NAMA PELAJAR NO. MATRIK NORMUZAMER B. ABD RAHMAN D0009060129F MUHAMAD NAZIRULMUBIM B. MUHAMAD RUSDI D0009060028F HAZIQ RITHAUDDEEN B. HARIS FADZLAH D0009060123F YASMIN BT. KAMARUDIN D0009060102F SITI NORZAKIRAH BT. ZAKARIA D0009060096F NURUL AIN BT. ZAINI D0009060070F
Perbezaan Antara Bank Konvensional Dengan Bank Islam. Terdapat beberapa perbezaan di antara sistem perbankkan Islam dan Konvensional secara amnya dapat dilihat dari sudut seperti berikut: 1. Aspek Keuntungan a) Bank Islam Pulangan keuntungan berdasarkan usaha yang sah di sisi syarak. Sebagai contoh, keuntungan kepada modal asal wang hendaklah berdasarkan pengkongsian untung rugi yang dikongsi bersama (profit/loss sharing). Jika sesuatu pihak sahaja yang menanggung kerugian manakala satu pihak lagi tetap mendapat untung di dalam apa jua keadaan, ini adalah ketidakadilan dan nyata sebagai pengamalan riba. Penggunaan riba sebagai keuntungan kepada modal asal wang tidak dibenarkan sama sekali (perbankan tanpa faedah) kerana keuntungan berkonsepkan ini bukan kerana pulangan usaha yang sah di sisi syarak. Sebagai contoh, perbankan islam yang berlandaskan kontrak-kontrak perniagaan yang dibenarkan dengan ajaran islam adalah : - al-Mudharabah (Trustee profit sharing) - al-Musharakah (Joint-venture profit sharing) - al-Bai` bithaman ajil (Deferred instalment sale) - al-Ijarah (Leasing) - Bai salam (Salam sale) - Bai alistisna` (Sale on order)
b) Bank Konvensional Bagi bank komersial, pulangan adalah berdasarkan kepada keuntungan yang mempunyai pengertian khususnya di dalam aktiviti yang melibatkan tabungan awam (akaun simpanan pengguna) dan secara tidak langsung ia melibatkan amalan riba.
2. Keuntungan Peribadi atau Kumpulan (Pemegang Saham) a) Bank Konvensional Kebanyakkan bank konvensional menggunakan tabungan awam untuk mendapatkan keuntungan- keuntungan peribadi ataupun kumpulan ( pemegang saham ), oleh itu, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepda usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan- kesan kepada masyarakat sama ada jangka masa panjang ataupun pendek
b) Bank Islam Berlainan pula dengan bank islam kerana teorinya pihak bank perlu bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan member perkhidmatan cekap demi kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi islam yang berkaitan.
3. Perhubungan antara pelanggan a) Bank Konvensional Para pelanggan bank konvensional hanya terhad kepada hubungan antara pemiutang dan pemimjam sahaja.Tetapi di dalam bank islam, pihak bank akan bertindak selaku pengurus projek ataupun ahli kewangan yang bergiat di dalam pengumpulan wang atau amanah yang didasarkan kepada perkongsian untung atau rugi.
b) Bank Islam Bank islam ialah pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan yang berkongsi segala maklumat dengan mereka. Para pelanggan bank islam boleh berkongsi semua kesan negatif tanpa sebarang jaminan keuntungan daripada bank ataupun hak untuk mendapatkan keuntungan yang telah ditentukan iaitu faedah.
4. Prinsip Asas a) Bank Konvensional Ia merupakan ciptaan manusia dan boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Sebagai contoh, perakaunan berubah mengikut keadaan ekonomi semasa
b) Bank Islam Ia dibina berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Prinsip asasnya adalah keadilan) tidak boleh di diubah. Hanya cara memperakaunkan sahaja yang boleh diubah, bukan prinsip asas dan hukum-hukumnya
5. Kepentingan a) Bank Konvensional Hanya tertumpu kepada kepentingan individu ataupun pemilik modal sesebuah syarikat. Sebagai contoh, sistem kapitalis bersifat sekular iaitu mengutamakan keduniaan semata-mata
b) Bank Islam Kepentingannya tidak terhad kepada pemilik modal sahaja, tetapi juga kepada masyarakat (yang meliputi semua umat). Ini jelas menunjukkan bahawa islam mementingkan semua makhluk yang ada dimuka bumi ini.
