You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TELANOK

39000 TANAH RATA, CAMERON HIGHLANDS


PAHANG DARUL MAKMUR

MINIT MESYUARAT UNIT ICT


BILANGAN 1 2019

Tarikh : 15 Januari 2019


Masa : 2.00 petang
Tempat : War Room SK Telanok
Kehadiran :
1. Encik Phillip Iskandar bin Abdullah Guru Besar
2. Encik Ramli bin Fow Choy GPK Pentadbiran
3. Encik Ahmad Farhan bin Muhamad Anua Guru Penyelaras Media
4. Encik Mohd Zaifulnizam bin Kanayai
5. Encik Mohd ‘Akif bin Zahari
6. Encik Muhammad Ismail bin Ahmad
7. Encik Muhsin bin Mahmud

1. UCAPAN GURU BESAR


1.1 Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru untuk mesyuarat Unit ICT yang
pertama bagi sesi persekolahan untuk tahun 2019.
1.2 Beliau seterusnya memaklumkan tujuan mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan
hala tuju dan aktiviti-aktiviti unit yang akan diadakan sepanjang tahun ini.
Tindakan : Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS


Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4. PERBINCANGAN ISU SEMASA


4.1 Agihan Tugas Unit ICT
4.1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang hadir kerana telah
dilantik sebagai jawatankuasa Unit ICT sekolah bagi sesi 2019. Beliau berharap
semua guru dapat menjalankan tugas yang diberikan dengan penuh dedikasi dan
amanah.
4.1.2 Pengagihan jawatankuasa kerja unit ICT tahun 2019.

Pengerusi : Encik Phillip Iskandar bin Abdullah


Naib Pengerusi : Encik Ramli bin Fow Choy
Penyelaras : Encik Muhsin bin Mahmud
S/U dan Perkembangan Staf : Encik Mohd Zaifulnizam bin Kanayai
Pengurusan Aset dan Dokumentasi : Encik Muhammad Ismail bin Ahmad
Pembelajaran dan pengajaran : Encik Mohd ‘Akif bin Zahari
4.2 Status Makmal Komputer
4.2.1 Status terkini komputer yang terdapat di makmal komputer.
4.2.1.1 21 buah komputer dapat berfungsi.Kesemua komputer tersebut boleh
digunakan namun terdapat sedikit kekangan kerana capaian internet yang
perlahan.
4.2.1.2 1 projektor boleh digunakan.
4.2.1.3 Sebuah pencetak masih boleh digunakan.
Tindakan : Makluman

4.3 Laman Facebook sekolah.


4.3.1 Unit ICT akan meneruskan mengemaskini laman Facebook sekolah secara
berkala. Kerjasama dari semua pentadbir dan panita amat diharapkan supaya
informasi dapat terus disalur dari semasa ke semasa melalui laman Facebook
sekolah.
Tindakan : Makluman

4.4 Penggunaan Makmal Komputer


4.4.1 Jadual waktu penggunaan makmal komputer telah disediakan dan akan diedarkan
kepada guru kelas.
4.4.2 Guru-guru yang ingin menggunakan makmal komputer perlu menempah awal dan
mendapatkan kunci daripada penyelaras sekiranya perlu.
4.4.3 Guru subjek TMK akan menggunakan makmal komputer mengikut keperluan
PdPC.
4.4.4 Guru boleh menggunakan makmal komputer sebagai medium bahan bantu
belajar murid dengan mengisi buku penggunaan yang telah disediakan.
Tindakan : Makluman

4.5 Frog VLE


4.5.1 Pengerusi memaklumkan antara agenda penting dalam Unit ICT bagai tahun 2019
ialah Frog VLE. Belia meninta unit ICT merancang dan melaksanakan program
bagi membudayakan Frog VLE di sekolah. Beliau berharap penggunaan Frog VLE
dalam PdPC dan pengurusan sekolah dapat ditingkatkan.
4.5.2 Encik Mohd ‘Akif mencadangkan beberapa siri bengkel Frog VLE untuk sepanjang
tahun mengikut panitia supaya penyampaian dan pemahaman lebih berkesan
Tindakan : Penyelaras ICT

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Penyelaras meminta agar AJK Unit ICT dapat membantu proses menceriakan
makmal komputer dan bekerjasama mewujudkan ruang pameran ICT. Kerjasama
semua AJK amatlah diharapkan.
5.2 Penyelaras mengingatkan bahawa rekod penggunaan makmal dan peralatan ICT
hendaklah diisi setiap kali penggunaan makmal atau peralatan ICT.
5.3 Sebarang masalah dan kerosakan komputer atau peralatan ICT hendaklah
dimaklumkan kepada penyelaras atau AJK Unit ICT untuk tindakan seterusnya.
5.4 Guru yang menggunakan makmal komputer diminta memastikan peralatan
diletakkan semula di tempat yang betul dan memastikan makmal dalam keadaan
bersih dan teratur. Guru juga diminta agar dapat memastikan murid patuh dengan
peraturan makmal komputer.

PENUTUP
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali
ini dan berharap agar segala isi mesyuarat ini akan menjadi perangsang untuk ahli unit
bersama-sama memajukan penggunaan dan pengetahuan ICT di peringkat sekolah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.

Disediakan oleh

MUHSIN BIN MAHMUD


Penyelaras Unit ICT
SK Telanok

Disemak oleh

RAMLI BIN FOW CHOY


Gpk Pentadbiran
SK Telanok

You might also like