You are on page 1of 31

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

GARIS PANDUAN
PENYENGGARAAN PERALATAN ASET ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAN
KOLEJ VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA

0
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2019

Garis Panduan
Penyenggaraan Peralatan ICT
Di Sekolah, KPM
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Garis Panduan ini adalah mengenai tatacara operasi penyenggaraan


peralatan ICT (Aset Alih Kerajaan) di sekolah-sekolah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
1.2 Garis Panduan ini hendaklah dirujuk bersama dengan Surat Setuju
Terima (SST) dan Kontrak Perjanjian antara KPM dengan Syarikat
Pembekal Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah
mengikut zon masing-masing.

2.0 LATAR BELAKANG

Pada 23 Januari 2019, Mesyuarat Perpindahan Fungsi Teknikal Teknologi


Maklumat BTP ke BPM yang dihadiri oleh pegawai BPM, serta wakil BPSM
telah bersetuju bagi perolehan, penggantian dan kontrak penyenggaraan
peralatan ICT sekolah yang baharu akan diuruskan oleh pihak BPM.

Program Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah merupakan satu kaedah


penggantian dan baik pulih peralatan ICT sedia ada sekolah bagi menyokong
keperluan PdP (pengajaran dan pembelajaran) untuk pelaksanakan
kurikulum. PdP abad ke-21 Kumpulan Fokus 12, strategi 2: Peningkatan
Infrastuktur Digital | BPM berperanan untuk melaksanakan penggantian
komputer makmal komputer sekolah bagi memastikan keberhasilan jangka
masa pendek 2019 – 2020 serta mewujudkan bilik darjah pintar BDP
sekurang-kurangnya satu Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah bagi
setiap daerah.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Membolehkan Sekolah melaporkan aduan kerosakan peralatan ICT
ke dalam STS (Support Ticketing System) di alamat URL
http://sts.moe.edu.my

3.2 Memastikan Makmal Komputer Sekolah Berfungsi | sekurang-


kurangnya 10-unit PC sekolah boleh digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

3.3 Mematuhi tatacara pengurusan aset ICT (Aset Alih Kerajaan) dan
prosedur kewangan yang sedang berkuatkuasa.

3.4 Memastikan kontrak perjanjian dipatuhi semasa pelaksanaan kerja


penyenggaraan.

3.5 Semua agensi terlibat memainkan peranan masing-masing bagi


memastikan peralatan ICT di sekolah disenggara dan boleh diguna
pakai.

2
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

4.0 TAKRIFAN

4.1 Penyenggaraan Pembaikan Membaiki Kerosakan / Corrective


Maintenance (CM) ialah tindakan membaiki atau mengganti
komponen apabila berlaku kerosakan/ kegagalan supaya peralatan ICT
dapat berfungsi semula mengikut piawaian yang ditetapkan.
4.2 Gantian Baharu PP merupakan CM menggunakan kaedah
Penggantian Melalui Perjanjian set peralatan ICT yang rosak dan
tidak ekonomi dibaiki supaya dapat berfungsi mengikut standard
yang ditetapkan dengan mengikut syarat-syarat yang terkandung
dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia.
4.3 Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan
sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi
dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputer.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

5.1 Pelaksanaan penyenggaraan peralatan ICT melalui subwaran kepada


Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) berdasarkan harga yang
dipersetujui oleh Syarikat Penyelenggaraan dalam SST (Surat
Setuju Terima).
5.2 Contrak Order (CO) dikeluarkan oleh JPN kepada syarikat sebelum
kerja-kerja penyenggaraan dilaksanakan.
5.3 Kerja-kerja penyenggaraan perlu diselesaikan dalam tempoh 30 hari
kalender dari tarikh Contrak Order (CO) dikeluarkan.
5.4 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT dibekalkan selepas tahun
2011 dan ke atas dicadangkan menggunakan kaedah tukar alat
ganti. Alat ganti dan komponen yang dibekal hendaklah mempunyai
jaminan sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh Sijil Pengujian
Pentauliahan (SPP) ditandatangani dan disahkan. Pertukaran alat ganti
hendaklah direkodkan pada Bahagian B Borang Pendaftaran Harta
Modal (KEW PA-3) atau Aset Bernilai Rendah (KEW PA-4).
5.5 Penyenggaraan ke atas peralatan ICT yang dibekalkan pada dan
sebelum tahun 2010 dicadangkan menggunakan kaedah
Penggantian Melalui Perjanjian (Gantian Baharu PP) selaras
dengan perenggan 6, Perkara 2.5, Pekeliling Perbendaharaan
Tatacara Pengurusan Aset dan dengan syarat mendapat
kebenaran Ketua Jabatan.
5.6 Pelaksanaan menggunakan kaedah gantian baharu PP
(Penggantian Melalui Perjanjian) perlu merujuk kepada Tatacara
Penyenggaraan Peralatan ICT Menggunakan Kaedah Gantian Baharu
(PP) yang disertakan di bahagian akhir garis panduan ini.
5.7 Kaedah penyenggaraan yang dilaksanakan ini melibatkan 2 kod akaun
yang perlu dipatuhi oleh JPN selaku PTJ yang membuat bayaran;
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

5.7.1 OS35000 digunakan untuk membayar harga peralatan


Penggantian Melalui Perjanjian
5.7.2 OS28000 digunakan untuk membayar service caj dan alat ganti.

