You are on page 1of 14

1 2 3 4 5

Laporan Eksekutif Untuk: Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Ketua Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan Ketua Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi Ketua Sektor Akademik Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

Tajuk Laporan : Program Kesedaran Dan Taklimat Teknikal Projek Perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia. Rujukan Surat : KP(PMO-ICT)100/05/01 (10) Tarikh Surat -06 Januari 2012. Tarikh Taklimat : 10 hingga 12 Januari 2012. Tujuan: 1. Taklimat bertujuan untuk memberi pendedahan teknikal awal kepada semua pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri tentang projek perkhidmatan internet (1BestariNet). 1.1 Bahagian yang terlibat dalam taklimat ini adalah: 1.1.1

Bahagian Pengurusan dan Perolehan Aset (BPPA), KPM 1.1.2 Project Management Office for ICT (PMO-ICT), KPM 1.1.3 Syarikat YTL Communication. 1.2 Perkara yang taklimatkan dan dibincangkan adalah: 1.2.1 Pengenalan kepada Projek Perkhidmatan 1BestariNet. 1.2.2 Pelaksanaan Tempoh Interim. 1.2.3 Prosedur perolehan perkhidmatan internet dalam tempoh interim dan 1BestariNet. 1.2.4 Skop pelaksanaan 1BestariNet 1.2.5 Taklimat teknikal perkhidmatan 1BestariNet 1.2.6 Integrasi sistem-sistem KPM 1.2.7 Vertual Learning Environment (VLE) 2. Butiran Bagi Taklimat Teknikal bagi Projek Perkhidmatan 1BestariNet (1.2.1) :

2.1 Bahagian 1.2.1, Projek ini merupakan projek baru yang menggantikan projek SchoolNet yang telah ditamatkan pada 31 Disember 2010. Projek ini akan dikawal selia oleh Project Management Office for ICT (PMO-ICT). Fokus utama PMO ICT dalam projek ini adalah untuk memastikan semua sekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia mendapat Perkhidmatan Internet dengan kelajuan 4Mbps hingga 6Mbps dengan kemampuan maximum 10Mbps bagi kawasan Bandar dan 2Mbps hingga 4Mbps dengan kemampuan maximum 6Mbps bagi kawasan Luar Bandar dan Pedalaman untuk sekolah-sekolah dibawah KPM dalam tempoh 15 tahun.

2.2 Bezanya dengan projek sebelumnya iaitu Projek SchoolNet, KPM melalui PMO akan menyelia sepenuhnya pelaksanaan, perolehan perkhidmatan dan pembayaran kepada syarikat yang dipilih. Untuk makluman, projek ini tidak melibatkan perolehan peralatan atau perkakasan untuk sekolah berbanding sebelumnya. 2.3 Bagi projek ini, KPM akan mengarahkan syarikat yang dipilih iaitu Syarikat YTL Communications untuk melaksanakan pembekalan perkhidmatan Internet teknologi generasi keempat atau 4G internet Service. Secara teknikalnya, semua sekolah di Negeri Sabah akan menerima perkhidmatan secara Wireless melalui Base Station yang akan didirikan di beberapa lokasi terpilih di Negeri Sabah. 2.4 Untuk permulaan, KPM mengikat perjanjian selama 2 tahun setengah ( 30 bulan) bersama syarikat YTL Communications. KPM juga mengarahkan agar YTL Communications melaksanakan pembekalan perkhidmatan kepada semua sekolah di bawah KPM dalam tempoh 15. Butiran arahan pelaksanaan kepada syarikat ini adalah seperti berikut:

2 . 4 . 1 2 . 4 . 2 2 . 4 . 3

Pemasangan Base Station (Mobilization by State) Tempoh Pembekalan Perkhidmatan Ke Sekolah & Langganan Tempoh Langganan Perkhidmatan ( 2nd phase)

