You are on page 1of 3

Maklumat baru tentang kad oku

Kemudahan Pendidikan
1. Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. 2. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. 3. Kerajaan akan memberi pelajar mendapat banyak elaun RM150 untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.. 4. Juga pelajar mendapat banyak elaun RM300 dalam setiap bulan di IPTA contoh politeknik,kolej dan unversiti..

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai


1. Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. 2. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun.

Kemudahan Pengangkutan Awam


1. Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. 2. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri. 3. Keretapi Tanah Melayu(KTM) memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas. 4. Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang. 5. PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan


1. Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.

Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan


1. Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.

Kemudahan Peluang Pekerjaan


1. Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )

Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional


1. Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu. 2. Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya; Kad Pengenalan; Lesen Memandu yang sah; Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.

Kemudahan Telekom
1. Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:- Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya. - Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj - Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma. 2. Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syaratsyarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

Takaful Malaysia Berhad


1. Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:- Kemalangan; - Kematian - urusan pengkebumian; - Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit; - Keilapan Kekal akibat kemalangan; - Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan

2. Syarat-syarat permohonan: - Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat; - Berdaftar dengan mana-mana persatuan.

PERMOHONAN DISERTAKAN BERSAMA DOKUMEN BERIKUT y Salinan sijil kelahiran/ kad pengenalan 3 keping gambar berukuran kad pengenalan ( belakang warna biru) Borang permohonan pendaftaran orang kurang upaya Salinan kad oku lama

Mesti mendapat pengesahan oleh doktor..

You might also like