You are on page 1of 2

KERTAS KERJA SUMBANGAN PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA PROGRAM PERLUASAN CAPAIAN INTERNET

SEKOLAH 2014 1. TAJUK : PROGRAM PERLUASAN CAPAIAN INTERNET SEKOLAH

2. RASIONAL Dalam mendepani dunia pendidikan yang semakin mencabar dan sarat dengan fungsi ICT. Talian internet yang stabil dan mantap amat diperlukan untuk melicinkan kerja- kerja yang berkaitan dengannya. Sepertimana yang sedia maklum, talian sedia ada YES 4G dibekalkan ke sekolahsekolah bagi tujuan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP). Oleh itu, pihak sekolah mengambil langkah alternatif untuk menyewa talian TM Streamyx untuk membantu dan memantapkan kerjakerja pengurusan yang tidak melibatkan penggunaan YES 4G yang terhad kepada PdP. 3. OBJEKTIF 3.1 Mewujudkan peruntukan khas di dalam bayaran yuran PIBG bagi menyewa talian internet TM Streamyx bagi memudahkan capaian internet. 3.2 Sebagai alternatif bagi talian sedia ada iaitu YES 4G yang banyak digunakan untuk tujuan pembelajaran dan penggunaan program FROG- VLE. 3.3 Memudahkan capaian internet bagi kegunaan warga komuniti sekolah untuk melayari portal pendidikan dan sebagainya. 4. AHLI JAWATANKUASA Penasihat : 1. Encik Ahmad bin Mohamad Yatim ( Guru Besar SK Binjai Jaya ) 2. Encik Mohd Yatim bin Paat (Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru) Pengerusi : Encik Shakir bin Mohamed Johar ( Penolong Kanan Pentadbiran ) Naib Pengerusi : Encik Zainon Abidin bin Musa ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) Encik Saharuddin bin Mohd Hassim ( Penolong Kanan Kokurikulum ) Puan Norhayati binti Hamid (Penolong Kanan Pendidikan Khas Integrasi ) Setiausaha : Encik Abdul Nasri bin Samsudin Naib Setiausaha : Puan Shahfawati binti Yusof Ahli Jawatankuasa : 1. Encik Jamaluddin bin Abu Bakar 2. Encik Badri bin Taib 3. Encik Mohd Rafai bin Mohamed Ali 4. Encik Borhanuddin bin Kharsani 5. Puan Azatus Subahia binti Alias 5. SUMBER PENDAPATAN 5.1 Kutipan daripada ahli persatuan PIBG bagi setiap murid : RM3.00/murid 5.2 Tabung PIBG. 6. JENIS TALIAN 6.1 Talian TM Streamyx 2Mbps

7. ANGGARAN PENGGUNAAN PERBELANJAAN Bil. Perkara 1. Sewa Talian Internet TM Streamyx 2Mbps : RM130.00/bulan

Perbelanjaan RM130.00 X 12 Bulan : RM1560

8. KESIMPULAN Program Perluasan Capaian Internet Sekolah adalah salah satu langkah yang diyakini dapat membantu dalam memantapkan pengurusan sekolah terutamanya yang melibatkan ICT. Oleh itu, yuran yang dipohon adalah amat minimum yang sesuai dengan kemampuan semua ahli yang terlibat. Semoga dengan berlangsungnya program ini akan member manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh: (ABDUL NASRI BIN SAMSUDIN) Setiausaha, Program Perluasan Capaian Internet Sekolah. SK Binjai Jaya.

Disahkan Oleh:

You might also like