You are on page 1of 11

PENGENALAN

Tenaga Nasional Berhad singkatkan sebagai TNB atau didagangkan sebagai Tenaga Nasional
adalah sebuah syarikat bekalan tenaga Elektrik Malaysia yang beribu pejabat di Bangsar,
Kuala Lumpur. TNB dahulunya dikenali sebagai Lembaga Letrik Pusat (LLP) telah
ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 September 1949. Lembaga Pengarah melalui Jabatan
Bekalan Elektrik mempertimbangkan untuk mewujudkan lagi tiga projek utama pada April
1946 antaranya Stesen Janakuasa Jambatan Connaught, Projek Hidroelektrik di Cameron
Highlands dan Pembangunan Grid Kebangsaan. Pada 22 Jun 1965, Lembaga Letrik Pusat
(LLP) telah dinamakan semula sebagai Lembaga Letrik Negara (LLN). Grid Nasional ialah
salah satu rancangan dalam gerakan penuh. Ia merupakan rangkaian penghantaran elektrik
utama yang menghubungkan penjanaan, penghantaran, pengedaran dan penggunaan elektrik
di Malaysia. (Nasionl, 2021)

Pada 4 Mei 1988, Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan
keputusan kerajaan mengenai dasar penswastaan. Dua undang-undang telah diluluskan bagi
menggantikan Akta Elektrik yang sedia ada dan mengadakan peruntukan bagi penubuhan
sebuah perbadanan baru. Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) telah ditubuhkan pada 1
Februari 1990 di bawah Akta Bekalan Elektrik Syarikat 1990, bagi menggantikan Lembaga
Letrik Negara (LLN). Pada 1 September 1990, Perdana Menteri Dr. Mahathir secara
rasminya mengisytiharkan TNB sebagai pewaris dan pengganti kepada LLN. TNB menjadi
sebuah syarikat swasta yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. Tan Sri Dato Haji (Dr) Ani
Arope telah dilantik sebagai Pengerusi pada ketika itu. (Nasionl, 2021)

Perkhidmatannya terasnya ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke


seluruh pelangan di Semenanjung Malaysia dan Negeri Sabah. TNB juga merupakan
pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara. Talian ini terdiri
dari talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV. TNB melalui anak-anak syarikatnya juga terlibat
dalam pembuatan alat ubah, alat suis voltan tinggi dan kabel, sebagai pakar runding di dalam
bidang seni bina, awam dan elektrik, menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik dan
sebagai pakar pengurusan projek dan penyelenggaraan dengan kekuatan seramai 35,000
warga kerja TNB. (Nasional, 2021)

TNB juga menyediakan perkhidmatan pendidikan tertinggi menerusi universitinya, iaitu


Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). UNITEN merupakan salah satu universiti swasta

1
BBPP 1103

pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Memanfaatkan hubungan uniknya dengan TNB,


UNITEN mampu menawarkan pelbagai program akademik, perkhidmatan penyelidikan serta
latihan kemahiran kejuruteraan/teknologi dan perkhidmatan perundingan yang ditujukan
khusus untuk membantu memenuhi keperluan yang sentiasa berubah dalam sektor tenaga dan
tenaga (UNITEN, 2020) serta kekerjasama dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) melalui Institusi
Pendidikan Kekompetenan Elektrik di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS dan kini
dikenali sebagai TNB Integrated Learning Solution) di Kajang, Selangor. Sebagai jurulatih
utiliti kuasa yang terkemuka di Malaysia, ILSAS menawarkan rangkaian luas penyelesaian
pembelajaran yang disesuaikan khas yang memerlukan pengetahuan melalui langkah-langkah
yang diperlukan dalam pematuhan penuh dengan piawaian industri global, kedua-dua
teknologi dan kawal selia. (Berhad, Tenaga Nasional, 2021)

Tenaga Nasional Berhad merupakan salah satu daripada 10 syarikat di bawah Khazanah
Nasional Berhad (Nasional K. , 2016). Hala tujuan TNB adalah “Bersama-sama Kita
Menceriakan Kehidupan Melalui Penyelesaian Inovatif dan Mampan Ke Arah Dunia yang
Lebih Baik”. Dengan aspirasi “Untuk Menjadi Penyedia Utama Penyelesaian Tenaga
Mampan di Malaysia dan Antarabangsa” serta menggunakan nilai teras “Integriti, kolaboratif,
profesionalisme, mengutamakan pelanggan, pemikiran ke hadapan dan kesedaran”.

