You are on page 1of 3

Pelan Jalinan Digital Negara

(JENDELA)
Latar Belakang
Pada 29 Ogos 2020, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Mahiaddin Yassin telah
mengumumkan pelan tindakan JENDELA yang merupakan sebahagian daripada Rancangan Malaysia
Ke-12 (2021 – 2025). Pelan ini akan menjadi landasan kepada penyediaan liputan perkhidmatan jalur
lebar yang menyeluruh dan berkualiti tinggi serta mempersiapkan negara untuk peralihan kepada
teknologi 5G secara mantap.

JENDELA juga akan terlibat dalam penyingkiran rangkaian 3G yang akan dilaksanakan secara
berperingkat sehingga akhir 2021 bagi meningkatkan kemampuan rangkaian 4G. Pelaksanaan
JENDELA ini akan dilakukan dalam 2 fasa, di mana Fasa 1 bermula 2020-2022 dan Fasa 2 bermula
dari 2022-2025. Fasa 1 akan:
1. Memperluaskan liputan jalur lebar mudah alih 4G daripada 91.8% kepada 96.9% di kawasan
berpenduduk.
2. Mempertingkatkan kelajuan jalur lebar mudah alih daripada 25Mbps kepada 35Mbps.
3. Membolehkan sebanyak 7.5 juta premis mendapat akses kepada jalur lebar talian tetap
berkelajuan gigabit.
Fasa 2, iaitu peralihan kepada 5G akan disusuli selepas platform yang kukuh di dalam Fasa 1 ini dapat
dicapai, selaras dengan perancangan Rancangan Malaysia ke-12.

Penyediaan infrastruktur ini adalah memfokuskan kepada peningkatan kesalinghubungan dan 1


perkhidmatan komunikasi berkualiti kepada pengguna secara keseluruhan. Ianya juga menjurus kepada
meningkatkan kualiti hidup rakyat, kesinambungan ekonomi ke arah ekonomi digital dan
mempersiapkan negara ke arah 5G.

Impak Projek
Secara keseluruhan, pelaksanaan JENDELA ini akan menjadikan Malaysia lebih berdaya saing di
peringkat global, mantap, berdaya tahan dan masyarakat berasaskan digital. Di antara beberapa perkara
yang menjadi fokus utama adalah pendidikan dan produktiviti. Penyediaan rangkaian perkhidmatan
jalur lebar ini akan memudahkan para pelajar sekolah dan universiti termasuk tenaga pendidik
melaksanakan pembelajaran online.

Penyediaan infrastruktur jalur lebar ini juga akan memberi impak yang besar kepada perniagaan,
kerajaan dan industri berasaskan perkhidmatan. Bekerja dari rumah, perniagaan online dan
kepelbagaian perniagaan juga telah menjadi satu norma baharu yang dihadapi oleh rakyat. Infrastuktur
jalur lebar ini menjadi pemudahcara dan faedah yang banyak kepada pelbagai pihak.

Akibat daripada isu pandemik covid 19, banyak keluarga terpisah berbulan-bulan lamanya. Dengan
adanya perkhidmatan internet, ahli keluarga dan rakan taulan dapat berhubung menerusi persidangan
video.

Inisiatif JENDELA akan menyediakan perkhidmatan jalur lebar talian tetap dengan kelajuan gigabit
dan memastikan 100% kawasan berpopulasi mendapat perkhidmatan 4G.
Teknologi 5G
5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima. Teknologi ini merupakan
lanjutan daripada generasi sebelumnya daripada 1G ke 4G. Akan tetapi teknologi 5G mempunyai
keupayaan yang nyata berbeza berbanding teknologi sebelumnya. Pada zaman teknologi 1G dan 2G,
sambungan dibuat bagi tujuan menyampaikan perkhidmatan suara, diikuti dengan 3G untuk
sambungan data mudah alih manakala teknologi 4G dibangunkan untuk internet mudah alih. Teknologi
5G pula mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.