6.0 SKOP PELAKSANAAN

6.1 Skop pelaksanaan hanya kepada Penyenggaraan Pemulihan


(corrective maintenance (CM))
6.2 Penyenggaraan peralatan ICT dilaksanakan berdasarkan aduan yang
diterima daripada pihak sekolah melalui STS (Support Ticketing
System) di alamat URL http://sts.moe.edu.my
6.3 Kerja-kerja penyenggaraan ini melibatkan semua kategori sekolah
rendah dan sekolah menengah di bawah KPM termasuk: -
• Kolej Teknik / Vokasional
• Kolej Tingkatan 6

6.4 Peruntukan untuk penyenggaraan peralatan ICT di sekolah adalah


terhad berbanding dengan jumlah aduan kerosakan yang diterima.
Keutamaan adalah kepada kerosakan peralatan ICT di tahap kritikal
yang boleh melumpuhkan pelaksanaan PdP di sekolah.

6.5 Peralatan ICT yang layak disenggara ialah: -


▪ Komputer Peribadi
▪ Komputer Riba
▪ Projektor
▪ Pencetak
▪ Peralatan rangkaian (LAN)
6.6 Peralatan ICT berikut juga termasuk dalam skop penyenggaraan:
• Peralatan ICT yang digunakan untuk Pengurusan dan
Pentadbiran sekolah (PdT).
• Peralatan ICT yang digunakan di asrama sekolah
• Peralatan ICT yang digunakan untuk Pra-sekolah

6.7 Syarat peralatan ICT layak disenggara adalah:


▪ Peralatan ICT telah didaftarkan sebagai Aset Alih Kerajaan dan
mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal (DHM).
▪ Peralatan ICT telah tamat tempoh jaminan (warranty).
▪ Peralatan ICT belum mendapat Sijil Pelupusan.

7.0 PROSES PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM

4
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

7.1 Aduan kerosakan perlu dibuat oleh Juruteknik Komputer (JTK) / Guru
Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT (GPICT) di sekolah
melalui STS (Support Ticketing System) di alamat URL
http://sts.moe.edu.my

7.2 GPB /GPICT /JTK di sekolah perlu bekerjasama dengan PPD dalam
kelompok sekolah masing-masing untuk verifikasi aduan dengan
mengenal pasti punca masalah, kaedah penyelesaian dan implikasi kos
yang diperlukan.

7.3 JPN akan menyalurkan aduan STS kepada syarikat untuk


menentusahkan punca kerosakan.

7.4 Syarikat perlu melengkapkan dokumen berikut untuk membolehkan


Contrak Order (CO) dikeluarkan oleh JPN:-

(a) Sebut harga Kontraktor (1 salinan asal );


(b) Kad Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/KEW.PA-3/ KEW.PA-4) - (1
salinan yang telah disahkan)
(c) Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-10) – (1
salinan asal)
(d) Rekod Penyelenggaraan Harta Modal/Rekod Penyelenggaraan
Aset Alih Bernilai Rendah (KEW.PA-14/KEW.PA-15) - (1 salinan
yang telah disahkan)
(e) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) - (1
salinan asal)

7.5 Pihak JPN hendaklah membuat semakan dan pengesahan dokumen


sebelum CO dikeluarkan.

7.6 Hanya dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk


pengeluaran CO.

7.7 Kerja penyenggaraan akan bermula selepas CO dikeluarkan.

7.8 BORANG C (Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT


(PPP) perlu dilengkapkan sekiranya pihak syarikat perlu membawa
keluar peralatan ICT dari lokasi.

7.9 Tempoh kerja-kerja penyenggaraan peralatan adalah 30 hari bermula


dari tarikh CO dikeluarkan.

7.10 Permohonan pelanjutan tempoh secara bertulis kerja-kerja


penyenggaraan hendaklah dikemukakan 14 hari sebelum tempoh masa
yang diberikan tamat.(kebenaran/tidak dibenarkan pelanjutan tempoh
kerja adalah Hak Mutlak Kerajaan)

7.11 Pihak Kerajaan berhak untuk membatakan CO yang telah dikeluarkan


sekiranya kerja-kerja tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

diberikan serta pelanjutan tempoh kerja tidak dibenarkan.

7.12 Syarikat yang gagal menyelesaikan kerja dalam tempoh yang


ditetapkan akan dikenakan denda.(Rujuk Kontrak)

7.13 Syarikat yang membawa keluar peralatan dari premis kerajaan mesti
menyelesaikan penyenggaraan dan memulangkan peralatan ICT yang
telah disenggara dalam tempoh tujuh (7) hari. Sekiranya gagal, pihak
syarikat akan dikenakan denda. (Rujuk Kontrak).

7.14 Maklumat peralatan ICT yang telah disenggara hendaklah direkodkan


dan megemaskini BORANG KEW.PA-15 atau BORANG KEW.PA-15
(A).

7.15 Apabila kerja penyenggaraan telah selesai dilaksanakan, syarikat perlu


melengkapkan dokumen berikut kepada JPN untuk proses
pembayaran:
(a) Imbois (Asal)
(b) Sijil Akuan Penerimaan (SAP) - Borang A (2 salinan | 1 asal + 1
salinan )
(c) Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) - Borang B (2 salinan | 1
asal + 1 salinan )
(d) Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT (PPP) yang
lengkap

7.16 Syarikat perlu mengemukakan dokumen lengkap dengan


tandatangan, cop rasmi, nama dan jawatan serta tarikh daripada pihak
sekolah sebagai pengesahan kerja penyenggaraan telah selesai
dilaksanakan.

