You are on page 1of 6

Institusi Kewangan adalah pilihan kedua kepada para peniaga untuk mendapatkan sumber atau bantuan kewangan selain

mendapatkan pinjaman daripada bank. Apabila pinjaman yang ingin dibuat melalui bank tidak diluluskan atau tidak mencukupi para peniaga boleh membuat pinjaman melalui institusi-institusi kewangan yang disediakan oleh badan- badan swasta.Jadi, marilah sama-sama mengenali beberapa institusi-institusi kewangan yang boleh membantu masalah kewangan anda. a). Syarikat Kewangan Berlesen terbahagi kepada dua kumpulan iaitu: i. ii. Milikan bank bukan milikan bank

(b). Perkhidmatan yang disediakan meliputi menerima simpanan,memberi pinjaman,kemudahan sewa beli, pemajakan dan pengurusan pelaburan. Agensi Kerajaan ini adalah salah sebuah institusi kewangan milik perbadanan kerajaan. Contoh agensi Kerajaan yang boleh di rujuk oleh peniaga ialah MARA. Mara adalah sebuah perbadanan yang dapat membantu peniagapeniaga baru dalam mengatasi masalah kewangan.Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Mara ialah: Memberi pinjaman kepada bakal usahawan bumiputera. Pinjaman yang diberikan oleh Mara ialah: Pinjaman pengangkutan untuk memulakan perniagaan perkhidmatan pengangkutan. Pinjaman kontrak untuk membiayai kontrak yang diperolehi oleh usahawan bumiputera. Pinjaman-pinjaman yang berkaitan dengan perniagaan lain. Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (Credit Guarantee Corporation (M) Bhd) Syarikat ini membantu anda ,iaitu para peniaga dalam mendapatkan pinjaman.Kebiasaannya syarikat ini akan memberikan perhatian mereka kepada peniaga-peniaga yang baru hendak menmulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Antara perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat ini ialah :

Membantu peniaga-peniaga kecil mendapatkan pinjaman daripada bank perdagangan pada kadar faedah yang wajar. memberikan pinjaman mengikut kelayakan bagi skim jaminan syarikat iaitu individu,koperasi,firma perkongsian dan syarikat modalnya berbayar kurang daripada RM 200 Ribu. Syarikat Koperasi berhad. a. Syarikat ini beroperasi dibawah kawalan 'The Essential (Protection & Depositors) Regulations' Julai 1986.Apabila sudah memberikan pinjaman syarikat ini akan menerima deposit. b. Tujuan utama syarikat Koperasi ialah memberikan pinjaman kepada peminjam dan menerima deposit dari mereka. c. Syarikat ini terdiri daripada: Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Bhd. Koperasi Usaha Bersatu. Koperasi Desa. Syarikat pemfaktoran ,syarikat ini membeli invois daripada pnjual dan mengutip bayaran daripada penghutangnya. syarikat ini membeli invois pada nilai yang kurang daripada nilai invois yang sebenar.Perbezaan diantara nilai sebenar invois dan bayaran kepada penjual merupakan pendapatan syarikat pemfaktoran bagi perkhidmatannya dan risiko yang ditanggungnya. Syarikat Pemajakan adalah salah sebuah badan swasta yang juga institusi kewangan yang boleh memban tu para peniaga dalam mendapatkan pinjaman dengan cara: Syarikat ini akan membeli mesin yang mahal dan memajakkannya kepada peniaga yang kekurangan modal. Contohnya D & C Leasing Sdn. Bhd.

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Post: #1 Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Tahukah anda apa itu PIDM? Apakah fungsi mereka? Apakah manfaat yang anda akan dapat melalui bank yang berdaftar dengan PIDM? Perlindungan Insurans Deposit Semua pendeposit, tidak kira sama ada individu atau syarikat-syarikat perniagaan akan dilindungi. Di bawah Akta PIDM, jumlah had maksimum deposit yang layak diinsuranskan ditetapkan sebanyak RM 60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota termasuk wang pokok dan faedah/pulangan. Jumlah maksimum RM 60,000 adalah untuk memastikan bahawa 95% daripada para pendeposit akan dilindungi sepenuhnya. Sistem insurans deposit ini juga menyediakan perlindungan berasingan bagi deposit Islam dan konvensional. Jenis-jenis deposit yang layak untuk dilindungi Jenis-jenis deposit dalam mata wang Ringgit yang layak untuk dilindungi di bawah sistem insurans deposit adalah termasuk: i. Deposit semasa dan deposit simpanan ii. Deposit tetap iii. Deposit pelaburan iv. Cek diperakui dan draf bank yang telah dikeluarkan daripada atau dibuat terhadap akaun deposit Jenis-jenis Deposit yang TIDAK layak untuk dilindungi adalah: Tidak semua wang yang dipegang dengan institusi anggota akan dilindungi oleh PIDM. Jenis-jenis deposit yang TIDAK layak untuk perlindungan adalah: i. Deposit yang tidak boleh dibayar di Malaysia ii. Deposit mata wang asing iii. Deposit surat cara boleh niaga (NIDS) dan deposit pembawa lain iv. Perjanjian beli balik v. Penempatan dalam pasaran wang vi. Saham dan bon