TNB membuat keputusan dengan memperkecilkan pembelanjaan modal (CAPEX) lebih


rendah tahun 2019 iaitu RM9.5 bilion pada tahun 2019 bagi memperkemaskan dan
mengembangkan perniagaan syarikat utiliti negara. TNB akan menggunakan perbelanjaan
modal berjumlah RM6 bilion untuk bahagian grid, manakala RM2.5 bilion untuk penjanaan
elektrik, manakala bakinya untuk tenaga boleh diperbaharui dan meter pintar. Peruntukan
lebih rendah berbanding RM12 bilion tahun lalu juga dijangka semakin mengecil setiap tahun
berikutan siapnya dua stesen janakuasa Jimah East yang dijangka beroperasi tahun 2019 dan
Southern Power Generation (SPG) pada 2020. (Zainuddin, 2019)

TNB juga akan memberi fokus kepada pembangunan gentian optik sebagai portfolio baharu
dalam perniagaan syarikat utiliti negara itu. Perniagaan gentian optik yang merangkumi
pembangunan infrastruktur sebelum produk akhir akan ditawarkan oleh operator
telekomunikasi negara dengan kerjasama antara TNB dan Suruhanjaya Komunikasi dan

2
BBPP 1103

Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memacu industri ini ke arah lebih berdaya maju kerana
kadar penembusan gentian optik ini masih belum cukup tinggi. (Zainuddin, 2019)

Dari sini kita dapat melihat TNB membuat keputusan dalam kedaaan kepastian dengan
memperkecilkan pembelanjaan modal (CAPEX) berikutan siapnya dua stesen janakuasa
Jimah East yang dijangka beroperasi tahun 2019 dan Southern Power Generation (SPG) pada
tahun 2020. Dari sini kita melihat kos pembelanjaan dikurangkan supaya dapat disalurkan
pada lain-lain kos operasi atau pembangunan dalam TNB.

Manakala TNB membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian dengan memberi fokus
pada pembangunan gentian optik sebagai portfolio baharu dengan kerjasama dengan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan melihat pembangunan
gentian optik masih rendah di Malaysia, walaupun ini satu peluang dan membuat keuntungan
untuk TNB menceburi projek gentian optik dan mendapat kejasama dengan SKMM, tetapi
TNB masih belum menandatangai mana-mana projek gentian optik sama ada dari kerajaan
atau swasta dan pada masa sama tidak mempunyai perancangan, strategi dan kos operasi bagi
projek gentian optik tersebut.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) merancang untuk memperluaskan pemasangan meter pintar di
seluruh negara dengan sasaran 1.2 juta unit di Lembah Klang selepas kejayaannya memasang
340,000 unit di Melaka. TNB memulakan pemasangan meter pintar di bawah projek perintis
di Melaka dan Putrajaya sejak 2014 hingga 2016 (Bernama, 2020). Pertukaran dari meter
lama kepada meter pintar ini bertujuan untuk menukar meter sedia ada yang berusia lebih 15
tahun yang kurang cekap (ini adalah program rutin penggantian meter) dan sesetengah meter
lama yang telah diusik atau meter tampering yang telah membuat TNB mengalami kerugian
setiap tahun. (Berhad, 2021). Smart Meter adalah inisiatif terbaru daripada TNB yang
membolehkan pengguna untuk menjejak penggunaan elektrok mereka dengan lebih tepat
melalui aplikasi myTNB ataupun myTNB Portal. (SAMSUDDIN, 2020)