7.17 Pihak JPN pula perlu menyemak dan mengesahkan dokumen


adalah lengkap sebelum pembayaran dibuat.

7.18 Pembayaran akan diproses dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh
dokumen keperluan pembayaran yang lengkap diterima

8.0 PERANAN AGENSI TERLIBAT

8.1 SEKOLAH

8.1.1 Melaporkan semua kerosakan peralatan ICT ke dalam STS


(Support Ticketing System) melalui http://sts.moe.edu.my
8.1.2 Aduan hendaklah dibuat oleh JTK, GPB atau GPICT di Sekolah
8.1.3 Memastikan semua peralatan ICT di sekolah yang hendak
disenggara mempunyai Kad Daftar Harta Modal (Borang
KEW.PA-3) yang lengkap dan dikemaskini.

6
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

8.1.4 Memastikan BORANG KEW.PA-10 Aduan Kerosakan Harta


Modal Kerajaan / Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan lengkap
diisi.
8.1.5 Memastikan kerja-kerja penyenggaraan ke atas peralatan ICT
dilaksanakan oleh syarikat yang dilantik oleh KPM
8.1.6 Memastikan pihak syarikat mematuhi tatacara dan prosedur
yang telah ditetapkan.
8.1.7 Memastikan kerja penyenggaraan dilaksanakan dengan
sempurna sebelum menandatangani BORANG A (Sijil Akuan
Penerimaan (SAP, BORANG B (Sijil Pengujian dan
Pentauliahan (SPP)) - dan dokumen-dokumen sokongan yang
berkaitan.
8.1.8 Memastikan BORANG KEW.PA-15 (Rekod Penyelenggaraan
Harta Modal) bagi semua peralatan ICT yang telah disenggara
lengkap dan dikemaskini.
8.1.9 Mendaftarkan Aset Alih yang baru dan Melabel nombor Daftar
Harta Modal pada semua peralatan gantian baharu
(Pengantian Melalui Perjanjian)
8.1.10 Aset Alih yang lama hendaklah dilupuskan dengan kaedah
serahan bagi semua peralatan gantian baharu (Pengantian
Melalui Perjanjian). Rujuk PP Tatacara Pengurusan Aset, Am
2.7 – Pelupusan.

8.2 PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD)

8.2.1 Memastikan semua sekolah dalam keCOmpok melaporkan


aduan kerosakan ICT melalui STS supaya kerosakan dapat
dibaikpulih.
8.2.2 Membuat verifikasi dan kenal pasti tahap kritikal kerosakan
semua aduan yang dibuat oleh sekolah dalam keCOmpok
masing-masing.
8.2.3 Memberi khidmat nasihat penggunaan STS dan pelaksanaan
penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.
8.2.4 Membuat pemantauan bagi memastikan kerja penyenggaraan
peralatan ICT mematuhi tatacara dan prosedur dalam kontrak.
8.2.5 Memastikan peralatan ICT yang rosak di sekolah-sekolah bawah
PPD/PKG masing-masing selepas disenggara dan berfungsi.

8.3 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN)

8.3.1 Memantau aduan kerosakan peralatan ICT sekolah melalui STS.


8.3.2 Menyediakan senarai aduan kerosakan peralatan ICT sekolah
yang melibatkan Kos kepada pihak syarikat untuk dibaikpulih.
8.3.3 Menjadi pegawai penghubung antara syarikat yang dilantik
dengan sekolah.
8.3.4 Memastikan dokumen permohonan CO mematuhi kaedah yang
telah ditetapkan dalam kontrak perjanjian.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

8.3.5 Mengeluarkan CO berdasarkan dokumen permohonan oleh


syarikat yang lengkap.
8.3.6 Memantau dan memastikan penyenggaraan peralatan ICT
mengikut tempoh dan ketetapan.
8.3.7 Mengesahkan kerja-kerja penyenggaraan oleh syarikat mematuhi
spesifikasi dan skop kerja dalam kontrak perjanjian
8.3.8 Memastikan dokumen permohonan pembayaran lengkap serta
mematuhi kaedah yang telah ditetapkan.
8.3.9 Membuat proses pembayaran berdasarkan dokumen
permohonan pembayaran oleh syarikat yang lengkap.
8.3.10 Menyediakan laporan bulanan prestasi perbelanjaan dan
analisa peralatan ICT yang disenggara bagi setiap sekolah
yang terlibat kepada BPM menggunakan BORANG D Laporan
Status Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-sekolah KPM.
8.3.11 Peruntukan perlu digunakan untuk manfaat sekolah. Peruntukan
penyenggaraan yang tidak dapat dibelanjakan pada tempoh
yang ditetapkan akan ditarik balik.
8.3.12 Memastikan perlaksanaan penyenggaraan memenuhi objektif
KPM

