You are on page 1of 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT Pusat Kegiatan Guru Bakri Bil.

1/2013 Tarikh Masa Lokasi : : : Khamis, 21 Februari 2013 Mulai jam 10.30 pagi Bilik Mesyuarat, SK Seri Bukit Batu, Muar,Johor. PTP, PKG Bakri (Pengerusi Mesyuarat) PTP, PKG Bakri Guru ICT, SJKC Chung Hwa 1B Juruteknik Komputer, SK Seri Bukit Batu Guru ICT, SK Seri Bukit Batu Guru ICT, SJKC Pu Nan Juruteknik Komputer, SJKC Pu Nan Guru ICT, SJKC Chung Hwa 1A Guru ICT, SJKC Yu Eng Guru ICT, SMK Bukit Naning Guru ICT, SMKA Maahad Muar Guru ICT, SK Parit Zin Guru ICT, SJKC Pei Chai Guru ICT, SK Bukit Naning Juruteknik Komputer, SK Bukit Naning Guru ICT, SJKC Chung Hwa 2B Guru ICT, SJKC Chung Hwa 2A Guru ICT, SK Bakri Batu 5 Juruteknik Komputer, SK Bakri Batu 5 Guru ICT, SK Ayer Hitam Batu 18 Juruteknik Komputer, SK Ayer Hitam Batu 18 Guru ICT, SJKC Chung Hwa Presbyterian Guru ICT, SMK Tun Dr Ismail PT/PO N17, PKG Bakri Juruteknik Komputer, PKG Bakri Guru ICT, SK Simpang Jeram - Taklimat Catur di PPD

Hadir: 1. Encik Aziz Bin Atan 2. Puan Teh Teow Yen 3. Encik Lee You Chern 4. Cik Nornadia Binti Zulkafli 5. Encik M. Solihin Bin Safar 6. Puan Cheung Siew Nyuk 7. Enick Mohd Syazwan B Kamarudin 8. Cik Liau Li Lin 9. Puan Kek Ai Chin 10. Puan Masinah Binti Husnan 11. Puan Anita Binti Ismail 12. Puan Haliza Binti Abd. Samad 13. Cik Chua Su Chin 14. Cik Noor Syamilah Binti Md Malik 15. Puan Hazura Binti Ngadeni 16. Encik Yeo Tian Yin 17. Enick Teo Kok Seng 18. Cik Nur Akmar Binti Mahamad 19. Encik Azuan Bin Azizan 20. Puan Norlida Binti Musa 21. Encik Muhammad Mustari 22. Encik Lim Wee Teck 23. Encik Khairuddin Moran Urus Setia 1. Puan Nora Binti Maarof 2. Cik Siti Asmah Nabihan Binti Saruwan Tidak Hadir: 1. Encik Teo Sze Huat

Agenda dan Butiran Mesyuarat


1. UCAPAN PENGERUSI (Encik Aziz Bin Atan, PTP1 PKG Bakri, Muar) 1.1 Pengerusi memulakan Majlis dengan bacaan Al-Fatihah. Beliau mengalu-alukan kehadiran semua GPB/ Guru ICT dan Juruteknik Komputer sekolah ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT Pusat Kegiatan Guru Bakri Bil. 1/2013. Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan pihak sekolah, SK Seri Bukit Batu yang telah bermurah hati membenarkan mesyuarat dijalankan di Bilik Mesyuarat SK Seri Bukit Batu yang selesa.

1.2

Halaman 2 / 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT

1.3

Beliau menjelaskan tentang perlunya mengadakan mesyuarat kerana perbincangan dan persetujuan serta permuafakatan dapat diperolehi untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bidang tugas. Tindakan: Makluman

2.