03 Bul an 12 bul an 15 Bul an 30 bul an

Juml ah =

2.5 Pada masa ini Base Station atau BRISK belum didirikan dan pihak YTL Communications. PMO-ICT KPM menjelaskan bahawa pihak syarikat masih menunggu kelulusan bertulis dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kebenaran beroperasi di Zon Sabah/Sarawak dan Labuan dan dijangka semua ini selesai sebelum penghujung bulan Januari 2012. 2.6 Pihak YTL Communication secara tidak rasmi dalam taklimat ini memaklumkan bahawa mereka mensasarkan akan memulakan kerja-kerja pemasangan Base Station pada bulan April atau selewat-

lewatnya Jun 2012. Setelah kerja-kerja pemasangan Base Station selesai, pihak YTL Communications akan memasang peralatan mereka atau dikenali sebagai Consumer Premis Entity (CPE) atau nama lainnya ialah ZOOM di sekolahsekolah dalam lingkungan Base Station tersebut.

2.7 Bagi sekolah-sekolah yang tidak termasuk dalam lingkungan Base Station, PMO-ICT menjelaskan bahawa pihak YTL Communication akan menggunakan peralatan sedia ada di sekolah iaitu VSAT (Very Small Aperture Terminal) yang pernah digunakan dalam projek schoolnet sebelum ini. YTL Communication akan melaksanakan pemasangan router baru dan membuat Tune Up dan Repositioning cakera VSAT sekolah terlibat agar kemudahan internet dari syarikat ini dapat diterima sekolah pedalaman. 2.8 Dalam projek ini, Syarikat YTL Communication memerlukan kelulusan untuk pemasangan Mini Tower di beberapa sekolah luar bandar. Mini Tower yang akan dipasang ini akan mambantu penyebaran talian wireless ke beberapa sekolah terdekat atau dalam lingkungannya. Sehubungan ini pihak syarikat YTL Communications telah memohon kelulusan pemasangan struktur komunikasi dalam tapak sekolah kepada KSU, KPM. Walaubagaimanapun belum ada maklumbalas dari Pejabat KSU, KPM berkenaan ini. Peranan dan tanggungjawab JPN Sabah: a. JPN Sabah dikehendaki membantu memastikan pihak sekolah maklum berkenaan projek ini dan bersedia dari segi infastruktur asas iaitu: i. Kesediaan bekalan elektrik sekolah. ii. Kemudahan rangkaian dalaman (LAN) sekolah. b. Pada masa ini, semua sekolah dibenarkan untuk melanggan perkhidmatan internet secara bebas dari pembekal perkhidmatan sempena tempoh interim ini. JPN Sabah dipohon untuk memastikan pihak sekolah menamatkan perkhidmatan internet setelah pelaksanaan pemasangan kemudahan internet melalui projek 1BestariNet. Ini bertujuan untuk mengelak pembayaran berganda untuk perkhidmatan yang sama. c. JPN Sabah dipohon untuk memaklumkan kepada semua sekolah untuk bersedia menerima kunjungan daripada pihak syarikat YTL Communications bagi tujuan pemasangan CPE atau ZOOM unit.

3. Butiran Bagi Pelaksanaan Tempoh Interim bersama BPPA, KPM (1.2.2) : 3.1 Pada tahun 2010, KPM telah mengeluarkan pemakluman penamatan Kontrak Perkhidmatan Internet antara KPM dan Goverment Integrated Telecommunications Network (GITN). Sehubungan ini, KPM memaklumkan pelaksanaan tempoh interim bagi perolehan perkhidmatan internet untuk semua sekolah seluruh negara sepanjang tempoh 2011.