Keputusan menukar meter pintar menggusarkan pengguna, khasnya apabila bil meningkat
selepas pemasangan meter pintar dan ramai orang mula mempertikaikan ketepatan meter
pintar. Ini kerana caj penggunaan elektrik meningkat secara drastik. Selain itu terdapat
kesilapan dari pihak TNB sendiri kerana berlaku kesilapan pemasangan meter pintar pada

3
BBPP 1103

premis kediaman sehingga mengenakan caj lebihan pada pengguna, lebih-lebih lagi semasa
orang ramai mengalami pemberhentian kerja. Ini menyebabkan TNB membuat pembayaran
balik kepada pengguna. (BERNAMA, 2019)

Membuat keputusan berisiko oleh TNB dalam penukaran meter pintar mengganggu dan
membuat pengguna berasa tidak berpuas hati dengan khidmat diberikan oleh TNB dan
berisiko akan berlakunya tindakan mahkamah yang difailkan oleh pengguna. Walaupun
pelbagai rebet diberikan kepada pengguna itu hanyalah penyelesaian sementara sahaja.

Selain itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) membeli 80 % kepentingan dalam dua syarikat
tenaga boleh diperbaharui (RE) dari United Kingdom (UK), GVO Wind Ltd dan Bluemerang
Capital Ltd bernilai £77.37 juta (RM418.13 juta). Pengambilalihan kedua-dua syarikat ini
bertujuan untuk mengukuhkan portfolio RE TNB kepada tapak asetnya dan meningkatkan
pengetahuan teknikal serta komersial syarikat dalam ruang pasaran RE. Ia juga menandakan
penyertaan kali pertama TNB dalam sektor tenaga bayu laut (kincir angin) di UK yang juga
sebahagian daripada Pelan Hala Tuju Pengembangan Antarabangsa Lima Tahun TNB.
Pengambilalihan portfolio operasi angin itu adalah pelaburan risiko rendah kepada TNB
kerana tiada pendedahan risiko dari segi perancangan dan pembinaan, portfolio angin itu
terdiri daripada aset yang masih muda dengan purata umur 2.5 tahun dan anggaran hayat
kegunaan lebih 25 tahun. (Digital, 2018).

Walaupun dianggap sebagai berisiko rendah, TNB masih tidak mempunyai maklumat yang
lengkap tentang kos operasi, kos selenggara, kos latihan kakitangan, status nilai pertukaran
wang asing yang tidak stabil, faktor cuaca dan laluan angina, faktor pengguna atau pelanggan
dan faktor sumbangan secara positif atau negatif kepada keuntungan kewangan dan objektif
strategik TNB. Dengan jumlah perlaburan £77.37 juta (RM418.13 juta), ia satu risiko
melibatkan jumlah perlaburan yang besar dengan maklumat yang tidak jelas tentang
perlaburan pada masa hadapan.

Dalam membuat keputusasn berkumpulan terdapat 3 jenis kaedah, iaitu sumbangsaran


(Brainstorming), teknik kumpulan Nominal dan teknik Delphi. Kaedah pertama adalah
Sumbangsaran (Brainstorming) merupakan satu teknik bagi menggalakkan sumbangan idea-
idea sebanyak yang mungkin tanpa melibatkan sebarang kritikan. Ia suatu proses pembuatan

4
BBPP 1103

keputusan secara berkumpulan dan ia bertujuan untuk mengeluarkan idea-idea daripada