Makluman PKG 2.1 SSQS 2012 Encik Aziz Bin Atan menerangkan beberapa objektif pelaksanaan SSQS. Antaranya adalah untuk mengukur setakat mana kesediaan sekolah menerima pembestarian sekolah. Kajian dijalankan secara atas talian untuk mendapat data daripada 62 orang responden yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid dari setiap sekolah dan 14 orang responden dari SKM. Daripada analisa SSQS Tahun 2012, 5 buah sekolah memperolehi 3 dan 13 buah sekolah memperolehi 4 dari skala 1 hingga 5. Pencapaian sekolah dapat ditingkatkan dengan menambah kekerapan guru-guru dan murid-murid menggunakan ICT di sekolah khasnya untuk PdP. 2.2 1Bestarinet 2.2.1 Semua sekolah ahli PKG Bakri telah mendapat 1Bestarinet kecuali SJKC Chin Terh. Encik Aziz Bin Atan memaklumkan penggunaan 1Bestarinet sentiasa dipemantau oleh pihak YTL, JPNJ dan PPD melalui satu aplikasi iaitu YesMon. 2.2.2 6 buah sekolah yang terawal menerima 1Bestarinet telah dibekalkan dengan 5 unit dongle setiap sekolah setelah guru-guru sekolah berkenaan mengikuti latihan VLE (Frog) Fasa 1 yang telah dijalankan pada bulan September 2012. 2.2.3 Dalam proses interim, TM Broadband membekalkan kemudahan internet ke sekolah. Setelah kemudahan 1BestariNet diperoleh, sekolah diberi satu bulan untuk ujian prestasi capaian internet sebelum kemudahan melalui TM Broadband dipotong. Sebarang masalah capaian internet perlu dilaporkan kepada Meja Bantuan 1Bestarinet di talian 018-7998787 atau melalui e-mail moesupport@ytlcomms.my supaya masalah dapat diselesaikan segera. 2.2.4 Bil internet dibayar oleh KPM yang telah menyalurkan peruntukan ke PPD atau sekolah PTJ. Mulai tahun 2013, bil akan dibayar oleh BTPNJ yang telah mendapat peruntukan dari BTP. Untuk itu, maklumat capaian internet dan pembekalnya adalah penting dan disebabkan ini PKG telah kerap kali menghubungi sekolah melalui telefon untuk mendapatkan maklumat yang terkini pada awal tahun 2013. 2.2.5 Pihak sekolah perlu hidupkan CPE Zoom sepanjang masa (24 jam) kerana ini adalah kontrak diantara YTL Communications dan KPM dimana capaian internet yang dibekalkan adalah sepanjang masa. Sekolah perlu hidupkan kesemua 3 buah CPE zoom dan sekiranya ada kerosakan, sekolah perlu menghubungi Meja Bantuan 1 Bestarinet untuk mengaktifkan CPE Zoom simpanan. CPE Zoom tidak digalakkan dibawa keluar dari kawasan sekolah kecuali ada kebenaran dari pihak PMO atau PPD. Dongle dibenarkan

Halaman 3 / 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT

dibawa keluar. KPM membayar bil mengikut kadar penggunaan dan pada masa ini, penggunaan di kalangan sekolah ahli masih pada tahap rendah. 2.3 Virtual Learning Environment (VLE) 6 buah sekolah ahli telah menjalani Latihan Frog VLE (Fasa 1). Satu sesi latihan untuk murid mungkin akan dijalankan pada awal tahun 2013 ini. Sekolah yang telah mengikuti Latihan Frog VLE Fasa 1 adalah: i. SJKC Chung Hwa 1A ii. SJKC Chung Hwa 1B iii. SJKC Chung Hwa 2A iv. SJKC Chung Hwa 2B v. SJKC Chung Hwa Presbyterian vi. SMKA Maahad Muar. Guru-guru yang mengikuti latihan ini diingatkan agar menjalankan in-house training di sekolah masing-masing. Selepas mengikuti latihan VLE, sekolah berkenaan dibekalkan dengan 5 unit dongle. Dongle digunakan untuk memudahkan capaian internet bagi proses PdP khasnya yang menggunakan Frog VLE di dalam bilik darjah. Setiap ID dongle diberi kuota bulanan 1.5 Gb. dan tiada had bagi capaian Frog VLE. Sekolah diperuntukan antara 5 hingga 30 dongle bergantung pada bilangan guru di sekolah. Latihan VLE adalah di bawah kelolaan BPG dan JPNJ, manakala PKG/BTPNJ terlibat sebagai jurulatih sahaja. Latihan VLE adalah untuk admin, guru dan pelajar. Tindakan : Makluman 2.4 Bahan Digital MBMMBI Encik Aziz memaklumkan Bahagian Teknologi Pendidikan diberi peranan bagi membekalkan bahan digital dalam usaha menjayakan dasar MBMMBI. Teknologi pendidikan ini bertujuan membantu guru-guru menjalankan PdP dengan bantuan bahan-bahan digital sebagai bahan bantu mengajar. PKG Bakri telah diarahkan mendapat data penggunaan MBMMBI dan akan mengedarkan instrumen pemantauan kendiri serta contoh rekod penggunaan kepada sekolah melalui GPM. Tindakan : Semua sekolah 2.5 Penyelenggaraan Komputer Sekolah Encik Aziz B Atan memaklumkan bahawa sebarang kerosakan ICT perlu dilaporkan melalui STS kerana peruntukan untuk penyelenggaraan hanya diberi kepada sekolah yang ada membuat aduan kerosakan. Pada masa sekarang, Sistem STS masih down dan telah diganti dengan google.doc sementara waktu untuk memungut data kerosakan. Pada tahun 2013, peruntukan akan diturunkan oleh KPM kepada BTP dan seterusnya kepada BTPN, PPD dan sekolah PTJ. Pihak BTPNJ sedang berusaha untuk mendapatkan kontrak berpusat untuk membuat penyelenggaraan ICT mulai tahun 2013 seperti satu masa dulu. Tindakan : Semua sekolah

Halaman 4 / 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT

2.6

Program Penggantian / Perolehan Baru Makmal Komputer Encik Aziz B Atan memaklumkan bahawa sebanyak 110 buah sekolah seluruh negeri Johor telah mendapat penggantian atau perolehan baru bagi tahun 2012. Bagi daerah Muar, ada 12 buah sekolah yang dapat penggantian/perolehan baru dan bagi PKG Bakri, SJKC Chung Hwa 2A adalah sekolah yang telah menerima perolehan baru makmal komputer. Sebanyak 20+1 set komputer dan 1 unit pencetak dibekalkan tanpa bekalan perabot. Tindakan : Makluman

3.

Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Bil. 1/ 2012 Setelah minit mesyuarat dibentangkan oleh setiausaha, Puan Masinah Binti Husnan dari SMK Bukit Naning telah mencadangkan agar minit tersebut diterima dan disahkan. Disokong oleh Cik Anita Binti Ismail, SMKA Maahad, Muar. Majlis bersetuju sebulat suara. Tindakan : Makluman

4.

Perkara berbangkit Encik Aziz B Atan menerangkan perkara 6 iaitu Kursus Networking dan Troubleshooting dan Kursus Aplikasi Microsoft tidak dapat dilaksanakan pada tahun 2012 disebabkan kekangan masa. Tindakan : Makluman

5.

Pemilihan Jawatankuasa Pengurusan GPB/Guru ICT 2013 Encik Khairuddin Bin Moran dari SMK Tun Dr Ismail telah mencadangkan agar Jawatankuasa Pengurusan bagi tahun 2012 dikekalkan. Ali mesyuarat telah menerima cadangan tersebut sebulat suara. Tindakan : Makluman

6.

Laporan Program/Aktiviti Tahun 2012 Program/ Aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2012 ialah: 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 Bengkel Penggunaan Bahan Digital Pendidikan Khas MBMMBI pada 31 Januari 2012 Bengkel Pembangunan Laman Web untuk sekolah pada 18 dan 19 Julai 2012. (Laman Web yang dilanggan telah digodam dan sekarang tidak dapat diakses lagi) Kursus Tugas dan Tanggungjawab Serta Peranan Juruteknik Komputer Sekolah di PPD Muar pada 17 September 2013. Khidmat Bantu Kepakaran ICT di SK Simpang Jeram pada Disember 2012 Khidmat Bantu Kepakaran ICT di SK Parit Zin pada 6 Februari 2013

6.6
6.7

Khidmat Bantu Kepakaran ICT di SMKA Maahad Muar pada 7 Februari 2013.
Pemantauan ICT ke semua sekolah Tindakan : Makluman

Halaman 5 / 5

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Guru Penyelaras Bestari/ Guru ICT

7.

Membincangkan Program Aktiviti Tahun 2013 Pembangunan laman web sekolah menggunakan Joomla 2.5 Tindakan : Makluman dan PKG Bakri

8.

Hal-hal Lain 8.1 Encik Khairuddin tanya samada sekolah boleh dapat khidmat bantu dari juruteknik komputer sekolah berdekatan memandangkan sekolah beliau tiada juruteknik. Encik Aziz memberi respon bahawa sekiranya perlu, beliau boleh menghubungi Guru Besar berkenaan untuk mendapatkan kebenaran bagi juruteknik komputer keluar dari sekolah. 8.2 Berdasarkan pemantauan menggunakan Yesmon, Encik Aziz bertanya mengapa CPE Zoom tidak semua hidup di SMK Bukit Naning. Pn Masinah Binti Husnan memaklumkan bahawa makmal komputer sekolah beliau tidak dapat digunakan pada masa sekarang disebabkan masalah kabel elektrik. Encik Azuan Bin Azizan, juruteknik komputer SK Bakri Batu 5 menyatakan pernah membuat laporan kepada pihak YTL mengenai internet yang lambat. Pihak YTL minta agar beliau reset semula router tetapi internet masih lambat. Ini tidak menyelesaikan masalah. Encik Aziz menerangkan internet lambat tidak semestinya disebabkan oleh kelajuan capaian ke internet. Ia mungkin juga disebabkan oleh server seperti yang berlaku kepada Portal HRMIS dan APDM (sekolahmalaysia.com) yang tidak mampu melayan permintaan yang terlalu tinggi dalam satu-satu masa. Kemudahan 1Bestarinet yang dibekalkan di sekolah, dijanjikan kelajuan talian 2MB/s. Lakukan speedtest untuk menentukan kelajuannya. 8.4 Encik Azuan bin Azizan juga bertanya mengapa juruteknik komputer tidak dipanggil untuk menyertai kursus VLE. Ini kerana guru sekolah biasanya akan mendapat bantuan dari juruteknik komputer tetapi juruteknik tidak dapat membantu kerana tidak pernah menghadiri kursus. Encik Aziz menjelaskan bahawa buat masa ini, kursus VLE hanya dijalankan kepada guru-guru sahaja. Pendedahan kepada juruteknik komputer mungkin akan dibuat kemudian. Tindakan : Makluman

8.3

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.04 petang. 22 Februari 2013 Minit ini disahkan pada: .............................................................. Dicadangkan oleh: ..............................Disokong oleh: ...............................

You might also like