You are on page 1of 6

SEK. KEB.

CHENDERIANG
MINIT MESYUARAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN ICT (JPICT) DAN
JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)
BILANGAN 2 TAHUN 2018

Tarikh : 8 Mei 2018


Masa : 2:00 petang
Tempat : Makmal Komputer
Kehadiran:
1. PN. FAUZIAH BT ZUN : GURU BESAR
2. PN. NOORHUZAIRY BT ABDUL MAJID : PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3. PN LATIPAH BT ISMAIL : PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
4. EN. AHMAD BASRI : PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5. PN NORHAYATI BT ISHAK
6. PN NURASYIKIN BT HARMAINY
7. EN. MEOR AZHARRY BIN AMINURASHID
8. EN ROZALI BIN JAAFAR
9 EN AZHAR BIN KHALID
10. PN FAUZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
11. EN MOHD HANIFI BIN ABDUL
12. PN. ROSNANI BT MAHMUD
13. EN MOHD TAUFIK BIN ALANG
14. PN NISA HAIRANI BINTI NEK MAN
15. PN NORHAFIZA BINTI ISMAIL
16. PN NADIAH BT MANDOR
17. PN HARIYATI BT ABDUL @ ABDUL HALIM
18. EN MOHAMAD AKHBAR BIN MOHAMAD IBRAHIM

_____________________________________________________________________

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke mesyuarat
JPMS kali ke dua tahun 2018.
1.3. Pengerusi memaklumkan bahawa Pengurusan Maklumat Sekolah terdiri daripada tiga modul
yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-Operasi.
1.4. Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam Pengurusan
Maklumat Sekolah bagi tahun ini.Tindakan : Makluman

1
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1. Minit Mesyuarat JPICT dan JPMS Bilangan 1 Tahun 2018 disahkan tanpa pindaan.
Dicadangkan oleh Encik Azhar dan disokong oleh Encik Rozali
Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA – PERKARA BERBANGKIT


3.1. Tiada perkara berbangkit dibincangkan.

4.0 PERKARA YANG DIBINCANGKAN


4.1. PENGURUSAN ICT SEKOLAH
4.1.1. Kewangan
4.1.1.1. Encik Meor memaklumkan terdapat cadangan membeli LCD Projektor untuk
diletakkan di Makmal Komputer bagi kegunaan semua guru memandangkan
LCD Projektor yang lama sudah rosak. Sumber kewangan yang akan digunakan
adalah daripada sumbangan YB Datok M. Saravanan.
Tindakan : Makluman

4.1.2. Urusan Aset ICT


4.1.2.1. Encik memaklumkan tiada aset baharu didaftarkan. Namun terdapat beberapa
aset yang perlu disemak semula.
Tindakan : Makluman

4.1.3. Kemudahan ICT dan Insfrastruktur


4.1.3.1. Encik Meor memaklumkan aircond Makmal Komputer dalam kebocoran dan
menyebabkan lantai Makmal Komputer basah. Keadaan bagi sesi pembelajaran
2018 adalah dalam keadaan baik untuk digunakan. Guru dan murid boleh
menggunakan makmal komputer bagi tujuan Pdpc seperti jadual penggunaan
yang akan dibekalkan. Kerjasama guru dipohon untuk mengisi Buku Log
Penggunaan yang disediakan.
Tindakan : Makluman

2
4.1.4. Inisiatif ICT
4.1.4.1. Encik Taufik memaklumkan kepada semua guru yang mempunyai email rasmi
pendidikan boleh menggunakannya bagi tujuan rasmi. Semua guru juga
dimaklumkan dengan alamat email rasmi sekolah yang terkini.
4.1.4.2. Encik Taufik memaklumkan pihak pentadbir berdasarkan taklimat yang lalu,
email rasmi sekolah bukan dibawah tugas guru data untuk membuka, sebaliknya
tugas pihak pejabat sekolah untuk membuka email rasmi sekolah.

Tindakan : Makluman

4.1.5. Aduan ICT


4.1.5.1. Encik Meor memaklumkan mana-mana guru yang tidak dapat capaian internet
Zoom Yes boleh memaklumkan kepada beliau.
4.1.5.2. Encik Meor memaklumkan bahawa banyak komputer notebook yang telah
rosak, hanya dalam 10 daripada 41 notebook yang boleh digunakan. Oleh itu
dalam masa terdekat pihak sekolah akan meminta bantuan teknikal komputer
dari sekolah lain sebagai khidmat bantu memperbaiki komputer yang rosak.