6. Etika a) Bank Konvensional Berdasarkan kepada etika yang bersumberkan kepada hukum perdagangan masyarakat kapitalis moden. Ini bermaksud perakaunannya adalah melibatkan urusniaga yang haram disisi islam seperti riba dan judi.
b) Bank Islam Perakaunan islam berdasarkan kepada etika ynag sersumberkan Al-Quran dan Hadis. Urusniaga yang dijalankan mestilah mematuhi perundangan syariah dimana perniagaan yang haram seperti riba, judi, arak dan khinzir tidak boleh dijalankan.
7. Pendedahan a) Bank Konvensional Penyajian maklumat yang sangat terbatas. Pendedahan dibuat dengan tujuan pengguna akhir dapat membuat keputusan ekonomi. Laporan yang dibuat bersifat konservatif dalam menghadapi ketidakpastian.
b) Bank Islam Pendedahan Bank Islam menyeluruh(full disclosure) untuk memenuhi maklumat kewanagn yang sesuai dan Syariah dan memenuhi Islamic Corporate Report (ICR).
8. Objektif a) Bank Konvensional Meyakinkan pengguna bahawa perekodan yang dibuat dan penyata kewangan yang disediakan adalah boleh dipercayai dan sahih tetapi ia tidak mengambil berat hasil pendapatan samaada is diperolehi dari sumber riba dan kosnya pula tidak diyakini samaada ia dari rasuah atau kos-kos lain yang salah dari hukum agama.
b) Bank Islam Adalah menjadi tanggungjawab dalam menyediakan penyata kewangan dengan jujur dan sahih dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah. Segala kegiatan perusahaan dan urusniaga mestilah halal iaitu hasil pendapatan mestilah bukan dari sumber yang haram (sebagai contoh: riba dan judi)
9. Ketekalan a) Bank Konvensional Dalam konsep ketekalan, bagi perbankan konvensional adalah penyata kewangannya dicatat dan dilapor secara konsisten selaras dengan GAAP iaitu amalan-amalan yang diterima pakai di dalam perakaunan
b) Bank Islam Perakaunan islam pula merekod dan melaporkan secara konsisten mengikut prinsip syariah.
10. Materialisme a) Bank Konvensional Bagi Bank Konvensional,ia menekankan prinsip kepentingan relatif sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Contohnya, tidak mengambilkira amaun yang kecil (sen) yang dirasakan tidak memberi impak yang besar kepada penyata kewangan dan hanya meletakkan jumlah genap. Perkara ini dapat dilihat dalam penyediaan KKK dan penyata pendapatan. Mereka beranggapan bahawa perkara itu adalah remeh dan mengelirukan pengguna maklumat kewangan.
b) Bank Islam Manakala,bagi Bank Islam pula,ia menekankan prinsip kewajipan kepada Allah, masyarakat dan individu sebelum membuat sesuatu keputusan untuk merekod dan melapor. Dalam perakaunan Islam, syarikat akan melaporkan setiap jumlah yang digunakan atau diperolehi walaupun jumlah itu sangat kecil.
11. Tempoh Perakaunan a) Bank Konvensional Disediakan untuk satu tempoh yang tertentu biasanya 12 bulan mengikut kalender masihi. b) Bank Islam Disediakan dalam tahun hijrah untuk pungutan zakat.
12. Berorientasikan a) Bank Konvensional Tidak berkaitan dengan zakat sama sekali.
b) Bank Islam Sistem perbankan moden islam, telah menjadi salah satu fungsi berorentasikan perkhidmatan dari bank-bank Islam untuk menjadi pusat zakat dan mereka juga membayar zakat
13. Penekanan a) Bank Konvensional memberikan penekanan yang lebih besar pada kelayakan kerdit dari pelanggan.
b) Bank Islam ia memberikan penekanan lebih besar pada kelangsungan hidup projek
14. Kunci Utama a) Bank Konvensional Pengurusan Bank Konvensional tiada akad bila berurusan dengan para pelanggannya.
b) Bank Islam Akad adalah merupakan kunci utama yang membezakan antara bank-bank Islam dan bank-bank konvensional. Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dari akadnya. Perbezaannya untuk akad-akad yang berlangsung pada bank-bank Islam ini hanya akad yang halal, seperti bagi hasil, jual beli atau sewa menyewa. Tidak ada unsur riba dalam bank-bank Islam ini.