3.2 Arahan ini telah dipanjangkan semula pada 2012 ekoran urusan ikatan kontrak antara KPM dan syarikat YTL Communications yang belum dapat dibuat. Untuk makluman Surat Setuju Terima (SST) kepada syarikat YTL Communications hanya dikeluarkan pada 24 Disember 2011 yang lalu. 3.3 Ekoran diatas, pihak BPPA, KPM melanjutkan tempoh interim perolehan perkhidmatan internet dengan syarat seperti berikut: 3.3.1 Bagi perolehan perkhidmatan internet kawasan Bandar dan Luar Bandar, kelajuan minimum mesti mencapai kelajuan 2Mbps dengan bayaran RM600. 3.3.2 Bagi perolehan perkhidmatan internet kawasan Pedalaman, kelajuan minimum mesti mencapai kelajuan 1Mbps dengan bayaran RM300. 3.3.3 Semua jenis perkhidmatan yang dipilih pihak sekolah boleh ditamatkan dengan memberi notis 1 bulan. 3.4 Isu yang dikemukakan oleh JPN Sabah kepada BPPA dan PMO adalah seperti berikut: 3.4.1 Bagi perolehan perkhidmatan internet dalam tempoh interim 2011, JPN Sabah dimaklumkan untuk membuat perolehan tersebut secara sebutharga bagi sekolah bukan berstatus PTJ. Ini disebab nilai perolehan tersebut mencecah RM50,000.00 setiap PPD. Sehubungan ini semua PPD Sabah melaksanakan sebutharga untuk mengelak komplikasi audit kelak. (Maklumat ini diperolehi dari Bahagian Perbendaharaan Malaysia Cawangan Sabah) 3.4.2 BPPA dan PMO mengesahkan telah berhubung dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini dan akan memohon kelulusan pengecualian melalui KSU, KPM. Sehingga kini belum ada pengesahan tentang surat kelulusan yang dimaksudkan. 4. Butiran Bagi Prosedur Perolehan Perkhidmatan Internet Dalam Tempoh Interim Dan 1BestariNet (1.2.3) 4.1 BPPA memaklumkan bahawa pihak sekolah mesti manamatkan perkhidmatan internet sedia ada jika memilih untuk menerima perkhidmatan internet dari projek 1BestariNet. Ini untuk mengelak pembayaran bil berganda. 4.2 Pembayaran BPPA memaklumkan pembayaran adalah secara bulanan. Selain itu, semua sekolah mesti mengemukakan laporan capaian internet setiap bulan. Kadar capaian internet mestilah mencapai 99% tanpa gangguan perkhidmatan. Ini bermaksud Pihak Kerajaan hanya akan membayar kepada syarikat YTL Communications untuk perkhidmatan yang diterima sahaja. 4.3 BPPA memaklumkan bahawa semua CPE yang dipasang merupakan hak milik syarikat YTL Communications dan tidak boleh dialihkan. Sebarang kerosakan dan masalah teknikal perlu diselesaikan oleh pihak juruteknik Syarikat YTL Communications setelah menerima aduan kerosakan dari pihak