8.4 BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT (BPM)

8.4.1 Memastikan bajet peruntukan tahun semasa diperoleh.


8.4.2 Memastikan peruntukan bagi kedua-dua skop penyenggaraan
dan penggantian mencukupi. Kedua-dua skop tersebut perlu
dibayar menggunakan kod akaun yang tepat. Proses virement
hendaklah dilaksanakan jika ianya tidak mencukupi.
8.4.3 Menyediakan agihan waran peruntukan kepada JPN
berdasarkan jumlah peruntukan yang diterima.
8.4.4 Menyediakan Garis Panduan Operasi Pelaksanaan
Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM.
8.4.5 Mengurus mesyuarat penyelarasan antara semua negeri bagi
memastikan penyenggaraan peralatan ICT di sekolah dapat
dilaksanakan dengan mematuhi tatacara seperti dalam kontrak
perjanjian dalam tempoh yang ditetapkan
8.4.6 Memantau prestasi kerja bulanan syarikat.
8.4.7 Memantau on site secara rawak kerja penyenggaraan di sekolah
bagi memastikan skop kerja dan spesifikasi alat ganti peralatan
dalam kontrak dipatuhi.
8.4.8 Memberi khidmat nasihat kepada JPN/PPD dan sekolah
(mengikut keperluan).
8.4.9 Menyediakan laporan status penyenggaraan peralatan ICT
sekolah KPM kepada Pengurusan Tertinggi KPM (mengikut
keperluan).
8.4.10 Memastikan tatacara pengurusan aset berkaitan urusan
pendaftaran dan harta modal dipatuhi.

8
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

8.5 SYARIKAT / KONTRAKTOR

8.5.1 Melaksanakan kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah


dalam zon masing-masing selepas terima CO.
8.5.2 Melaksanakan kerja penyenggaraan dengan mematuhi
tatacara dan prosedur dalam kontrak perjanjian yang
ditandatangani.
8.5.3 Menyenaraikan Nama kakitangan yang melaksanakan kerja-
kerja penyenggaraan beserta kad kuasa bergambar dan Surat
kebenaran.
8.5.4 Bersedia untuk dihubungi oleh JPN dalam zon masing-
masing bagi menyelesaikan sebarang isu semasa pelaksanaan
kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah.
8.5.5 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan peralatan
ICT di sekolah mesti memaparkan kad pengenalan diri dan
memakai uniform yang telah ditetapkan seperti dalam
perjanjian kontrak.
8.5.6 Wakil syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan juga
mesti melapor diri dan mohon kebenaran daripada pentadbir
sekolah. Gagal berbuat demikian, pihak sekolah berhak untuk
tidak membenarkan syarikat menjalankan kerja penyenggaraan
tanpa sebarang amaran.
8.5.7 Syarikat dikehendaki menyerahkan laporan bulanan kepada
JPN mengenai status penyenggaraan peralatan ICT pada atau
sebelum 5hb setiap bulan.
8.5.8 Syarikat dikehendaki melabel tanda ‘Hak Kerajaan Malaysia’
pada peralatan gantian baharu (Penggantian Melalui
Perjanjian).
8.5.9 Pihak syarikat perlu memohon dan membawa keluar peralatan
lama yang telah disenggara dengan gantian baharu PP
(Penggantian Melalui Perjanjian) jika diarahkan.

9.0 SKOP KERJA KHUSUS PENYELENGGARAAN KOMPUTER PERIBADI


(DESKTOP PC) DAN KOMPUTER RIBA (NOTEBOOK)

9.1 Kontraktor mestilah melaksanakan perkara-perkara berikut:

9.1.1 Membuat verifikasi dan mengenal pasti punca setiap kerosakan


pada komputer peribadi (desktop pc) komputer riba (notebook)
yang perlu diselenggara; dan
9.1.2 Setiap peralatan yang diselenggara perlu melalui proses
pengujian dan pentauliahan bagi memastikan peralatan
tersebut berfungsi.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

9.1.3 Jika terdapat kerosakan pada motherboard dan prosessor


dicadangkan untuk senggara dengan kaedah gantian baharu PP.

9.2 Sekiranya peralatan perlu di‘format’, kerja-kerja yang mesti dilakukan


adalah termasuk:
9.2.1 Membuat data backup sebelum format;
9.2.2 Membuat pemasangan (installation) semula terhadap sistem
pengoperasian, perisian (Microsoft Office, OpenOffice, Antivirus
dan lain-lain perisian yang berkaitan) dan aplikasi-aplikasi sedia
ada yang terdapat di dalam peralatan tersebut;
9.2.3 Melaksanakan konfigurasi rangkaian; dan
9.2.4 Restore data.

9.3 Kemaskini (update) paten dan patches antivirus (termasuk anti spyware,
anti malware, anti phishing) dan sistem pengoperasian.

9.4 Kontraktor perlu menggunakan perisian antivirus yang telah dibekalkan


oleh KPM.

9.5 Memastikan sistem pengoperasian dan semua aplikasi serta perisian


dapat berfungsi dengan baik dan mengikut konfigurasi yang betul.
Sekiranya terdapat masalah perisian, Kontraktor hendaklah memastikan
masalah perisian tersebut diselesaikan mengikut tempoh masa yang
ditetapkan serta mendapatkan khidmat pembekal dan pengedar
produk/perisian tersebut.

10.0 SKOP KERJA KHUSUS – PROJEKTOR

10.1 Kontraktor mestilah memastikan komponen-komponen projektor berikut


dapat berfungsi dengan baik:
i. Projector board
ii. Projektor bulb (Lamp)

10.2 Kontraktor juga perlu memastikan pemasangan projektor mengikut


konfigurasi yang betul dan boleh berfungsi.

11.0 SKOP KERJA KHUSUS-PENCETAK

11.1 Kontraktor mestilah memastikan komponen-komponen pencetak


berikut dapat berfungsi dengan:

i. Pick up roller
ii. Printer Drum Unit

10
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

11.2 Semua pencetak yang diselenggara hendaklah dipasang mengikut


konfigurasi yang betul dan boleh berfungsi termasuk pencetak jenis
rangkaian (network printer).

