You are on page 1of 9

Pengenalan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik dan
agama yang berlainan. Kelangsungan ini diteruskan sejak Malaysia mencapai
kemerdekaan pada tahun 1975 dahulu. Kepelbagaian etnik yang terdapat di
Malaysia ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan setiap yang dilalui
sepanjang negara ini merdeka perlulah dijadikan tauladan bagi setiap insan yang
tinggal di dalam negara ini. Tamadun ini telah berkembang dari kebudayaan orang
Melayu, yang tergolong dalam kumpulan penduduk asal rantau ini. Oleh itu,
Tamadun Malaysia sekarang adalah bermula daripada Tamadun Melayu yang dihuni
sejak sekian lamanya. Tamadun Melayu adalah satu konsep yang kompleks. Ianya
tidak boleh disamakan dengan konsep-konsep yang lain seperti ras, kebudayaan,
dan bahasa.
Keempat-empat konsep di atas merujuk kepada perkara-perkara yang
berbeza dan pada waktu yang sama mempunyai pertalian yang begitu rapat sekali
antara satu sama lain. Sebagai contoh, bahasa Melayu tidak semestinya dituturkan
oleh orang-orang yang datangnya dari ras dan kebudayaan yang sama. Di Malaysia,
terdapat beberapa kumpulan etnik yang berbeza yang boleh bertutur dalam bahasa
Melayu. Pada waktu yang sama, ada terdapat orang-orang Melayu yang boleh
bertutur dalam bahasa-bahasa yang lain seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan
melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi-manifestasi ini penting
dalam pembentukan tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas
tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk
sebuah tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Tamadun
Melayu merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia
yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu
kepada suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti
gugusan Kepulauan Melayu (Malay Archipelago), gugusan Kepulauan Melayu-
Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang
mewarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu, yang menjadi bahasa
perhubungan luas (lingua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang
menjadi pelengkap kepada pembentukan tamadun Melayu.
Dalam konteks pembinaan negara dan tamadun Malaysia hari ini amatlah
perlu pembinaan tersebut didasarkan kepada tamadun Melayu-Islam yang jelas
terbukti berjaya memartabatkan nama Melayu di persada antarabangsa suatu ketika
dahulu. Oleh itu, disini dikemukakan tiga justifikasi mengapa Tamadun Melayu perlu
menjadi asas utama dalam pembinaan Tamadun Malaysia.

i. Orang Melayu merupakan penduduk asal di nusantara termasuklah di Tanah


Melayu sebelum kedatangan kaum-kaum lain. Penamaan Malaysia adalah dari
Melayu atau Semenanjung Tanah Melayu.

ii. Perjuangan menutut kemerdekaan dari pihak penjajah British adalah cetusan dan
gerakkan sepenuhnya oleh orang Melayu yang merasa terpanggil untuk
mempertahankan tanah air mereka.

iii. Ketuanan Melayu-Islam diiktiraf oleh Pelembagaan Persekutuan.

Melayu Diaspora merupakan golongan yang berhijrah dan menjadi golongan


minoriti di negara-negara di luar alam Melayu. Mereka di kaitkan dengan Melayu
Capetown di Afrika Selatan. Bahasa Melayu menjadi sebahagian daripada bahasa
Afrika contohnya trek yang bermaksud tarik. Kedudukan Melayu Diaspora masa kini
telah menjadi sebhagian anggota kelas dan menengah Afrika Selatan. Mereka
masih mengekalkan identity Melayu Cape dan beberapa budaya Melayu diwarisi.
Empat golongan Melayu Diaspora yang telah berhijrah ke Capetown ialah
golongan hamba dimana Ibrahim Betawi merupakan orang Melayu pertama yang
tiba dan menetap di Capetown, orang Merdeheka dimana mereka menjadi kelasi
kapal, pekerja perlabuhan, pembantu perniagaan, kakitangan keselamatan, buruh
binaan dan pekerja ladang. Manakala golongan ketiga pula ialah golongan
bangsawan, Sheikh Yusuf Makasar bertanggungjawab mengasaskan komuniti Islam
di Capetown dan golongan terakhir ialah golongan pesalah atau banduan dimana
selepas dibebaskan mereka bekerja dalam bidang perdagangan, perladangan dan
pentadbiran Belanda.
1.0 Antara faktor penyumbang kepada pencapaian Tamadun Melayu dalam
pelbagai bidang antaranya ialah:

1.1 Bidang Persuratan

Dalam bidang persuratan, ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu zaman


sebelum kedatangan islam dan zaman selepas kedatangan islam. Ketika zama
sebelum kedatangan islam , bukti persuratan di temui dalam bentuk sastera lisan
dan sastera hikayat seperti mitos dan lagenda contohnya lagenda Mahsuri.
Zaman selepas kedatangan Islam pula terdiri daripada sastera kitab, sastera
ketatanegaraan, historiografi melayu, kitab-kitab perubatan, astronomi dan
matematik.

