You are on page 1of 4

ISU-ISU DAN CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DAN PELAJAR DALAM

PENGGUNAAN TEKNOLOGI TERKINI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN

Pengenalan

 Teknologi merupakan aplikasi pengetahuan yang boleh memanfaatkan serta


menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian.
 Teknologi menjadi unsur yang mendesak perubahan dalam pelbagai aspek.
 Bidang pendidikan tidak terkecuali daripada pengaruh perkembangan teknologi
pengajaran.
 Dengan penggunaan teknologi, guru-guru dapat menyediakan suatu situasi
pendidikan yang mencabar minda kepada murid cerdik yang memerlukan aktiviti
pengayaan.
 Murid-murid juga dapat mengakses maklumat yang sukar diperolehi serta
penguasaan terhadap pelajaran dapat ditingkatkan.

Perkembangan dalam PenggunaanTeknologi dalam Pembelajaran

a) Persembahan penyampaian-power point dan grafik lain, tayangan video, audio


rakaman, smart board interaktif, CD ROM
b) Penggunaan sumber internet- e-mel, papan maklumat dalam talian, blog dan
portal
c) Perpustakaan maya, laman sesawang, e-buku, e-jurnal
d) Database dan dataset dalam pengajaran
e) Electronic voting system (sistem undian elektronik)
f) Menggunakan podcasting dan vodcasting
Isu-Isu dan Cabaran

1. Kekurangan kemahiran
 Penggunaan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
memerlukan kemahiran guru untuk mengendalikan sesuatu perkara.
 Guru-guru yang lama mengajar kurang berpengalaman dan pendedahan dengan
penggunaan ICT.
 Bukan semua guru mempunyai kemahiran berkaitan komputer dan mereka
hanya menumpukan terhadap subjek khusus sahaja.
 Kurang penglibatan dalam bengkel atau kursus teknologi yang disediakan.
 Hal ini membantut perkembangan penggunaan bahan teknologi maklumat dalam
kalangan pelajar.

2. Kekurangan prasarana dan bahan sokongan

 Pihak sekolah tidak menyediakan prasarana teknologi yang lengkap seperti LCD,
komputer untuk pengajaran dan pembelajaran.
 Kemudahan komputer tidak dapat disediakan kepada semua pelajar.
 Rangkaian internet yang sangat perlahan di sekolah

3. Sumber kewangan yang tidak mencukupi

 Pihak sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi


membiayai berbagai-bagai kos penggunaan teknologi maklumat.
 Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer tinggi.
 Kos yang tinggi dalam perkakasan, perisian, pembaikian, atau servis komputer.
 Pelajar-pelajar terpaksa mendapatkan komputer sendiri yang ada akses internet.

4. Pergantungan tinggi kepada komputer

 Guru hanya bergantung kepada teknologi untuk melaksanakan pengajaran.


 Pengajaran dan pembelajaran terganggu sekiranya terjadi sesuatu yang di luar
jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik.
5. Sosialasi

 Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran mengakibatkan interaksi antara


guru dan murid.
 Sesetengah guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan
hanya sekadar tetapi juga mendidik dan membimbing.

6. Penerimaan guru terhadap teknologi maklumat

 Terdapat segelintir guru masih tidak mahu mengikuti serta mengubah kaedah
pengajaran mereka.
 Sesetengah guru merasakan penggunaan kaedah pengajaran tradisional cukup
untuk menyediakan pengajaran dan pembeajaran yang berkesan dalam bilik
darjah.
 Ada guru-guru yang masih lagi ragu-ragu dan takut untuk menggunakan
komputer dalam pengajaran mereka.
 Terdapat guru-guru yang berminat untuk belajar tetapi berputus asa kerana
merasakan sukar untuk menguasai teknologi maklumat.

7. Kekurangan latihan dan bantuan teknikal

 Dalam penggunaan teknologi, bukan semua penggunaan ICT berjalan dengan


lancer tanpa ada masalah berkaitan dengan aplikasi ICT.
 Latihan dan bantuan teknikal tidak mendapat kedudukan yang tinggi bagi
mengurangkan masalah dalam ICT.
 Guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku kerosakan
kepada sistem komputer.
 Masalah yang berlaku dalam sistem komputer menyebabkan guru tidak
mengambil endah akan masalah yang dihadapi.

8. Kurang sokongan daripada pihak atasan

 Sesetengah pihak atasan yang kurang memberi sokongan kepada guru


dalam penggunaan teknologi menghilangkan semangat guru.
 Guru-guru tidak diberi kerjasama dalam meningkatkan pengaplikasian ICT
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
 Guru-guru di bawah jagaan amat memerlukan sokongan sekiranya berlaku
sebarang masalah yang berkaitan.

9. Kekurangan masa

 Kadang-kadang seseorang guru memerlukan masa yang khusus di luar waktu


sekolah bagi membuat persediaan terhadap alat yang melibatkan teknologi
terkini.

Kesimpulan

 Penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah


selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang
bertaraf dunia.
 Teknologi terkini membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 lebih
kompetitif.
 Bagi mengatasi cabaran-cabaran dalam penggunaan teknologi terkini, pelbagai
usaha perlu dilaksanakan supaya ia dapat digunakan dengan sepenuhnya di
sekolah.
 Guru perlu bersikap proaktif dalam menghadapi dunia pendidikan yang serba
mencabar.

You might also like