Berdasarkan demonstrasi yang dilakukan TM di Langkawi, kelajuan 5G yang boleh dicapai


mencecah 1.5GB sesaat untuk muat turun data. Keupayaan teknologi 5G ini bukan sahaja mampu
memberikan pengalaman internet berkelajuan tinggi pada kadar 10 hingga 100 kali ganda berbanding
teknologi 4G, ia juga datang dengan sambungan yang lebih berkualiti. Ini bermakna anda hanya perlu
beberapa saat untuk menyiapkan muat turun filem kegemaran anda pada kualiti HD (High Definition).
Ringkasnya, tiga sifat utama 5G ialah:
1. Kelajuan yang tinggi
2. Kadar lengahan yang rendah (1milisaat)
3. Mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi

Kecekapan sambungan internet mudah alih menerusi 5G menjadikan kadar penggunaan tenaga
lebih rendah pada peranti. Maksudnya, penggunaan bateri lebih jimat dan peranti boleh tahan lebih
lama. Malah, kapasiti internet yang tinggi pada 5G juga mampu menampung peningkatan kadar
sambungan internet pada peranti seiring dengan permintaan yang dipacu oleh internet benda (IoT)
2
Kesemua teknologi kegunaan umum ini telah banyak mengubah gaya hidup manusia dan cara
perniagaan dijalankan. Dengan kehadiran teknologi generasi kelima (5G), ia berpotensi besar untuk
merancakkan komunikasi mudah alih melalui inovasi di samping mewujudkan industri baharu yang
membawa manfaat besar kepada keseluruhan ekonomi negara.
Bahagian B
Berdasarkan petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan
perbandingan perbelanjaan Kerajaan Malaysia mengikut komponen di antara sektor
ekonomi dengan sektor sosial pada tahun 2008.

Perbelanjaan pembangunan Kerajaan Malaysia bagi tahun 2008 tertumpu kepada usaha-usaha
untuk memperkukuhkan asas ekonomi. Selaras dengan tujuan itu sektor ekonomi telah mencatatkan
perbelanjaan terbesar berjumlah sebanyak RM3764 juta atau 63 peratus daripada jumlah perbelanjaan
pembangunan. Ini diikuti oleh perbelanjaan sektor sosial sebanyak RM1546 juta atau 26 peratus,
keselamatan sebanyak RM507 juta atau 8 peratus dan pentadbiran am sebanyak RM199 juta atau 3
peratus.

Bagi sektor ekonomi perbelanjaan untuk komponen pertanian dan pembangunan luar bandar telah
meningkat kepada RM1175 juta pada tahun 2008 dengan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding
dengan 2007. Pertambahan perbelanjaan yang besar ini disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan bagi
projek pembangunan tanah dan projek parit dan tali air. Peningkatan perbelanjaan ini mencerminkan
usaha kerajaan untuk memperbaiki lagi taraf hidup penduduk luar bandar.

Perbelanjaan untuk komponen kemudahan awam pula berjumlah RM672 juta yang merangkumi
perbelanjaan untuk bekalan air dan elektrik ke luar bandar. Komponen perdagangan dan perindustrian
yang merupakan 20.72 peratus daripada perbelanjaan sektor ekonomi telah meningkat sebanyak 25
peratus kepada RM780 juta. Komponen pengangkutan pula meningkat sebanyak RM59 juta kepada
RM1105 juta. Sebahagian besar daripada perbelanjaan ini adalah untuk pembinaan jalan baru.
3
Perbelanjaan bagi komponen-komponen lain berjumlah sebanyak RM32 juta atau RM17 juta melebihi
paras perbelanjaan tahun 2007. Komponen-komponen ini merangkumi perbelanjaan untuk kajian
kemungkinan dan kajian perlombomgan atau galian.

Perbelanjaan untuk sektor sosial adalah sebanyak RM1546 juta, iaitu bertambah sebanyak RM515
juta atau hampir 50 peratus lebih tinggi daripada perbelanjaan tahun 2007 yang berjumlah sebanyak
RM1031 juta. Sebahagian besar pertambahan ini disebabkan oleh peningkatan perbelanjaan untuk
komponen pelajaran yang berjumlah RM1102 juta atau kira-kira 71 peratus daripada jumlah
perbelanjaan dalam sektor sosial. Perbelanjaan untuk komponen kesihatan pula berjumlah sebanyak
RM108 juta berbanding dengan RM53 juta pada tahun 2007. Jumlah ini berbanding dengan
perbelanjaan untuk pelajaran adalah kecil, kerana tiadanya projek-projek besar yang dilaksanakan.
Perbelanjaan bagi komponen-komponen lain seperti perumahan, telah meningkat kepada RM336 juta
berbanding dengan RM168 juta pada tahun 2007.

(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2008/2009,


Kementerian Kewangan Malaysia.)

You might also like