sekolah. 4.4 Selain itu, YTL Communications mungkin perlu memasang beberapa Mini Tower di beberapa sekolah bergantung kepada keperluan operasinya. Pihak BPPA memaklumkan bahawa pihak YTL Communication hanya boleh mendirikan Mini Tower setelah mendapat kelulusan dari pengurusan tertinggi KPM. Sehubungan itu, JPN Sabah, PPD dan pihak sekolah dipohon membantu dalam pemilihan tapak jika keperluan ini timbul kelak. 4.5 Bagi sekolah yang tidak dapat dicapai oleh base station, syarikat YTL Communications akan menggunakan VSAT yang ada di sekolah yang terlibat dan akan membuat pemasangan alat untuk membolehkan VSAT tersebut menerima isyarat dari pemancar syarikat YTL Communications ini. 4.6 Pihak JPN Sabah dipohon untuk membantu mengenal pasti sekolah yang tiada bekalan elektrik dan mencadangkan kepada pihak PMO untuk kaedah penyelesaian alternatif jika ada. 4.7 Setakat ini JPN Sabah dipohon untuk membekalkan maklumat sekolah yang menggunakan teknologi VSAT kepada PMO untuk kajian dan penilaian. 5. Butiran Bagi Skop Pelaksanaan 1BestariNet (1.2.4): 5.1 Setakat 10 Januari, Syarikat YTL Communications telah dibenarkan mamasang ke 200 buah sekolah di Lembah Klang. Bilangan ini akan meningkat setelah kelulusan peluasan operasi ke zon Sabah, Sarawak dan Labuan diperolehi dari SKMM. 5.2 Syarikat YTL Communications mensasarkan pamasangan Base Station di Negeri Sabah pada bulan April dan seterusnya pemasangan CPE ke semua sekolah selepas ini. 5.3 Tanggungjawab Syarikat YTL Communications adalah: 5.3.1 Membuat lawatan ke sekolah untuk menentukan jenis peralatan yang perlu dipasang (CPE or VSAT). 5.3.2 Membuat site servey untuk mendirikan Mini Tower. JPN dan PPD dipohon untuk membantu dalam perkara ini. 5.3.3 Mengenalpasti sekolah yang menggunakan teknologi VSAT dan membuat Tune UP bagi membolehkan VSAT sekolah menerima isyarat rangkaian 1BestariNet. 5.3.4 Melaksanakan perkhidmatan Tampalan / Patching (XP Service Pack 3) kepada semua komputer yang menggunakan sistem operasi Windows XP (XP Service Pack 2) 5.3.5 Membekalkan antara 3 hingga 20 unit Yes Go Doogle (USB Mobile Unit) kepada pihak sekolah yang akan diagihkan oleh pihak pengurusan sekolah sendiri. Penerima akan didaftarkan dan bertanggungjawab menjaga peralatan tersebut kerana unit tersebut merupakan milik syarikat YTL

Communication dan ianya hanya dipinjamkan kepada sekolah. 5.3.6 YTL Communications akan melaksanakan latihan untuk pegawai yang akan dilantik oleh pihak sekolah sendiri untuk membantu menyelia kemudahan dan kaedah mambuat laporan kepada syarikat jika ada masalah teknikal talian. 5.3.7 Melaksanakan latihan kepada pegawai-pegawai di JPN dan PPD khusus berkenaan pemantauan sistem 1BestariNet dan pelaporan kepada PMO jika masalah talian tidak dapat diselesaikan oleh pihak syarikat (penguatkuasaan penalti). 6. Butiran Bagi Taklimat Teknikal Perkhidmatan 1BestariNet (1.2.5) :

6.1 Perkhidmatan internet ini berpusat kepada teknologi wireless. 6.2 Kelebihan perkhidmatan ini adala seperti berikut: 6.2.1 Perkhidmatan disambungkan tanpa wayar dari Base Station ke CPE. 6.2.2 Teknologi ini berkemampuan untuk memberikan kita perkhidmatan pelayaran internet, membuat dan menerima panggilan telefon, membuat serta menerima dokumen fax dan membuat panggilan video ke semua rangkaian telekomunikasi yang lain dengan kos sembilan (9) sen seminit.

Kekangan teknikal bagi perkhidmatan dibawah projek 1BestariNet.

a. JPN Sabah perlu memastikan sekolah yang ingin menikmati kemudahan ini perlu mempunyai bekalan elektrik yang berterusan. b. Perlu pastikan semua peralatan ICT iaitu komputer untuk P&P dan P&T menggunakan sistem pengoperasian Windows XP Sevice Pack 3 dan keatas dan menggunakan lesen perisian yang tulen. Ini kerana kemudahan internet 1BestariNet menggunakan pelayar atau Browser yang perlu di naiktaraf dari service pack 2 ke service pack 3 untuk membolehkan capaian ke internet dapat dibuat. c. JPN Sabah mengesahkan bahawa masih terdapat 135 makmal komputer Fasa 1 berbagai model yang masih belum mendapat penggantian melibatkan sebanyak 3303 unit PC. JPN Sabah diminta untuk mengemukakan permohonan penggantian bagi keperluan diatas. d. VSAT-Syarikat YTL Communication tidak menggantikan VSAT yang rosak. Sekiranya perkara ini berlaku, JPN Sabah dipohon membantu dalam mencadangkan penyelesaian yang boleh dipraktikkan. e. JPN Sabah mencadangkan agar beberapa alat ganti VSAT yang tidak digunakan dari sekolah lain digunakan untuk dipasang di sekolah-sekolah yang memerlukan. Pihak PMO telah dimaklumkan dan akan mendapatkan persetujuan dari Pihak Pengurusan Tertinggi KPM berhubung perkara ini. f. Secara teknikal dan kontrak, syarikat YTL Communications cuma akan memasang CPE ke premis sekolah dan merangkaikan kemudahan ke Network Switch Sekolah. Pihak sekolah pula perlu sediakan kemudahan tersebut agar kemudahan internet boleh dirangkaikan ke Makmal atau Bilik Komputer, Pejabat Pentadbiran Sekolah, Bilik Guru, Pusat Sumber dan Pusat Akses Sekolah. Kemudahan ini memerlukan jaringan rangkaian dalaman (LAN) sedia ada sekolah yang baik. Pihak sekolah perlu laksana penyelenggaraan dengan segera untuk menikmati kemudahan ini dengan lebih berkesan.