setiap ahli kumpulan scara terbuka dan maklum balas yang negatif adalah dilarang sama
sekali terhadap setiap idea yang keluarkan oleh ahli kumpulan. Penilaian dibuat dengan
membincangkan setiap kelebihan dan kekurangan idea-idea yang diutarakan. (Shahrol Aman
Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, & Azelin Aziz, 2012). Sebagai contoh pihak TNB boleh
menyediakan kotak cadangan di ibu pejabat atau kesemua cawangan TNB diserata Malaysia.
Cadangan hendaklah terbuka kepada semua kakitangan TNB atau pelanggan. Kotak
cadangan ini dapat mengenal pasti kekurangan pada khidmat TNB kepada masyarakat atau
idea-idea menambah baik perkhidmatan atau fasiliti TNB kepada pelanggan. Kesemua
cadangan ini boleh dibawa ke pihak pengurusan TNB agar membuat penilaian dan
perancangan meningkatkan mutu dan imej TNB itu sendiri. Idea-idea dari cadangan ini
mungkin dapat meningkat motivasi dan mutu kerja warga TNB itu serta dapat meningkatkan
mutu perkhidmatan TNB kepada masyarakat.

Kaedah kedua pula adalah Teknik Kumpulan Nominal, teknik ini adalah satu keadah
pembuatan keputusan di mana ahli-ahli kumpulan mencadangkan dan menilai idea-idea
mereka secara individu sebelum berkongsi idea tersebut dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.
Antara langkah-langkahnya, pertama setiap ahli kumpulan mencatatkan idea cara individu
bagi suatu masalah yang dibincangkan. Kedua, setiap ahli akan membentangkan atau
membaca idea-ideanya kepada semua ahli kumpulanya untuk berkongsi pemdapat. Kemudian
satu perbincangan diadakan untuk menilai setiap kelebihan dan kekurangan setiap idea yang
dilontarkan. Dan yang terakhir, setiap ahli mengundi secara rahsia dan idea paling banyak
undian akan diterima dan dilaksanakan. (Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi,
& Azelin Aziz, 2012). Sebagai contoh kaedah ini kebiasananya memberi tumpuan perkara
yang kecil tanpa melibatkan pihak tertinggi pengurusan dan kos yang rendah. Sebagai contoh
mewujudkan mesin layan diri (vending machine), cafeteria dan sebagainya. Dengan
mewujudkan mesin layan diri di premis TNB sama ada di ibu pejabat, pusat latihan ataupun
di cawangan TNB sekitar Malaysia. Ini bukan sahaja memudahkan kakitangan untuk
mendapatkan khidmat yang lebih cepat, malah ini dapat meningkat motivasi seseorang
bekerja dan TNB dapat tambahan pendapatan dengan menyewa tapak untuk mesin layan diri
kepada syarikat luar. Dengan kaedah menang menang situasi, sudah tentu undian sebegini
akan mendapat cabutan yang lebih.

5
BBPP 1103

Dan teknik berkumpulan terakhir adalah Teknik Delphi, ia merupakan satu kaedah
pembuatan keputusan yang mana hanya panel yang terdiri daripada beberapa pakar yang akan
menjawab persoalan dan bekerja bersama-sama untuk menyelesaikan persoalan dan
permasalahan bagi sesuatu itu ataupun perkara (Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri
Nalimi, & Azelin Aziz, 2012). Sebagai contoh kaedah ini kebiasaannya digunakan oleh pihak
selenggara (maintenance) TNB bagi mengatasi dan membaiki kerosakan yang melibatkan
gangguan bekalan elektrik pada satu-satu kawasan. Orang yang diberi kuasa adalah seorang
Jurutera Elektrik dan untuk permasalahan ini Jurutera Elektrik dibantu oleh adalah seorang
Penjaga Jentera Elektrik kompeten (Chargeman) dari kakitangan TNB sendiri yang mahir dan
pakar dalam tugasannya sepertimana termaktub dalam Akta 447, Akta Bekalan Elektrik
1990. Chargeman akan mengenalpasti punca masalah putus bekalan elektrik dan membuat
cadangan terbaik atas kepakarannya sama ada boleh membaiki, menukar alat ganti atau
memanggil penjana elektrik diesel untuk membekalkan bekalan elektrik ke kawasan
bermasalah sebagai salah satu penyelesaian sementara kepada Jurutera Elektrik bagi
membolehkan proses pembaikan dijalankan bagi meminimumkan waktu putus bekalan
elektrik kepada pelanggan TNB. (Majid, 2021)

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan dalam pembuatan keputusan


dalam organisasi saya, antaranya adalah Proses Pembuatan Keputusan yang Rasional.
Terdapat 6 langkah atau proses yang perlu diikuti bagi membuat keputusan rasional seperti
berikut: -

a. Mentakrifkan masalah-masalah,
b. Mengenal pasti kriteria keputusan,
c. Memperuntukan pemberat setiap kiteria,
d. Menjana alternatif-alternatif, menilai alternatif-alternatif
e. Memilih keputusan yang optimum.

