You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANTAN ULU,

27600 RAUB, PAHANG

KERTAS CADANGAN

MEMOHON SUMBANGAN MEMBAIK PULIH DAN


PENYELENGGARAAN KOMPUTER BAGI TUJUAN PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN

MURID DI SK SEMANTAN ULU, RAUB.

SEKOLAH KEBANGSAAN SEMANTAN ULU, RAUB PAHANG.

2022

1
1.0 Pengenalan

SK Semantan Ulu dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) kerana


enrolmen muridnya kurang daripada 150 orang murid dan pada tahun 2018 hanya sekitar 12
orang murid pada arus perdana dan prasekolah seramai 13 orang. Pada tahun 2019 pula,
enrolmen murid arus perdana serama 21 orang manakala prasekolah seramai 6 orang.
Guru-guru seramai 8 orang termasuk seorang Guru Besar yang akan menerajui sekolah.
Namun begitu, SK Semantan Ulu juga mengalami reformasi pendidikan seperti penyediaan
prasarana dan perubahan infrastruktur sekolah, bilangan tenaga pengajar dan kemudahan
internet yang mencukupi seiring dengan perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia.

Namun, di arus serba canggih ini anak-anak semantan ulu seakan ketinggalan dalam
perkembangan ICT yang rancak jauh meninggalkan mereka. Kerana apa? Kerana tiadanya
kemudahan komputer yang sepatutnya ada di sekolah. Komputer yang dibekalkan oleh
kementerian Pendidikan Malaysia telah lama rosak dan tiada penyelenggaraan disebabkan
kos yang tidak pernah datang membantu. Maka kesemua komputer sebanyak 10 biji
akhirnya terbiar begitu sahaja di selimuti sawan dan bertahi cicak. Sesekali-sekali ada juga
tangan datang menggelap tapi begitu sahaja lah kerana ianya tidak dapat digunakan. Pihak
sekolah seakan terpanggil untuk mencari solusi bagi menwujudkan juga kemudahan wajib
ini kerana mengenangkan anak-anak didik sk semantan ulu perlu bimbingan dan
kemudahan ICT supaya mereka celik komuputer dan pandai menekan button “power” dan
tidak kekok memegang “mouse”. Demi anak-anak semantan ulu, begitu lah keazaman pihak
sekolah untuk menwujudkan kemudahan komputer ini untuk kegunaan anak-anak di sekolah
hanya satu tujuan iaitu memberi pendidikan sewajarnya kepada mereka.

Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan pihak tuan bagi perolehan
perkakasan keperluan bilik komputer seperti komputer desktop, printer, meja komputer, skrin
dan lain-lain peralatan yang berkaitan bagi kegunaan ICT di Sekolah Kebangsaan
Semantan Ulu, Raub bagi tahun 2022

2.0 Rasional

SK Semantan ulu menghadapi masalah penyediaan bilik komputer yang tidak dapat
digunakan kerana kerosakan Server, peralatan komputer yang rosak tanpa
penyelenggaraan dan bilik yang tidak kondusif. Memandangkan kepada permasalahan
tersebut, kertas cadangan ini disediakan adalah kerana keperluan mendesak bagi pihak
sekolah untuk mendapatkan peruntukkan bagi menyediakan kemudahan bilik komputer
yang sempurna bagi tujuan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran murid. Pihak
sekolah cuba untuk menyediakan kemudahan komputer yang terbaik kepada semua murid
sekolah ini yang berada di luar bandar. Dengan adanya kemudahan komputer ini akan dapat
memberi manfaat pendidikan ICT kepada semua murid di SKSU.

Pihak sekolah melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,
memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-
sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan murid. Konsep ICT dalam
pendidikan merangkumi 3 polisi utama:

2
1.1 ICT untuk semua murid, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh
mengurangkan jurang digital antara sekolah.
1.2 Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan
pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut, dan sebagai sesuatu
subjek tersendiri.
1.3 Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan
sesuatu sistem pengurusan.

3.0 Matlamat

Matlamat utama mengintegrasi ICT dalam kurikulum adalah untuk membantu murid
memperkembangkan kebolehan daripada segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.
Peranan ICT dalam PdP akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif
dalam pembelajaran dan penilaian. Integrasi ICT dalam PDPc akan memberi manfaat
seperti berikut:

3.1 Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.


3.2 Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan.
3.3 Meningkatkan motivasi murid untuk meneroka pelajaran-pelajaran baru.
3.4 Membolehkan pembelajaran bersendiri ( individualise learning ).
3.5 Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
3.6 Menarik minat murid untuk menguasai ICT seiring dengan kemajuan teknologi masa
kini.

4.0 Objektif

4.1 Memastikan setiap murid di SKSU mendapat pendedahan ICT secara samarata
dengan murid-murid lain yang berada sekolah Bandar.

4.2 Meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh guru
dalam PDPc terutamanya untuk integrasikan penggunaan VLE Frog dalam
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

4.2 Mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat menjadikan
PDPc guru lebih menarik serta dapat menarik minat pelajar untuk menyiapkan
tugasan yang diberikan.

