You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK SENGAT

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA APLIKASI PANGKALAN DATA MURID


BIL 1/( 2018 )

Tarikh : 27 DISEMBER 2017

Masa : 8.00 Pagi

Tempat : Makmal Komputer

Pengerusi : En. Mohmad Sarif b. Albi

Kehadiran(Bilangan) : 26

Turut Hadir (Jika ada) : .......................................................................................................................

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan aluan dan terima kasih kepada semua guru dan staf yang hadir ke
mesyuarat kali ini.
1.2 Pengerusi membentangkan agenda mesyuarat kali ini.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 PELANTIKAN AJK APDM BAGI TAHUN 2018


4.1. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah telah dilantik mengikut
jawatan guru di dalam buku Pengurusan Sekolah bagi tahun 2018.
Tindakan:
Makluman
4.2.Carta organisasi boleh dirujuk di bahagian lampiran.
Tindakan: Semua guru dan
staf
4.3 Penyelaras APDM perlu menyediakan satu fail yang dikhaskan untuk merekod
data murid bagi tahun 2018.
Tindakan: Penyelaras
APDM

5 SENARAI TUGAS AJK APDM


5.1 Penyelaras APDM perlu mengemaskini data di dalam sistem APDM sebelum sesi
persekolahan bermula.
Tindakan: Penyelaras
APDM
5.2 Semua guru perlu mengemaskini data peribadi di dalam sistem e-operasi untuk
memudahkan urusan di dalam sistem EMIS.
Tindakan: Semua guru dan staf
5.3 Guru Kelas perlu menyediakan satu maklumat yang lengkap dan tepat berkaitan
data murid dan penjaga untuk memudahkan urusan penerimaan bantuan di masa
hadapan.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

Tindakan: Guru Kelas

5.4 Enrolmen murid bagi tahun 2018 adalah:


Kelas Bilangan Murid
Tahun 1 19
Tahun 2 8
Tahun 3 15
Tahun 4 13
Tahun 5 18
Tahun 6 18
PPKI 2
Jumlah 93
Tindakan:
Makluman
5.5 Pengerusi memaklumkan sekiranya berlaku perpindahan murid, sila maklumkan
kepada Guru Penolong Kanan HEM atau penyelaras bagi tujuan kemas kini
maklumat di dalam sistem EMIS.
Tindakan: Guru Kelas
5.6 Penyelaras dan guru kelas perlu memainkan peranan masing-masing di dalam
menyediakan satu laporan yang tepat di dalam sistem EMIS kerana setiap guru
dan penyelaras mempunyai kata laluan dan kata kunci yang berlainan.
Tindakan: Penyelaras dan Guru
Kelas
5.7 Segala ralat akan dimaklumkan oleh penyelaras dari masa ke semasa dan akan
dicetak untuk dimasukkan ke dalam fail.
Tindakan: Penyelaras
5.8 Kehadiran murid akan di isi setiap hari di dalam e-kehadiran bagi tahun 2018.
Tindakan: Pembantu Tadbir
5.9 Semua guru kelas perlu menghantar buku kedatangan murid sebelum pukul 8.30
pagi untuk memudahkan urusan kemasukan di dalam e-kehadiran.
6 Tindakan: Guru Kelas

HAL-HAL LAIN
6.1. Bantuan KWAMP akan diuruskan oleh En. Hairul Nizam dan GPK HEM.
Tindakan: Makluman
6.2 Sila maklumkan keciciran murid yang dianggap sebagai layak untuk menerima
bantuan daripada pihak kerajaan.
Tindakan: Semua guru
6.3 Pn. Kamaliah mencadangkan agar diwujudkan satu borang maklumat penjaga
secara manual agar memudahkan urusan kemaskini maklumat di dalam sistem
EMIS.
Tindakan: GPK HEM

7 PENUTUP
7.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.00 Pagi

Disediakan oleh,

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

( Idzham bin Husin )

Tarikh : 1 Januari 2018

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pendidikan Negeri Johor
01 Januari 2018 - Keluaran 05 | Pindaan 00

You might also like