Proses membuat keputusan rasional ini amat digalakkan bagi membuat atau menyelesaikan
sesuatu masalah dan mendapatkan satu keputusan yang optimum. Membuat keputusan ini
perlulah melibatkan semua pihak yang mempunyai pengetahuan dalam sesuatu bidang,
supaya hasil kerja dapat memuaskan hati semua pihak dan kerja-kerja memenuhi kritiria yang
ditetapkan. Sebagai contoh cadangan membuat pengubahsuaian pejabat, proses

6
BBPP 1103

pengubahsuaian pejabat ini memerlukan ramai pihak untuk membuat perancangan dari
sebelum, semasa dan selepas pengubahsuaian pejabat dilakukan. Ini memerlukan penglibatan
dari beberapa jabatan yang mahir dalam bidang mereka tersendiri untuk membuat keputusan
yang rasional, seperti Unit Fasiliti dan Pembangunan, unit akaun dan beberapa pengurusan
atasan. Unit Fasiliti dan Pembangunan akan mengeluarkan beberapa rekaan yang cuba untuk
memenuhi kehendak dan keperluan untuk sesebuah jabatan atau unit yang terlibat untuk
pengubahsuaian pejabat. Dari sini akan berlaku beberapa perbandingan dan memperuntukan
pemberat setiap rekaan pejabat dan kos pengubahsuaian efektif dengan menjana dan menilai
alternatif – alternatif yang diberikan supaya dapat memilih keputusan yang tepat dan
optimum, agar dapat memulakan proses pengubahsuaian pejabat dengan lancar. Penglibatan
daripada beberapa pihak mempunyai pengetahuan amatlah penting, ini kerana dapat
mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada sebelum, semasa dan selepas
proses pengubahsuaian, lebih – lebih lagi jika melibatkan kos tambahan yang merugikan
syarikat.

Kedua Teknik Delphi, ia merupakan satu kaedah pembuatan keputusan yang mana hanya
panel yang terdiri daripada beberapa pakar yang akan menjawab persoalan dan bekerja
bersama-sama untuk menyelesaikan persoalan dan permasalahan bagi sesuatu itu ataupun
perkara. Sebagai contoh, unit selenggara (Maintenance) diketuai oleh seorang Penjaga
Elektrik Kompeten dan mendapat pengikhtirafan dari Suruhanjaya Tenaga. Segala pembaikan
kerosakan, penukaran alat ganti ataupun memanggil unit hendaklah Penjana elektrik Diesel
hendaklah diberi kuasa sepenuhnya kepada Penjaga Elektrik Kompeten / ketas unit
selenggara yang bertugas tanpa perlu meminta izin kepada Jurutera elektrik, hanya sekadar
memaklumkan kerosakan, tindakan dan pembaikan siap sahaja. Ini dapat memendekkan masa
untuk unit selenggara membaiki kerosakan yang mengakibatkan putus bekalan elektrik pada
sesuatu kawasan. Saya juga ingin cadangkan, kesemua permohonan hanya perlu dibuat secara
atas talian (online), dari membuat laporan, memohon alat ganti dan memohon penjana
elektrik diesel. Ini dapat memudahkan kesemua unit yang terlibat dan pengurusan atasan
dapat maklumat status terkini dan pantas.