12.0 SKOP KERJA KHUSUS – SET RANGKAIAN

Kontraktor mestilah melaksanakan perkara-perkara berikut:

12.1 Menyelenggara peralatan rangkaian sedia ada supaya beroperasi


dengan baik:

i. Switch (yang telah didaftarkan di bawah set rangkaian)


ii. Patch Panel
iii. Face plate
iv. Patch Cord
v. Network Cabling
vi. Fiber Optic to UTP converter
vii. Fiber Termination
viii. Fiber optic patch cord

12.2 Memastikan ketersediaan (availability), pengoperasian dan connectivity


semua perkakasan dan komponen peralatan rangkaian yang ada di
sekolah.

12.3 Connectivity antara server ke makmal/bilik komputer di sekolah (Pusat


Akses, makmal komputer, makmal matapelajaran, pejabat pentadbiran
dan lain-lain COkasi).

12.4 Menyusun atur dan melaksanakan tagging pada peralatan dan kabel-
kabel yang terlibat.
12.5 Memastikan capaian internet dalam rangkaian berfungsi.

13.0 PERKHIDMATAN MEJA BANTUAN DAN SOKONGAN TEKNIKAL

13.1 Kontraktor dikehendaki menyediakan perkhidmatan meja bantuan yang


mempunyai talian hotline, sistem berasaskan web dan jadual waktu
perkhidmatan di setiap negeri (sekurang-kurangnya satu (1) meja
bantuan untuk setiap negeri dan setiap daerah) untuk memantau
perkhidmatan yang disediakan dan bagi kemudahan komunikasi
dengan pegawai KPM.

13.2 Setiap kerosakan peralatan ICT perlu dilaporkan melalui Support


Ticketing System (STS).

13.3 Kontraktor dikehendaki menyediakan khidmat sokongan teknikal di


setiap COkasi sepanjang tempoh kontrak. Kontraktor juga mestilah
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

menyelesaikan sebarang masalah teknikal serta berhubung dengan


pegawai KPM bagi menyelesaikan masalah dan aduan pengguna.

13.4 Hari dan waktu kerja utama pelaksanaan perkhidmatan perlu menepati
hari dan waktu bekerja di negeri/lokasi yang berkenaan. Kontraktor
perlu memohon kepada pihak KPM sekiranya urusan hendak dilakukan
di luar hari dan waktu tersebut.

13.5 Kontraktor hendaklah bersedia:

13.5.1 Berurusan dengan pegawai KPM yang terlibat apabila diperlukan


dan hendaklah menyelesaikan masalah peralatan ICT, sistem
pengoperasian, pemasangan aplikasi yang berkaitan seperti
dalam kontrak;

13.5.2 Menyediakan senarai nama pekerja dan wakil yang terlibat dalam
kerja-kerja penyelenggaraan; dan

14.0 PENGGANTIAN ASET ALIH MELALUI PERJANJIAN

Penggantian Aset Alih melalui perjanjian tertakluk kepada syarat-syarat


berikut:-

14.1 Wujudnya perjanjian antara Kementerian/ Jabatan dengan syarikat


pembekal/ syarikat penyelenggaraan;

14.2 Aset Alih yang lama hendaklah dilupuskan melalui kaedah serahan;
dan

14.3 Aset Alih yang baharu diterima hendaklah didaftarkan.

14.4 Syarikat perlu membawa peralatan lama keluar dari premis jika
diarahkan oleh pihak KPM. (LUPUS)

15.0 KAEDAH PEMBAYARAN

15.1 PENGELUARAN CONTRAK ORDER (COCAL ORDER)

15.1.1 Pengeluaran Contrak Order (CO) hanya akan dibuat setelah


aduan kerosakan dikenalpasti di sekolah dan diverifikasi oleh
PPD. Pihak sekolah dan Kontraktor perlu mengesahkan
kerosakan dengan mengisi dokumen yang berkaitan seperti di
perenggan 1.3.

15.1.2 Semua CO akan diproses dan dikeluarkan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri (JPN) mengikut keperluan.
12
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

15.1.3 Kontraktor perlu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan


untuk permohonan Contrak Order (CO) dan menghantar ke JPN
untuk semakan, pengesahan dan pengeluaran CO. Hanya
dokumen-dokumen yang lengkap sahaja akan diproses untuk
pengeluaran CO. Dokumen adalah seperti berikut:
i. Sebutharga Kontraktor (1 salinan asal);
ii. Daftar Harta Modal (KEW.PA-2/ KEW.PA-3 (lama)) (1
salinan yang telah disahkan);
iii. Borang Aduan Kerosakan Aset Alih Kerajaan (KEW.PA-
10) (1 salinan asal) ;
iv. Daftar Penyelenggaraan Harta Modal (KEW.PA-14/
KEW.PA-14(A)(lama)) (1 salinan yang telah disahkan);
dan
v. Borang Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT
(Borang PPP) (1 salinan asal)

15.1.4 Kerja-kerja penyenggaraan hanya boleh dimulakan selepas


pihak Kontraktor menerima CO dari JPN.