Ketika zaman sebelum kedatangan Islam, sastera rakyat merupakan satu


unsur “local genius” atau kepintaran tempatan yang memperlihatkan kreativiti dan
kebijaksaan berfikir anggota masyarakat pada zaman pra-literasi.
Selepas kedatangan Islam, ketika zaman pra-Islam ke tanah Melayu, kisah epik
dan mitos India diserap ke dalam bentuk kesusasteraan Melayu lama seperti
Hikayat Seri Ramayaan. Pengaruh Islam dalam kesusateraan dapat dilihat
dimana kelahiran kitab-kitab ilmiah yang banyak menggunakan bentuk prosa dan
puisi di Acheh. Ketika zaman pemerintahan kerajaan Pasai, hasil kesusasteraan
dipenuhi dengan ciri kesusasteraan agama khususnya sastera kitab, riwayat
hidup Nabi Muhammad s.a.w dan sejarah seperti Hikayat Raja-raja Pasai.

Pada ketika dulu, bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan iaitu bahasa
Lingua Franca bagi wilayah Kepulauan Melayu dan digunakan oleh golongan
peniaga serta pengembara asing dari China, Eropah dan India. Penggunaan
tulisan Sanskrit kemudian bertukar kepada tulisan Jawi dan kemudian ke tulisan
Roman iaitu Rumi.
1.2 Bidang Kesenian

Perkembangan tamadun Melayu dapat dilihat melalui manifestasi kesenian


orang Melayu. Kesenian halus yang dihasilkan oleh orang Melayu memainkan
peranan penting dalam melengkapkan kehidupan orang Melayu yang diwarisi
sejak turun temurun.

Kehidupan orang Melayu telah dipengaruhi oleh kesenian yang


bersumberkan alam semulajadi, sama ada dari segi hubungan masyarakat
Melayu dengan manusia lain dan juga hubungan manusia dengan kepercayaan
dan agama mereka. Oleh sebab itu, tamadun Melayu sangat kaya dengan hasil
seni yang dibina dan merangkumi pelbagai bentuk keseniaan seperti seni tari,
seni muzik, seni ukir dan hat, seni bela diri, seni pertukangan, seni tenun dan
sulam, seni kulinari dan lain-lain contohnya seni tari seperti zapin, mak yong,
inang, seni muzik seperti gamelan, cak lempong, kompang, seni ukir dan Khat,
persilatan, seni sulaman dan seni pertukangan.

1.3 Bidang Sains dan Teknologi

Zaman kemajuan sains dan teknologi yang dicapai oleh Melayu sangat unik
kerana mencerminkan keperluan dan nilai-nilai kebudayaan yang ada pada
orang-orang Melayu.

Antara contoh kemajuan sains dan teknologi yang diwarisi dari orang Melayu
terdahulu ialah dalam bidang pertanian seperti teknologi pembajakan dan juga
sistem aliran air yang digunakan dalam proses pengairan dalam sistem pertanian
seperti penanaman padi dan sebagainya.

Bidang teknologi dalam alam seni bina juga dapat dilihat dimana orang-orang
Melayu tidak ketinggalan dalam kemahiran membina rumah dan masjid yang
mempunyai ciri-ciri Islam contohnya rumah kutai dan kubah. Ini mencerminkan
keperluan serta nilai-nilai kebudayaan yang ada pada orang-orang Melayu.
Selain itu, kemajuan teknologi dan warna dapat dilihat seperti teknologi
mencanting batik dan seni tenunan.

1.4 Bidang Pendidikan

Diawal perkembangan tamadun, masyarakat Melayu hanya menerima


pendidikan tradisional seperti kelas mengaji dan kelas bahasa Arab. Sebagai
kemudahan untuk aktiviti pembelajaran ini, banyak pondok-pondok didirikan
disekitar sekolah agama ini. Sekolah jenis ini terkenal di Kelantan, Kedah dan
Perlis diawal abad ke-19. Ketika itu juga, sekolah Melayu yang pertama dibuka
pada tahun 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor. Ciri-ciri utama sekolah ini ialah
pelajaran Melayu disediakan selama empat tahun, mutu pelajaran terhad dan
para pelajar disarankan untuk menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Kesan daripada itu perkembangan pendidikan telah berkembang dan
mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa kepada pendidikan yang
lebih moden seperti pendidikan yang ada sekarang ini.