7. Butiran Bagi Integrasi sistem-sistem KPM (1.2.6): 7.1 Pada masa ini pihak syarikat YTL Commu nications belum dapat memberi kepastian sama ada kemudahan internet yang disyorkan melalui projek 1BestariNet dapat menyokong semua sistem yang digunakan oleh KPM. 7.2 Walaubagaimanapun, pihak PMO akan mendapatkan kelulusan daripada Pengurusan Tertinggi KPM berkenaan pengintegrasian sistem Online dibawah kawalan KPM kepada 1BestariNet. Pada dasarnya PMO memaklumkan semua sistem Online dibawah kawalan KPM boleh diakses menggunakan talian ini. 7.3 Semua JPN memohon agar sistem eSPKB dan sistem lain diluar kawalan KPM juga diintegrasikan dalam projek ini bagi memudahkan pihak sekolah berstatus PTJ untuk membuat urusan. 8. Butiran Bagi Vertual Learning Environment / VLE (1.2.7):

8.1 Pihak Syarikat YTL Communications menawarkan Perkhidmatan Pembelajaran Maya atau Vertual Learning Environment (VLE) yang juga dipanggil FROG. Komponen VLE mengandungi kandungan pengajaran dan pembelajaran dan yang boleh dikongsi oleh guru-guru yang berdaftar dengan pembekal perkhidmatan. 8.2 Guru-guru boleh mengakses bahan P&P secara online dari negeri lain untuk disesuaikan dengan rancangan mengajar guru-guru terlibat. 8.3 Disamping itu, kemudahan VLE membolehkan guru-guru membuat rancangan mengajar harian dan boleh disimpan dalam bentuk maya serta boleh diakses bila-bila masa. 8.4 Komponen VLE membenarkan guru-guru memberikan kerja rumah, tugasan dan ujian mengikut perancangan guru tersebut. 8.5 Selain itu, guru-guru boleh mendapatkan pandangan dari guru-guru dari negara lain khususnya dalam bidang akademik iaitu teknik mengajar, bahan-bahan interaktif, resos pengetahuan dan banyak lagi melalui blog terkawal yang akan dipantau oleh KPM. 8.6 Pada masa ini pihak KPM telah berkerjasama dengan pihak syarikat YTL Communication dengan memuatnaik cadangan rancangan tahunan, huraian sukatan pelajaraan dan beberapa bahanbahan menarik khusus untuk keperluan guru merancang pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 8.7 VLE juga memuatkan sistem pengurusan jadual waktu kelas dan guru disamping menyimpan beberapa contoh soalan peperiksaan melalui bank soalan peperiksaan secara online.