15.1.5 Dokumen sebutharga Kontraktor bagi kos penyenggaraan setiap


peralatan perlu mematuhi syarat-syarat yang ada seperti jadual
harga di Lampiran A iaitu;
i. Caj perjalanan atau COgistik bagi setiap COkasi hanya
boleh dituntut sekali sahaja walaupun melibatkan beberapa
kerja penyenggaraan CM di COkasi yang sama dalam tahun
semasa.
ii. Caj khidmat kepakaran (service charge) adalah per
peralatan dan bukan setiap alat ganti atau komponen yang
diganti bagi setiap daftar aset alih.
iii. Sekiranya baikpulih melibatkan bahagian komponen luaran
dan dalaman bagi peralatan yang sama, caj khidmat
kepakaran hanya boleh dituntut bagi salah satu yang
tertinggi.
iv. Caj bagi khidmat menyenggara sistem operasi (OS),
software dan konfigurasi peralatan hanya boleh dituntut
sekiranya terdapat aduan dan tidak melibatkan caj khidmat
kepakaran.
v. Tiada Caj Khidmat “Backup and Restore”
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

vi. Caj alat ganti dan komponen hanya boleh dituntut setelah
dipasang sehingga peralatan berfungsi. Alat ganti dan
komponen hendaklah dibekalkan lengkap dengan perisian
driver dan aksesori seperti interface cable, power cable,
battery atau yang berkaitan.

15.2 PROSES PEMBAYARAN


15.2.1 Proses pembayaran akan hanya dibuat setelah Kontraktror
selesai membaiki peralatan dan menyerah peralatan ke COkasi
asal.

15.2.2 Semua tuntutan pembayaran perlu dikemukakan kepada JPN.


Proses pembayaran akan dibuat oleh pihak JPN mengikut
keperluan.

15.2.3 Kontraktor perlu menyediakan dokumen-dokumen berkaitan dan


menghantar ke JPN untuk semakan. Hanya dokumen-dokumen
yang lengkap sahaja akan diproses untuk pembayaran.
Dokumen adalah seperti berikut:
i. Contrak Order yang telah lengkap ditandatangani;
ii. Inbois;
iii. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) BORANG A (2 salinan | 1 asal +
1 salinan )
iv. Sijil Pengujian dan Pentauliahan (SPP) BORANG B (2 salinan |
1 asal + 1 salinan ); dan
v. Borang C Perkhidmatan Penyenggaraan Peralatan ICT
(Borang PPP) yang telah lengkap diisi.

15.2.4 Pembayaran akan dibuat dalam tempoh (14) hari dari tarikh
inbois dan setelah semua dokumen yang diperlukan lengkap
diserahkan oleh Kontraktor kepada pihak JPN.

16.0 PENUTUP

Keberkesanan perkhidmatan boleh dicapai dengan kerjasama oleh pelbagai


pihak yang terlibat. Masing-masing mempunyai peranan dan tugas yang
perlu dilaksanakan. Pengurusan aset ICT yang sistematik dan teratur
dapat membantu kecekapan proses penyenggaraan peralatan yang rosak.
14
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

Kaedah ini bagi memastikan penyenggaraan ICT di sekolah oleh syarikat


yang dilantik mencapai objektif yang ditetapkan. Perbelanjaan pula
digunakan secara berhemah dan mematuhi kontrak perjanjian yang sedang
berkuatkuasa.
BORANG
KEW.PA-3
(No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR HARTA MODAL

Kementerian/Jabatan :
Bahagian/Cawangan :
BAHAGIAN A
Kod Nasional
Kategori
Sub Kategori
Jenis/Jenama/Model
Buatan Harga Perolehan Asal
Jenis Dan No. Enjin Tarikh Diterima
No Casis/Siri Pembuat No. Pesanan Rasmi Kerajaan
No Pendaftaran Tempoh Jaminan
(Bagi Kenderaan) Nama Pembekal
Dan Alamat:
Spesifikasi :

Komponen/ Aksesori: …………………………………..


*Tandatangan Ketua Jabatan
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Cop :

PENEMPATAN
COkasi
Tarikh
Nama Pegawai
Tandatangan

PEMERIKSAAN
Tarikh
Status Aset
Nama Pemeriksa
Tandatangan

PELUPUSAN/HAPUS KIRA
Rujukan Kelulusan Tarikh Kaedah Pelupusan Tandatangan

*Nota tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.
BORANG KEW.PA-3

DAFTAR HARTA MODAL


BUTIR-BUTIR ASAL/ PENAMBAHAN/ NAIK TARAF/ PENGGANTIAN

BAHAGIAN B
Asal/
No.Siri Jenis/ Tarikh
Bil. Tempoh Tambah/ Nama
Pendaftaran Jenama/ Kos (RM) Catatan
Komponan Jaminan Naik Taraf/ Pegawai
Model Dipasang Dikeluarkan Dilupus
Penggantian
BORANG
KEW.PA-4
(No. Siri Pendaftaran: )

DAFTAR ASET ALIH BERNILAI RENDAH


Kementerian/Jabatan :
Bahagian :
BAHAGIAN A
Kod Nasional
Kategori
Sub Kategori
Jenis Harga Perolehan Asal
Kuantiti Tarikh Diterima
Unit Pengukuruan No. Pesanan Rasmi Kerajaan dan
Tempoh Jaminan Tarikh
Nama Pembekal Dan Alamat:
…………………………………..
*Tandatangan Ketua Jabatan
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Cop :