Namun, ada keburukannya dimana murid-murid di sekolah Melayu tiada


peluang untuk belajar bahasa Inggeris dan juga tidak dapat melanjutkan
pelajaran di peringkat menengah. Antara langkah-langkah yang diambi oleh
jawatankuasa Barnes 1950 dengan meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama telah mendapat tentangan orang bukan Melayu. Selepas akta
Barnes ditolak, jawatankuasa Fenn-Wu ditubukan kerana tidak mampu memberi
kepuasan kepada semua penduduk Tanah Melayu yang berbilang kaum.
Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan untuk mengariskan isu penting oleh pihak
British. Antara kandungan ordinan tersebut ialah dengan mendirikan dua jenis
sekolah kebangsaan iaitu menggunakan pengantar Bahasa Melayu dan
pengantar Bahasa Inggeris, sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam sistem
pelajaran kebangsaan tetapi kemudahan akan disediakan untuk mempelajari
Bahasa Melayu dan Tamil sebagai bahasa ketiga. Manakala, bahasa Inggeris
akan diajar dari darjah satu di sekolah-sekolah pengantar bahasa Melayu.
Bahasa Melayu akan diajar pada darjah tiga bagi sekolah pengantar Bahasa
Inggeris. Namun, Ordinan ini tetap juga tidak dapat dilaksanakan disebabkan
oleh kemelesatan ekonomi dan darurat.
Menjelang Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Penyata Razak diluluskan
dalam majlis perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Semua dasar
pendidikan selepas 1957 menggunakan dasar yang telah diputuskan dalam
Penyata Razak. Pada tahun 1959, sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh
Kerajaan Persekutuan untuk mengkaji Penyata Razak. Cadangan ini dikemukan
oleh Penyata Rahman Talib diterima dan digubal serta dinamakan sebagai Akta
Pelajaran 1961.

Pada tahun 1974, sebuah jawatankuasa ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir


Mohamad untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan. Beliau mewajibkan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua
sekolah. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dilaksanakan pada
tahun 1982 manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dilaksanakan pada tahun 1988.
Namun, kini tamadun Melayu banyak menghadapi banyak cabaran samada
dari luar dan dalam. Dari cabaran dari dalam, cabaran sosio-budayanya yang
memberi kesan daripada kemajuan dan perubahan yang dicapai dan dialami.
Khususnya golongan remaja dan belia yang menghadapi pelbagai masalah
sosial. Pengaruh dan tekanan kebendaan dan kemewahan hidup yang
membawa pelbagai jenayah kewangan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan lain-
lain.Kefahaman sekularisme ataupun kefahaman tentang segala apa terjadi dan
diusahakan adalah semata-mata untuk kehidupan di dunia sahaja tanpa
memikirkan hal-hal kehidupan di akhirat.Kefahaman pragmatisme yang
melampau dan amalan-amalan yang bertentangan dengan nilai Islam.

Manakala cabaran dari luar pula disebabkan kemasukan pengaruh asing,


terutamanya unsur-unsur dari Barat sebab berlakunya globalisasi ataupun proses
pengecilan dunia.Pengaruh Barat dari segi ideologi seperti sekularisme,
liberalisme, materialisme, rasionalisme, atiesme dan lain-lain. Dari segi budaya
dan nilai seperti budaya hedonisme, humanisme, individualisme dan lain-lain,
manakala dari segi ekonomi dapat dilihat dari segi budaya kapitalisme,
perniagaan wang, pasaran bebas dan banyak lagi, dari segi penerokaan sains
dan teknologi seperti teknologi maklumat dan komunikasi, penerokaan dalam
bidang bio-teknologi, mikroelektronik, aeroangkasa, robotik dan sebagainya dan
dari segi politik dapat dilihat sistem pentadbiran negara lebih cenderung kepada
demokrasi liberal ala-Barat dan sebagainya.
Kesimpulan
Secara kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri
tersendir dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.
Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil
sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain.
Kewujudan hubungan sesama tamadun sama ada dari segi perkongsian nilai,
pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.
Perkara yang memainkan peranan penting dimana setiap tamadun memberi
sumbangan kepada dunian serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi.
Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu
semua ketahui. Justeru memberi kita kefahaman yang mendalam tentang
ketamadunan.
Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai
sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk
mengambil pengajaran dan pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan
negara dan agama kita.
Bibliografi

Hj.Ahmad Nasir Mohd Yusoff. 2005. Konsep Tamadun Melayu. Penerbit Universiti
Putra Malaysia.

Shanmugasanta a/p Ponnasamy, Nurhazalina Bt Mohd Parni, Dalpreet Kaur a/p


Meher Singh, Nishathini a/p Conasegaran & Azmi B Md Daud. 2012. Tamadun
Islam dan Tamadun Asia. Penerbit Fajar

You might also like