8.8 Ibubapa juga boleh mengakses kemudahan ini untuk memantau kemajuan anak-anak mereka disamping memastikan anak-anak mereka hadir ke sekolah. Sebagai tambahan, pihak sekolah boleh mengapungkan jadual perancangan sekolah dan boleh dikemaskini bila-bila masa oleh pengurusan sekolah. 8.9 Pada masa ini PMO masih belum membuat keputusan bahagian mana di KPM yang akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia penggunaan dan pelaksanaan VLE ini. 8.10 Setakat ini belum ada sekolah dibawah JPN Sabah terpilih untuk pelaksanaan program VLE mahupun sebagai Pilot Project School. Ulasan dan cadangan persediaan sebelum pelaksanaan ini: Secara keseluruhannya JPN Sabah bersedia menerima projek 1BestariNet. Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diambil perhatian bagi membolehkan projek ini berjalan dengan baik. Perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut: 1.) Kemudahan Elektrik Di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah. Pada masa ini, hampir semua sekolah dibawah JPN Sabah ada bekalan elektrik.

Walaubagaimanapun beberapa sekolah yang menggunakan peralatan Janakuasa Elektrik untuk menjana bekalan elektrik untuk sekolah perlu diberi perhatian dari segi keperluan penyelenggaraan jentera janakuasa dan bekalan minyak yang berterusan. Selain itu, terdapat juga keperluan penyelenggaraan pendawaian elektrik bagi sekolah-sekolah. Sehubungan ini TSUB BPPA, Tn. Hj. Ismail Abdul Aziz menasihatkan agar semua masalah dan permohonan peruntukan dikemukakan segera kepada pihak KPM untuk pembidaan bajet bagi memenuhi keperluan diatas. Semua permohonan mestilah mempunyai justifikasi yang kukuh dan jelas disertakan dengan laporan bergambar (warna) untuk menyokong permohonan. 2.) Tahap Kesediaan Infrastruktur ICT Di Sekolah-Sekolah Negeri Sabah. Projek 1BestariNet memerlukan sokongan frasarana ICT yang kukuh. Ini kerana perkakasan projek 1BestariNet yang bakal dipasang bukan sahaja boleh membuat transmisi isyarat internet secara wireless tetapi boleh disebarkan melalui rangkaian dalaman (LAN) yang ada di sekolah. Peluasan akan melibatkan bahagian pentadbiran sekolah, makmal komputer, bilik guru, pusat sumber, pusat akses dan bilik darjah secara wireless.

Oleh yang demikian adalah penting bagi pihak sekolah membuat penyelenggaraan network switch yang rosak dan memerlukan naiktaraf kemudahan rangkaian LAN agar kumpulan dan kawasan yang disasarkan dapat menikmati kemudahan internet yang bakal dibekalkan melalui projek ini. Selain itu, rekod di Sektor ICT (SICT), JPN Sabah mendapati sebanyak 135 dari 200 buah makmal komputer dibawah Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran (Makmal Komputer Fasa 1) diseluruh Negeri Sabah melibatkan sebanyak 3303 unit komputer masih menggunakan Sistem Pengoperasian Windows 98. Dari segi teknikalnya, kemudahan internet yang ditawarkan dalam projek 1BestariNet ini tidak dapat diakses menggunakan peralatan yang menggunakan sistem pengoperasian ini disebabkan sistem yang digunakan sudah lama atau Obsolete. Untuk ini, semua komputer mesti menggunakan peralatan ICT (PC) dengan Sistem Pengoperasian Windows XP Service Pack 3. Untuk makluman, JPN Sabah telah mengemukakan permohonan penggantian peralatan ICT diatas sejak 2008, walaubagaimanapun setakat Disember 2011 sekolah yang terlibat dengan penggantian ini adalah sebanyak 65 buah makmal komputer telah menerima penggantian dari BTPN Sabah dan BHSH, KPM. Sehubungan ini, JPN Sabah diminta mengemukakan kertas kerja dalam masa terdekat ini kepada BPPA, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan BTP, KPM untuk memohon peruntukan kewangan bagi menampung kos penggantian peralatan ICT makmal komputer Fasa 1 lengkap dengan pakej rangkaian dalaman serta perabot makmal komputer yang dimaksudkan.

Sekian laporan saya Disediakan oleh Shenton James Jivion Penyelia ICT 25 Januari 2011

You might also like