4.3 Mendedahkan murid kepada literasi dan penggunaan ICT yang lebih berkesan bagi
tujuan mendidik pelajar-pelajar kearah kecemerlangan.

4.4 Mendedahkan murid kepada minat menggunakan ICT dalam kehidupan supaya tidak
ketinggalan dalam arus perkembangan digital yang sangat pesat.

3
4.0 Justifikasi Cadangan Perolehan Perkakasan

Untuk menjayakan pelaksanana integrasi teknologi informasi dan komunikasi dalam


PdPc, kemudahan-kemudahan dan peralatan-peralatan ICT perlu disediakan dengan
mencukupi. Pada masa kini cabaran yang sering dihadapi pihak sekolah ialah:

4.1 Pengendalian Makmal Komputer

Masalah-masalah mengekalkan kelancaran penggunaan makmal komputer tidak


diambilberatkan. Ini termasuk membaiki komputer yang rosak, pembaruan versi sistem
aplikasi peranti dan versi perisian. Terdapat juga perisian yang dibekalkan oleh KPM tidak
dapat digunakan oleh komputer sekolah kerana semua ini bergantung kepada kontraktor
yang dilantik KPM yang tidak kunjung tiba.

4.2 Kelengkapan Komputer

Kemudahan komputer yang dibekalkan kepada sekolah amatlah terhad berbanding


bilangan murid yang ramai menggunakan komputer pada satu-satu masa. Tambahan pula
peralatan teknologi sekolah kebanyakkannya ketinggalan versi, pemprosesan mengambil
masa dan lambat. Kekurangan dan ketidakkeberkesanan peralatan komputer dan mesin
pencetak serta gangguan yang dihadapi oleh ‘server’ telah menyebabkan banyak masalah.
Guru dan murid terpaksa bergilir-gilir menggunakannya.

4.3 Kurang Pengetahuan Penyelenggaraan Komputer

Guru merupakan pengasuh murid-murid di sekolah. Guru memainkan peranan


menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seseorang guru itu
haruslah mempunyai literasi computer, maklumat dan sentiasa bersikap mengejar
pengetahuan ICT dan maklumat yang terkini. Bagaimanapun ramai guru belum menguasai
kemahiran dalam sesuatu program malahan sekadar menjalankan kerja taip-menaip
dokumen. Mereka tidak ‘scan device’ terlebih dahulu sebelum menggunakannya sehingga
mengakibatkan sistem maklumat diancam virus. Ada pula guru tidak tahu cara mengguna
komputer dan ‘Shut down’ sesuka hati menyebabkan kerosakan komputer. Murid-murid
yang tidak mengikut arahan semasa mengguna peralatan ICT juga adalah punca utama
kerosakan peralatan komputer.

4.4 Pengajaran dan Pembelajaran

Setiap guru dikehendaki mengajar beberapa subjek dan beberapa waktu sehari.
Mereka tidak ada masa untuk menyediakan BBM atau mencari bahan yang sesuai dengan
topik yang diajar. Kadang kala bahan yang dikehendaki susah diperolehi dan kemungkinan
tidak dapat mendatangkan manfaat yang optimum. Pemasangan ‘laptop’ dan projektor untuk
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah memerlukan masa dan kemahiran. Guru
semakin jarang menjalankan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer kerana
merasa beban dan ambil masa dalam pemasangan alat teknologi yang canggih itu.

4
5.0 Cadangan Perolehan dan Anggaran Peruntukkan

ANGGARAN
BILANGAN ANGGARAN
BIL PERKAKASAN HARGA SEUNIT
UNIT KOS (RM)
(RM)
1. HP DESKTOP PC
Intel Pentium J2900
Windows 10
2GB* DDR3L RAM 5OOGB*
1. 10 RM 1,000 RM 10,000
SATA
Intel HD Graphic
Wired Keyboard & Mouse
AOe 18.S" LED Monitor.
2. Meja dan Kerusi Komputer 6 RM 400 RM 2,400

3. Mesin Pencetak 1 RM 600 RM 600


JUMLAH RM 13,000

Rumusan

Untuk melengkapkan sekolah dengan kemudahan infrastruktur maklumat, sokongan


ibu bapa dan pihak swasta tidak boleh diabaikan. Kita semua tahu bahawa kemampuan
kerajaan adalah terhad untuk menanggung perbelanjaan pengurusan ICT di semua sekolah.
Oleh itu, di harapkan pihak-pihak swasta, Alumni, NGO dan lain-lain badan berkenaan dapat
memberikan sumbangan secara langsung atau tidak langsung termasuklah memberi
sumbangan seperti kepakaran, barangan atau kewangan demi memajukan anak bangsa
dan warisan Negara di masa hadapan.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

……………………………………. ………………………
(EZYMAL RIEEZAL B ABDUL MALIK) (FAUZIAH BINTI HUSSIN)
Guru Penyelaras ICT, Guru Besar,
SK Semantan Ulu. SK Semantan Ulu.
Raub. Raub.

5
LAMPIRAN

Gambaran Bilik Komputer Dan Komputer yang perlu penyelenggaraan.

You might also like