*PENEMPATAN
Kuantiti
No.Siri Pendaftaran
COkasi
Tarikh
Nama Pegawai
Tandatangan

*PEMERIKSAAN
Tarikh
Kuantiti
Status Aset
Nama Pemeriksa
Tandatangan

*PELUPUSAN/ HAPUS KIRA/ PINDAHAN


Rujukan No.Siri Tarikh Kaedah Kuantiti COkasi Tandatangan
Pendaftaran

`
*Nota : Ruangan tandatangan Ketua Jabatan boleh ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit.
BORANG KEW.PA-4

ASET ALIH BERNILAI RENDAH


BUTIR-BUTIR ASAL/ PENAMBAHAN/ NAIK TARAF/ PENGGANTIAN

BAHAGIAN B

Asal/
No.Siri Jenis/ Tarikh
Bil. Tempoh Tambah/ Nama
Pendaftaran Jenama/ Kos (RM) Catatan
Komponan Jaminan Naik Taraf/ Pegawai
Model Dipasang Dikeluarkan Dilupus
Penggantian
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG
KEW.PA-10

BORANG ADUAN KEROSAKAN ASET ALIH

Bahagian I (Untuk diisi oleh Pengadu)

1. Jenis Aset :

2. Nombor Siri Pendaftaran Aset/ :


Komponen

3. Pengguna Terakhir :

4. Tarikh Kerosakan :

5. Perihal Kerosakan :

6. Nama Dan Jawatan :

7. Tarikh :

Bahagian II (Untuk diisi oleh Pegawai Aset/ Pegawai Teknikal)

1.1 Jumlah Kos Penyelenggaraan Terdahulu:

1.2 Anggaran Kos Penyelenggaraan :

10. Syor Dan Ulasan :

11. Nama Dan Jawatan :

12. Tarikh :

Bahagian III (Keputusan Ketua Jabatan/ Bahagian/ Seksyen/ Unit)

Diluluskan/ Tidak Diluluskan*

Ulasan: ........................................................................................................................................

………………………………………….
Tandatangan

Nama: …………………………………

Jawatan:……………………………….

Tarikh:………………………………….
20
Nota: * Potong mana yang tidak berkenaan.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG
KEW.PA-15
REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH

Sub Kategori : No. Siri Pendaftaran :


Jenis : COkasi :

(b) (d) (f)


(a) (c) (e) (g)
Jenis No. Pesanan Kerajaan/ Kos
Tarikh Butir-butir Kerja Nama Syarikat/ Nama dan
Penyelenggaraan No. Kontrak (RM)
Jabatan Yang Menyelenggara Jawatan
dan Tarikh

Nota : a) Tarikh pembaikan/ penyelenggaraan yang telah dilakukan bagi Aset Alih berkenaan.
b) Jenis Penyelenggaraan
Penyelenggaraan Pencegahan atau Penyelenggaraan Pembaikan
c) Butir-butir kerja
Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli.
d) No. Pesanan Kerajaan/ No. Kontrak dan Tarikh
No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ Nombor Kontrak berserta tarikh.
e) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara
Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
f) Kos
Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali.
g) Nama dan Jawatan

22
Pegawai yang mengesahkan penyelenggaraan telah dilaksanakan.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG
KEW.PA-15(A)
REKOD PENYELENGGARAAN ASET ALIH BERNILAI RENDAH
(diisi oleh Pegawai Aset atau Wakil)

Sub Kategori :
Jenis :

Bil. (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)


Tarikh No. Siri COkasi Butir-butir kerja No.Kontrak/ Nama Syarikat/ Kos (RM) Nama dan
Pendaftaran Pesanan Kerajaan Jabatan Yang Tandatangan
dan Tarikh Menyelenggara

Nota :
a) Tarikh pembaikan/penyelenggaraan yang telah dilakukan.
b) Butir-butir kerja
Keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan termasuk alat ganti yang dibeli
c) No. kontrak/No. Pesanan Kerajaan beserta tarikh
No. Rujukan Pesanan Kerajaan/ No.Kontrak berserta tarikh.
d) Nama Syarikat/Jabatan yang menyelenggara
Nama syarikat atau Jabatan yang melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan.
e) Kos
Kos alat ganti atau kos pembaikan atau kedua-duanya sekali.
f) Nama dan Tandatangan
24
Pegawai Aset/ Wakil hendaklah menandatangani bagi mengesahkan butir-butir penyelenggaraan tersebut.
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG A

SIJIL PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Nama Syarikat dan Alamat:


___________________________
Nama dan Alamat Jabatan: ___________________________
_______________________________ ___________________________
_______________________________
_______________________________

No. Rujukan: _____________

Tuan,

KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN KOLEJ


VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)
ZON: …………………………………………………….
No. Kontrak: …………………………………
Merujuk kepada kontrak tersebut di atas, dengan ini dimaklumkan bahawa peralatan di
bawah yang mana telah dibekalkan ke ……………………………………………………… pada
………………………………… dan telah berjaya dipasang, diujilari dan ditauliah
pada……………………………………….
Butiran Nama Peralatan, Jenama dan Model Kuantiti Catatan

2. Dimaklumkan juga bahawa dengan pengesahan kerja-kerja pemasangan, pengujian


dan pentauliahan oleh pihak jabatan seperti di bawah, tidak menghadkan pihak tuan untuk
membuat apa-apa tuntutan kepada kami seperti mana yang ditetapkan di dalam syarat-
syarat kontrak sekiranya berlaku apa-apa kerosakan terhadap peralatan tersebut.

