You are on page 1of 1

!

Malaysian Spinal
Cord Injury Advocacy
Association
Towards An Inclusive Society

Home » Blog » SCI Information »


KEISTIMEWAAN PEMEGANG KAD OKU BERDAFTAR DI
MALAYSIA

KEISTIMEWAAN PEMEGANG
KAD OKU BERDAFTAR DI
MALAYSIA
Blog, SCI Information

Seorang pemegang KAD OKU yang berdaftar secara sah di


bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) akan
menerima keistimewaan kemudahan dan keistimewaan yang
disediakan di bawah Kerajaan Malaysia tertakluk kepada
memenuhi syarat kelayakan dan prosedur yang ditetapkan oleh
agensi-agensi yang menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan
berkenaan.

Berikut adalah senarai kemudahan dan keistimewaan bagi


pemegang Kad OKU.

1. Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil


Kematian

2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan (Yuran


Pendaftaran dan Rawatan di Hospital dan Klinik Kerajaan)

3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan (melalui


permohonan)

4. Program Pendidikan Khas Integrasi Inklusif daripada


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan


menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

6. Bantuan kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik Kolej


Komuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
(bergantung kepada kadar semasa peruntukan kementerian)

7. Diskaun/potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti


Malaysia (OUM);

8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam


(berdasarkan kekosongan dan kelayakan bersesuaian);

9. Waktu bekerja anjal (melalui permohonan kepada Ketua


Jabatan);

10. Pencen Terbitan kepada anak penjawat awam yang telah


meninggal dunia;

11. Sistem Penempatan OKU (SPOKU) daripada Kementerian


Sumber Manusia (melalui pendaftaran kepada JTK);

12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan(SBGP-OKU) daripada


Kementerian Sumber Manusia (KSM) -(Secara Kumpulan atau
Persatuan)

13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan


daripada LHDN (melalui perisytiharan)

14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ (melalui


permohonan)

15. Pengecualian bayaran pembaharuan lessen memandu


daripada JPJ. (melalui permohonan)

16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia


(melalui permohonan)

17. Diskaun tambang pengangkutan awam. (pembelian secara


walk-in atau telefon)

18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport).

19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar


syarikat/lesen perniagaan daripada SSM.

20. Potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat


Perumahan Negara Berhad.

21. Kadar sewa rumah yang rendah. (PBT terpilih)

22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia

23. Khidmat nasihat dan kaunseling.

24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU.

25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan


kriteria yang telah ditetapkan;
• Elaun Pekerja Cacat (EPC)
• Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK)
• Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
• Bantuan Penjagaan OKU Pesakit kronik Terlantar (BPT)
• Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
• Geran Pelancaran (GP)
• Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan
(Sumber : Jabatan Kebajikan Masyarakat
Malaysia)

Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, boleh berhubung


dengan Pejabat JKM terdekat anda atau layari pautan berikut;

http:www.jkm.gov.my

Previous Post

Next Post

Copyright © 2022 Malaysian Spinal Cord Injury Advocacy


Association
Privacy - Terms

You might also like