Dan yang terakhir adalah Teknik Kumpulan Nominal, teknik ini adalah satu kaedah
pembuatan keputusan di mana setiap ahli kumpulan mencadangkan dan menilai idea – idea
mereka secara individu sebelum berkongsi idea dengan ahli-ahli kumpulan yang lain. Sebagai

7
BBPP 1103

contoh dalam pemasaran produk dan perkhidmatan TNB kepada syarikat-syarikat di


Malaysia. Ramai menyangkakan TNB hanya menyalurkan bekalan elektrik kepada pengguna
sahaja, TNB juga mengeluarkan produk seperti Transformer sehingga 100MVA 150kV
dengan kepakaran kejuruteraan merangkumi reka bentuk, pemasangan, ujian dan
pentauliahan. TNB juga menyediakan servis, pembaikan dan baik pulih transformer sehingga
275kV. Selain itu TNB juga sebagai industry kabel tenaga, Malayan Cables Berhad
(pengeluar kabel pertama di Malaysia) dan kemudiannya diambil alih oleh TNB pada tahun
1999, merupakan sebuah syarikat bertauliah ISO QMS 9001:2008, ISO EMS 14001:2004 dan
OHSAS 18001:2007. Setiap tahun mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan 3,600km kabel
kuasa dan konduktor aluminium overhed, 10,000 tan metrik rod aluminium dan lebih
1,400km konduktor OPGW dan beberapa produk dan khidmat disediakan oleh TNB sendiri
(Berhad, MANUFACTURING, 2021). Berbalik kepada pemasaran TNB, setiap ahli dalam
unit pemasaran perlu memahami dan membincangakan masalah yang sedang dihadapi,
selepas itu setiap ahli perlu mengemukakan satu idea atau cadangan untuk untuk
meningkatkan bilangan pelanggan mereka kepada setiap ahli jabatan pemasaran. Kemudian
satu perbincangan untuk menilai setiap kelebihan dan kekurangan setiap idea yang
dikemukan. Akhir sekali, setiap ahli akan mengundi secara rahsia dan memilih idea yang
terbaik yang telah dikemukan. Undian paling banyak akan diterima dan dilaksanakan.

8
BBPP 1103

RINGKASAN

Salah satu tugas yang amat bagi seorang ketua atau pengurus adalah membuat keputusan, ia
satu proses mengenal pasti masalah, memberi penyelesaian alternatif, memilih penyelesaian
yang terbaik dan melaksanakannya. Secara amnya keputusan yang dibuat berdasarkan fakta
dan pendapat adalah keputusan yang baik. Namun begitu, tidak semua pembuat keputusan
dapat membuat keputusan yang rasional disebabkan oleh batasan yang wujud dalam
persekitaran atau dalam diri pembuat keputusan itu sendiri.

Proses pembuatan keputusan yang rasional adalah salah satu langkah yang baik bagi
menyelesaikan satu masalah yang dihadapi oleh seorang pengurus atau pembuat keputusan.
Terdapat 6 langkah bagi proses ini antara Mentakrifkan masalah-masalah, Mengenal pasti
kriteria keputusan, Memperuntukan pemberat setiap kiteria, Menjana alternatif-alternatif,
menilai alternatif-alternatif dan akhir sekali Memilih keputusan yang optimum. Dari sini
seorang pengurus dapat menemukan keputusan yang terbaik sebagai jalan penyelesaian yang
terbaik.

Bagi membuat keputusan berkumpulan, kebiasaanya dilakukan dalam unit atau jabatan itu
sendiri untuk membuat keputusan yang terbaik bagi setiap masalah dihadapi oleh mereka.
Antara kaedah – kaedah membuat keputusan berkumpulan adalah Sumbangsaran
(Brainstorming), Teknik Kumpulan Nominal dan Teknik Delphi. Kaedah Sumbangsaran ini
melibakan ramai ahli yang boleh mengemukan idea, seterusnya akan menilai kelebihan dan
kekurangan dan keputusan yang terbaik akan diterima dan dilaksanakan, walaubagaimanapun
bagi Teknik kumpulan Nominal pula hampir sama dengan kaedah Sumbangsaran, tetapi
untuk pemilihan idea yang terbaik, satu undian rahsia dalam ahli kumpulan akan dibuat bagi
memilih idea terbaik bagi penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dan akhir sekali teknik
Delphi pula melibatkan hanya beberapi ahli yang mahir atau pakar dalam satu-satu bidang.
Pegurus akan menanyakan beberapa soalan permasalahan kepada pakar – pakar yang
berkaitan dan kesemua jawapan akan diringkaskan dan digabungkan dalam bentuk laporan
dan akan ditanya sehingga kesemua soalan atau permasalahan terjawab.