…………………………………………………… Tarikh: …………………………….


Tandatangan dan Cop Syarikat

Pengesahan Jabatan
Dengan ini adalah disahkan bahawa peralatan seperti yang dinyatakan seperti di para 1 di
atas telah dipasang, diujilari dan ditauliah pada …………………………………… Disahkan juga di sini
bahawa segala perubahan dan pembetulan kepada mana-mana maklumat yang tercatat
sebelum ini telah diambil kira dan dipersetujui oleh saya pada tarikh pengesahan ini.

………………………………………………… Tarikh : ……………………………


Tandatangan Pegawai
Nama dan Jawatan/Cop Rasmi

26
(Diisi dengan 4 salinan)
Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG B

SIJIL AKUAN PENERIMAAN


KONTRAK PENYENGGARAAN PERALATAN ICT DI SEKOLAH-SEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

ZON ………………………………………………………..

No. Kontrak: ……………………………………

Nama dan Alamat ………………………………………………………………… Nama dan Alamat …………………………………………………………………


Sekolah: ……………………………………………………………….. Syarikat: ………………………………………………………………..
………………………………………………………………… …………………………………………………………………

…………………………………………………………………
No. Rujukan sekolah:

Butiran Nama Peralatan Jenama dan Model Butir-Butir Penyenggaraan Kos (RM) Catatan

PERINGATAN

1. Sijil Akuan Penerimaan (SAP) hendaklah Saya mengaku bahawa peralatan yang
disediakan dalam 4 salinan untuk edaran berikut: tersebut di atas telah diterima dan
a. 1 salinan kepada Kontraktor disemak betul pada………………………………….
b. 2 salinan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
(1 Asal + 1 Salinan)
c. 1 salinan kepada Sekolah
………………………………………………………. ……………………………………………………….
2. Hanya Pentadbir Sekolah sahaja yang dibenarkan Tandatangan28Pegawai Penyemak Tandatangan Pentadbir Sekolah
mengesahkan SAP. Nama dan Jawatan/Cop Rasmi: Nama dan Cop:

………………………………………………………. ……………………………………………………….

Tarikh :…………………………………………. Tarikh :………………………………………….


BORANG C
BORANG PPP

BORANG PERKHIDMATAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT


MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat

Nama No.Telefon
Juruteknik/Wakil
Syarikat
No. COg Aduan Tarikh
/Masa
Hadir
MAKLUMAT SEKOLAH
Nama Sekolah dan Kod Sekolah
Alamat

Nama Pelapor No. Telefon

MAKLUMAT PEMERIKSAAN PERALATAN


Peralatan/Kategori No. Daftar/Siri
Jenama/Model Tahun / Fasa

Komponen COkasi

Keterangan Kerosakan

Cadangan Tindakan
(Nyatakan alat ganti yang
perlu ditukar )
Cara Baikpulih Di COkasi (Sekolah) Catatan:
( Tandakan  )
DiBawa Keluar *
Lain-lain (Nyatakan)
Maklumat Pinjaman Jenama dan Model Catatan:
(*Sekiranya peralatan (unit pinjaman)
dibawa keluar) No. Siri
(unit pinjaman)
Tarikh Bawa Keluar
Tarikh Pulang
PENGESAHAN PEMERIKSAAN
Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat
____________________________ ____________________________
Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat
Nama dan Jawatan/Cop Rasmi
Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

PEMULANGAN PERALATAN (*Sekiranya Peralatan Dibawa Keluar)


Pengesahan Sekolah Pengesahan Syarikat
____________________________ ____________________________
Tandatangan Pegawai Tandatangan dan Cop Syarikat
Nama dan Jawatan/Cop Rasmi

Tarikh: ______________________ Tarikh: ______________________

(Disi dengan 3 salinan)


Garis Panduan Penyenggaraan Peralatan ICT Di Sekolah KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tahun 2020

BORANG D

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

BULAN __________________

LAPORAN RINGKASAN STATUS PENYENGGARAAN PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH KPM

Nama BTPN/ PTPB : Tarikh Bulan Baki Dibawa Hadapan RM0.00 #DIV/0!
Daerah / Negeri Peruntukan Asal Tambahan - Belanja Dibawa Hadapan RM0.00 #DIV/0!

No. Telefon Jumlah Peruntukan Peratus Jumlah Ditanggungan Semasa #DIV/0!


Jum. Tanggungan + Belanja Jumlah Dibayar Semasa RM0.00 #DIV/0!
Jum. Dihantar balik ke BTP Baki Tanggungan RM0.00 #DIV/0!
Baki Peruntukan RM0.00 #DIV/0!
*Sekolah BILANGAN PERALATAN DISELENGGARA *Pastikan lengkap STATUS PERBELANJAAN *Wajib diisi
Jumlah Kos
*Daerah Komputer Pencetak 1PP No.
Bil PKG Tarikh Keluar Tarikh
Kod Nama Jenis LCD Rangkaian Scanner No. LO Telah Dibayar Baucer
Server PC NB Laser (M) Laser (C) Dot Mtrix PC NB Pencetak LCD (RM) LO Baucer
Bayaran
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13

JUMLAH 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 - -

*Mandatori - Wajib diisi

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Tandatangan: ___________________________ Tandatangan: ___________________________

Nama Pelapor: Nama: BTPN /PTPB :

Jawatan: Cop Pejabat

Tarikh :

30

You might also like