You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG WA

23000 DUNGUN
TERENGGANU DARUL IMAN.
TEL/FAX : 09-8389112

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT/TMK


BIL. 2 TAHUN 2021

TARIKH : 09 Jun 2021 (Rabu)


MASA : 01.45 Petang
TEMPAT : Dalam Talian
KEHADIRAN :

1. Pn. Amizaton bt Zakaria Pen.Kanan Pentadbiran


2. Pn. Sulawati bt Zulkifli
3. Cik Maizatul Syuhada bt Mansor

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada

URUS SETIA MESYUARAT


Cik Maizatul Syuhada bt Mansor

CATATAN MESYUARAT
1.0. Ucapan Pengerusi
1.1 Memulakan majlis dengan ucapan salam dan bacaan Surah Al-Fatihah.
1.2 Bersyukur kerana dapat melaksanakan mesyuarat panitia kali kedua pada hari ini.
1.3 Peruntukan PCG masih belum digunakan. Semua guru boleh memlilih bahan yang ingin
dibeli dan memaklumkan pada ketua panitia untuk tindakan selanjutnya.

Tindakan :Makluman
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
2.1 Cadangan: Pn. Sulawati bt Zulkifli
2.2 Sokongan: Pn. Amizaton bt Zakaria
3.0 Perkara Berbangkit
-Tiada
4.0 Perancangan Program Panitia.
4.1 Pengajaran RBT/TMK secara dalam talian
4.1.1 Disebabkan bencana covid, pengajaran dan pembelajaran terpaksa dijalankan dalam
talian (PDPR). Justeru, guru-guru perlu mengikut sukatan pelajaran di dalam buku teks.
4.1.2 Guru-guru perlu tepati masa dalam mengajar RBT/TMK dalam jadual pengajaran PDPR
dan perlu menyiapkan ERPH seperti biasa.
4.1.3 Berlaku kekangan masa untuk menghabiskan topik pembelajaran disebabkan PDPR.
Tindakan :Semua guru RBT/TMK

4.2 Pengurusan Bilik Reka Bentuk dan Teknologi


4.2.1 Gotong-royong untuk membersihkan bilik RBT masih belum dapat dilaksankan kerana
bencana covid. Gotong-royong akan diadakan sehingga dibenarkan.
4.2.2 Terdapat banyak alatan-alatan yang sudah rosak di dalam bilik RBT kerana banjir.
Semua alatan yang rosak akan dilupuskan dikhuatiri akan membahayakan
keselamatan murid semasa pdpc berjalan.
Tindakan :Semua guru RBT/TMK

4.3 Pengurusan Makmal Komputer/ Teknologi Maklumat Komunikasi


4.3.1 Setiap komputer perlu diperiksa sama ada masih boleh digunakan atau rosak. Jika
rosak, perlu dilupuskan.
Tindakan :Semua guru RBT/TMK
4.4 Perancangan Program Tahunan Panitia
4.4.1 Aktiviti PDPC mengikut kelas tidak dapat dilaksankan di sekolah kerana PDPR.
4.4.2 Mencadangkan memberi kit kepada setiap murid dan murid membuat di rumah.
Tindakan :Guru RBT/TMK
5.0 Hal-hal lain
5.1 Ketua panitia memgingatkan agar semua guru melengkapkan eRPH.
5.2 Perekodan PBS dihantar 2 kali setahun iaitu pada pertengahan tahun dan akhir tahun.

Tindakan :Guru RBT/TMK


6.0 Penutup
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan mengharapkan
segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
6.2 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul
2.45 petang.

7.Disediakan Oleh : Cik Maizatul Syuhada bt Mansor


Urus Setia Mesyuarat
Mesyuarat Panitia RBT/TMK Bil.2/2021
8. Tarikh Minit : 19 Jun 2021

You might also like