Kesemua kaedah atau teknik ini dapat membantu atau memberi jalan penyelesaian bagi
seorang pengurus membuat keputusann yang terbaik bagi setiap masalah yang dihadapi.

9
BBPP 1103

Kaedah ini dapat membantu syarikat berkembang dengan baik dengan kos yang optimum dan
dapat menaikkan prestasi diri dan diberi kepercayaan oleh majikan dalam satu –satu
organisasi.

2761 patah perkataan.

10
BBPP 1103

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

Tenaga Nasional Berhad, T. N. (2021). MANUFACTURING. Von Tenaga Nasional:


https://www.tnb.com.my/doing-business-with-tnb/tnb-energy-services/ abgerufen
Tenaga Nasional Berhad, T. N. (2021). Tenaga Nasional. Von EDUCATION, RESEARCH
& CONSULTANCY: https://www.tnb.com.my/doing-business-with-tnb/tnb-
engineering-corp/ abgerufen
Tenaga Nasional Berhad, T. N. (2021). www.tnb.com.my. Von ROGRAM PENGGANTIAN
METER LAMA / RUTIN: https://www.tnb.com.my/faq/bm-program-penggantian-
meter-lama-rutin abgerufen
Bernama. (15. Mei 2019). www.bharian.com.my. Von www.bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/564279/tnb-tubuh-pasukan-
khas-tangani-aduan-meter-pintar abgerufen
Bernama. (16. Jun 2020). Sinar Harian . Von Sinar Harian :
https://www.sinarharian.com.my/article/88081/BERITA/Nasional/TNB-perluas-
pemasangan-meter-pintar-di-seluruh-negara abgerufen
Digital, H. M. (2. Mac 2018). Harian Metro Digital. Von www.hmetro.com.my:
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2018/03/317462/labur-rm41813-juta abgerufen
Mohd Akam B. Mohd Majid, (2. December 2021). Proses selenggaran jika berlaku kerosakan
bekalan elektrik. (M. A. Majid, Interviewer)
Khazanah Nasional, K. (2016). www.khazanah.com.my. Von www.khazanah.com.my:
https://www.khazanah.com.my/media/uploads/2020/05/TKR-2016.pdf abgerufen
Tenaga Nasional, (26. Februari 2021). www.tnb.com.my. Von www.tnb.com.my:
https://www.tnb.com.my/assets/press_releases/20210243bm.pdf abgerufen
Tenaga Nasionl, (. (2021). /www.tnb.com.my. Von /www.tnb.com.my:
https://www.tnb.com.my/about-tnb/history/ abgerufen
SAMSUDDIN, A. (18. November 2020). Von bm.technave.com:
https://bm.technave.com/tnb-akan-mula-memasang-smart-meter-di-rumah-anda-
secara-percuma-24906 abgerufen
Shahrol Aman Ahmad, Azhari Ramli, Nasri Nalimi, & Azelin Aziz. (2012). BBPP1103
Prinsip Pengurusan . Malaysia: Open University Malaysia.
UNITEN. (2020). www.uniten.edu.my. Von www.uniten.edu.my:
https://www.uniten.edu.my/about-uniten/the-origin-story/ abgerufen
Zainuddin, M. Z. (14. Mei 2019). BH Online. Von BH Online:
https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/563833/tnb-peruntuk-
perbelanjaan-modal-lebih-rendah abgerufen

11

You might also like