Tindakan : Makluman

4.1.5.3. Encik Taufik memaklumkan telah hadir taklimat Ezlearn di PPD Batang Padang,
oleh itu mengingatkan semua guru tentang cara penggunaan online tuisyen
Ezlearn.2u. Bilangan guru dan murid yang menghabiskan courses amat sedikit.
Tindakan : Makluman

4.1.6. Keselamatan ICT


4.1.6.1. Encik Meor mengingatkan semua guru yang hendak menggunakan Makmal
Komputer supaya mengutamakan keselamatan murid. Pastikan murid tidak
masuk kedalam makmal komputer tanpa pengawasan dan kebenaran guru.

Tindakan : Makluman

4.1.7. Pemohonan, Kelulusan Pembelian Peralatan ICT kepada JPICT, JPN Perak

3
4.1.7.1. Encik memaklumkan tiada permohonan pembelian ICT kepad JPICT atau JPN
Perak dibuat.
Tindakan : Makluman

4.1.8. Perkembangan Staf dan Kelab berkaitan kemahiran ICT


4.1.8.1. Encik Meor mencadangkan pada masa akan datang untuk menubuhkan kelab
komputer sekolah, memandangkan minat murid kearah teknologi.

Tindakan : Makluman

4.1.9. Sokongan Teknikal


4.1.9.1. Encik Meor memaklumkan tiada sokongan teknikal buat masa ini.

Tindakan : Makluman

4.2. PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH


4.2.1. Pembentangan Maklumat Modul Pengurusan Sekolah
4.2.1.1. Encik Taufik memaklumkan bahawa kutipan/ pengemaskinian Modul
Pengurusan Sekolah 2018 akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 seperti
dalam surat edaran KPM.
Tindakan : Makluman

4.2.1.2. Encik Taufik turut memaklumkan insfrastruktur sekolah dalam keadaan baik
namun terdapat beberapa bangunan atau bilik-bilik khas dalam keadaan
memuaskan dari aspek pendawaian.
Tindakan : Makluman

4.2.2. Pembentangan Maklumat Modul Pengurusan Guru dan AKP (MPG)

4
4.2.2.1. Puan Noorhuzairy memaklumkan enrolmen terkini guru adalah seramai 18
orang. Sekolah masih kekurangan seorang guru jika melihat data unjuran murid
dengan guru.
Tindakan : Makluman

4.2.3. Pembentangan Maklumat Modul Pengurusan Murid (MPM)


4.2.3.1. Puan Noorhuzairy memaklumkan bagi sesi persekolahan 2018 enrolmen murid
bertambah termasuk juga kelas.
Tindakan : Makluman

4.2.3.2. Puan Latipah meminta guru kelas mengemaskini data APDM supaya data murid
dalam APDM adalah tepat untuk permohonan bantuan dan bagi murid tahun 4,
5 dan 6 guru kelas perlu mengemaskini bahagian kokurikulum murid.

Tindakan : Makluman

4.2.3.3. Puan Latipah turut meminta guru kelas mengemaskini Fail Peribadi Murid dan
kad kesihatan serta kad 001.
Tindakan : Guru kelas

4.2.3.4. Puan Latipah turut mengingatkan guru kelas mengambil kedatangan dan mengisi
Jadual Kedatangan Murid di awal pagi. Peratus kehadiran murid hendaklah
mencapai 95% dan ke atas. Guru perlu menggalakkan murid untuk hadir ke
sekolah setiap hari.
Tindakan : Guru kelas

4.2.3.5. Puan Latipah memaklumkan permohonan KWAPM 2018 telah selesai.

Tindakan : Makluman

5.0 HAL – HAL LAIN

5
5.1. Tiada hal – hal lain yang dibincangkan.

6.0 PENUTUP
6.1. Puan Guru Besar menangguhkan mesyuarat Jawatankuasa JPICT dan JPMS Bilangan 2
Tahun 2018 dan memaklumkan mesyuarat seterusnya akan dijalankan pada bulan Ogos.
6.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4:00 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………. ………………………..
( ) ( )
Setiausaha Guru Besar
Jawatankuasa JPMS SK Chenderiang

You might also like