imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

*** Pink – Fakta Dark Red – Maksud Orange – Cara / Langkah Green – Kesan
Light Blue – 讲废话

at April 18, 2020

Labels: STPM ekonomi

4 comments:
Vy June 21, 2020 at 7:50 AM
你的废话很有意思哈哈 我喜欢 这样读者读起来也不会sien啊 你的废话都是提供自己的
意见而已 不完全是废话来的😂😂hahah
Reply

Replies

JLCY July 9, 2020 at 7:26 AM


是啊,哈哈哈,重要的是你们这些读者读得有趣又能够理解就行了

Reply

hh February 16, 2021 at 1:16 AM


作者好可爱,你的笔记很有帮助
Reply

是XiN wEi吖 February 28, 2021 at 5:36 AM


谢谢学长的分享
Reply

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 21/22
8/9/2021 JLCY notes: Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记

Enter your comment...

Comment as: drannafarhan@

Publish Preview

Newer Post Home Older Post

Subscribe to: Post Comments (Atom)

BEEB 1013 Introduction to Macroeconomic 宏观经济学的简介

UUM BEEB 1013 Principles of Economics Chapter 20: Introduction to Macroeconomics 20.1
Macroeconomic Concerns Output Growth 1) Busine...

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 3 经济学第3课笔记


哈喽,各位中六生,你们好。在这一课里的笔记我弄成两个 part 。 Part 1 是跟
keseimbangan pendapatan negara 的 konsep, teori, esei 和 keluk 有关的 then part 2 是
跟计算 keseim...

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 1 经济学第1课笔记


各位中六生,你们好。在阅读前,我想跟你们说 STPM ekonomi 第二学期的课程可以
说是三个学期中最难的。我会那么说是因为第二学期所学的课程是宏观经济学。宏观经
济学这东西牵涉到很多concept,然后很多concept都是都是有相关的,所以所有
concept都比较要了解。...

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 5 经济学第5课笔记


BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA 5.1 Perdagangan
Antarabangsa 国际贸易 Maksud Perdagangan Antarabangsa Perdagangan an...

Watermark theme. Powered by Blogger.

https://jlcy2020.blogspot.com/2020/04/bab-5-perdagangan-kewangan-antarabangsa.html 22/22

You might also like