You are on page 1of 2

Bantuan Sihat Selangor 2022 (Permohonan Secara Online)

Bantuan Sihat Selangor 2022 merupakan satu inisiatif kerajaan dalam memberikan bantuan rawatan
kesihatan bagi rakyat Selangor yang kurang berkemampuan.

Mula diperkenalkan pada tahun 2009,

Telah banyak penambahbaikan yang dilakukan serta mempelbagaikan jenis kemudahan bantuan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Bantuan Sihat Selangor ini.

Apa Syarat Kelayakan Permohonan?


 Pemohon mestilah merupakan Rakyat Negeri Selangor atau sedang bermastautin di Negeri
Selangor lebih daripada 10 tahun (mendapat pengesahan daripada Ahli Parlimen / ADUN /
Penghulu / Ketua Kampung / JKKK Kampung / Ketua Penduduk / Ketua Komuniti)
 Mempunyai pendapatan seisi rumah RM3,000.00 ke bawah
 Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan daripada
mana-mana program atau organisasi
 Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang memiliki tanggungan yang ramai, ketua
keluarga yang telah meninggal, ahli keluarga yang sakit atau golongan Orang Kurang Upaya
(OKU)
 Pemohon mesti mendapatkan rawatan untuk katarak mata, pembedahan kecil dan lain-lain
rawatan perubatan di hospital kerajaan sahaja
 Bagi permohonan bantuan pembedahan kecil dan katarak mata, pemohon perlu membuat
permohonan sebulan lebih awal daripada tarikh pembedahan berlansung
 Sebarang tuntutan bayaran dan tunggakan ke atas sesuatu bil rawatan yang telah dibayar
tidak akan dipertimbangkan
 Permohonan mengenai Kos Perjalanan dan Sumbangan Kewangan tidak akan
dipertimbangkan
 Pemohon atau ahli keluarga yang merupakan kakitangan kerajaan atau penjawat awam
tidak akan dipertimbangkan.

Bagaimana Cara Memohon?


Bagi yang telah memenuhi syarat kelayakan permohanan, anda boleh melakukan permohonan di
pautan berikut:

Permohonan Bantuan Sihat Selangor 2022 hendaklah dibuat secara Online di:

http://bantuansihat.selangor.gov.my/
Apa Jenis Bantuan Sihat Selangor 2022?
1. Dialisis Buah Pinggang
 Pemohon atau pesakit buah pinggang yang berkelayakan boleh mendapatkan rawatan
dialisis di pusat hemodialisis hospital kerajaan atau swasta.
 Bayaran bantuan akan dibayar secara terus ke hospital tersebut bagi pemohon yang berjaya
mendapatkan bantuan.

2. Katarak Mata
 Katarak mata atau bular merupakan sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata
berselaput dan rabun serta menjejaskan penglihatan seseorang yang boleh menyebabkan
buta sekiranya lewat atau tidak dirawat.

3. Pembedahan
 Bantuan bagi pembedahan pula meliputi kos pembedahan atau pembelian peralatan atau
kedua-duanya sekali.
 Pembedahan yang ditanggung hanyalah pembedahan yang dijalankan di hospital kerajaan
sahaja.

4. Kaki Palsu
 Pemohon yang berkelayakan khususnya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak
berkemampuan boleh membuat permohonan pembelian peralatan mahupun kos rawatan
pesakit.

5. Lain-lain permohonan
 Pemohon juga boleh membuat permohonan peralatan dan lain-lain jenis rawatan yang
dijalankan di hospital kerajaan.

Bila Tarikh Tutup Permohonan?


 Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 31 Oktober untuk setiap tahun. Setiap pemohon
hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja pada setiap tahun.

Untuk Maklumat Lanjut

Hubungi Telefon : 03-55447453 / 7628 atau

Emel : sihatselangor@selangor.gov.my

You might also like