vii. Amanah saham Di bawah Akta PIDM, terdapat juga perlindungan berasingan sebanyak RM 60,000 untuk pendeposit yang memegang akaun deposit di bawah kategori yang berikut: a) Akaun Islam b) Akaun Bersama Akaun Bersama ialah akaun yang dimiliki oleh dua atau lebih orang di mana setiap pemilik berkuasa mengeluarkan duit dari akaun tersebut. c) Akaun Amanah Akaun amanah merupakan akaun yang dibuka oleh pemegang amanah untuk kepentingan pihak lain (benefisiari). d) Milikan Tunggal Pemilikan Tunggal adalah perniagaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh seorang sahaja. e) Perkongsian Perkongsian ialah perniagaan yang dimiliki dan dikendalikan oleh dua atau lebih orang. f) Amalan Profesional Amalan profesional merupakan perniagaan seorang profesional yang mempraktikkan kepakaran profes

Ahli PIDM Institusi anggota merangkumi semua bank perdagangan berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (ABIK) dan semua bank Islam berlesen di bawah Akta Bank Islam 1983 (ABI), termasuk bank asing yang

diperbadankan dan beroperasi di Malaysia. Keanggotaan adalah wajib seperti yang ditetapkan di bawah Akta PIDM. Bank-bank anggota juga diwajibkan untuk mempamerkan label di premispremis perniagaan masing-masing bagi menunjukkan bahawa mereka adalah institusi anggota PIDM. Senarai bank-bank anggota kami adalah seperti dibawah: Bank-bank Perdagangan Affin Bank Berhad Alliance Bank Malaysia Berhad AmBank (M) Berhad Bangkok Bank Berhad Bank of America Malaysia Berhad Bank of China (Malaysia) Berhad Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad CIMB Bank Berhad (formerly known as Bumiputra-Commerce Bank Berhad) Citibank Berhad * Deutsche Bank (Malaysia) Berhad EON Bank Berhad Hong Leong Bank Berhad HSBC Bank Malaysia Berhad * J.P. Morgan Chase Bank Berhad Malayan Banking Berhad OCBC Bank (Malaysia) Berhad * Public Bank Berhad * RHB Bank Berhad Standard Chartered Bank Malaysia Berhad * The Bank of Nova Scotia Berhad The Royal Bank of Scotland Berhad (formerly known as ABN AMRO Bank Berhad) United Overseas Bank (Malaysia) Berhad Bank-bank Islam Affin Islamic Bank Berhad Alliance Islamic Bank Berhad Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad AmIslamic Bank Berhad

Asian Finance Bank Berhad Bank Islam Malaysia Berhad Bank Muamalat Malaysia Berhad CIMB Islamic Bank Berhad (formerly known as Commerce Tijari Bank Berhad) EONCAP Islamic Bank Berhad Hong Leong Islamic Bank Berhad HSBC Amanah Malaysia Berhad Kuwait Finance House (M) Berhad Maybank Islamic Berhad RHB Islamic Bank Berhad Senarai BUKAN Anggota Institusi-institusi yang TIDAK merupakan ahli sistem insurans deposit termasuk: Bank saudagar dan syarikat diskaun Cawangan luar negara bagi institusi perbankan tempatan Institusi-institusi kewangan pembangunan, termasuk Bank Simpanan Nasional Malaysia, Bank Pertanian Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad Syarikat-syarikat insurans Lain-lain pengantara kewangan bukan bank yang terdiri daripada kumpulan wang simpanan dan pencen, pertubuhan-pertubuhan koperasi dan institusi kredit perumahan

You might also like